DIALOG RAKYAT |
- Sejarah Matawang Kertas DAN Piawaian Perak
- Mualaf di Melaka maju rayu dapatkan rumah
- Suasana pilu
- Polis temui rangka pelancong hilang
- Isu Murtad - Wira PERKASA Sokong Hasan Ali.
- Isu JAIS & Gereja - Pemuda PAS Sepakat Pertahan Akidah.
- Siasatan Tung Shin diserah kepada polis pula
- Saksi: Kabinet arah tangguh beli tanah untuk PKFZ
- Polis nafi benarkan himpunan anti-Taib
- LKS: Dakwaan 'Little China' Chua satu pembohongan
- Liwat II: Anwar beri keterangan 15 Ogos ini
- Seluruh parti Masitah bergelejat dengan PAS
- Khairul Fahmi terima rumah Oktober ini
- Saksi: Najib, Rosmah dipanggil ke mahkamah
- PR: Pakatan anggap sidang parlimen paling baik
- Umno tubuh Jabatan Pemasaran Politik
- Daftar pemilih: PM akan putuskan sidang tergempar Parlimen
- Dawama secara terbuka dakwa DBP punca ia rugi, rujuk ‘nasihat peguam’
- Isu gereja: Pembela, Peguam Muslim pertahan Jais
- Malaysia terus rasa kesan global, nilai Bursa ‘terhakis’ RM31 bilion lagi
- PM: Kakitangan awam diberi bonus setengah bulan
- Kepada Cendekia Solidar
- Najib mula bertugas selepas pembedahan lutut
- DAP dedah lagi taktik pujuk pelajar menangkan BN
- Ambiga: SPR akan buat perubahaan jika ditekan
Sejarah Matawang Kertas DAN Piawaian Perak Posted: 08 Aug 2011 03:27 PM PDT Oleh: anakbilis "Sistem Wang Kertas Pertama Wang Kertas Pertama Pada tahun sekitar 700 masihi, masyarakat China mencipta kertas yang pertama. China pada masa itu mengunakan wang perak sebagai matawang. Wang perak mereka unik dimana terdapat lubang ditengah. Lubang ini digunakan untuk mengikat wang syiling ini dengan tali untuk mudah dibawa. Dan sejak 6,000 tahun dahulu, walaupun logam-logam ini mudah dibawa ianya tetap berat berbanding dengan kertas. Oleh itu maharaja zaman itu Kublai Khan, cucu kepada Genghis Khan memperkenalkan sistem wang kertas pertama. Sistemnya begini, seorang individu akan menyerahkan wang-wang perak miliknya kepada sebuah "bank" untuk disimpan dalam peti simpanan. Kemudian "bank" tersebut akan mengeluarkan "resit" untuk mewakili jumlah simpanan perak. Contohnya, 10 keping syiling perak akan diberi 10 keping resit. Resit ini kemudianya akan digunakan sebagai medium pertukaran dalam perniagaan. Setelah beberapa lama ianya menjadi popular kerana lebih mudah dibawa dan disimpan berbanding perak. Orang ramai juga yakin dengan sistem ini kerana pihak "bank" menjamin setiap keping "resit" ini mewakili sejumlah perak didalam "bank". Konsep ini dipanggil "sistem wang kertas disandarkan kepada logam-logam berharga". Dan pada ketika itu kertas digunakan untuk mempermudah sistem kewangan mereka dengan mengunakan "teknologi" kertas agar lebih mudah dibawa. Dan idea ini diterima pakai oleh pelbagai tamadun dan negara sehingga awal kurun ke-19. Perak Lebih Sukar Ditemui Pada kurun ke-18, wang logam emas dan perak masih lagi digunakan untuk urusniaga, samada dalam bentuk sandaran kertas atau fizikal. Pada masa itu terdapat dua jenis piawai iaitu "matawang piawaian emas" (Gold standard) dan "matawang piawaian perak" (Silver standard). Piawai ini digunakan untuk mengukur nilai matawang dan ianya berbeza disetiap zaman. Secara umum diantara kedua piawai ini, emas dilihat sebagai asset lebih berharga, dimana nisbah 1 emas adalah bersamaan dengan beberapa nisbah perak. Sebagai contoh di Amerika pada masa itu, 1 oz emas bersamaan 15 oz perak. Pada masa ini pengeluaran emas terus meningkat. Tetapi lain pula kisahnya untuk perak. Pelombongan dan pengeluaran perak semakin susut kerana sukar ditemui. Dan permintaan semakin meningkat, dari sudut industri dan juga matawang menyebabkan nilai perak semakin naik. Tiba pada suatu tahap dimana perak menjadi lebih berharga dari emas. Ini menjadikan nisbah ukuran emas kepada perak tidak tepat. Ini menyebabkan sistem piawai emas dan perak sukar diukur dan perlu dilihat semula. Jerman Pertama Meningalkan "Piawaian Perak" Disekitar tahun 1870, Jerman negara pertama, meninggalkan "piawaian perak" dan hanya mengunakan "piawaian emas". Ini adalah langkah yang diambil untuk mengatasi ketidak seimbangan pertukaran antara emas dan perak. Kerajan Jerman hanya perlu menumpukan pada satu piawai sahaja. Dengan ini bermulanya "penghapusan wang perak" dari kitaran. Tindakan Jerman ini menyebabkan semua wang-wang perak tidak lagi diterima dan ditingalkan. Dan ini menyebabkan lambakan perak dipasaran, menjadikan nilainya jatuh. Dan ini telah memberikan impak kepada negara-negara lain. Melihat insiden ini, dan Jerman sebagai sebuah negara berpengaruh, negara-negara lain turut serta meninggalkan "piawaian perak" dan mengangkat "Piawaian Emas" sebagai polisi matawang baru. Dan dengan insiden ini bermulalah proses wang-wang perak dikeluarkan dari kitaran. | ||
Mualaf di Melaka maju rayu dapatkan rumah Posted: 08 Aug 2011 03:13 PM PDT Oleh: amkns "Kesian, kesian, kesian mualaf di Melaka ya, negeri majulah katakan. Dah sembilan tahun memeluk agama Islam masih lagi terpinggir. Sabarlah ye , mualaf di Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (Jamil KhIr baharoM agaknya) mungkin kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah. Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html MUALAF HARAP DAPAT RUMAH SENDIRI
JASIN - Entah di mana silapnya, seorang mualaf bersama isteri dan tiga orang anak terpaksa menumpang di rumah orang sejak memeluk Islam sembilan tahun lalu. Keadaan itu memang menyukarkan Abdul Rahim Tan, 42, dan isterinya, Hoiriah Aman Chik, 36, serta anak-anak mereka untuk menjalani kehidupan sempurna sebagaimana keluarga lain yang mempunyai rumah sendiri. Lebih membuatkan Abdul Rahim tidak sanggup menanggung situasi itu, apabila dia dan keluarganya sudah menjadi 'penumpang' di rumah rakannya, Mohd. Yusuf Abdullah, 50, yang juga seorang mualaf lebih setahun yang lalu. Malah kata Abdul Rahim, permohonannya mendapatkan bantuan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak setahun lalu, masih belum diluluskan pihak berkuasa. "Sudah setahun saya menumpang hidup dengan Mohd. Yusof di Kampung Merlimau, namun persoalannya sampai bila saya dan keluarga harus menumpang di rumahnya? "Kadang-kala terfikir untuk mencari rumah sewa yang lain tetapi memandangkan pendapatan saya sebagai pekerja kilang besi tidak cukup, saya terpaksa membatalkan hasrat itu'' katanya ketika ditemui semalam. | ||
Posted: 08 Aug 2011 03:09 PM PDT
CAMERON HIGHLANDS – Suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini apabila kaum keluarga hari ini tampil menuntut mayat tujuh mangsa tragedi tanah runtuh yang di Perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Ruil semalam. Mereka yang kebanyakannya masih trauma dengan tragedi itu tidak mampu menahan kesedihan apabila diberi peluang membuat pengecaman mayat ahli keluarga masing-masing. Proses pengecaman yang bermula pukul 9 pagi ini berakhir kira-kira pukul 2 petang. Mayat pertama, Sara Gunung, 37, dibawa keluar dari rumah mayat pukul 2.35 petang manakala mayat terakhir, Mohd. Iqbal Jaafar, 15, dituntut ahli keluarga pada pukul 4 petang. Semua mayat mangsa bukan Islam kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Lapan di sini manakala jenazah mangsa beragama Islam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Setia di sini. Antara hadir menziarahi keluarga mangsa ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamany. Dalam kejadian pukul 5.45 petang semalam, tujuh termasuk empat wanita dan tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera parah. Mangsa yang terbunuh ialah Normadiah Lasik, 69; Ali Hassan, 50; Jaafar Balad, 49; Mohd. Iqbal, 15; Sara Gunung, 37; Norma Gunung, 51, dan Yusmizan Yusof, 22. Dua lagi yang cedera parah adalah Bah Anjang Besar Alang, 39, dan Serry Priska Saari, 15. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, mangsa pertama Normadiah ditemui pada pukul 6.30 petang; Ali (11.22 malam); Sara Gunung (12.29 pagi) dan Yusmizan (12.32 pagi). Katanya, mayat Mohd. Iqbal dan Jaafar dijumpai pada pukul 1.16 pagi manakala Norma Gunung pukul 1.20 pagi. Operasi mencari dan menyelamat oleh 248 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi dihentikan pada pukul 1.50 pagi selepas kesemua mayat ditemui. Sementara itu, Wan Zahri berkata, pemantauan masih dijalankan di lokasi kejadian bagi mengelak kawasan berkenaan dicerobohi. "Polis akan terus melakukan kawalan di lokasi runtuhan berikutan struktur tanah yang masih lembut dan berisiko untuk runtuh. "Buat masa ini, seramai 60 penduduk yang terselamat ditempatkan di Dewan Serbaguna Brinchang sebagai perlindungan sementara," katanya. Sebanyak 145 keluarga membabitkan kira-kira 1,300 penduduk tinggal di kawasan penempatan Orang Asli itu. | ||
Polis temui rangka pelancong hilang Posted: 08 Aug 2011 03:07 PM PDT Oleh ASSIM HASSAN KUALA LUMPUR – Polis menemui rangka manusia dipercayai milik seorang pelancong warga Perancis yang dilaporkan hilang baru-baru ini di Pulau Tioman, Pahang. Menurut sumber, rangka yang dipercayai milik warga Perancis Stephanie Foray, 30, ditemui tengah hari ini ditanam di satu kawasan di kampung Tekek berhampiran pulau peranginan itu. "Rangka manusia itu akan dibawa ke Hospital Kuantan esok hari untuk proses pengecaman dan bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. Pada 26 Julai lalu, laman sosial Facebook PDRM ada mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan seorang pelancong warga Perancis yang memasuki negara ini pada 5 Mei 2011 dengan penerbangan AK256 dari Colombo, Sri Lanka - Kuala Lumpur (LCCT). Pada 27 Jun 2011, PDRM telah menerima e-mel daripada France Regional Police Attache, Singapura bahawa mangsa dipercayai hilang kerana keluarga putus perhubungan. Maklumat terakhir mendapati beliau pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka pada 7 hingga 9 Mei 2011. - Utusan | ||
Isu Murtad - Wira PERKASA Sokong Hasan Ali. Posted: 08 Aug 2011 03:05 PM PDT KL POS KUALA LUMPUR - Wira PERKASA hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap pendirian Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr. Hasan Ali yang secara terbuka mempertahankan tindakan JAIS menyerbu sebuah Majlis di dalam Gereja yang disyaki ada unsur-unsur memurtadkan sebuah kumpulan Melayu Islam. Ketua Wira PERKASA, Saudara Irwan Fahmi dalam kenyataannya mendesak agar pihak polis dan JAIS menyiasat secara terperinci dan memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu siasatan kedua-dua institusi tersebut. Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis atas isu seperti di atas di IPD Dang Wangi hari ini. Semalam, Dr. Hasan Ali dilihat enggan memberi sebarang komen selepas selesai Mesyuarat AJK PAS Pusat dan reaksi tersebut dinyatakan pihak Presiden yang akan menemui sendiri pihak JAIS bagi mengenalpasti sejauhmana berlakunya insiden memurtadkan sebuah kumpulan beragama Islam.
| ||
Isu JAIS & Gereja - Pemuda PAS Sepakat Pertahan Akidah. Posted: 08 Aug 2011 03:02 PM PDT KL POS 1. Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk "political millage" dalam kekeruhan situasi yang dialami. | ||
Siasatan Tung Shin diserah kepada polis pula Posted: 08 Aug 2011 05:50 AM PDT Lee Way Loon Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Kesihatan peringkat tertinggi yang sepatutnya menyiasat aduan bahawa gas pemedih mata dan air berkimia disasarkan ke perkarangan Hospital Tung Shin, kini memohon bantuan polis bagi menyiasat kejadian yang didakwa berlaku pada 9 Julai itu. Perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh sekretariat jawatankuasa itu Jumaat lalu. Pua, yang berada di perkarangan Hospital Tung Shin bersama rakan-rakan pemimpin DAP pada 9 Julai lalu telah menawarkan diri mereka untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan bagi membantu siasatan mereka. "Bukan sahaja (mereka) melengah-lengahkan siasatan yang dituntut kami, tetapi mereka meminta pula pihak polis menyiasat kami," katanya. Malah, menurut Perjanjian Geneva oleh semua negara di dunia, hospital merupakan kawasan larangan, dan tidak boleh diserang dalam apa-apa kes pun. | ||
Saksi: Kabinet arah tangguh beli tanah untuk PKFZ Posted: 08 Aug 2011 05:48 AM PDT BERNAMA Perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh menipu kerajaan berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) diberitahu hari ini bahawa kabinet membuat keputusan supaya proses pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek itu ditangguhkan kerana terdapat bantahan daripada Kementerian Kewangan. Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor (kanan), 61, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kewangan kekal dengan ketetapannya supaya tanah seluas 1,000 ekar (400 hektar) bagi projek itu diperoleh melalui pengambilan balik. "Berikutan bantahan daripada Kementerian Kewangan, mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Oktober 2002 telah memutuskan untuk menangguhkan dahulu proses pembelian tanah di Pulau Indah," kata saksi keempat pendakwaan itu dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, beliau berkata selepas Jemaah Menteri membuat keputusan itu, satu nota kabinet bagi memberi hujah-hujah mengapa kerajaan harus mengambil tindakan untuk mengambil balik tanah berkenaan telah disediakan oleh pihak Perbendaharaan. "Jika tidak silap saya, kerajaan juga ada memohon pandangan daripada Peguam Negara berkaitan proses pembelian tanah," katanya. Ling (kiri) dituduh menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Beliau juga menghadapi dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000. Bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002. Di awal prosiding hari ini, Abdul Rahman berkata Ling telah memohon kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya kerajaan membeli tanah di Pulau Indah secara pembelian terus. Katanya surat cadangan Dr Ling mencadangkan supaya pembelian terus tanah seluas 1,000 ekar itu daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dipertimbangkan dengan syarat harga pembelian hendaklah dirundingkan semula antara kerajaan dan KDSB berasaskan penilaian harga tanah yang dibuat oleh kerajaan. Ling juga mencadangkan supaya KDSB diberi kontrak untuk melaksanakan kerja pembangunan infrastruktur asas di tanah itu dan kos pembangunan infrastruktur itu dirundingkan antara kerajaan dengan KDSB. "Sekiranya cadangan itu dipersetujui, Kementerian Pengangkutan/LPK akan melaksanakan rundingan tersebut. Hasil rundingan akan dikemukakan kepada Perbendaharaan untuk kelulusan sebelum tawaran rasmi diberi kepada KDSB," kata Abdul Rahman yang dirujuk kepada surat bertarikh 3 April 2002. Ketika ditanya Tun Abdul Majid mengenai jawapan Dr Mahathir, saksi itu berkata menerusi sepucuk surat bertarikh 8 April 2002, perdana menteri bersetuju dengan cadangan itu. Perbicaraan disambung esok. | ||
Polis nafi benarkan himpunan anti-Taib Posted: 08 Aug 2011 05:43 AM PDT BERNAMA Polis menafikan bahawa ia telah menetapkan syarat tertentu sebelum membenarkan Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) mengadakan perhimpunan yang dijadualkan pada 13 Ogos ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong berkata setakat ini polis tidak pernah memberikan sebarang respons bertulis berhubung permohonan permit mereka dan ia masih belum diluluskan. "Kita tidak pernah menetapkan syarat dan kami masih meneliti permohonan mereka," katanya kepada Bernama di Kuching, hari ini. Dalam satu kenyataan melalui laman web badan bukan kerajaan itu, mocsarawak.wordpress.com, ketua MoCS Francis Siah hari ini mendakwa polis telah memberikan dua syarat sebelum membenarkan perhimpunan itu diteruskan pada Sabtu dan badan itu bersetuju memenuhi syarat yang ditetapkan polis. Siah (kanan) berkata polis akan membenarkan perhimpunan statik tanpa perarakan atau perbarisan dan bahawa permohonan bagi permit itu perlu dibuat melalui sebuah pertubuhan berdaftar. Pada mulanya, dilaporkan bahawa perhimpunan itu dicadangkan bermula di Padang Merdeka atau Tebingan Kuching dan kemudian bergerak sama ada ke Reservoir Park atau halaman Muzium negeri. Beliau berkata untuk syarat pertama, kumpulan itu akan ditempatkan di halaman Muzium berdekatan tugu peringatan untuk mengadakan upacara pengalungan bunga sebagai tanda hormat kepada wira Sarawak yang telah gugur dan keduanya MoCS didaftarkan bagi membolehkan ia bergiat dengan sah. Rancangan MoCS untuk mengadakan perhimpunan itu dikritik pelbagai kumpulan termasuk 24 pemimpin belia akar umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu yang mendesak Siah membatalkannya sebagai menghormati bulan Ramadan. | ||
LKS: Dakwaan 'Little China' Chua satu pembohongan Posted: 08 Aug 2011 05:42 AM PDT MALAYSIA KINI Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mengecam Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mendakwa DAP berniat untuk mewujudkan 'Little China' di Malaysia. Ahli Parlimen veteran itu menggelar Chua "pembohong yang hanya mahu memberi bahan penyebaran khabar angin" oleh media arus perdana yang pro-kerajaan. Lim (kanan) berkata ianya "tidak masuk akal, liar dan tidak bertanggungjawab" bagi Chua, dalam ucapannya di konvensyen MCA Sabah semalam, untuk menuduh DAP berjanji untuk mewujudkan 'Little China" sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan kerajaan pusat. DAP, katanya, sentiasa komited kepada "Malaysian Malaysia, di mana pelbagai kaum, agama, budaya dan wilayah dapat menemui perpaduan dan keharmonian melalui dasar-dasar pembinaan negara yang adil dan saksama". Dalam satu kenyataan Lim berkata: "Chua tidak mungkin percaya bahawa dia boleh menipu pengundi Cina di Malaysia untuk mempercayai pembohongannya itu. "... Dakwaan Chua Soi Lek di Kota Kinabalu semalam ... mesti berkedudukan antara pembohongan yang paling keji dan pengecut dalam politik Malaysia, yang direka untuk membantu ultra Umno untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu." | ||
Liwat II: Anwar beri keterangan 15 Ogos ini Posted: 08 Aug 2011 05:38 AM PDT BERNAMA Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 15 Ogos ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 14 yang lain sebagaimana yang diarah mahkamah hari ini. Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kiri) memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa memandangkan dua daripada 15 saksi itu ketika ini berada di Indonesia. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Mohamed Yusof itu dan menetapkan 15-26 Ogos untuk kes pembelaan. Sebelum ini mahkamah menetapkan tarikhnya 8-26 Ogos, dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan. Yusof yang ditemui kemudiannya mengesahakan bahawa dua saksi dari Indonesia ialah bekas pembantu rumah Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana insiden didakwa berlaku. Dalam permohonannya, Anwar mengenal pasti salah seorang daripada pembantu rumah itu sebagai bernama "Suliati", manakala seorang lagi sebagai Fitria Dipan. Waran tangkap | ||
Seluruh parti Masitah bergelejat dengan PAS Posted: 08 Aug 2011 05:34 AM PDT
| ||
Khairul Fahmi terima rumah Oktober ini Posted: 08 Aug 2011 05:34 AM PDT
| ||
Saksi: Najib, Rosmah dipanggil ke mahkamah Posted: 08 Aug 2011 04:30 AM PDT
| ||
PR: Pakatan anggap sidang parlimen paling baik Posted: 08 Aug 2011 04:26 AM PDT
| ||
Umno tubuh Jabatan Pemasaran Politik Posted: 08 Aug 2011 04:25 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Umno bercadang menubuhkan sebuah jabatan pemasaran yang akan berperanan melaksanakan kerja-kerja pemasaran parti yang lebih sistematik kepada rakyat, kata Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata penubuhan jabatan itu amat penting bagi memastikan tugas-tugas seperti melakukan analisis, merancang dan melaksana aktiviti politik yang pada masa ini dilaksanakan oleh jabatan penerangan parti, dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. "Saya akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat penerangan Umno induk yang akan diadakan esok untuk dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Penerangan Umno yang bertajuk "Metodologi Pemasaran Politik" hari ini. Dipetik Bernama Online, Ahmad berkata metodologi pemasaran politik merupakan satu istilah yang harus difahami setiap anggota Umno dan penting untuk dilaksanakan dalam menyampaikan hasrat parti kepada rakyat. "Jika semua anggota Umno tahu istilah ini dan tahu melaksanakannnya ia akan memudahkan kita untuk buat kerja," katanya. | ||
Daftar pemilih: PM akan putuskan sidang tergempar Parlimen Posted: 08 Aug 2011 04:22 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi — akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Najib Razak. Bercakap pada sidang media selepas menerima surat rasmi daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diketuai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Nazri berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri petang ini di Putrajaya. "Saya telah dihubungi Yang Berhormat Salahuddin Ayub tentang perkara ini dan saya difahamkan satu memorandum mahu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan saya bersetuju untuk menerima bagi pihak Perdana Menteri. "Petang ini, saya akan hadir di satu majlis berbuka puasa bersama perdana menteri, insya-Allah saya akan sampaikan memorandum ini kepada perdana menteri petang ini," katanya. Ditanya sama ada sidang tergempar Parlimen perlu diadakan bagi membahaskan perkara itu, Nazri (gambar), Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, ia akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Najib. "Apa pun saya akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri dahulu dan setelah berbincang dengan Perdana Menteri, baru kita akan berikan respons. "Saya tidak boleh mendahului Perdana Menteri dalam hal ini," katanya. Beliau juga tidak memberikan sebarang jawapan mengenai desakan Pakatan Rakyat agar sidang tergempar Parlimen itu diadakan dalam tempoh tujuh hari, sebaliknya Nazri berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu. Semalam Salahuddin berkata, Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen. Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Turut hadir dalam majlis penyerahan hari ini ialah seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff. Nazri juga menambah bukan menjadi satu halangan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen semasa bulan Ramadan kerana perkara itu pernah berlaku sebelum ini. "Kita pernah adakan sidang Parlimen pada bulan Ramadan, kalau tidak silap awal tahun 2000 kemudian dicadangkan supaya bersidang selepas bulan Ramadan. "Kalau dibuat pada bulan Ramadan tiada masalah, sebab bulan puasa bukan halangan untuk kita," katanya. Terlebih dahulu, Salahuddin dalam sidang media berkata pihaknya serius untuk menyelesaikan perkara itu yang disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara. "Kami mahu sidang tergempar Parlimen diadakan dalam tempoh tujuh hari, kita tidak boleh tunggu untuk sidang seterusnya pada Oktober. "Kami ada bukti bahawa perkara ini berlaku dan kami mahu perdana menteri bertanggungjawab dan komited untuk membersihkan daftar pemilih," katanya. Sementara itu, Mahfuz menambah, pemberian status kewarganegaraan kepada pemastautin tetap dalam tempoh yang singkat akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja dan Perlembagaan Persekutuan. "Ia juga melibatkan hal keselamatan negara, bagaimana warga asing boleh diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh yang singkat? Bukan boleh beri kepada semua orang, mereka tidak membantu memajukan negara. "Ia akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja... mereka juga tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan," tegasnya. | ||
Dawama secara terbuka dakwa DBP punca ia rugi, rujuk ‘nasihat peguam’ Posted: 08 Aug 2011 04:20 AM PDT TERKINI Di bawah konsesi 12 tahun, sejak 2002, Dawama perlu mencetak, mengagih dan memasarkan buku dan majalah terbitan DBP. Justeru, menerusi satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini, Dawama berkata ia akan mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan konsesi dengan agensi Kementerian Pelajaran itu. "Akibat daripada tindakan-tindakan DBP, Dawama Sdn Bhd tiada pilihan lain kecuali mengambil nasihat undang-undang untuk menguatkuasakan hak Dawama Sdn Bhd," katanya lagi. Dawama berkata isu semasa memuncak sejak kebelakangan ini akibat tindakan DBP, sejak bulan lalu untuk mengambil alih penerbitan buku teks kegunaan sesi persekolahan tahun depan tanpa memberi notis penamatan konsesi. "Ini dengan jelas adalah satu tindakan melanggar perjanjian konsensi (dimeterai) antara DBP-Dawama pada tahun 2002. Ini telah menjejaskan operasi syarikat," kata kenyataan itu lagi. Kenyataan itu berkata, Dawama adalah sebuah syarikat konsesi swasta khusus yang diberi tanggungjawab untuk mencetak dan mengedar buku teks dan judul am terbitan DBP. Katanya, secara purata lebih 85 peratus daripada perolehan syarikat tersebut adalah dari hasil jualan buku teks. Dawama mendakwa DBP juga telah bertindak sendiri apabila telah menyerah hak mencetak dan mengedar kepada pihak ketiga dan terus melantik pihak-pihak tersebut tanpa perundingan atau persetujuan pihaknya. "Ini telah mendatangkan kesan yang buruk kepada pekerja dan syarikat di mana hak-hak pekerja dan syarikat telah dinafikan," katanya lagi. Ia seterusnya berkata, ekoran tindakan DBP itu, pihaknya tiada pilihan kecuali mengambil tindakan memberi cuti tanpa gaji kepada pekerja-pekerja. "Walau bagaimanapun pihak syarikat bersetuju untuk membayar pekerja-perkerja tersebut 12 hari gaji seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kerja 1955, berdasarkan saranan Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia dan memeriksa semula isu ini," jelas kenyataan itu lagi. Dilihat sebagai langkah mempertahankan kedudukannya, kenyataan itu menambah, sebelum ini Dawama telah tahun demi tahun menerima surat-surat penghargaan daripada DBP. "Sepanjang lapan tahun beroperasi sehingga September 2010, syarikat telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung melebihi RM900 juta kepada DBP dan kerajaan melalui pengambilalihan asset dan liabiliti DBP berkaitan konsesi dan bayaran fi tahunan, 30 peratus dari jualan kasar buku teks dan 20 peratus dari jualan kasar pasaran terbuka, penjimatan kos operasi termasuk kos sumber manusia, pembayaran kepada pencetak dan pengedar bumiputera dan pembayaran cukai kepada kerajaan," katanya lagi. Rabu lalu, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkash berkata, kerajaan menyerahkan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdasna Menteri untuk menentukan status konsesi mencetak dan memasarkan buku dan majalah DBP yang diberikan kepada Dawama. "DBP tidak boleh memutuskan sama ada untuk menamatkan (konsesi dengan Dawama) ataupun sebaliknya," kata Puad. Difahamkan urusan mencetak dan membekalkan itu melibatkan 53 judul buku teks untuk 2012 dan 175 buku yang perlu diulang cetak. Puad juga menegaskan, dakwaan bahawa pekerja-pekerja Dawama diminta mengambil cuti tanpa gaji atas alasan DBP telah memungkiri konsesi adalah tidak berasas. "Ia tidak berasas. Dawama mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya kerana kesatuan tidak dirunding terlebih dahulu," kata beliau. Krisis DBP-Dawama dilihat memuncak 1 Ogos lalu apabila sekitar 400 pekerja syarikat itu mengarahkan mereka bercuti tanpa gaji. Dalam notis kepada pekerja-pekerjanya, ia menggariskan pertikaian berkaitan kemungkiran konsesi dengan DBP sebagai punca. Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu didakwa berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan. Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014. | ||
Isu gereja: Pembela, Peguam Muslim pertahan Jais Posted: 08 Aug 2011 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melakukan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, Rabu lalu yang mencetuskan kontroversi dan bantahan banyak pihak. Presiden Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Dr Yusri Mohamad berkata, Jais tidak pernah melakukan "serbuan", "menyerang" dan "merempuh" masuk ke dalam Gereja Methodist Damansara Utama seperti mana yang dilaporkan media. "Berdasarkan maklumat yang diterima Jais, sebab melakukan pemeriksaan itu hanya untuk melihat sama ada terdapat orang Islam dalam majlis itu dan mahu memastikan tiada usaha menghina Islam," katanya pada sidang media di sini. "Operasi itu telah dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada," kata beliau. Yusri menambah laporan media terhadap operasi Jais itu tidak benar, sebaliknya pegawai agensi penguat kuasa itu telah berunding dengan penganjur program selama sejam, namun menemui jalan buntu. Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) A. Karim Ombar berkata, berdasarkan laporan agensi agama itu, "Jais hanya masuk ke dalam selepas program itu tamat, bukan semasa." Pembela juga menuduh sesetengah ahli politik telah masuk campur dalam urusan hal ehwal Islam melebihi bidang kuasa mereka sambil menegaskan, orang Islam tidak sepatutnya terpengaruh, sebaliknya berfikir semula tentang perkara itu. "Pembela tidak bersetuju dengan campur tangan politik dalam hal ehwal agama Islam oleh pemimpin yang berkepentingan. "Kenyataan Menteri Besar Selangor yang bersifat 'apologetic' amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat ketika siasatan sepenuhnya masih berjalan. "Begitu juga kenyataan beberapa pemimpin politik yang bukan beragama Islam menghiris hati dan perasaan umat Islam serta menggambarkan seolah-olah agama Islam tidak bertempat di negara ini," tambahnya. Kata Yusri, kenyataan-kenyataan itu akan menambah kekeliruan dan boleh mewujudkan prasangka antara umat Islam dan bukan Islam. Pembela juga menegaskan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Sultan. "Ini adalah fakta yang diterima semua dan had-hadnya perlu difahami dan (diamalkan) dalam kehidupan seharian. "Kita tidak menentang akta kebebasan beragama, malah ia digalakkan," kata Yusri dan menambah, pihak penganjur seharusnya berhati-hati apabila menganjurkan program yang boleh menimbulkan keraguan. Beliau menambah pihaknya menuntut pihak berkuasa untuk menghalang tindakan provokasi agama yang boleh menghakis kedaulatan agama Islam. Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam. Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak. Majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti dihadiri kira-kira 100 orang termasuk orang Islam. Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Persatuan Peguam Muslim Malaysia berkata pihaknya memandang berat terhadap kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin politik sebagai reaksi susulan terhadap tindakan Jais ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama. "Melihat pada respons sebahagian besar daripada pemimpin politik yang keliru dengan peranan dan tugas Jais, PPMM berasa sangat kesal atas kejahilan berkaitann hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan Enakmen-Enakmen. "Malah sepanjang sejarah negara, hatta sebelum kemerdekaan sekalipun, urusan berkaitan Islam tidak pernah diletakkan di luar naungan sultan dan diambil alih pemimpin poitik," kata Setiausaha Agungnya Abdul Halim Bahari. Halim menambah hakikat itu mestilah dihormati dalam pemimpin memberikan sebarang komentar demi memberikan keadilan terhadap semua pihak dalam menilai isu ini. Justeru kata beliau, PPMM membuat penegasan bahawa tindakan Jais dilakukan di bawah ruang lingkup peruntukan Perlembagaan dan enakmen negeri. "Pemeriksaan tersebut adalah jelas berdasarkan pada aduan yang harus diselidiki pihak Jais sebagai pihak yang diberikan kuasa dan bertindak mengikut lunas dan perntukan undang undang. "Ternyata kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak berdasarkan fakta-fakta serta tidak bertanggungjawab serta mungkin bermotif jahat untuk merendahkan kedudukan institusi Islam di negara ini," kata beliau lagi. Halim juga memberitahu aduan yang diterima pula adalah berkaitan dengan kesalahan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam. Seksyen 9 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan tiap-tiap orang yang mengetahui pelakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan dengan serta merta memberikan maklumat kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis yang terdekat tentang pelauan atau niat itu. Seksyen 57 Enakmen yang sama pula memperuntukkan "jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang pegawai penguat kuasa agama mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap, maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang telah diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie tidak perlu dilaporkan kepadanya, dengan serta-merta menghantar laporan mengenai maklumat itu kepada Ketua Pendakwa Syarie dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mempertanggungjawabkan seorang daripada pegawai bawahannya pergi ke tempat kesalahan itu dilakukan untuk menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi penemuan pesalah itu." "Oleh hal yang demikian apa yang dilakukan oleh Jais adalah dalam kuasa yang diberikan kepada mereka," kata Halim. Halim juga menambah, PPMM sekali lagi menegaskan bahawa dalam hal dan urusan melibatkan pentadbiran Islam, tiada sesiapapun yang sepatutnya campur tangan, khususnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan dan membawa pada penghinaan terhadap Islam dan institusi Islam. Oleh itu katanya, PPMM menggesa semua pihak, terutamanya pemimpn politik agar lebih bertanggungjawab dalam memberikan komen terhadap isu semsasa ini. "PPMM juga menggesa agar pihak Jais diberikan ruang seadilnya untuk menyelesaikan siasatan dengan lengkap dan sekiranya terdapat kes yang boleh dibawa ke ruang pengadilan, maka proses undang-undang hendaklah mengambil tempat sewajarya," kata beliau lagi. | ||
Malaysia terus rasa kesan global, nilai Bursa ‘terhakis’ RM31 bilion lagi Posted: 08 Aug 2011 04:12 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR – Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion 'terhakis' dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat. Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikad dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu. Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan. Tanda aras FBMKLCI ditutup 1,496.99, menurun 1.8 peratus, juga paling rendah dalam lima bulan. Malaysia berhadapan dengan perkembangan ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat berterusan. Ketua firma penyelidikan OSK Chris Eng berkata, meskipun ada kemungkinan kecil pemulihan pada hari-hari mendatang, pasaran tidak mungkin akan meningkat ke paras yang direkodkan bulan lalu dan akan kekal mudah meruap. "Kami menurunkan gred pasaran hari ini dengan fikiran bahawa penggal pertengahan tidak kelihatan begitu baik, khususnya selepas S&P (Standard and Poor) menurunkan gred (penarafan kredit jangka panjang AS). "Jelas bahawa pelabur-pelabur mula lebih melihat ke atas saham-saham defensif (alternatif)," kata beliau yang turut mengesyorkan saham-saham dalam bidang kesihatan, media dan kepenggunaan untuk diberi perhatian. Eng menambah, sementara pasaran memperlihatkan respons positif sebelah tengah hari tadi ekoran laporan bahawa European Central Bank membeli bon-bon Itali dan Sepanyol, pihaknya tidak optimis keadaan itu akan berkekalan. "Apa yang mereka lakukan sekarang belum mencukupi," kata beliau. Nilai pasaran kira-kira RM26 bilion telah terhakis dari Bursa Malaysia Jumaat lalu selepas para pelabur mengambil mesej daripada apa yang disaksikan di Wall Street, yang paling buruk sejak keruntuhan Lehman Brothers pada 2008. Pasaran-pasaran rantau Asia terus merosot hari ini sejak Standard and Poor menurunkan taraf kredit AS buat kali pertama Jumaat lalu. Pasaran Nikkei menurun 2.2 peratus untuk ditutup 9,097.56 mata selepas ia turun serendah paras 9057.29 manakala Topix pula jatuh 2.3 peratus untuk ditutup 782.86. Indeks Hang Seng Hong Kong menurun lebih empat peratus untuk mencecah paras paling rendah tahun ini. Indeks Shanghai menurun lebih daripada tiga peratus. Indeks pasaran Singapura pula jatuh 3.39 peratus, Indonesia (1.82 peratus) dan Thailand (0.99 peratus). Menurut laporan Reuters, nilai pasaran dunia terhakis AS$2.7 trillion (RM8.13 trillion) minggu lalu. Dalam laporan terdahulu, bank pelaburan Goldman Sachs juga mengkaji semula pertubuhan ekonomi Malaysia ekoran perkembangan ekonomi semasa. Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan lebih banyak tekanan ekoran langkah Goldman Sachs menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan 2012. Goldman Sachs mengkaji semula anggaran pertumbuhan ekonomi kepada lima peratus berbanding 5.4 peratus tahun ini manakala bagi tahun depan ia menetapkan 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini. | ||
PM: Kakitangan awam diberi bonus setengah bulan Posted: 08 Aug 2011 04:11 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Lebih sejuta kakitangan awam akan menerima bonus setengah bulan, minimum RM500, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Dipetik Bernama Online, Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib. Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. | ||
Posted: 07 Aug 2011 11:05 PM PDT A Samad Said Kepada Cendekia Solidar Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa, menghakis label-label bongkak yang disusup puaka, Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya dengan media gergasi pertajam taring dustanya. Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah. Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa, berazam melawannya demi mengharum satu era. Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka; kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka. Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti, dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani. Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhkannya. Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya. A Samad Said | ||
Najib mula bertugas selepas pembedahan lutut Posted: 07 Aug 2011 11:02 PM PDT BERNAMA Berkemeja lengan panjang warna putih, bertali leher biru dan berkot hitam, Najib yang tiba di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9 pagi kelihatan sihat dan ceria. Beliau kemudian mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang bermula 9.30 pagi. Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah serta Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Petang ini Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis berbuka puasa bersama jemaah menetri, menteri besar dan bekas perdana menteri di Seri Perdana di Putrajaya. | ||
DAP dedah lagi taktik pujuk pelajar menangkan BN Posted: 07 Aug 2011 11:00 PM PDT Elissa Helmy DAP mendakwa ada pihak tertentu di kawasan Ayer Keroh yang berperanan memujuk pelajar universiti supaya menukar alamat mengundi sebagai satu langkah senyap memastikan DUN itu berjaya dirampas semula pada pilihan raya umum akan datang. Menurut ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi maklumat yang diterima lebih seminggu lalu. Khoo (berbaju kuning) berkata, sebagai ganjaran, pihak terbabit akan menawarkan tanggungan sepenuhnya kos kehidupan sepanjang pengajian yang meliputi bayaran sewa bilik termasuk bil elektrik dan air. "Sebagai bukti terdapat peningkatan ketara jumlah pendaftaran pengundi bagi suku kedua tahun ini iaitu seramai 2,132 orang bagi DUN Ayer Keroh berbanding pada suku-suku tahun sebelumnya. "Ketika ini jumlah keseluruhan pengundi di kawasan ini seramai 31,535 orang dan ia jauh berbeza ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 lalu apabila hanya 24,504 pengundi di daftarkan di kawasan ini," katanya pada sidang akhbarnya, di Ayer Keroh, Melaka. Beliau berkata, jumlah itu turut termasuk jumlah pertambahan pengundi pos seramai 304 daripada jumlah keseluruhan yang dicatatkan iaitu 825 pengundi bagi kawasan terbabit. "Kita berasa amat terkejut dengan peningkatan mendadak ini berbanding dengan kawasan-kawasan lain dan saya beranggapan ini adalah sebagai satu 'fix deposit' bagi Barisan Nasional (BN). "Kita bimbang keadaan yang berlaku adalah satu taktik kotor yang dimainkan BN bagi menambah jumlah pengundi untuk merampas kembali kawasan DUN Ayer Keroh yang dipegang DAP sejak PRU 12 lalu," katanya. Beliau berkata, Pakatan Rakyat sendiri akan menghadapi cabaran itu dengan turun padang untuk menemui semua pengundi baru seramai 2,132 orang itu yang 90 peratusnya adalah pengundi muda. "Kita akan jumpa mereka dan menerangkan sebab apa perlunya ada pakatan BERSIH bagi menuntut proses pilihan raya yang telus dan adil. "Tambah meragukan apabila kebanyakan pengundi muda baru yang didaftarkan bukannya lahir di Melaka berdasarkan pada kad pengenalan masing-masing. "Jelas, tindakan BN ini, mahu memastikan kawasan DUN Ayer Keroh dan Parlimen Bukit Katil beroleh kemenangan, kerana kalau kita lihat pada PRU 12 lalu, Parlimen Bukit Katil hanya memperolehi mejoriti 1,758 daripada 75,777 pengundi keseluruhannya," katanya. | ||
Ambiga: SPR akan buat perubahaan jika ditekan Posted: 07 Aug 2011 10:52 PM PDT Kuek Ser Kuang Keng Selepas mendapat sokongan meluas daripada ribuan rakyat pelbagai lapisan masyarakat pada perhimpunan 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 meneruskan tekanan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara. Namun, pada dua perdebatan di antara pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dengan timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini, tidak menunjukkan ada tanda-tanda SPR mempunyai komitmen bagi mengusahakan sebarang pembaharuan atas alasan suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa perundangan bagi berbuat demikian. Justeru, ramai penyokong BERSIH 2.0 mencadangkan supaya gabungan itu memindahkan fokus mereka kepada kerajaan BN yang memiliki kuasa majoriti di Parlimen bagi meminda undang-undang sebelum pembaharuan boleh dijalankan. Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Ambiga berkata beliau masih menaruh harapan pada suruhanjaya berkenaan bagi melakukan pembaharuan. "Saya masih menaruh harapan. Saya masih berharap perkara akan berubah," katanya dengan nada tegas. Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata perlembagaan persekutuan meletakkan pesuruhjaya pilihan raya pada kedudukan yang setaraf dengan hakim mahkamah persekutuan, justeru meninggalkan SPR daripada menuntut pembaharuan adalah satu kesilapan. "Saya fikir kita mungkin perlu berunding dengan kedua-dua mereka (SPR dan parti pemerintah). SPR mungkin berpendapat mereka tidak mempunyai kuasa, kita tidak bersetuju, kadang-kadang ini adalah persoalan menyerahkan kuasa dan kita mesti terus memujuk mereka bahawa hakikatnya mereka mempunyai lebih banyak kuasa daripada yang mereka sedari. "Pada pandangan saya, mereka badan yang bertanggungjawab. Memindahkan fokus daripada mereka adalah satu kesilapan kerana anda akan menghantar mesej bahawa mereka tidak bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya di negara ini dan ini saya kurang bersetuju. "Saya fikir mereka bertanggungjawab sepenuhnya dan banyak perkara yang boleh mereka lakukan dan saya fikir jika mereka mengambil pendirian tidak memihak kerajaan, mereka terpaksa lakukannya kerana mereka badan yang bebas dan sepatutnya berbuat demikian," kata Ambiga. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan