Ahad, 7 Ogos 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hero tidak boleh mati....

Posted: 06 Aug 2011 10:59 PM PDT


Saya teringat masa remaja dulu,pernah ada satu cerita Hindustan diharamkan tayangannya sebab Amitabh Bachan mati dalam cerita tu.Saya tidak berapa pasti apa tajuk movie tersebut.Pernah sekali sahaja ditayang di India.Lepas habis cerita ,panggung wayang kena bakar.Penonton marah sebab hero cerita mati!

Hero tidak boleh mati!Tetapi benarkah dia ini seorang hero.Mungkin benar, dia seorang hero Melayu.Tetapi seorang hero Melayu, belum tentu lagi dia seorang hero Islam!

Dalam Islamlah munculnya munafiq.Apakah dia ini hero Munafiq? Harap pemimpin PAS mengambil pendirian yang tegas dalam soal ini.

Mengambi iktibar cerita diatas, mematikan hero adalah terlalu berisiko.Tetapi kalau tahap hero munafiq, orang Islam patut berbangga!

PAS sendiri menyedari hal ini; maka sebab itu, semasa isu 'Sumpah Laknat' dahulu, hero ini selamat dan entah macam mana pula Khalid Samad yang terima padahnya!

Hero ini mendabik dada sebagai pejuang agama di sini Maka siapakah pula kali ini yang akan menerima padah kalau hero ini mahu terus diselamatkan?

Sang Patriotik dengan bendera ....

Posted: 06 Aug 2011 10:04 PM PDT

Mereka bukan seperti kebanyakan orang sekarang ini yang begitu megah dengan hanya menggantung atau menggibarkan bendera didepan rumah atau dibumbung kereta lalu mendabik dada merekalah patriotik negara.

Tetapi mereka ini telah membuktikan keberanian dan kepahlawanan mereka dalam mempertahankan negara dari ancaman pelbagai musuh.

Mereka ini telah menghabiskan kebanyakan sepanjang hayat mereka jauh dari keluarga dan rakan-rakan untuk memberikan khidmat kepada negara.

Mereka sangat mahir dalam peperangan di hutan, mahir menggunakan senjata barat dan senjata asli dan telah digerakkan untuk mempertahankan negeri dan negara semasa pendudukan Jepun pada tahun 1942 dan kemudiannya semasa darurat dan konfrontasi Borneo.

Tetapi perkhidmatan mereka sekadar menerima sedikit pengiktirafan walaupun sumbangan mereka kepada keselamatan negara begitu besar dan bermakna.

Mereka adalah bekas Sarawak Rangers dan Penjejak Iban yang kini hanya menerima elauns bulanan RM100 sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.


Memadaikah begini cara negara mengenang jasa dan pengorbanan mereka ? Kepada mereka yang setakat menggantung dan mengkibarkan bendera, bandingkanlah pengorbanan mereka ini dengan lagak keanak-anakan anda semua bermain bendera! sumber

Tiada ulasan: