Isnin, 8 Ogos 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siapa yang benarkan Hasan Ali untuk terus bermaharajalela?

Posted: 08 Aug 2011 03:45 PM PDT


Dalam isu serbuan JAIS ke majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya baru-baru ini, Hasan Ali yang memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, sekali lagi bercanggah pandangan dengan barisan kabinet negeri. Malah, Hasan Ali secara terbuka bertentangan pendirian dengan Menteri Besar dalam isu ini.

Hasan Ali tetap dikekalkan di situ, biarpun berkali-kali beliau bercanggah kenyataannya dengan barisan EXCO kerajaan Selangor. Mereka yang mendahagakan politik baru mula mengeluh, sesungguhnya bukanlah rahsia untuk BN menaungi kroninya. Namun, mengapa pula kerajaan Pakatan Rakyat turut gagal menyerlahkan kesungguhannya?

Hasan Ali membela JAIS dengan mendakwa bahawa JAIS berkuasa untuk menyiasat desas-desus di mana pihak gereja cuba menyebarkan agamanya kepada muslim. Namun, pendekatan yang digunakan, dengan sebegitu kasar - adalah sesuatu yang tidak boleh diwajarkan. Islam mendukung keadilan, malah tidak menyerang kediaman dan rumah ibadat kafir walaupun ketika berperang. Tindak-tanduk JAIS bercanggah dengan ajaran Islam, malah menonjolkan keangkuhan pegawai penguatkuasa. Apa bezanya fikrah Hasan Ali, dengan hegemoni kuasa UMNO?

PAS mungkin enggan berbalah dengan Hasan Ali (gambar kiri) kerana ingin menjaga hati penyokong tradisionalnya. Namun, tindak-tanduk Hasan Ali untuk bersuara menggunakan media kawalan UMNO jelas memperlekehkan disiplin dalam parti, dan semestinya menjejaskan imej pembaharuan yang ingin ditonjolkan PAS baru-baru ini.

Jika dilihat senario terkini, pimpinan tertinggi UMNO jelas telah berputus asal untuk meraih sokongan pengundi Cina, sebaliknya memilih untuk mengukuhkan sokongan India dan meningkatkan sokongan Melayu. Mewujudkan suasana krisis dengan mempermainkan isu agama adalah taktik biasa yang digunakan oleh UMNO, misalnya isu pemakaian "tengkolok bersalib" oleh Tengku Razaleigh dalam PRU pada tahun 1990. Justeru, tidak pelik seandainya tindak-tanduk JAIS ini disokong oleh UMNO. Apa yang pelik, orang PAS pula yang menari mengikut rentak ini!

Tidak memadai untuk PAS Selangor yang sekadar menuntut penjelasan Hasan Ali, mahupun kritikan Lim Kit Siang bahawa beliau tidak mempunyai semangat berpasukan. Ini kerana mana-mana parti politik atau kerajaan yang menegaskan politik baru, tidak akan menggadaikan prinsip kebertanggjawaban secara kolektif dalam kabinet, semata-mata untuk memberi laluan kepada anggota yang mahu mengaut kepentingan politik sendiri. Sebelum kebenaran ditemui sepanjang siasatan, jawatan EXCO Hasan Ali perlu dibekukan.

Khalid Ibrahim perlu berani

Sebagai seorang Menteri Besar, Khalid Ibrahim perlu menunjukkan keberaniannya untuk membuat keputusan tegas, memancung mana-mana yang perlu - dan bukannya seperti Najib yang teragak-agak apabila berdepan dengan kuasa konservatif dan ekstremis. Ronnie Liu, EXCO yang kredibilitinya dipertikaikan; Hasan Ali, EXCO yang pendiriannya tidak selaras dengan pendirian bersama kabinet negeri, malah halatuju pentabiran kerajaan negeri. Namun, kedua-dua orang EXCO yang bermasalah ini kekal pada tempatnya sehingga hari ini, lantaran imbang kuasa dalam parti politik - cukup untuk menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat turut mendahulukan kepentingan parti politik sebagai pertimbangan pentadbirannya.

Secara peribadi, saya menghormati anutan politik Hasan Ali. Seandainya beliau tetap membela pendekatan JAIS, maka beliau harus meletak jawatan sebagai EXCO, dan bersuara lantang sesuka hatinya atas kapasiti sebagai ADUN biasa. Seandainya kerajaan yang diketuai Khalid Ibrahim mengekalkan beliau dalam barisan kabinet, maka semangat kebertanggungjawaban secara kolektif akan meluntur, dan disiplin akan menjadi longgar. Ini bukan pasukan yang diamanahkan rakyat.

Saya cuba meniru persoalan Perdana Menteri Lord Melbourne, "Apakah dasar agama kerajaan Pakatan Rakyat? Lebih jelas? Lebih kabur? Atau lebih rasional? Saya tak kisah. Namun, bolehkah kamu selaku barrisan EXCO, selaraskan pendirian kamu?"

Jikalau tidak menjernihkan air yang keruh, maka jangan lagi mengadu UMNO yang menangguk dalam air keruh.

*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disedut, disunting dari sini

Hasan Ali patut terima cadangan al-Bakistani

Posted: 07 Aug 2011 11:54 PM PDT


Selepas membaca entri Tulang Besi disini, membuatkan saya tertanya-tanya apakah benar segala apa yang di katakan Tulang Besi dalam entri tersebut? Kalau Tulang Besi berbohong, Hasan Ali boleh saman dan tuntut ganti rugi kemaluan! Takkanlah Hasan Ali rela dirinya dicemuh sebegitu hina sekali?

Kemudian, saya pergi jengok al-Bakistani . Entri hari ini bertajuk .Baca tajuknya sahaja dah buat saya berasa satu macam. Saya bertanya, siapa yang nak pecat Hasan Ali? Bukankah dia ini seorang hero? Isu pemecatan Hasan Ali amat dinanti-nantikan oleh gerombolan. Ia umpama saham yang akan menguntungkan mereka.

Setelah membacanya hinggá ke hujung ayat, saya sendiri terpaksa menyetujuinya. Bacalah sendiri di sini. Nasihat saya kepada Hasan Ali, kalau dia benar-benar hero, dia juga patut bersetuju dengan cadangan al-Bakistani itu.

Tiada ulasan: