Briged Al-Akhdor LR2 |
Ekonomi membimbangkan, kerajaan BN belanja ikut suka Posted: 20 Aug 2011 02:30 PM PDT PETALING JAYA, 19 OGOS – Kesemua perbelanjaan kerajaan wajib melalui 'ujian ketat' di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memastikan semua kementerian memperolehi agihan yang adil untuk dibelanjakan dengan bijak. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Liew Chin Tong berkata, apa yang dilakukan selama ini oleh kerajaan Barisan Nasional adalah tidak sihat kerana peruntukan bajet hanya ditentukan oleh Najib sahaja. "Bila Perdana Menteri kata dia akan bagi sejumlah wang tertentu, ia bermaksud beliau tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah tidak sihat untuk ekonomi Malaysia," katanya dalam sidang media Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 'Kesejahteraan Untuk Semua' di sini hari ini. Liew yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP memberi contoh, pada tahun ini dan tahun lepas Kementerian Pelajaran telah diarah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka. "Ini member kesan besar kepada pelajar di sesetengah asrama yang tidak dapat menyediakan makanan pada hari Sabtu dan Ahad. "Ini juga membawa kesan kepada rakyat dan oleh itu kita mahu Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bagaimana mereka menggunakan wang rakyat," katanya. Beliau yakin jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan, peruntukan dan perbelanjaaan secara membazir serta pengurangan bajet yang tidak adil akan dihentikan secepat mungkin. Beliau menambah bajet adalah tanggungjawab rakyat kepada rakyat jelata, dan bukannya untuk kepentingan mana-mana pihak tertentu. Sidang media itu turut dihadiri oleh wakil-wakil Pakatan Rakyat iaitu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalan Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaakob dari PAS, Pengarah Stretegik PKR Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari PKR. Pakatan Rakyat juga akan membentangkan cadangan gaji minimum kebangsaan sebagai alternatif kepada cadangan BN yang dilihat sebagai tidak serius dalam usaha menangani masalah gaji dan upah pekerja di negara ini. Dr Dzulkefly menjelaskan Majlis Rundingan Gaji Minimum yang diluluskan kerajaan baru-baru ini tidak masuk akal kerana ia adalah langkah terkebelakang yang hanya melewatkan pelaksanaan gaji minimum dalam erti kata yang sebenar. "Apabila kita bercakap tentang gaji minimum, apa yang kita mahukan adalah termasuk produktiviti," katanya. Beliau berkata lambakan pekerja dari luar negara yang kebanyakannya mempunyai kemahiran yang rendah menyebabkan kualiti kerja di Malaysia turut rendah mutunya. Menurutnya, jika masalah ini tidak ditangani segera, langkah kerajaan untuk mengkaji gaji minimum tidak memberi apa-apa kesan positif kepada pekerja Malaysia. Rafizi pula yang menyentuh tentang Bernas sebagai satu-satunya pengeluar padi tempatan menyatakan monopoli syarikat itu dengan mendapat subsidi kerajaan adalah tidak adil sama sekali kerana rakyat tidak dapat merasai nikmat subsidi tersebut. "Bernas berikan pinjaman dan baja kepada para petani, dan kemudian petani-petani ini harus menjual semula kepada Bernas dengan harga yang ditetapkan Bernas," katanya. Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lembap pada suku kedua tahun 2011 menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan. Katanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merosot kepada hanya 4 peratus (berasaskan tahun ke tahun), iaitu kadar paling perlahan semenjak suku keempat tahun 2009. "Umum mengakui bahawa data-data ekonomi sedia ada menunjukkan kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan menjadi tanda aras kelembapan projek-projek yang telah diumumkan sehingga kini. "Pentadbiran UMNO-BN mampu membelanjakan sejumlah besar wang hasil cukai rakyat ke atas untuk kos pengiklanan untuk menonjolkan ETP, namun ujian sebenar kejayaan adalah di peringkat akar umbi," ujarnya. Beliau menjelaskan bahawa jika hasil ekonomi tidak dinikmati di peringkat bawahan, rakyat tidak akan bertolak ansur lagi dengan pendekatan Najib yang selalu membuat pengumuman ekonomi secara besar-besaran tetapi gagal dari aspek pelaksanaan. |
Nasib Kereta Mewah : Antara Ferrari dengan Lexus!! Posted: 19 Aug 2011 05:39 PM PDT ZAGREB, Croatia – Seorang pemilik kereta mewah Ferrari yang selesai menikmati hidangan di sebuah restoran terkejut apabila melihat sebahagian badan kenderaannya itu berada di dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kejadian itu berlaku disebabkan brek sebuah van Renault berwarna putih tidak berfungsi menyebabkan ia berundur dan melanggar kereta Ferrari 360 Spider itu yang berharga £120,000 (RM591,273). Sebahagian badan kereta itu terjatuh ke dalam laut selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini. Pemandu Ferrari itu meletakkan keretanya di tepi pelabuhan kerana dia mahu makan di sebuah restoran berdekatan. Seorang komposer, Tibor Szirovicza, 29, sempat merakamkan gambar kejadian yang memalukan itu yang berlaku di Pulau Pag. Namun, pemandu Ferrari tersebut memiliki sebuah trak tunda dan mengarahkan salah sebuah trak penunda miliknya untuk menunda kereta miliknya itu. – Agensi Kesian ..kereta Lexus wanita ini tersekat atas simen basah HOUSTON, Amerika Syarikat (AS) – Seorang pemandu wanita terpaksa diselamatkan selepas kereta mewah jenis Lexus GS berharga AS$70,000 (RM208,963) yang dipandunya tersekat di atas simen basah, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian itu berlaku pada Rabu lalu apabila wanita berkenaan cuba membuat pusingan U dan memasuki jalan yang sedang dibaiki di sini. Dalam gambar yang disiarkan di Internet, pemandu wanita itu masih berada di dalam kenderaannya semasa insiden tersebut berlaku. Seorang pengguna Internet menyatakan, pemandu tersebut mungkin sedang menunggu simen itu kering sebelum dia keluar dari kenderaannya kerana tidak mahu kasutnya rosak. Namun, seorang saksi memberitahu, polis tiba di tempat kejadian selepas dihubungi pekerja-pekerja membaiki jalan. Menurutnya, anggota polis mengarahkan wanita itu supaya berada di dalam keretanya kerana faktor keselamatan. "Kereta itu ditarik keluar oleh sebuah trak tunda sekitar 20 minit selepas kereta tersebut tersekat manakala jalan berkenaan dibaiki semula 15 minit kemudian," kata saksi tersebut. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan