Isnin, 15 Ogos 2011

Biaqpila

Biaqpila


Pemimpin Umno BN takut bahas, sidang DUN Perak cuma 3 jam

Posted: 15 Aug 2011 03:00 PM PDT



(Oleh Sidiqin Omar)

PERAK: Ketakutan pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) berbahas terserlah apabila parti pemerintah itu memendekkan tempoh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dari dua hari kepada tiga jam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang.
"Sidang ini patut menjadi tempat menilai prestasi kerajaan negeri tetapi apa yang boleh dibuat dalam tiga jam? Ini helah Speaker dan Menteri Besar yang takut untuk berbahas dengan Adun Pakatan Rakyat.
"Ia sepatutnya berlangsung dua hari tetapi dipendekkan kepada satu hari, dan dalam satu hari hanya berlangsung selama tiga jam," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Sidang DUN itu dijadualkan berlangsung dua hari tetapi ditamatkan kira-kira jam 2 petang hari ini.
Malah, Lih Kang berkata, sidang DUN itu menyaksikan Speaker, R Ganesan bersikap tidak demokratik apabila memadamkan mikrofon Adun Pakatan Rakyat sepanjang perbahasan dan menggantung Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim.
"Ini tidak adil kepada rakyat negeri Perak. Wakil rakyat dipilih untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tapi dinafi untuk berbuat demikian," katanya.
Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari pula menyifatkan sidang DUN kali ini semata-mata untuk memenuhi syarat minimum sidang DUN.
"Menurut amalan DUN Perak, satu sidang Dewan Undangan Negeri perlu diadakan tidak lebih dari 6 bulan. Kali terakhir ialah pada April 2011 dan akan datang pada November 2011.
Terdahulu, Adun Pakatan Rakyat keluar dewan membantah pengendalian sidang DUN yang banyak kepincangan dan pelanggaran undang-undang.
Antara isu yang dibangkitkan Adun Pakatan Rakyat ialah penyelewengan projek Teluk Rubiah dekat Manjung berikutan sebuah syarikat bermodal RM100 diberi konsensi menjalankan projek bernilai RM5.2 billion.
Hanya selepas laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat, modal syarikat baru itu ditambah kepada RM5 juta. Justeru, Pakatan Rakyat Perak membuat laporan polis mengenainya.

KD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK ANTARABANGSA; MCA DAN GERAKAN DAH TAK RELEVEN, DAP DI PELAWA SERTAI BN

Posted: 15 Aug 2011 09:17 AM PDT


Dengan perasan tulus dan ikhlas, disini saya ingin mengajak semua rakan-rakan dari Pakatan Rakyat agar kita ketawa secara berjemaah demi menghargai pelawaan Nazri Aziz supaya DAP menyertai BN. Kah!...3X

Dipetik:
Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.

"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.

"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.

Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.

Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.

"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".

"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."

payahsungguh

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Jawapan SPR macam Pak Pandir

Posted: 15 Aug 2011 05:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Ogos: PAS kesal dengan sikap lepas tangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini yang menyatakan "tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini" sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara.

"Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak.

"Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada," bidas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara.

Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Abdul Aziz sekadar menyalahkan "kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)" sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.

"Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

"Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang," jelasnya sebagai reaksi balas kepada bukti-bukti yang dikemukakan PAS dan Pakatan Rakyat mengenai isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu yang terdiri daripada ahli Umno sendiri dan nama pengundi yang tidak wujud di sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR.

Ketidakikhlasan SPR dalam memperbaiki sistemnya cukup terserlah dalam isu nama Kg Baru (MyKad: 830527115422) yang didaftarkan sebagai pengundi, dimana SPR hanya menukar nama Kg Baru kepada nama pengundi "Noraini binti Abdullah" berdasarkan data JPN tanpa usul periksa mengapa kesilapan demikian boleh berlaku.

"Demikian juga pendedahan warga asing yang mendapat kerakyatan, dan didaftarkan sebagai pengundi dengan jumlah ribuan orang adalah gambaran kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

"Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan Bersih 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut," tegas Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Walaupun SPR dan pihak berkuasa yang di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional terus menggambarkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan nada yang sangat negatif, Tuan Ibrahim berkata dari segi positif perkara ini turut menyebabkan rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihanraya negara kita yang dipenuhi dengan sampah sarap dan diancam oleh pendatang asing yang mendapat kerakyatan dan hak mengundi dengan begitu senang.

"Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara – siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?" soal Tuan Ibrahim.

SPR, katanya perlu melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

"Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihanraya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihanraya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihanraya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.

"Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihanraya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya," kata beliau.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Di London Rakyat Mengamuk. Di Malaysia Polis Yang Mengamuk

Posted: 15 Aug 2011 01:00 AM PDT



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyelar tindakan beberapa pihak yang cuba menyamakan antara Himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu dan rusuhan yang berlaku di United Kingdom.

Mohamad merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata perhimpunan Bersih 2.0 mungkin menyebabkan rusuhan seperti apa yang berlaku di Kota London sekarang.

Menurut Mohamad, rusuhan di UK berbeza dengan gerakan menuntut perubahan secara aman di Malaysia dan diakui sendiri oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron bahawa rusuhan London tidak berkaitan politik.

"Saya tak tahu Timbalan KPN ini. Di London rakyat mengamuk. Di Malaysia polis mengamuk.

"PM Britain sendiri kata rusuhan tidak kena mengena dengan politik," kata Mohamad ketika ditanya Tv Selangor pada sidang media di Ibu Pejabat PAS semalam.

4 Ogos lalu, ribuan rakyat memprotes kematian seorang lelaki akibat tembakan polis di Tottenham, utara London.

Keesokan harinya, beberapa pemuda bertopeng memulakan rusuhan, merosak dan membakar kedai.

Kejadian itu merebak ke bahagian lain di London seperti Croydon dan Bayswater sebelum merebak ke arah Utara England dengan kejadian sama dilapor di Birmingham, Liverpool dan beberapa tempat lain.

Dalam posting di laman web Facebooknya beberapa hari lalu, Khalid berkata rusuhan berterusan di London yang kini merebak ke beberapa bandar utama di Britain adalah bukti bahawa mimpi ngeri seumpama itu boleh dielakkan dengan menghalang protes jalanan.

Menurut Mohamad situasi ini amat berbeza dengan demonstrasi di negara ini.

Beliau mengakui polis boleh menggunakan kekerasan mereka dalam rusuhan tetapi bukannya dalam himpunan aman.

"Saya sendiri berulang kali sebut jangan terbalikkan walau satu pasu bunga pun.

"Di sini tidak ada langsung berlaku kebakaran, terbalikkan kereta, pecah kereta atau (rosak) harta awam. Patutnya polis hadapi himpunan aman secara aman," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim semalam mendakwa ada peserta himpunan Bersih 2.0 yang diupah RM50 untuk memakai baju berwarna kuning.

Merujuk kepada tragedi di London, beliau berkata, polis di negara luar tidak teragak-agak melakukan kekerasan demi menegakkan undang-undang sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.

"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," beliau dipetik sebagai berkata.

Terdahulu DAP turut membidas kegagalan pemimpin Umno-BN dalam menyamakan rusuhan dan sebuah perhimpunan aman.

Menurut setiausaha organisasi DAP, Teresa Kok, Bersih 2.0 adalah sebuah perhimpunan aman yang jelas matlamatnya dan bukanlah seperti yang didakwa pemerintah selama ini.

"Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah pihak polis.

"Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.

"Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi," katanya dalam satu kenyataan media.




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BERSIH 2.0: SAPA2 YANG TAK DAPAT RM50 SILA TANYA RAIS YATIM

Posted: 14 Aug 2011 09:00 PM PDT


DEY MACHA!!!
AGAKNYA MAMAT NI KOT YANG RAIS CAKAP DAPAT UPAH RM5O TU
KAH! KAH! KAH!

RAIS YATIM NI KALAU DIA DIAM
KITA TAK PASTI DIA CERDIK KER BODOH
JADI BILA DIA BERCAKAP JE
KITA BOLEH CONFIRMKAN...
KAH! KAH! KAH!

APA DIA INGAT WARGA BERSIH NI BANGSAT SANGAT KE?
APA DIA INGAT AMBIGA TU BANYAK DUIT MACAM PAK JIB?
KAH! KAH! KAH!


Rais dakwa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50

Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, dakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

rais yatim pc 020709 01Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

Merujuk situasi di London, beliau berkata polis di luar negara tidak teragak-agak menggunakan kekerasan bagi menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.

NONE"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," katanya.

Beliau juga berkata demontrasi di negara maju berlaku ekoran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan perkara remeh-temeh seperti memperjuangkan agenda politik tokoh pemimpin pembangkang.

MK



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Panas!! Cara SPR Membantu BN Menipu

Posted: 14 Aug 2011 06:00 PM PDT


istem demokrasi pada umumnya merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandate mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu yang jauh bezanya dengan sistem autokratik di mana pemerintahnya tidak perlu menghadapi sebarang pilihanraya. Walaubagaimanapun, sesuatu pilihanraya tidak semestinya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam pentadbiran kerajaan bercirikan sistem satu parti di mana parti memerintah sahaja yang berpeluang untuk memenangi pilihanraya tersebut.


Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut.

Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditugaskan untuk menguruskan pilihanraya di negara ini. Pendek kata, SPR sepatutnya bebas dan berkecuali dari segi pengurusan dan pandangannya serta bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong, tetapi adalah amat berdukacita melihat SPR tidak menjalankan tanggungjawabnya secara bebas dan berkecuali yang mana ia sepatutnya.

Kaedah "gerrymandering"

Kaedah 'gerrymandering' ini adalah merupakan suatu amalan memanipulasi sempadan pilihanraya bagi mewujudkan lebih banyak kerusi perundangan untuk parti memerintah. Kaedah tersebut termaktub setelah Elbridge Gerry, Gabenor Massachusettes (1810-1812) di Amerika pada masa itu telah menandatangi rang undang-undang bagi mewujudkan lebih banyak kawasan pilihanraya di kawasan perundangan yang dikuasai partinya.

SPR juga turut menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya. Kata pengerusi penganjur Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan: "kita telah mengkaji persempadanan semula yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 yang meliputi pelbagai keadaan yang dipersoalkan kesahihiannya di mana sesetengah kawasan perundangan telah melepasi had sempadan di antara kerajaan-kerajaan tempatan dan juga yang merangkumi keadaan yang cukup aneh.

Salah satu amalan 'gerrymandering' adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN. Apa yang telah kita perhatikan adalah tidak banyak kerusi baru yang diwujudkan di Kelantan yang telah sekian lama diperintah oleh PAS.

Oleh kerana kawasan luar Bandar dianggap lebih pro-BN, maka lebih banyak kerusi-kerusi baru diwujudkan di kawasan-kawasan ini jika dibandingkan dengan jumlah kerusi di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengakibatkan banyak perbezaan yang ketara di antara saiz kawasan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut. Misalannya kerusi parlimen Kapar yang kini dikuasai oleh PKR mempunyai jumlah pengundi seramai 112,224 orang, manakala banyak kerusi-kerusi di kawasan luar bandar yang dikuasai oleh BN hanya mempunyai jumlah pengundi pada kadar 50,000 orang sahaja. Di kawasan parlimen Putrajaya pula, hanya terdapat 7,000 pengundi sahaja di kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan pusat.

Setelah pilihanraya umum 1999, SPR telah menumpukan perhatian mereka dalam mewujudkan lebih banyak kerusi campuran pelbagai kaum sebagai menghalang perkembangan pengaruh PAS pada masa itu. Kerusi campuran pelbagai kaum ini juga dianggap sebagai kawasan-kawasan yang selamat buat BN disebabkan oleh corak pemilihan pada masa itu di mana orang-orang Cina hanya mengundi DAP manakala orang-orang Melayu bertumpu kepada PAS. Bagaimanapun kerusi-kerusi campuran ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada BN pada pilihanraya umum 2008 yang lalu.

Persempadanan semula yang terbaru telahpun bermula pada Mac 2011 yang lalu dan ianya akan mengambil masa selama setahun untuk diseragamkan. Bagi menyempurnakan proses persempadanan semula ini, BN memerlukan sokongan majority dua pertiga undian di parlimen tetapi BN kini tidak lagi mempunyai majoriti tersebut. Oleh itu, adalah kurang pasti sama ada persempadanan semula ini dapat dilaksanakan oleh BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Pemindahan pengundi
Walaupun tidak melaksanakan proses persempadanan semula, SPR turut mencuba cara lain dengan memindahkan para pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain ataupun dari sati pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain bagi mengelirukan para pengundi sewaktu pilihanraya diadakan. Kegiatan pemindahan tidak sah yang dilakukan oleh SPR jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya di mana hanya pengundi itu sendiri yang berhak untuk menentukan samada seseorang pengundi itu hendak berpindah dari satu kawasan ke satu lagi kawasan.
Undi pos

Undi pos merangkumi para pengundi yang berkhidmat sebagai anggota tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan yang tidak akan dapat mengundi di kawasan mereka masing-masing sewaktu pilihanraya diadakan. Kritikan yang berterusan terhadap perlaksanaan undi pos ini adalah kerana selama ini para pemerhati adalah tidak dibenarkan untuk memerhati proses undi pos ini sewaktu ianya dijalankan. Sistem pengundian pos ini telah diketahui umum sebagai suatu langkah untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang berisiko tinggi untuk BN. Contoh yang paling ketara adalah perdana menteri sekarang Najib Razak yang kalah di dalam pengiraan pertama di kerusi parlimen Pekan pada tahun 1999, tetapi beliau tiba-tiba diumumkan menang setelah pengiraan semula diadakan hasil daripada penambatan undi-undi pos ke kawasan tersebut.

Selain dari itu, kekuatan pasukan simpanan askar wataniah juga telah ditambah oleh Kementerian Pertahanan sebagai langkah kerajaan untuk turut menambah jumlah undi-undi pos. Kementerian Pertahanan juga telah merancang untuk menambah kekuatan jumlah kekuatan pasukan askar wataniah kepada 58 kompeni di setiap kawasan parlimen di masa yang terdekat sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengundi hantu

Satu lagi masalah yang sering dinafikan oleh SPR adalah kewujudan pengundi hantu. Contohnya di negeri Perak terdapat lebih 1600 orang pengundi yang telah berumur lebih daripada 100 tahun, terdapat lebih daripada 100 orang pengundi yang berdaftar di satu alamat rumah di kawasan-kawasan yang tertentu, jumlah pengundian di sesuatu kawasan telah melebihi jumlah pengundi yang sebenarnya dan sebagainya. Walaupun terdapat banyak tanda-tanda dan bukti-bukti kukuh mengenai kewujudan amalan-amalan tidak sihat sewaktu pengundian, ianya sering dinafikan oleh SPR yang selalu memberi alasan bahawa kesemua taktik ini hanya mainan politik pembangkang semata-mata.

Selain dari itu, permintaan umum agar SPR menggunkan dakwat kekal bagi membendung kegiatan pengundi hantu juga ditolak mentah-mentah oleh SPR. Sebagai imbasan kembali, SPR telah menarik balik penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, setelah 47,000 botol dakwat tersebut telah dibeli.

Kelayakan sebagai pengundi seberang laut
Mengikut undang-undang yang ada sekarang hanya empat kategori rakyat Malaysia yang berada di luar negara layak sebagai pengundi seberang laut iaitu: anggota tentera, polis, pegawai kerajaan, pegawai dan kedutaan, serta pelajar-pelajar sepenuh masa bersama dengan suami dan isteri masing-masing. Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta diseberang laut atau mereka yang berniaga di negara lain adalah tidak layak untuk menjadi pengundi seberang laut.

Adalah dianggarkan terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang bermastautin dan bekerja di seberang laut bagi menggelak daripada layanan tidak adil dan ketidakadilan social dan perkauman yang telah lama berleluasa di negara ini.

Pembawa kesulitan kepada pengundi

Kita telah beberapa kali perhatikan di beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini di mana SPR telah banyak kali menetapkan tarikh pilihanraya diadakan pada hari-hari bekerja dan enggan mengadakan pilihanraya tersebut di hujung minggu bagi menggalakan lebih ramai pengundi keluar mengundi.

Jelas terbukti bahawa amalan SPR mengadakan pilihanraya ini pada hari-hari bekerja telah menyulitkan ramai pengundi kerana tidak mendapat cuti ataupun para pengundi akan menghadapi kesulitan untuk pulang ke kawasan mengundi mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Keengganan SPR untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila seseorang rakyat Malaysia telah mencapai umur 21 tahun juga menjadi tanda tanya apakah sebab yang sebenarnya SPR berbuat demikian.

Jelas terbukti dengan pelbagai karenah di sini telah menunjukkan bahawa sekatan-sekatan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kerajaan dan kuasa BN yang ada sekarang. Selagi BN masih ada, demokrasi akan tetap dikekang dengan cara-cara begini dan selagi itulah demokrasi akan dilemahkan./mc

addin77



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: