Biaqpila |
- SPR patut lupakan sistem biometrik
- Guru Terbunuh Dalam Perjalanan Ambil Isteri
- Jangan bazir duit rakyat beli plat kenderaan
- Najib Tidak Pernah Tawar Stadium Shah Alam - Maria Chin
- Mudahnya Menjadi Warganegara Malaysia
- Terlondeh : Utusan Buka pekung Umno Kedah
SPR patut lupakan sistem biometrik Posted: 03 Aug 2011 03:00 PM PDT Oleh Haji Abdul Subky Latif Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperkenalkan sistem biometerik sebagai alternatif kepada penggunaan dakwat kekal patut dilupakan. Tidak ada parti pembangkang sebagai pelanggan utama kepada SPR yang bersetuju dengan cadangan itu sekali pun ia satu sistem berteknologi canggih. Penolakan pembangkang itu disokong pula oleh setiap yang menyokong gerakan Bersih 2.0 yang menuntut diadakan reformasi a tau transformasi sistem dan perjalanan pilihan raya di negara ini. Sekali pun jentera biometrik itu dapat menjamin ia dapat mengesan apa yang hendak dikesan bagi mengelakkan penyelewangan, tetapi faktor kelemahan makhluk bernama manusia yang sentiasa terdedah kepada segala tipu daya, jadi punca utama penggunaan sistem biometrik itu ditolak. Manusia itu sendiri adalah punca segala fitnah, maka segala yang boleh mendatangkan fitnah wajah dijauhkan. Jika banyak negara di dunia tidak memakai sistem itu, maka Malaysia pula mahu mempelopori pemakaiannya bagi menunjukkan ia lebih maju dibidang teknologi, ia tidak menjadikan Malaysia mendahului lain-lain negara. Ia tidak menjadi pilihan banyak pihak ialah kerana faktor manusia yang sentiasa terdedah kepada fitnah dan penyelewengan. Dalam diri kejadian manusia itu s endiri dilengkapkan dengan nafsu. Nafsu itu boleh menguasai manusia yang sesungguhnya juga ada kelemahan pada kejadiannya. Hanya para nabi sebagai manusia pilihan Tuhan dijamin dapat mengawal hawa nafsunya. Oleh kerana dalam banyak masa pengendali SPR itu lebih diragui kejujuran dan daya keadilannya, maka tiada jaminan ia dapat memenuhi amanah mengendalikan mesyin biometrik seadil-adilnya. Bukan manusia tidak boleh mempercayai sesama manusia, tetapi manusia hanya mempercayai s etengah manusia dan tiada manusia yang dipercayai oleh semua manusia. Justeru itu manusia mengelakkan penggunaan alat manusia tidak sepakat mempercayainya. Setakat ini rata-rata manusia di dunia sepakat penggunaan dakwat kekal adalah kaedah yang terbaik bagi memanimakan penipuan dan penyelewengan. Ia adalah satu kaedah yang prematif tetapi ia amat sesuai dengan kejadian dan kehidupan manusia dalam semua zaman. Jika cara untuk membuat keputusan seperti sekarang berlaku di zaman Nabi SAW, dan sekalian sahabat Nabi itu tebal-tebal belaka imannya, dan penggunaan dakwat kekal itu adalah kaedah paling sedikit fitnahnya, saya percaya nabi yang tidak sukakan fitnah menggalakkan keadah yang paling tidak mendatangkan fitnah atau yang paling kurang fitnah. Tetapi dalam perkara yang terdedah kepada fitnah, nabi tidak galakkan sama sekali. Katakanlah isu penggunaan biometrik dan penggunaan dakwat kekal, tidak berlaku di zaman nabi. Pilihan terbaik bagi umat Islam ia minta panduan dari majlis fatwa, apakah panduan yang majlis fatwa boleh beri? Tidak lain majlis fatwa beri panduan, pakailah sistem yang paling kurang fitnah dan keburukannya. Ada empat negara besar di dunia yang ramai penduduk Islamnya yang menggunakan dakwat kekal dalam pilihan rayanya iaitu Mesir, Indonesia, Pakistan dan India. Sekali pun majoriti rakyat India bukan Islam, tetapi penduduk Islamnya lebih ramai dari kebanyak negara Islam. Sepakat para ulama negara tersebut membenarkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan rayanya. Mungkin ketika pilihan raya pertama di masa penjajah dulu — tahun 1955 — penjajah British tidak terfikir akan adanya penyelewengan dan penipuan seperti yang diamalkan di Unted Kingdom, maka ia tidak merasa perlu memperkenalkan dakwat kekal. Tetapi setelah Malaysia ada pengalaman selama 50 tahun mengendalikan pilihan raya, semuanya tahu ia terus terdedah kepada penyelewengan manusia, ia menjadi-jadi disebabkan oleh ketiadaan sistem kawalan yang berkesan dan pengendali pilihan raya tidak berupaya menyekat penyelewenan, maka sistem kawalan itu amat diperlukan. Penggunaan dakwat kekal yang prematif itu tetap relevan dan terbaik setakat ini diterima pakai oleh banyak negara di dunia. Maka apa yang menjadikan kerajaan Malaysia dan SPR menjadi begitu bebal mengelakkan penggunaannya? Ia terus berdolak dalik mengelakkannya sejak ia mula dikemukakan selepas merdeka. SPR telah mati angin untuk menolaknya dalam PRU 2008 dulu. Ia telah memesan dakwat. Sudah ada dakwat itu. Tetapi ia masih tidak dapat hidayat lalu membatalkannya dua tiga hari sebelum mengundi. Ada perbalahan antara Perdana Menteri masa itu dengan SPR tentang alasan pembatalannya. Kali ini kerajaan dan SPR menggunakan dalih lain. BN dan SPR tiada dalih yang kuat untuk menyangkal pengundi hantu dan penyelewengannya. Ia cuba mengalih kepada penggunaan sistem biometerik sebagai usaha menjadi PRU 13 paling telus, adil dan bersih. SPR membuat janji-janji manis. Ia dilihat seperti menanam tebu di bibir. Tetap ia berdegil untuk menolak dakwat kekal. Jika diadakan pungutan suara kehendak SPR itu akan ditolak. Tetapi rakyat tidak merasa perlu untuk menuntut diadakan pungutan suara mahu dakwat kekal atau alat biometrik. Tuntutan yang mudah guna saja dakwat kekal dan lupakan saja sistem biometrik. DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Guru Terbunuh Dalam Perjalanan Ambil Isteri Posted: 03 Aug 2011 09:29 AM PDT REMUK... Orang ramai melihat kereta yang dipandu seorang guru, Ahmad Yusrizal Yusoff, 30, dari SK Langkap, Setiu yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak kelapa sawit di kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu - Jerteh dekat Kampung Sungai Tong di Setiu, Rabu. Ahmad Yusrizal dikatakan memandu berseorangan setelah selesai mengajar untuk mengambil isterinya Azlina Mohd Razali di SMK Sungai Tong sebelum nahas itu berlaku. - Foto BERNAMA BESUT: Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu terbunuh setelah kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Sungai Tong petang Rabu. Mangsa Ahmad Yusrizal Yusof, 30, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian muka dan badan akibat perlanggaran tersebut yang berlaku kira-kira pukul 1.35 petang. Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Supritendan Rohaizat Mohd Ani berkata ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan untuk mengambil isterinya, Azlina Mohd Razali yang mengajar di SMK Sungai Tong setelah habis mengajar. Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan terbabas di satu selekoh tajam sebelum berlanggar secara berhadapan dengan lori tangki minyak kelapa sawit yang dalam perjalanan ke Kota Baharu. Rohaizat bagaimanapun memberitahu maklumat pemandu lori tangki itu belum diperoleh tetapi difahamkan hanya mengalami cedera ringan. "Ahmad Yusrizal sering berulang ke sekolahnya dari rumahnya di Kuala Terengganu itu meninggal dunia di tempat kejadian," kata Rohaizat ketika dihubungi Bernama. Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas termasuk kumpulan Konvoi Kembara Merdeka yang dalam perjalanan ke daerah Besut untuk menyertai satu program berbuka puasa di Masjid As Solihin dekat Padang Luas, Jerteh. - BERNAMA mstar KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Jangan bazir duit rakyat beli plat kenderaan Posted: 03 Aug 2011 03:00 AM PDT Ahmad Danial MELAKA, 2 Ogos: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Muhammad Aizat Baharuddin kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang dilihat ingin melakukan pembaziran yang besar mengenai pembelian tender nombor pendaftaran kenderaan kerajaan. Aizat berkata maklumat pembelian tender nombor pendaftaran kereta itu diperoleh dari Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka yang menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. "Ianya melibatkan perbelanjaan tender nombor pendaftaraan kereta yang bernombor MCC 1 sehingga MCC 15. "Bayangkan RM317,000 duit rakyat digunakan untuk tender nombor pendaftaran kereta, ianya tidak masuk akal dan ianya suatu pembaziran duit rakyat?" kata Aizat. Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya dapat membezakan antara keperluan dan kehendak rakyat bukannya membelanjakan duit rakyat sesuka hati. Katanya, pembelian nombor kenderaan langsung tidak memberi faedah kepada rakyat, lebih-lebih lagi ianya melibatkan kos yang besar. Tambahnya, kerajaan perlu memikirkan nasib rakyat Melaka yang rata-rata hari ini masih belum berada pada taraf hidup yang memuaskan. Menurutnya, masih ramai lagi di kawasan luar bandar di Melaka hidup miskin, buktinya dengan program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kerajaan negeri sendiri laksanakan ketika Pilihan Raya Kecil di Merlimau dahulu. "Rakyat Melaka juga masih terbeban dengan kenaikan harga barang, dan baru-baru ini kerajaan negeri juga telah menaikkan tarif air sebanyak 20%," ujar Aizat lagi. Menurutnya, Dewan Pemuda PAS Melaka menggesa agar kerajaan negeri membatalkan tender untuk mendapatkan nombor plat tersebut kerana ianya tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat, banyak lagi program-program yang menguntungkan rakyat boleh dilaksanakan dengan wang sejumlah RM317,000 tersebut. Baru-baru kerajaan negeri menukar kereta rasmi kerajaan dari Proton Perdana kepada Nissan Teana. Kemungkinan besar plat itu akan digunakan oleh kereta rasmi kerajaan tersebut. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Najib Tidak Pernah Tawar Stadium Shah Alam - Maria Chin Posted: 03 Aug 2011 12:00 AM PDT SHAH ALAM 2 OGOS : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara. Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat. "Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria. Maria mengakui, Najib memang menawarkan himpunan aman tersebut dilakukan didalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat berkeputusan mahu menjayakannya di Stadium Merdeka, yang terletak di Kuala Lumpur. "Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam, dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur Bersih) memutuskan memilih stadium Merdeka. Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria. Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima kelmarin menyatakan beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan tersebut, namun ditolak. "Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan. "Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak," kata Najib. Najib juga berkata, beliau menawarkan untuk himpunan aman tersebut diadakan didalam stadium ekoran ia adalah saluran yang betul dan menjamin keselamatan peserta himpunan. "Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah," jelas Najib. Mengulas kenyataan Najib itu, Maria berkata sebaik sahaja dinasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin agar mengadakan himpunan tersebut didalam stadium, sekretariat akur dan memilih Stadium Merdeka. Namun, tatkala itu Najib mengubah kenyataannya dan berkata, mana- mana pertubuhan yang ingin melakukan himpunan mestilah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Tindakan 'flip- flop' Najib itu mengundang pelbagai kritikan daripada 62 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim sebelum ini menawarkan Stadium Shah Alam untuk menjayakan himpunan tersebut, namun setelah mengambil kira banyak faktor, sekretariat Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Mudahnya Menjadi Warganegara Malaysia Posted: 02 Aug 2011 09:00 PM PDT Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini. Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011. Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR). Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini. Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011. Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR). Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia. Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang 2hb Ogos 2011 : Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.
Nama Mismah terdapat dalam WEB SPR sebagai “Sedang Dalam Pameran Rang” seperti di bawah :
Mismah adalah individu yang telah daftarkan sebagai pengundi di Dun Ijok, Selangor walaupun beliau adalah seorang PR. Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang mempamerkan maklumat bakal-bakal pemilih di seluruh negara sekarang ini. Dewan Pemua PAS sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri. Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata. Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini. Dewan Pemuda PAS mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini. Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini. Suhaizan Bin Kaiat DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Terlondeh : Utusan Buka pekung Umno Kedah Posted: 02 Aug 2011 06:00 PM PDT BARU-baru ini dalam satu pertemuan, seorang pemimpin veteran UMNO memberitahu penulis bahawa Kedah merupakan salah sebuah negeri yang Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampasnya kembali daripada pembangkang. Pelbagai kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri di bawah PAS kini memungkinkan BN mempunyai harapan untuk meraih kembali sokongan rakyat di negeri Jelapang padi tersebut. Namun begitu persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuk pemimpin veteran tersebut ialah sejauh manakah pemimpin UMNO dan BN di Kedah benar-benar bersedia untuk melunaskan misi berkenaan. Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah, pada Khamis lalu dikatakan banyak menyuntik semangat dan memberikan isyarat kepada rakyat Kedah bahawa mereka perlu menyokong BN. Keprihatinan Perdana Menteri yang bersedia meluangkan masa melakukan tinjauan mesra dan meluluskan peruntukan sebagai RM1.12 juta bagi membina sebuah masjid di Taman Wira Mergong, di Alor Setar turut membantu meningkatkan imej BN. Tetapi soalnya, sejauh manakah UMNO dan BN Kedah di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah mampu merebut peluang untuk memastikan sokongan rakyat kembali kepada parti berkenaan. Ketika berbual-bual dengan seorang pemimpin UMNO Kedah di Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis mendapati terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ahmad Bashah dan pemimpin parti berkenaan jika mereka mahu menegakkan kembali panji-panji BN di negeri itu. Perkara yang paling ketara ialah sehingga kini biar pun Kedah sudah jatuh ke tangan pembangkang masih belum ada kesedaran di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO untuk berhenti berpolitik sesama mereka. Sama ada hendak diakui atau tidak berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, daripada keseluruhan 15 bahagian UMNO di Kedah, 10 daripadanya bermasalah. Ia berpunca daripada politiking sesama sendiri - satu 'penyakit' yang tidak pernah mampu diubati dalam UMNO sejak dulu lagi. Mungkin akan ada pemimpin UMNO akan menganggap tulisan ini ibarat membuka pekung di dada atau satu rekaan tetapi hakikat tetap hakikat, fakta tetap fakta. Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu insaf bahawa mereka bukan pemerintah di negeri berkenaan tetapi pembangkang, oleh itu sikap dan tindakan serta semangat perlu berteraskan kepada keazaman untuk merampas kembali negeri itu daripada Pas, PKR dan DAP. ''Masalah utama ialah hendak mencari calon, kita kena akui sampai sekarang belum ada calon yang paling sesuai bagi memenuhi apayang dipanggil 'calon boleh menang' seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri,'' kata pemimpin UMNO tersebut. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila masalah dalaman di 10 bahagian berkenaan masih juga tidak selesai-selesai, biar pun UMNO sudah jadi pembangkang di Kedah. Masing-masing masih lagi hendak 'mempromosikan' diri sendiri dan merasakan paling layak untuk menjadi calon, biarpun ada antara mereka yang ditafsirkan, ''umum nama sahaja pun dah kalah.'' Kesudahannya di sesetengah bahagian yang bermasalah ini wujud sekurang-kurangnya enam 'war lord' yang mempunyai pengikut masing-masing iaitu ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri. Justeru jika salah seorang dipilih sebagai calon belum tentu yang lain akan menyokong sebaliknya akan wujudnya apa yang orang Kedah panggil 'das kaki' atau orang Kelantan kata 'cah keting'. Walaupun perbalahan ini tidaklah begitu ketara 'di permukaan' tetapi rakyat di kawasan-kawasan terlibat amat memahami kemelut yang berlaku justeru semua itu hanya merugikan UMNO dan BN. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada dakwaan bahawa Ahmad Bashah sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri tidak mempunyai cengkaman bagi mengatasi kemelut yang berlaku. Malahan Ahmad Bashah juga dikatakan terlalu bergantung kepada pucuk pimpinan parti untuk melaksanakan sesuatu program. Ahmad Bashah dan seluruh kepimpinan Kedah perlu menunjukkan kesungguhan untuk merampas negeri itu daripada Pas. Setakat ini kita memuji kelantangan UMNO Kedah mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan Pas tetapi ia belum mencukupi bagi menjana kemenangan, jika di dalam UMNO sendiri masih ada kelemahan yang tidak diperbaiki. Kita yakin sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam berpolitik, Ahmad Bashah mampu mengendalikan keadaan, apa yang diperlukan daripada beliau ialah keberanian membuat keputusan dan bertindak. Jika benar pemimpin UMNO dan BN di Kedah mahu menang dalam pilihan raya mereka perlu bersatu padu dan mengukuhkan perpaduan sesama mereka. Tindakan bertelingkah dalam mesyuarat bahagian adalah sesuatu perbuatan yang memalukan kerana UMNO bukannya pemerintah tetapi pembangkang. Kalau berada dalam kedudukan pembangkang pun masih belum mahu insaf lagi, apakah pemimpin UMNO Kedah hanya akan sedar apabila parti itu terus ditolak selama-lamanya di negeri berkenaan? Oleh itu adalah wajar jika pemimpin-pemimpin UMNO Kedah memahami cabaran besar yang ada di hadapan mereka, bersatulah dalam satu barisan dan perkukuhkanlah kedudukan. Banyakkan program-program untuk memenangi hati rakyat seperti mana diusahakan oleh Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Janganlah pemimpin UMNO Kedah hanya bijak mengatur strategi untuk menjatuhkan lawan politik daripada parti sendiri tetapi beku mindanya dalam menumbangkan pembangkang. Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu. Justeru inilah kesempatan terbaik kepada UMNO Kedah untuk bangkit semula dan ia hanya akan tercapai jika pemimpin-pemimpin parti itu bak kata salah seorang daripada mereka menyingkirkan tindakan'marahkan dua ekor nyamuk, satu kelambu dibakar'. Apakah maksud tindakan berkenaan? Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah memikirkannya, apa yang pasti selagi mereka tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya, bukan kata 'kelambu', bilik tidur pun boleh hangus bersama-sama akibat 'panas bahang' politiking sesama sendiri. Oleh Zulkeflee Bakar wargamarhaen KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan