Isnin, 8 Ogos 2011

Biaqpila

Biaqpila


Mahkamah benarkan Anwar temubual PM, isteri

Posted: 08 Aug 2011 03:00 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.

"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," katanya.

Bagaimanapun, menurut Zabidin, terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu memberitahu apa-apa dalam ditemubual tersebut.

"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temubual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.

NONESebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kanan) berkata Najib, Rosmah, Musa dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disepina.

Ketiadaan komitmen daripada saksi itu telah menyebabkan peguam Anwar sukar membelannya. Lebih-lebih lagi 71 kenyataan yang dirakamkan oleh polis, sebelum ini, termasuk daripada Najib, Rosmah dan Musa tidak serahkan kepada pihak pembelaan.

Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

azlanDalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan isterinya, Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

VIDEO | 1.20 min



MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Najib bakal rombak kabinet sebelum PRU-13?

Posted: 08 Aug 2011 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Terdapat desas-desus mendakwa sebarang kemungkinan rombhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhygngCFUtGi3qVekrx21h28MSTbOc6WkL-wZ-oiMtXJayh0_CkH50LDeqYj169GGh4dASUnR6ILLK6YuEZLHRxYPLN3E99GHk6jD1w5XpzVzsmArzRcRnmeYQDiJ9Dmio81qTV01eLs6l2/s1600/Firdaus_Jaafar_Jerai.jpgakan kabinet akan dilakukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebelum pilihan raya umum ke-13.

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, dilihat kepada perkembangan terkini membabitkan orang-orang kanannya, Najib mulai rimas dan bimbang sebarang usaha yang akan menjejaskan kedudukannya selaku orang nombor satu.



Bercakap mengenai adanya pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan 100 ahli Parlimen BN, Firdaus berkata, ia mungkin boleh menjadi strategi kepada TPM untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan pertengahan di dalam BN. Lebih dari itu, Najib kini memiliki rekod buruk dalam pentadbirannya antaranya dalam isu Kapal Selam Scorpene membabitkan penahanan seorang peguam daripada Perancis, kata Firdaus.

“Walaupun Muhyiddin juga ada masalah semasa mentadbir Johor dahulu, namun ianya kini lebih terfokus kepada Najib yang banyak menghadapi masalah, termasuk membabitkan orang di sekelilingnya,” katanya. Beliau yakin, jika terdesak Najib akan melakukan rombakan kabinet bagi memempastikan kedudukannya selamat.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan dikatakan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang. Langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Muhyiddin dikatakan telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara baru-baru ini. Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya mempastikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Monopoli BN punca kos sara hidup tinggi

Posted: 08 Aug 2011 12:00 AM PDT

Oleh AZIZ MUDA

Pakatan Rakyat yakin kos sara hidup tinggi yang terpaksa ditanggung oleh setiap rhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9lCuS13nZkAkZko5pqjqMwY7dH_TeVqqCMDm6Vw7X_B73_lSea8YVEYPBomr7obUKNu-FQ3jH0MBf-eshrGP4vqr9nu-wXqtJv6LYwrNBTkJSpbAmSj1dNGzYf0TXgPnaNH2_O_3RNRMw/s400/najib+barang+naik.jpgakyat negara ini pada hari ini adalah akibat dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mewujudkan sistem monopoli dan ketinggalan zaman.

Sehubungan itu, terdapat keperluan mendesak agar sistem permit terutamanya yang bersabit import barang keperluan utama dikaji keseluruhannya kerana ia meningkatkan harga barangan yang menekan rakyat.



Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat juga mendakwa harga petrol dan diesel yang tinggi di Malaysia adalah akibat perancangan guna tenaga yang lemah.

Menurut beliau, Malaysia dilaporkan masih menggunakan sehingga 70 peratus daripada minyak mentahnya yang bergred tinggi dan mahal untuk diproses menjadi petrol dan diesel bagi kegunaan domestik.

Katanya, oleh kerana harga minyak mentah adalah komponen kos yang paling utama, sebarang usaha untuk menukar minyak mentah kepada gred yang lebih murah akan secara langsung menurunkan harga petrol dan diesel di Malaysia.

“Pakatan Rakyat yakin bahawa harga petrol dan diesel boleh diturunkan segera. Salah satu caranya melalui perancangan guna tenaga yang lebih munasabah,” katanya pada sidang media di Pejabat S e t i a u s a h a Ke r a j a a n Selangor (SUK), dekat sini, 2 Ogos lalu.

Sebelum itu di tempat yang sama, Pa k a t a n Rakyat, menurutnya, telah mengadakan Rundingan Ekonomi Buku Jingga yang pertama dengan ahli ekonomi, penganalisis pasaran dari bank dan firma kewangan, pimpinan kesatuan sekerja dan persatuan pengguna.

Katanya, rundingan t e r s e b u t a n t a r a l a i n membincangkan secara terperinci langkah-langkah segera yang boleh dilakukan untuk mengawal inflasi dan membantu jutaan isi rumah Malaysia yang terbeban dengan kos sara hidup mutakhir ini.

“Rundingan tersebut adalah yang pertama daripada beberapa siri selepas ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk digarap di dalam Belajawan 2011 yang akan diumumkan oleh Pakatan Rakyat dalam bulan Oktober ini.

“Setiap rundingan a k a n me m f o k u s k a n kepada persoalan dasar ekonomi negara yang utama, termasuklah dasardasar pertumbuhan dan persaingan ekonomi, menurunkan kos sara hidup rakyat dan reformasi sistem pendidikan supaya selari dengan keperluan modal insan negara,” katanya.

Pe luang yang di perolehi oleh pimpinan Pakatan Rakyat pada hari ini untuk bertukar-tukar fikiran dengan wakil-wakil daripada pelbagai sektor penting ekonomi negara itu, katanya, akan dimanfaatkan sebaik mungkin, apabila pandangan-pandangan itu akan digarabkan di dalam Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat.

“Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat adalah satu lagi dokumen ekonomi yang memberi peluang kepada rakyat dan sektor niagawan menilai sendiri perbezaan pendekatan ekonomi yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan BN, sekiranya Pakatan Rakyat yang berkuasa selepas pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Turut hadir pada rundingan dan sidang media itu termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad serta pemimpin DAP.



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Wanita Mati Dikerat : Lapan Ditahan Bantu Siasatan

Posted: 07 Aug 2011 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 7 OGOS : Polis menahan lapan lelaki warga asing semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita dikerat di sebuah unit pangsapuri di Ampang, Rabu lepas dan menemui sejenis alat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan kejam itu.

Tujuh dari lapan lelaki itu ditahan dalam serbuan kira-kira 12.20 tengah malam semalam di sebuah rumah, yang terletak dalam blok yang sama dengan lokasi pembunuhan kejam itu, manakala seorang lagi di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, alat tersebut yang ditemui ketika serbuan dilakukan di rumah suspek bagaimanapun bukanlah sejenis senjata.

Bagaimanapun, alat itu dipercayai digunakan untuk membunuh dan mengerat mangsa.

Katanya, suspek berumur antara antara 26 hingga 38 tahun merupakan pekerja pembersih di kawasan apartment tersebut, pekerja restoran serta pekerja hotel dan telah menetap di Malaysia antara dua minggu hingga satu tahun.

Kesemua mereka di tahan reman sehingga Sabtu depan.

Mengulas lanjut berhubung pemilik rumah tempat mayat wanita tersebut ditemui, Mohd Adnan berkata polis telah mengambil keterangan dari pemilik unit pansapuri itu yang merupakan seorang warga tempatan.

Polis mendapati pemilik rumah itu tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Manakala hubungan antara kanak-kanak yang turut ditemui dengan mangsa, beliau berkata ia masih dalam proses patalogi serta motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Rabu lepas, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing berumur 30 an dan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggar berusia antara lima dan enam tahun.

tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ANALISIS: KTM Komuter Celaru: Kementerian Pengangkutan Haru-Biru!!

Posted: 07 Aug 2011 06:00 PM PDT

ANALISIS





Secara ringkas, boleh dikatakan mutu perkhidmatan KTM Komuter kini sebenarnya mirip mutu keretapi di Indonesia terutama di Pulau Jawa pada awal 1980 an.



Daif, sesak macam dalam tin sardin, busuk, serba kekurangan, malah sangat tidak efisen dari segi apa jua spesifikasinya termasuk lebih 15 set tersadai pada satu-satu masa, menunggu alat ganti entah bila kunjung tiba.



Tekanan yang dirasai sejak zaman Ling Liong Sik menjadi Menteri Pengangkutan, hinggalah Kong Cho Ha yang masih pening memikirkan bagaimana penyelesaian terhadap mutu perkhidmatan KTM Komuter masih belum menampakkan cahaya di hujung terowong.



Langkah membeli 38 set lokomotif keluaran negara China, hanyalah penyelesaian sementara yang tidak akan menyelesaikan isu berbangkit tentang prestasinya sendiri.



Cho Ha seharusnya meneliti kandungan dalam cadangan penstrukturan semula sistem pengangkutan di Lembah Klang yang semakin menyesakkan nafas lebih 4.7 juta penghuninya.



Walaupun penyelesaian pembelian set lokomotif hanya menyelesaikan 20 peratus daripada masalah asas perkhidmatan itu, ia masih jauh dari tahap memuaskan.



Rakyat mahukan penyelesaian jangka panjang di sebalik pengumuman penjimatan dan potongan subsidi petrol RM4 bilion yang diumumkan bekas Perdana Menteri Pak Lah hingga dipaksa rakyat membeli bahan bakar itu pada harga paling tinggi dalam sejarah, RM2.70 seliter pada 2008.



Persoalannya, ke manakah wang sebanyak itu dibelanjakan??



Apa hasil yang terlihat depan mata dengan nilai sebesar itu yang secara perbandingannya boleh membeli seluruh kawasan elit Bukit Bintang di Kuala Lumpur.



Belum lagi terlihat skandal pembelian set lokomotif dari China ini, setakat ini, tetapi adalah diharapkan tekanan yang diterima Cho Ha dapat dijadikan pengajaran, betapa hingga TIGA menteri pun masalah yang melanda KTM Komuter masih belum lagi selesai.



Kita lihat apakah janji Cho Ha dalam memperbaiki mutu perkhidmatannya akan menjadi satu pencapaian palsu kementerian, atau hanya manis di bibir saja, tidak lama lagi.



JALAN PULANG





Apabila tren yang baru dibeli daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive dari China memulakan perkhidmatan bagi laluan KTM Komuter menjelang akhir tahun ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan tempoh menunggu lebih 30 minit yang begitu menyeksakan di kalangan pengguna tren ketika waktu puncak.



Pengguna sepanjang laluan Rawang-Sungai Gadut, Batu Caves-Pelabuhan Klang, Sentul-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Rawang akan mendapat manfaat daripada muatan tambahan tren itu yang secara teknikal dikenali sebagai Unit Tren Elektrik atau EMU.



Sebanyak 38 EMU yang pertama akan tiba bulan depan dan akan diuji sebelum memulakan perkhidmatan.



Kira-kira 100,000 pengguna akan bersesak-sesak dalam tren Komuter KTM setiap hari pada Isnin hingga Jumaat untuk bergerak dalam kira-kira 20 set EMU bagi tiga tren yang ada kepada mereka.



Daripada satu jadual selang 15 minit pada satu-satu masa, yang secara teori memerlukan sekurang-kurangnya 36 EMU untuk disediakan setiap hari oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd atau KTMB, ia melambatkan kepada selang 20 minit atau secara teori bermakna 25 EMU.



Malah KTMB juga tidak mempunyai 25 EMU.



Sejak September 2009, kebolehsediaan mereka menurun kepada sekitar 21 EMU setiap hari kerana tren yang rosak yang tidak dibaiki daripada 62 EMU pada satu-satu masa.



Pada hari yang malang, ia boleh menurun kepada 15 hingga 18 EMU sehari.



Justeru, kelewatan 40 minit atau lebih pada sesetengah sektor bukan sesuatu yang jarang berlaku dengan tren KTM komuter yang sentiasa sesak dengan penumpang pada Isnin hingga Jumaat.



Ia menguatkan kenyataan bahawa tiada kekurangan penumpang bagi tren KTM komuter memandangkan kosnya yang secara relatifnya murah kerana ia cuma RM6 dari KL Sentral ke Seremban.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk memperbaiki keadaan melalui beberapa inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam.



Selain meningkatkan kapasiti, Kong berkata, langkah-langkah juga dibuat bagi meningkatkan bilangan penumpang setiap hari kepada 600,000 pengguna kenderaan awam di Lembah Klang menjelang akhir 2012.


Jumlah penumpang harian ketika ini adalah kira-kira 240,000 bagi pengangkutan awam di Lembah Klang, dianggarkan mewakili 10 hingga 12 peratus daripada jumlah penduduk di pusat bandar yang tersibuk di negara ini.



Kong menjelaskan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang sudah pun melimpah ruah terutama bagi khidmat tren (KTM Komuter, RapidKL, LRT dan Monorel).



Beliau menjelaskan keadaan yang sedemikian mendesak memerlukan tambahan kapasiti bagi lebih 360,000 orang untuk menukar daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.



Mengulas potensi peningkatan, 58 peratus atau 207,000 merupakan penumpang tren dan 42 peratus atau 153,000 bagi bas.



Tren akan menjadi penyumbang terbesar dengan KTM Komuter menyumbang sekitar 95,000 penumpang, laluan LRT Kelana Jaya 62,000 dan LRT Ampang 33,000.



Langkah pertama ke arah meningkatkan kapasiti itu berlangsung pada akhir 2010 apabila empat gerabak set tren diperkenalkan pada laluan LRT Kelana Jaya, laluan tren paling sesak di Lembah Klang, berbanding dua gerabak set tren.






jalanpulang1978


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: