Isnin, 15 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wanita Ceroboh dan Mengamuk di Rumah Madu

Posted: 15 Aug 2011 02:59 PM PDT

RUSNAH ditenangkan anggota polis ketika mengamuk kerana gambarnya dirakam oleh jurugambar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.

Saya petik:
 
[Kosmo] KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang merupakan isteri nombor dua dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda di rumah madunya dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Tertuduh, Rusnah Awang, 31, dari Kampung Pekan Sari, Tembila, Besut dekat sini hanya menundukkan kepala selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bekerja sebagai tukang sapu didakwa menceroboh masuk ke rumah Azizah Awang, 40, yang beralamat di No. 1296C, Jalan Kenanga, Batu Buruk di sini pada pukul 10.15 pagi pada 12 Ogos lalu.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak sampai tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh pula diwakili peguam bela, Mohd. Hayatuddin Muhamad.

Majistret Nor Azizah ketika membacakan keputusan itu turut memberikan nasihat kepada tertuduh agar tidak terlalu mengikut perasaan dalam melalui kehidupan bermadu.

"Hukuman ini adalah satu pengajaran buat kamu agar tidak melakukan perbuatan sama pada masa akan datang," kata Nor Azizah.

Tertuduh membayar denda itu

Sementara itu, suasana kecoh di luar mahkamah apabila tertuduh mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Azizah iaitu isteri nombor tiga terkejut melihat kelibat seorang perempuan merupakan madunya yang menaiki motosikal berhenti berhampiran rumahnya.

Sejurus selepas itu, mangsa yang duduk di sebuah warung berdekatan terdengar bunyi bising suara perempuan menjerit-jerit dari dalam rumahnya.

Selepas diteliti, mangsa mendapati madunya itu sedang mengamuk dengan memecahkan pelbagai barangan kaca seperti cermin tingkap dan pasu bunga.

Turut menjadi sasaran adalah cermin kereta milik mangsa.

Mangsa juga mendakwa tertuduh sebelum ini pernah melakukan tindakan sama dengan memecahkan harta benda di rumahnya pada Oktober 2009.

Suami kepada dua wanita itu bekerja sebagai penarik kereta. Azizah tidak hadir ke mahkamah semalam.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan suaminya yang berkahwin dengan Azizah.

P/s: Memang "brutal" perempuan ini!


Mufti: Larangan Guna Mikrofon Bukan Isu Politik, Tetapi Arahan Nabi

Posted: 15 Aug 2011 05:11 AM PDT

Saya petik:

[TMI] GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

[Gambar] Minit Mesyuarat JK Fatwa P.Pinang Yang Meluluskan Larangan Guna Pembesar Suara!

Posted: 14 Aug 2011 05:37 PM PDT


Saya petik:




Kredit: Edyesdotcom




Tiada ulasan: