Khamis, 4 Ogos 2011

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


PARLIMEN PENDATANG

Posted: 03 Aug 2011 09:21 AM PDT

Kekalutan isu kerakyatan hasil pededahan  baru baru ini sangat mengejutkan. Penjelasa SPR dan JPN bukannya menghilangkan kekusutan malahan menambah kebingungan . Isu kerakyatan bukan isu mainan. Bermula penentangan Malayan union antara lain termasuk isu kerakyatan . Isu kerakyatan terus menjadi bahan sensitif di Malaysia.

Baru baru ini ada seorang menteri d negeri negeri selat meminta kerakatan seorang India yang memimpin gerakan demokrasi di lucutkan. Begitu emosi pak menteri di negeri buaya ni. Macam pariotik sangat. ....

Isu kerakyatan ini termasuk dala anugerah jua selain syarat perlembagaan. Atas kepentingan... maka ada yang diberikan kerakyatan.Ketika negara kekurangan doktor pakar, maka ada tawaran untuk doktor pakar luar yang sanggup berkhidmat mendapat kerakyatan. Malah ada yang hanya kuat alan kaki an tak menang meang pun dapat kerakyatan. Sapa tak kenal Yu Pang atlit jalan kaki negara..

Namun agak mengejutkan apabila JPN mendedahkan bahawa Menteri Hishamudin telah meluluskan seramai 29290 kerakyatan sejak 2009 hinga 2011. ia angka yang besar.. boleh buat satu DUN atau Parlimen.. Apapun alasan...ia sangat meragukan........ pededahan Malaysiakini

Jariah dalam kenyataan medianya juga berkata sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.
  • Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
  • Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
  • Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.


SIAPA RASIS???

Posted: 03 Aug 2011 01:49 AM PDT

Benarlah apa yang disebutkan oleh Allah..." Apabila kebenaran datang , kebatilan akan musnah"... Juga kata kata bijak pandai bahawa kebenaran akan terserlah jua akhirnya walau bagaimana disembunyikan. Kenyatan
Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican, bahawa KM Pulau Pinang bersikap adil dengan semua kaum termasuk melayu.

Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.
"(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi," kata Izham lagi.

"Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

Ternyata tuduhan dan serangan umNo selama ini dah tak laku. Lim Guan Eng dituduh sebagai mengenepikan Melayu dalam semua tindakan beliau ternyata gagal. Apa yang berlaku sebenarnya MCA yang menjadi sekutu umNo adalah parti rasis. Mereka menggunakan isu kaum dalam menipu rakyat Malaysia.

Memang diketahui bahawa perkauman adalah alat BN sejak PERIKATAN dulu dengan menjadikan perkauman sebagai senjata menakutkan pesaing bangsa lain. umNO kononnya jaguh Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untk India. mereka memanipulasikan apa sahaja isu yang boleh menakutkan bangsa masing masing dan BN akan ditonjolkan sebagai jaguhnya.

Malangnya zaman maklumat mudah kini menjadikan semua strategi dan manipulasi umNO dan rakan sekutunya serba tak menjadi...

Siapa yang perkauman??? mungkin maklumat ini dapat membantu...

Tiada ulasan: