Ahad, 7 Ogos 2011

Biaqpila

Biaqpila


TRAGEDI TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS

Posted: 07 Aug 2011 02:00 PM PDT



Tiga Terbunuh, Tiga Cedera Dan Tiga Hilang Dalam Tanah Runtuh

CAMERON HIGHLANDS, 8 Ogos (Bernama) -- Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang semasa hujan lebat.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.

Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cedera itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira 11.25 malam tadi dan telah dimasukkan ke hospital sama.

Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam.

Wan Mohd Zahari berkata tiga buah rumah terbabit dalam kejadian itu.

Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.

Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 km dari jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian.

-- BERNAMA


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

HAPPY BIRTHDAY TO BIAQPILA

Posted: 07 Aug 2011 09:34 AM PDT

Bersih :Mat Zal cerita detik disepak terajang polis

Posted: 07 Aug 2011 05:00 AM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM & MUHAMMAD ARIFF ISMAIL


KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yangjuga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Pantai Cicar, Kawasan Merbok, Kedah menceritakan semula detik keganasan polis ke atasnya.


Menurut Muhamad Zal, semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 itu, beliau berada di Maybank Pudu Raya. Setelah pihak polis menggempur peserta Bersih, beliau turut berundur ke Jalan Pudu. Di situ, beliau telah berada di sebalik palang menyaksikan polis memprovokasi peserta dan menunggu sahabat-sahabatnya yang lain.

Bagaimanapun katanya, polis datang kepada beliau dalam jumlah yang ramai. Beliau ditarik dari sebalik palang lalu jatuh dan ketika itu walaupun tanpa melawan, Muhamad Zal telah ditumbuk terajang. Katanya, sehingga hari ini masih berbekas kesan tapak kasut anggota polis yang menendangnya.

Kepalanya juga dipukul hingga berdarah, tetapi beliau tidak menyedari pendarahan itu melainkan rasa sakit. Beliau tidak pasti alat digunakan tetapi beberapa saksi yang melihat menyatakan bahawa dia dipukul menggunakan sejenis alat besi dipanggil "buku lima." Pihak polis ujar beliau, menyiram kepalanya dengan air mungkin untuk mengurangkan kesan darah.

Di dalam banyak gambar dan video yang diperolehi, kelihatan seorang anggota dengan vest kuning polis menutupi kepalanya dengan topi. Pun begitu ujar Muhamad Zal, topi tersebut bukan miliknya, tetapi berkemungkinan polis cuba melindungi kesan luka berdarah di kepalanya dengan topi tersebut.

Beliau kemudian dibawa ke trak polis yang berjarak lebih 100 meter dan di sepanjang jalan itu beliau disepak terajang serta dimaki hamun polis sebagai pengkhianat negara. Beliau ditahan di Pulapol dan dibebaskan sekitar jam 8 malam.DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ratusan kedai kek dan roti di Sarawak guna mentega diharamkan

Posted: 07 Aug 2011 12:00 AM PDT


KUCHING: Masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan apabila ratusan kedai roti dan kek di seluruh Sarawak disyaki turut menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang telah disahkan mengandungi DNA babi oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).

Apa yang membimbangkan, kira-kira 40,000 kilogram mentega berkenaan berada di pasaran di negeri ini dengan bekalan masih boleh didapati di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit yang menjualnya secara terbuka.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Wan Ahmad Huzir Wan Sulaiman, berkata penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter bukan saja di kalangan pengusaha kek lapis sebaliknya turut digunakan dalam industri pembuatan roti dan kek.

Katanya, banyak pengusaha kedai roti dan kek termasuk yang bukan beragama Islam dikesan menggunakan jenama mentega itu selepas mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

"Golden Churn Creamy Butter telah digunakan secara meluas di Sarawak sebelum ini dan ia tidak terhad digunakan pengusaha kek lapis saja kerana ia turut membabitkan kedai roti serta kek yang banyak di seluruh negeri.

"Selesai pemeriksaan semua premis pengusaha kek lapis, kami akan meneruskannya ke atas kedai roti dan kek bagi memastikan mereka mematuhi sijil halal dikeluarkan JAIS," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Selasa lalu, MIS memutuskan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter adalah haram selepas ujian makmal di Jabatan Kimia Malaysia mendapati wujud DNA babi di dalam sampel yang diambil dari pengedar di sini.

Wan Ahmad Huzir, berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan ke atas semua pasar raya yang menjual mentega berkenaan agar mengalihkannya ke seksyen tidak halal selain meminta pengedar menampal logo halal pada bahagian bungkusannya.

"Kita tidak boleh mengarahkan mentega ini dimusnahkan kerana ada pelanggan bukan Islam masih menggunakannya.

"Mengenai dakwaan mengatakan wujudnya penghantaran Golden Churn Creamy Butter yang halal dari Australia, pihak kami menetapkan keseluruhan produk berkenaan adalah haram dan tidak ada sebarang penghantaran yang halal," katanya.

penangdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kerapu gergasi 168kg dijual RM7,560

Posted: 06 Aug 2011 09:00 PM PDT



GERGASI. Lapan nelayan terpaksa memerah keringat untuk menaikkan ikan kerapu sepanjang dua meter dan berat 168 kilogram sewaktu ia masuk ke dalam pukat di perairan Teluk Bahang, Pulau Pinang kelmarin.

Ikan itu kemudian dijual oleh peniaga, Tan Kah Seng di pasar Lebuh Cecil, George Town semalam kepada pemilik restoran, Che Kean Ghee dengan harga RM7,560. - Bernama



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: HELIKOPTER

Posted: 06 Aug 2011 06:00 PM PDT



Halim adalah seorang pilot helikopter ditugaskan untuk pergi membuat pemerhatian di sekitar Kuala Lumpur. Tapi malangnya pada hari itu Halim demam dan badannya menggigil-gigil. Dapat plak bos yang sangat kejam. Halim tak membantah lalu menjalankan tugas.

Baru sahaja helikopter itu naik setinggi 3 meter lalu terhempas balik ke tanah. Bos dia tanye "macammaner bole terhempas ni?"

Halim menjawab "saya sejuk bos, saya tutup la kipas"


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: