Rangka Gadis Perancis Mangsa Bunuh Ditemukan Posted: 08 Aug 2011 03:30 PM PDT Saya petik: [Kosmo] KUANTAN - Wanita Perancis yang hilang tiga bulan lalu selepas melancong ke Pulau Tioman dekat sini ditemui dibunuh kejam dengan mayat mangsa ditanam dalam sebuah gua di Kampung Tekek di pulau peranginan itu semalam.
Mayat Stephanie Foray, 30, yang belum berkahwin ditemui pada pukul 1 petang oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada 24 Julai lalu.
Mayat mangsa ditimbus dalam lubang di gua itu sedalam tiga meter dan polis mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan rangka dipercayai milik Stephanie.
Seorang daripada suspek itu merupakan seorang ahli perniagaan berumur 44 tahun yang memiliki sebuah pondok ala inap desa dan sebuah kafe manakala seorang lagi suspek merupakan sepupu kepada ahli perniagaan itu.
Mengikut laporan sebuah akhbar sebelum ini, mangsa tiba di pulau itu dengan feri pada 10 Mei lalu melalui jeti Mersing di Johor dan didakwa tinggal di pondok milik ahli perniagaan itu.
Sejak masuk ke pulau itu, tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pusat peranginan tersebut sama ada melalui jalan air atau udara.
Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan daripada atase Perancis di Singapura mengenai kehilangannya pada 27 Jun lalu.
Mengikut satu sumber, Stephanie sebelum ini kerap berhubungan dengan keluarganya di Perancis melalui e-mel.
"Namun selepas keluarga mangsa tidak menerima kiriman e-mel mangsa dalam tempoh yang lama, mereka membuat laporan kepada atase Perancis di Singapura," kata sumber itu.
Polis kemudian menghebahkan kehilangan mangsa yang bekerja sebagai pegawai komunikasi di Perancis melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan suspek pertama, seorang ahli perniagaan. Lelaki itu ditahan selepas polis berjaya mengesan penggunaan telefon bimbit milik mangsa oleh suspek terbabit.
Beberapa hari selepas penahanan ahli perniagaan itu, polis kemudian menahan sepupu kepada suspek pertama itu yang memiliki sebuah kebun.
Suspek pertama didakwa penduduk kampung pernah menaiki motosikal bersama Stephanie.
Sumber itu memberitahu, soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu membawa kepada penemuan satu rangka manusia ditimbus dengan batu-batan di dalam sebuah gua di kampung tersebut. Jarak gua dengan pondok didiami mangsa ialah 100 meter.
Turut ditemui bersama rangka dipercayai milik Stephanie adalah sebuah bantal dan tilam serta cebisan pakaian.
Mangsa dipercayai dibunuh tiga bulan lalu ketika dia tinggal di pondok milik suspek pertama.
Mayat mangsa kemudian ditimbus dalam gua di belakang tempat pondok tersebut.
Motif pembunuhan masih disiasat. Polis juga menyiasat kemungkinan mangsa dirogol oleh kedua-dua suspek itu.
Mangsa dikatakan tiba di ibu negara pada 5 Mei lalu dengan sebuah penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ke Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur.
Selepas itu, mangsa pergi ke Melaka dan pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka.
Sementara itu, sumber Kedutaan Perancis di Malaysia ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai Stephanie. |
Sejarah Tercipta, Kg BARU Didaftarkan sebagai Pengundi Posted: 08 Aug 2011 02:56 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini. Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu. Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini. Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah: Apabila semakan dibuat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku? Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani SPR sahaja? Maklumat Noraini Binti Abdullah adalah seperti berikut: Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menjumpai pemilih dari kalangan pengundi hantu di mana nama pemilih ini tidak terdapat dalam rekod JPN. Pengundi hantu ini bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan mengundi di Dun Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu. Maklumat pengundi hantu ini adalah seperti berikut: Semakan di laman Web JPN menunjukkan identiti Farhana Binti Abdul Rashid tidak wujud. Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)? Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos 2011 di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini. Dewan Pemuda PAS Malaysia beranggapan mungkin telah berlaku kecuaian manusia yang menyebabkan sebuah kampung dibenarkan mengundi. Salah satu punca kepada masalah ini adalah kerana SPR tidak mempunyai sistem pengesahan pengundi yang benar-benar mantap. Kecuaian manusia tidak dapat dikesan oleh sistem selepas data-data dimasukkan. Dewan Pemuda PAS juga mendesak kepada SPR agar menggugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak. Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR. Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih. Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR. Tempoh bantahan juga terlalu singkat dan tidak munasabah iaitu hanya 5 hari sahaja termasuk 2 hari bercuti. Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga selasa. Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Bayaran dan tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan. Dewan Pemuda PAS mendesak agar tempoh bantahan ini dipanjangkan dan bayaran kepada pembantah digugurkan. Ini bagi memudahkan semua pihak membuat pembersihan daftar pemilih di masa akan datang.
P/s: 1dunia memerhatikan ketelusan dan keadilan SPR. Kah kah kah! |
Kerajaan Persekutuan Umum Pemberian BONUS RAYA Posted: 08 Aug 2011 04:13 AM PDT
Saya petik: Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
P/s: Tahniah kakitangan kerajaan.
|
Gambar Gereja Pada Pelekat Bekas Kuih Raya Posted: 08 Aug 2011 12:05 AM PDT
Saya petik: [SH] SENAI – Gambar berbentuk kubah berwarna-warni yang ditampal pada bekas kuih raya ternama di sini dilihat mempunyai unsur yang mengelirukan umat Islam.
Seorang guru dari Mersing yang enggan dikenali berkata, gambar pelekat pada bekas kuih raya berperisa tat itu diamatinya memaparkan gambar sebuah gereja di Rusia.
"Saya tergerak untuk berkongsi maklumat kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam khasnya di bulan Ramadan ini.
"Pada mulanya, saya langsung tidak perasan akan perkara ini. Segalanya bermula apabila anak saya yang berumur tiga tahun memberitahu gambar masjid di pelekat bekas kuih raya yang saya beli itu cantik dan mempunyai banyak warna," katanya dalam kiriman e-mel kepada Sinar Harian, di sini.
Dia terus meneliti gambar masjid berkenaan dan terlihat tanda salib di puncaknya.
Hasil carian di Internet, gambar yang digunakan sebagai pelekat bekas kuih kuih itu adalah gambar gereja St Basil's Cathedral di Moscow, Rusia yang berusia 120 tahun.
Pada mulanya dia cuba berfikiran positif dengan beranggapan gambar itu mungkin dipilih kerana warna kubahnya yang cantik dan berwarna-warni, bagaimanapun dia berpendapat perkara itu perlu dikekang sebelum menjadi lebih parah.
Sementara itu, Sinar Harian turut menghubungi syarikat pengeluar kuih tat tersebut, KB Sdn Bhd di Sungai Sendok, Muar, untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan.
Pengurus Akaunnya, C Ling Yoe mengakui kesilapan itu dan memberitahu tidak menyedari cetakan pelekat tersebut merupakan gambar sebuah gereja di Rusia kerana kerja-kerja mereka bentuk pelekat dilakukan syarikat pereka cetak yang dilantik.
"Terlebih dahulu, kami mohon maaf. Perkara ini terjadi kerana kami percaya dengan pereka letak dan mereka merupakan syarikat lantikan kami setiap tahun.
"Kami hanya menyedari perkara ini dalam lima hari lalu, hasil aduan pembeli di sebuah pasar raya yang memasarkan produk tersebut. Tindakan segera telah diambil, sejak tiga hari lalu kami kerahkan gantian pelekat baru bagi produk yang diedarkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Ling Yoe berkata, syarikatnya tidak akan menarik balik produk tersebut dari pasaran kerana masalah yang timbul bukan disebabkan produk, tetapi pelekat yang dilabelkan.
"Kami telah menjalankan perniagaan sejak 30 tahun lalu dan produk tat ini pula sejak lima tahun lalu. Produk kami sememangnya mendapat pengiktirafan sijil halal dan kami bersedia disiasat.
"Kami juga kesal dengan apa yang berlaku dan berharap tiada keraguan oleh orang ramai kerana produk tat kami dipasarkan di seluruh Malaysia," katanya.
Menurutnya, dianggarkan sebanyak 10,000 kotak kuih tersebut telah diedarkan dengan 24 balang kuih bagi setiap kotak dijual pada harga RM10 hingga RM12.
"Kami sedar keadaan ini akan menjatuhkan jualan produk kami di pasaran. Bagaimanapun apa yang penting, kami telah cuba memperbaiki keadaan," katanya.
P/s: Pengeluar menudingkan jari kepada syarikat pereka cetak. Persoalannya, tidak sengaja atau sengaja? Takkan mereka tidak mengetahuinya gereja ketika membuat carian di internet? |
[PANAS] Berita Buruk untuk Najib: Polis Telah Menjumpai DOKUMEN PENTING Scorpene!!! Posted: 07 Aug 2011 09:48 PM PDT
Saya petik: [MC]Pihak polis Perancis telah berjaya memperolehi 'dokumen penting' dalam siasatan berkaitan rasuah oleh DCN, kompeni gergasi senjata Perancis kepada pegawai Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib Razak, untuk mementerai kontrak pembelian.
Najib, 58 yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika itu telah memeterai pembelian tersebut pada tahun 2002.
Pada masa yang sama, rakyat juga kesal di atas harganya yang terlalu tinggi.
Dikhuatiri juga kapal selam yang serba canggih itu tidak sesuai untuk kawasan perairan Malaysia yang cetek.
Kapal-kapal tersebut masih tersadai di perairan Sabah pada masa ini dan jauh sekali digunakan.
Ada juga laporan yang menyatakan bahawa kapal-kapal tersebut mengalami kerosakan sistem akibat ketidak stabilan perairan kita.
"Kita berkemungkinan akan dapat maklumat pertama berkaitan penyiasatan polis Perancis yang telah bemula sejak 18 bulan yang lalu pada bulan September.
Kita tahu bahawa polis telah menemui maklumat yang penting, " berdasarkan kenyataan yang diberi Peguam Perancis William Bourdon kepada Asia Sentinel.
Personaliti VIP
William merupakan peguam Perancis yang dilantik oleh Suaram, NGO Malaysia yang telah membuat laporan bagi pihak rakyat terhadap DCN yang telah mendapatkan kontrak dengan cara tidak sah.
Di Perancis, memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak adalah kesalahan yang serius dan jika sabit kesalahan, DCN berhadapan kemungkinan membayar pampasan kepada rakyat Malaysia akibat meninggikan harga pembelian kepada kerajaan Malaysia.
Peguam Perancis dijadualkan tiba pada hari Khamis, di mana beliau akan berucap di hadapan rakyat Pulau Pinang mengenai perkembangan terbaru kes tersebut.
Suaram juga telah memberi gambaran bahawa William juga akan memberi maklumat tentang beberapa lagi identiti yang terlibat di dalam skandal itu.
Pihak penyiasatan Perancis juga dipercayai telah dapat mengenalpasti individu penting yang turut menyertai Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu, ke Macau untuk menghadiri sebahagian dari rundingan kompleks untuk pembelian kapal selam. Altantuya Shaariibu telah menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Spekulasi hangat mengatakan bahawa individu itu adalah Najib sendiri.
Jika benar, ini akan membuktikan bahawa Najib bebohong mengenai dakwaannya tidak mengenali Altantuya.
Selain itu, Altantuya juga dikatakan pernah menjadi kekasihnya sebelum diperkenalkan kepada Razak yang juga merupakan orang kanan dan wakil Najib.
Pendedahan tersebut akan membuka ruang untuk perbicaraan semula kes pembunuhan yang menyaksikan dua bekas pengawal peribadi Najib dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuhnya.
Namun demikian, perancang pembunuhan tersebut dipercayai masih bebas.
Pesonaliti-personaliti lain yang terlibat dalam skandal besar itu juga telah dikenal pasti dan identiti mereka juga akan didedahkan.
William juga dijangka akan memberi kejutan tentang beberapa pemberian komisyen lain yang baru dibongkar oleh pihak penyiasat.
Lebih banyak lagi pembongkaran kotor akan diketahui melibatkan pembelian yang yang meragukan yang telah diketuai oleh Najib sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pembelian peralatan pertahanan.
Tiada ruang untuk bersembunyi bagi Najib
Hanya jika kerajaan Perancis sanggup membantu Najib dalam mendiamkan kes, Najib mungkin sudah tidak boleh bersembunyi lagi.
Waktu yang diperlukan untuknya sudah semakin habis.
Bagi pihak yang memahami akan implikasi undang-undang bagi pihak Malaysia dan Perancis, adalah sukar untuk Najib melepaskan diri.
Najib tidak boleh mengelak untuk terpaksa memberi penjelasan kepada rakyat bukan sahaja tentang sejauh mana penglibatannya didalam rasuah, sekaligus pembunuhan Altantuya.
Umno juga tidak mampu untuk menyelamatkan Najib.
Dengan perbicaraan tentang skandal Scorpene yang bakal beerlangsung di mahkamah pada Ogos atau September, ramai di antara pemimpin parti yang tidak sabar untuk menyaksikan berakhirnya episod pemerintahan Najib yang dipenuhi dengan kegagalan, politik kotor dan rasuah yang berleluasa.
Kini, Najib telah merasakan tekanan yang kuat dan lebih memburukkan, dia telah mengambil beberapa keputusan yang tidak bijak.
Terbaru adalah kekerasan terhadap rakyat yang berarak bagi menuntut kebebasan dan ketelusan pilihanraya dua minggu yang lepas.
Ini mengurangkan populariti dan kredibiliti Najib yang semakin menjunam di mata rakyat justeru menjadikan Najib sasaran mudah.
Kerajaan BN sepatutnya melapor kepada pihak berkuasa Perancis apabila laporan mengenai skandal besar Scorpene mula-mula diketahui.
Namun, oleh kerana pengaruh Najib yang kuat, tiada seorang pun yang berani menuntut supaya siasatan awam dijalankan.
Peliknya, sejumlah 114 juta euro (RM570 juta) yang diberikan kepada firma Perimekar sebagai perjanjian sampingan hanya dianggap sebagai kontrak servis dan penyelengaraan sahaja.
Ironinya, umum mengetahui firma yang meragukan itu tiada langsung pengalaman dan rekod dalam industri berteknologi tinggi itu.
Banyak laporan telah diterima dari rakyat Malaysia yang musykil akan kos sebenar yang telah mencapai lebih dari RM7 bilion.
Nyata sekali Najib telah menyembunyikan kos sebenar dari Parlimen dan mengambil keputusan untuk sentiasa memohon bajet tambahan untuk menyelengara kapal-kapal tanpa memberitahu berapakah kos sebenar yang telah ditanggung oleh pembayar cukai.
Sehingga kini, polis Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah enggan mengambil tindakan untuk menyiasat kes ini.
Kisah lain disebalik perjanjian kotor
Berbagai soalan bakal diajukan oleh mereka yang akan menghadiri sesi bersama William pada 21,22 dan 23 Julai nanti.
Selain dari status kes dan pembongkaran yang telah dibuat, perhatian juga akan tertumpu pada Altantuya, si cantik yang malang, pernah menjadi juru bahasa untuk Baginda.
Apa yang bermain dalam minda rakyat Malaysia adalah apakah sebenarnya hubungan di antara Najib dan Altantuya?
Rakyat bukanlah ingin menjaga tepi kain hubungan antara Najib dan Altantuya tetapi ini penting untuk mengetahui sejauh mana PM yang merupakan DPM pada ketika itu sanggup berbohong untuk menjadi perdana menteri.
Jika ingin tahu dengan lebih lanjut lagi, anda mesti datang ke majlis makan malam untuk mendengar dan bertanya soalan, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysian Chronicle.
P/s: Lenakah tidur anda?
|
[PANAS] Drama Liwat II: Mahkamah Benar Anwar Temu Bual Najid dan Rosmah, TETAPI... Posted: 07 Aug 2011 07:33 PM PDT
...terpulang kepada saksi sama ada mahu atau tidak ditemu bual. Jadi, anda fikir Najib dan geng mahu ke mahkamah? Itu persoalannya!
Menurut Malaysia Kini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.
Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.
"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.
Zabidin berkata, pihak pembelaan ada hak untuk temuramah saksi berdasarkan syarat saksi itu, yang bersetuju untuk ditemuramah.
Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
|
Pengodam Dakwa Gadis Ini "Hajjah Sitt Al Wuzara" - Individu Hina Islam, Nabi, Allah! Posted: 07 Aug 2011 05:45 PM PDT Saya petik:
apostate (atheist movement)
Group Hacker GaySec mendedahkan individu ini terlibat dalam:
SHE IS BEING ACTIVE IN... • A MEMBER OF MALAYSIAN APOSTATE FB GROUP • A MEMBER OF UNSCIENTIFIC MALAYSIA (A GRUP/FANPAGE THAT'S DEDICATED TO SUPPORTING APOSTATE, ATHEIST MOVEMENT) • A MEMBER OF MALAYSIAN ATHEIST, FREETHINKER, AGNOSTIC AND THEIR FRIENDS • A MEMBER OF FRIENDLYATHEIST.COM
|
Memalukan...KOMPAS Lapor Najib SUAP Stesen TV Demi Citranya Posted: 07 Aug 2011 04:30 PM PDT Apa makna SUAP? Tidak tahu? Sila rujuk kamus. Memalukan! Najib dan Rosmah bertambah "glamour" di Indonesia! Saya petik: KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Stasiun TV internasional CNBC membatalkan siaran program utama mereka World Business yang diduga menerima suap dari Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk wawancara khusus dan pencitraan pemerintah Malaysia.
Situs themalaysianinsider.com pada Kamis malam (4/8/2011) merilis laporan FBC Media sebuah perusahaan jasa humas di Inggris menerima uang jutaan Ringgit Malaysia untuk merekayasa pemberitaan.
CNBC menyatakan sedang menginvestigasi sepak terjang FBC Media dengan PM Najib dan pemerintah Sarawak agar stasiun TV internasional yang dipercaya pelaku bisnis dunia itu tidak terkena nasib seperti tabloid News of The World, yang tutup setelah terlibat skandal pemberitaan yang melanggar hukum.
"Sebagai jawaban atas pertanyaan Malaysian Insider kami mengakui sudah menutup program World Business karena dugaan jual-beli berita dan mulai menginvestigasi FBC dan praktik bisnis mereka," kata Wakil Presiden Komunikasi dan Pemasaran CNBC Charlotte Westgate dalam surat elektronik.
World Business dipimpin Redaktur Pelaksana CNBC, John Defterios langsung dihentikan tayangannya setelah sebuah pemberitaan internet di Negara Bagian Sarawak melansir berita dugaan suap oleh PM Najib dan pemerintah Sarawak terhadap program paling bergengsi, yang juga ditonton jutaan pebisnis di Indonesia itu. Berita online oleh Anil Neto di Sarawak menulis "CNBC Memutus Hubungan Dengan FBC Media!".
Seorang whistle blower di London mengungkapkan betapa politisi kubu penguasa Malaysia, Barisan Nasional (BN) membayar jutaan Ringgit dari anggaran nasional ke FBC untuk mengatur pemberitaan yang "baik-baik" di Stasiun TV CNBC.
Laporan dari Sarawak menampilkan sederet nama politisi seperti PM Najib Razak, mantan PM Abdullah Badawi, Menteri Kepala Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, menggunakan suap untuk membeli pencitraan di TV CNBC dan media internasional lainnya.
"Mengijinkan program dibayar oleh politisi merupakan praktik penipuan jutaan pemirsa yang mengira mereka sedang menonton tayangan yang obyektif dan tidak memihak. Ini merupakan kejahatan berat terhadap hukum penyiaran. Terlebih bagi perusahaan global sekelas CNBC dan induk usahanya NBC di Amerika Serikat," ujar laporan dari Sarawak itu.Charlotte Westgate, menolak memberikan keterangan lebih lanjut untuk saat ini karena pihaknya masih terus menyelidiki skandal itu. Selain dengan CNBC, FBC mengakui pihaknya juga berhubungan profesional dengan BBC dan CNN.
|
Susulan Kes Wanita Dikerat 15, Senjata Bunuh Kerat Ditemukan di Rumah Suspek, Warganegara Bangladesh Posted: 07 Aug 2011 03:40 PM PDT Saya petik: [Kosmo] AMPANG JAYA - Siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan kanak-kanak warga asing yang mayat mereka dikerat 15 bahagian sebelum disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chrysa, Apartmen Astria, Taman Kosas di sini mendapat petunjuk baharu apabila polis menemui alat yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Kosmo! difahamkan, alat tersebut ditemui di dalam sebuah rumah yang dihuni lapan lelaki Bangladesh di sebuah rumah di tingkat lima perumahan tersebut Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah enggan mendedahkan jenis alat yang ditemui itu.
Katanya, selain siasatan, pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai sehingga berjaya menahan lapan lelaki terbabit dan merampas senjata tersebut.
"Tujuh lelaki itu ditahan serentak di kawasan perumahan tersebut manakala seorang lagi ditangkap di sebuah hotel di sini pada hari sama.
"Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai tukang cuci bangunan itu manakala salah seorang merupakan pekerja sebuah hotel," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan