Rabu, 3 Ogos 2011

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Tiba Masanya Untuk BERSIH 3.0! The Finale!

Posted: 03 Aug 2011 01:35 AM PDT




Cakap banyak teman tak ndak!
Kalau berani jom buat BERSIH 3.0!
Nak tunggu Kerajaan Malaysia ambil tindakan pada SPR.JPN serupa macam harapkan Malaysia menang bola World Cup!

Nak harap Istana? hmmmm ntahlah..

budakbalun 03082011

Staff Imigresen Seludup Orang... Dibebaskan? What The....

Posted: 03 Aug 2011 12:10 AM PDT


orang yang ditangkap mencuri basikal pun kena dakwa di mahkamah!
Inikan pula menyeludup manusia!
lebih-lebih lagi mereka yang didakwa melakukan perbuatan sial itu adalah pegawai imigresen sendiri!
mereka yang diamanahkan mengawal kedaulatan negara tetapi dengan sengaja menjual maruah kedaulatan negara!

yang hairannya..
Tak kena dakwa pun!
cukup dengan ISA?

wah!!

makin gila Malaysia nehh!
Yang bagi IC biru pada pendatang asing..
yang seludup orang masuk/keluar negara..

bebas???

wahh!!!!!!!

budakbalun 03082011

Bicara pegawai Imigresen di mahkamah terbuka

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Mengapa lapan pegawai imigresen yang ditahan secara misteri di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dibicarakan dalam mahkamah terbuka, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan.

"Jika benar mereka melakukan kesalahan dan terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia, mengapa tidak dibicarakan mereka dalam mahkamah terbuka?

"Penahanan sedemikian di bawah ISA sentiasa dilihat sebagai usaha untuk menyembunyikan fakta dan dalang sebenar dan perkara ini telah lama berlaku kerana ketika kami ditahan di bawah ISA dalam operasi Lallang pada 1987 dahulu, terdapat beberapa pegawai imigresen yang berada dalam tahanan di Kem Kamunting bersama-sama kami," katanya.

Berita Penuh

Kesilapan Teknikal ala SPR..perghhh!!

Posted: 02 Aug 2011 07:30 PM PDT


Puak-puak balaci UMNO ni..
kata munafik karang marah..
kata penipu karang mulalah kata teman ni pengkhianat agama,bangsa dan negara!
Dah terang-terang kantoi pun..
Boleh taichi ke JPN laa.. teknikal laa..

Woi!!!
lain macam korang punya "kesilapan teknikal'??
Dah macam rancangan TV tergendala sebentar pulak!

Kesilapan teknikal sampai boleh 'warganegarakan' rakyat asing!!!
Perghh!!!

boleh mampos la denga kesilapan teknikal korang!
Penipu nak mampos!

Kalau macam tu..
kenapa la takde 'kesilapan teknikal' kat bank-bank kad kredit teman!!
leh clear terusssss!!
wakakaka!
budakbalun 03082011

SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi. Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," kata Abdul Aziz dalam SMS kepada Malaysiakini malam semalam. Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi. "PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Berita Penuh

Staff JPN? Tak Takut Mati ke?

Posted: 02 Aug 2011 05:51 PM PDT


Teman faham...
Ini semua tekanan daripada Kerajaan UMNO-BN laknat..
sampai tahap bagi kewarganegaraan Malaysia pada PATI..
ini sudah lebih!!

Ini sudah tahap melampau!!

Yang teman tak faham..
hina sangat ke staff JPN sampai tergamak buat keje-keje ni..
Kalau staff SPR teman faham sebab memang dilantik atas sebab politik..
Kalau nyokong PR payah nak dapat keje SPR..

Tapi ini keje JPN beb!
Aduhhh!!
Takkan tak rasa bersalah?
Takkan tak rasa berdosa?

kalau dah mangkuk sangat tak rasa berdosa pada Allah SWT,
takkan tak rasa bersalah pada tanahair??

budakbalun 03082011

Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara


Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara. Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan. Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Berita Penuh

Tiada ulasan: