Senyum Tangis Sendu |
- Pangkat Canselor UM Tapi Bodoh
- Kurma Israel Pun Ada Jual di Malaysia
- Syilling Baru Ada Simbol Israel
- Tahniah BN Luluskan Judi
Pangkat Canselor UM Tapi Bodoh Posted: 18 Aug 2011 11:55 PM PDT Jangan diingat semua yang memegang jawatan dalam universiti adalah pandai bahkan lebih ramai yang bodoh dari pandai. Yang pandai jadi tukang sapu dan yang bodoh jadi pengarah dan CEO. Kebodohan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) menjelaskan, hanya 76 kakitangan akademiknya meletakkan jawatan dan bukan 146 orang seperti didakwa, sehingga menimbulkan tanggapan ia dalam krisis. Jika diperhalusi dengan kenyataan beliau bahawa ada yang letak jawatan itu sebanyak 76 orang. Jadi, adakah meninggal dunia itu dikira meletakkan jawatan? Macam mana meninggal dunia itu boleh letak jawatan? Adakah surat perletakkan dipos melalui lubang kubur ke UM? Katanya, menurut statistik antara 1 Julai 2009 hingga ke hari ini, 76 orang itu antara 123 lagi yang meninggalkan perkhidmatan atas pelbagai alasan, termasuk bersara dan meninggal dunia. Sepanjang tempoh dua tahun setengah ini, 43 orang bersara dan empat lagi meninggal dunia. - Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Naib Canselor Universiti Malaya (UM). Dipetik dari Malaysiakini: Naib Canselor Universiti Malaya (UM) menjelaskan, hanya 76 kakitangan akademiknya meletakkan jawatan dan bukan 146 orang seperti didakwa, sehingga menimbulkan tanggapan ia dalam krisis. Tan Sri Dr Ghauth Jasmon (berkata) berkata, daripada 76 orang itu, jumlah terbesarnya daripada Fakulti Perubatan. "Ia adalah perkara biasa, kerana ada di antara mereka pergi (berkhidmat) di hospital swasta," katanya dalam satu sidang media di UM hari ini. Katanya, menurut statistik antara 1 Julai 2009 hingga ke hari ini, 76 orang itu antara 123 lagi yang meninggalkan perkhidmatan atas pelbagai alasan, termasuk bersara dan meninggal dunia. Sepanjang tempoh dua tahun setengah ini, 43 orang bersara dan empat lagi meninggal dunia. Semalam, Utusan Malaysia pada muka depannya memuatkan laporan yang mendakwa UM sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar ekoran peletakan jawatan 146 staf akademik kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ghauth. |
Kurma Israel Pun Ada Jual di Malaysia Posted: 18 Aug 2011 08:37 PM PDT Maka tidak syak lagi Malaysia ini ada hubungan dengan Israel dan tidak dapat disembunyikan hubungan baik dengan Israel. Bukan setakat hubungan politik malahan berkaitan ekonomi dan makanan juga menjadikan Israel sebagai satu sumber kebergantungang antara satu sama lain. Sejak awal Ramadhan yang lalu, kecoh mengenai penjualan jenama kurma Jordan River yang bukan diimport dari Jordan malahan dari Israel. Ia dikatakan dikottakkan di Afrika Selatan dan Singapura sebelum diedar secara berleluasa di Malaysia. Kurma itu ditanam meluas di bahagian Timur Israel yang bersempadanan dengan Palestin. Jadi, jika anda berbuka demikian maka anda ibarat memakan darah daging penduduk Palestin. |
Syilling Baru Ada Simbol Israel Posted: 18 Aug 2011 07:31 PM PDT Tahukah anda asal duit negara kita adalah mengunakan lambang bulan dan bintang yang melambangkan bersimbol Islam. Terbaru syilling negara kita adalah simbol bintang 6 segi yang ada unsur 'Star of David' yang mana simbol tersebut ialah lambang kepada zionis Israel. Malaysia sebuah negara yang diwar-warkan negara Islam akan jadi seperti negara Yahudi ekoran duit syilling 10 sen yang mempunyai reka bentuk dari Israel itu. Apakah Agenda oleh Bank Negara Malaysia disebalik pengeluran mata wang baru ini? Sampai bila kerajaan mahu menafikan tidak bersekongkol dengan zionis Yahudi. Cuba anda perhatikan duit itu betul-betul dan akan menampakkan hasil bintang 6 segi tersebut. |
Posted: 18 Aug 2011 06:43 PM PDT Sebuah konsortium ahli perniagaan Cina di Malaysia telah mendapat kelulusan untuk mengambil-alih Pan Malaysian Pools Sdn Bhd, yang mengendalikan premis judi Da Ma Cai. "Ia merupakan pasaran bebas, ia berkaitan syarikatnya (merujuk kepada jutawan Tan Sri T Ananda Krishnan), jadi dia yang membuat keputusan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika diajukan soalan sama ada Kementerian Kewangan memberikan sebarang kelulusan bagi Ananda menjual anak syarikat perjudiannya, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd. Najib yang juga menteri kewangan sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Putrajaya. Sebelum ini, memetik sumber, akhbar kewangan The Edge melaporkan perjanjian pengambil-alihan itu dimeterai pada 2 Ogos lalu dan bernilai RM2.1 bilion. Ia dibentuk oleh 14 ahli perniagaan Cina Malaysia, yang diketuai oleh Pengerusi Genting Bhd Tan Sri Lim Kok Thay dan dianggotai antara lain oleh Pengerusi Hong Leong Financial Group Bhd Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Lion Corp Tan Sri William Cheng dan ahli perniagaan Tan Sri Chua Ma Yu. Melalui sebuah syarikat yang dinamakan "Jana Pendidikan" kumpulan itu dikatakan kemungkinan besar akan berjaya membeli Pan Malaysian Pools, yang memiliki pengendali syarikat ramalan ketiga terbesar negara dari syarikat Ananda, Tanjong Plc. Namun, penyokong akar umbi daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang khuatir tindakan itu akan digunakan oleh pentadbiran Najib sebagai alasan bagi menghentikan peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang sekarang ini mendapat bgantuan dana daripada kerajaan. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan