Rabu, 3 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bukti UMNO dah kekeringan modal...

Posted: 03 Aug 2011 09:19 AM PDT

Ketika kita sibuk dengan isu menggadaikan kedaulatan negara oleh UMNO/BN iaitu Permanent Resident (PR) yang diberikan kad pengenalan biru dan membolehkan mereka menjadi pengundi oleh UMNO/BN.. mereka sibuk dengan isu Anwar..

Satu memorandum akan dihantar esok, Khamis, 4 Ogos, jam 11 pagi di Pintu Masuk Utama Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Mengenalpasti Lelaki Dalam Video Seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Memorandum itu akan dihantar oleh sebuah NGO yang dinamakan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN).

"Akta 1950 perkara D membenarkan penubuhan Suruhajaya Diraja sepertimana penubuhan Suruhanjaya Diraja Mengenalpasti indentiti wanita dalam Ketuk Ketampi sebelum ini", kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang MAGARAN.

Menurut Khairul Azam yang juga peguam peribadi Ummi Hafilda kes video seks perlu diselesaikan segera terutama mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur wanita.

"Orang awam perlu tahu kerana kes ini melibatkan seorang tokoh Ketua Pembangkang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia", katanya dalam SMS kepada AIDCNews.

Hishamuddin telah luluskan sebanyak 29,290 permohonan PR

Posted: 03 Aug 2011 07:49 AM PDT

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar.

Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.


"Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238).

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Jariah dalam kenyataan medianya juga berkata sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.

Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:

-Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara

-Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)

-Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

PAS hari ini mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di lamanweb JPN sebagai penduduk tetap.

Ini termasuk Mismah, yang statusnya telah ditukar dari penduduk tetap kepada warganegara di JPN semalam, dalam tempoh beberapa jam selepas Malaysiakini melaporkan mengenainya.

Dalam reaksinya, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata ini disebabkan oleh "kecuaian teknikal" di mana sistem sistem JPN tidak dikemaskini.

Sistem akses awam di lamanwebnya, jelas beliau, adalah berasingan dari sistem sambungan secara automatik antara SPR dan JPN.


Malaysiakini

Terberak tunggu bayaran wang kebajikan

Posted: 03 Aug 2011 07:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) diberitahu terdapat golongan tua yang terkencing dan terberak dalam premis BSN ketika menunggu untuk mengeluarkan wang.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, pihaknya ketika mengunjungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Macalister, Pulau Pinang hari ini amat terkejut apabila melihat keadaan kelam kabut di premis bank itu.


"Ketika bertanyakan berkenaan hal itu, pegawai kami difahamkan bahawa setiap minggu pertama pada setiap bulan begitulah keadaannya memandangkan golongan tua, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar akan membanjiri bank itu dan semua cawangannya di seluruh negara untuk mengeluarkan bayaran kebajikan bulanan mereka," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, ramai daripada penerima itu yang telah berusia dan resah serta terpaksa berdiri dalam barisan sehingga ke pintu masuk bank.

"Pegawai kami diberitahu terdapat keadaan di mana golongan tua terutama sekali mereka yang sakit terkencing dan terberak dalam premis ketika menunggu untuk mengeluarkan wang mereka," ujarnya.

Sebelum ini, katanya bayaran dilakukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bank Simpanan Nasional menjadi bank komuniti yang dilantik untuk menyalurkan bayaran itu.

Menurutnya, BSN cuba untuk mengatasi masalah itu dengan mengeluarkan kad ATM tetapi kebanyakan penerimanya enggan untuk menggunakan kaedah pengeluaran itu kerana ramai mendakwa adalah sukar bagi mereka untuk menggunakan mesin dan ada ketikanya mereka lupa nombor pengenalan diri (PIN).

Keadaan itu, ujarnya boleh dijangkakan kerana mereka sudah berusia dan sering lupa.

"CAP menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dan meminta bank komersial lain agar turut menyediakan perkhidmatan ini," ujarnya lagi.

Beliau berkata, semua bank mestilah memainkan peranan mereka dalam membantu komuniti memandangkan itulah apa yang dikatakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Harakahdaily

Zahrain macam ‘sampah’ - TG Nik Aziz

Posted: 03 Aug 2011 02:44 AM PDT

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai "sampah".

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.


Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung Zahrain mencabar beliau supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh mengenai isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sebuah akhbar tempatan hari ini yang membawa tajuk "Zahrain cabar Nik Aziz" di muka depan memetik Zahrain sebagai berkata, tidak cukup bagi Nik Aziz menafikan pembabitannya dengan rancangan itu hanya menerusi Facebook.

Antara lain, Zahrain turut berkata, "saya cabar Nik Aziz buat kenyataan terbuka menafikan beliau ada berjumpa Tengku Razaleigh berbincang mengenai perkara itu.

"Nik Aziz jangan cuba berselindung di sebalik nota ditulis oleh orang lain dalam Facebook kerana kenyataannya sentiasa berubah," kata Zahrain.

Dalam perkembangan yang lain, Nik Aziz menafikan laporan sebuah portal berita, www.kelatekito. menyebut bahawa keadaan kesihatannya semakin serius di mana beliau dikatakan disahkan menghidap sejenis barah tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

"Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul…mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat.

"Cuma dalam rawatan saya terbaru di hospital tiga bulan sekali, saya tanya doktor di musim durian begini kolesterol saya tak tinggi, saya pun pelik," kata Nik Aziz.

Free Malaysia Today

PANAS!! Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO desak Najib Letak Jawatan?

Posted: 03 Aug 2011 01:37 AM PDT

Semalam MSO mendedahkan PENAWAR iaitu Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO telah mengadakan mesyuarat beberapa hari lepas.

Ianya dipengerusikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad


Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.

PENAWAR dikatakan telah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelemban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabor ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.- sepenuhnya sila baca di (SINI)

Hari ini pula...


Ex-Umno MPs want Najib out

PETALING JAYA: Speculation has been rife that Prime Minister Najib Tun Razak's position in Umno is under threat.

Party insiders have long claimed that the daggers are out, alleging that while in public, support is expressed for the president, behind closed doors his deputy Muhyiddin Yassin with the blessings of former prime minister Dr Mahathir Mohamad is making his move.

The prime minister's grip on power slipped further following the Bersih 2.0 rally on July 9 while the controversies surrounding his wife Rosmah Mansor are also taking a toll.

Now, an organisation representing former Umno members of Parliament has voiced its lack of confidence in Najib's leadership and wants him to step down.

The organisation called Penawar is headed by former Cabinet minister Aziz Shamsuddin, who was Mahathir's political secretary from 1981 to 2002.

Speaking on condition of anonymity, a Penawar member said the organisation decided in a meeting last week that it is time for Najib to relinquish his post.

"It is up to Najib. If he loves the country and the Malays, he should resign as soon as possible.

"If he is not a selfish person, then he must quit," the former MP told FMT, adding that the meeting was attended by ex-ministers from the Mahathir era.

According to him, Penawar, which represents some 50 ex-MPs, is dissatisfied with Najib's leadership due to several reasons.

When pressed, he declined to elaborate on the reasons, stating that these are common knowledge.

Contacted later, Aziz, who is Penawar's chairman, declined to comment on the matter but disclosed that the organisation will be holding another meeting tomorrow.

Muhyiddin's brother also present?

Najib took over the reins in April 2009 and immediately portrayed himself as a moderate leader under his 1Malaysia concept aimed at luring back Chinese and Indian votes.

However, his all-embracing approach failed to go down well with certain quarters in Umno, with even Mahathir remarking that the party has failed to protect the Malays and this led to groups like Perkasa coming to the forefront.

On the same note, Chinese support continued to increase for the opposition as seen in several by-elections and the pressure on Najib mounted.

Prominent blogger Mohd Sayuti Omar also posted an article regarding Penawar's call on Najib to step down.

Quoting a source, he said that among those present at the meeting were Muhyiddin's brother, Aziz Yassin, former youth and sports minister Mokhtar Hashim and Tamrin Ghaffar, the son of former deputy premier Ghaffar Baba.


Free Malaysia Today

1,100 Penduduk Tetap sudah jadi Pengundi di Selangor..

Posted: 03 Aug 2011 12:21 AM PDT

PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.


Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.

"Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.

Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi.

Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam.

"Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka," katanya.

Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu.

Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat.

"Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan," katanya.

Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.


Harakahdaily

PANAS!! Kontraktor Melayu dan Blogger Pro UMNO bidas MCA Penang!

Posted: 02 Aug 2011 10:04 PM PDT

Inilah padahnya bila manusia yang cetek pemikirannya dilantik sebagai pemimpin, Nyonya Ketua Wanita MCA (gambar sebelah) menjadi sasaran kecaman kerana kenyataan bodohnya beberapa hari yang lalu.. umpama boomerang yang dilontar, tidak mengenai sasaran tapi berpatah balik dan kena dirinya sendiri..


Beliau dikecam oleh Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, PKMPP setelah satu kenyataannya yang telah menjadikan Propaganda UMNO sebagai tidak relevan atau dalam lain ayat beliau membakul sampahkan propaganda UMNO kononnya Kerajaan negeri Pulau Pinang meminggirkan kontraktor Melayu dan hanya mengutamakan kontraktor cina. Sila baca di (SINI)

Nyonya Ketua Wanita MCA tersebut disifatkan sebagai jahil, racist dan memandang rendah akan keupayaan kontraktor Melayu

Selain dari dikecam oleh sebagai iaitu Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, PKMPP beliau juga menjadi sasaran kecaman beberapa blogger pro UMNO yang dipercayai berasal dari Pulau Pinang..

Salah seorang dari mereka menulis "Kita berbelah bagi kerana MCA adalah komponen BN dan Guan Eng adalah musuh tradisi Umno-BN. Tetapi jika MCA mempertikaikan hak orang-orang Melayu yang mengikut lunas undang-undang dan peratoran yang sah, maka kita tahu pihak mana kah yang patut kita hentam.

Tulisnya lagi "Disini MCA patut dihentam habis-habisan. Penulis cukup teruja apabila Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Omar Merican, dari Tetuan Zambina Wawasan Sdn Bhd, menentang MCA yang cukup biadap dengan memainkan sentimen rasis dan amat jahil."

Korang cari sendirilah linknya.. aku malas nak tolong promote.

Sebahagian dari Kenyataan Media Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang yang aku copy dari blog tersebut..

"Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain"

"Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini"

"Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri"

"Ia menunjukkan sikap profesionalnya beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi " kata Izham lagi

"Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini"

"Oleh itu bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain (terutaman pembekal barangan dan sub kontraktor)"



Persatuan kontraktor bidas MCA kerana hina Melayu

Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mendakwa MCA menghina kemampuan dan keupayaan kontraktor bumiputera apabila parti itu mempertikaikan pemberian kontrak kepada mereka.

"Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

"Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?" kata pemangku yang dipertua persatuan itu Datuk Izham Merican dalam satu kenyataan media.

Sebaliknya, beliau memuji dan menyanjungi ketua menteri Lim Guan Eng (kiri) yang bersikap profesional tanpa mencampur aduk politik dan kaum dalam usaha membantu rakyat, di samping sering menyatakan pendirian berdasarkan fakta dan maklumat yang benar.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang kerana menuduh Lim sebagai anti-Cina semata-mata kerana kerajaan negeri, di bawah sistem tender terbuka, telah meluluskan projek kepada kontraktor bumiputera.

Izham juga mengingatkan MCA supaya sedar bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, termasuk dalam masyarakat Cina sendiri.

Secara adil

Katanya, dalam sistem tender terbuka, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengenepikan kaum lain.

"Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan ketua menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh ketua menteri.

"Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan ketua menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

"Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman," katanya.

Menurut Izham, walau pun persatuannya mempunyai ahli-ahli dari berbagai-bagai parti, termasuk Umno, perjuangan mereka adalah khusus untuk membela warga kontraktor.

Katanya, banyak kontraktor Melayu telah gulung tikar dan pihaknya merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah itu.

"Seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum bumiputera.

"Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain," katanya.


Malaysiakini

Minta jauhkan saya jadi seperti Rosmah - Wan Azizah

Posted: 02 Aug 2011 08:30 PM PDT

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri para menteri.

Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah."


Menurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dipecat daripada kerajaan BN.

Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.

"Saya telah pergi ke luar negara dan bertemu seorang isteri duta (Malaysia) dan dia bertanya saya, 'ke mana Datin Seri mahu kunjungi?'.

"Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Katanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia.

Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rosmah – terbaru melibatkan dakwaan pembelian sebentuk cincin berharga RM24 juta.

Dakwaan berkenaan mencetus kontroversi pada pertengahan bulan lalu apabila pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan pembelian cincin berkenaan.

Berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import.

Rosmah telahpun menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu fitnah yang tidak ingin dilayaninya.


Malaysiakini

PR jadi Pengundi : Salah JPN bukannya salah SPR..

Posted: 02 Aug 2011 07:54 PM PDT

Maka sekali lagi kita menyaksikan budaya menafikan membabi buta digunapakai dalam menegakkan benang yang basah.. kali ini SPR mempersalahkan JPN pula atas apa yang telah berlaku..

Dah jadi macam lagu 'Bangau oh Bangau'.. pakat menuding jari keseluruh arah meletakkan kesalahan terhadap orang lain.. akhirnya Penduduk Tetap (PR)tetap boleh mengundi, dan UMNO akan kekal berkuasa lagi..


Yang rugi Rakyat Malaysia sendiri kerana kedaulatan negara digadai UMNO hanya kerana takut kehilangan kuasa..


SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi.

Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," kata Abdul Aziz dalam SMS kepada Malaysiakini malam semalam.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan)," katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru.

Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.

Malaysiakini

UMNO Penang sekadar kuda tunggangan Gerakan dan MCA

Posted: 02 Aug 2011 09:43 AM PDT

'Wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri' di Pulau Pinang tegas Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina konon Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh beliau mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri itu.


Pada 20 Disember 2009, bekas Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilapor mahukan jawatan itu diberikan kepada Umno berdasarkan banyak kerusi yang dimenangi parti berkenaan. UMNO menang 11 kerusi DUN, sedangkan MCA dan Gerakan tewas di kesemua kerusi yang dipertandingkan di tangan Semua kerusi DAP dan PKR termasuk kesemua kerusi parlimen.

Namun tuntutan Zahid Hamidi itu mendapat tentangan dari Gerakan yang mahu mempertahankan jawatan itu demi survival partinya dan maruah parti akan tercalar jika jawatan itu pun diserahkan kepada Umno.

Ketika di zaman pemerintahan BN, Umno dilihat tidak banyak berperanan untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang, bahkan banyak bangsa Melayu terpinggir dari arus pembangunan. Umno yang dipertanggungjawab dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri sekadar dilihat 'makan gaji buta' oleh bangsa Melayu.

Laporan Bernama semalam, pendedahan oleh Datuk Zainal Abidin Osman konon Umno tidak berhajat dengan jawatan Ketua Menteri itu dilihat memberi gambaran lebih jelas akan peranan Umno dalam perikatan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

Datuk Zainal Abidin berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.

"Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.

"Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya.

Rupa-rupa Umno sekadar boneka dalam BN Pulau Pinang. Desakan Zahid Hamidi selama ini sekadar gimik untuk menarik kembali sokongan bangsa Melayu terhadap BN. Namun apa yang realitinya, Umno tidak boleh berbuat apa-apa di Pulau Pinang. Umno sekadar kuda tunggangan Gerakan dan MCA yang dilihat lebih mendominasi BN Pulau Pinang.


WarkahDaily

Tiada ulasan: