Rabu, 3 Ogos 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Ustaz Harun Din di CCU, IJN

Posted: 03 Aug 2011 09:00 AM PDT

Kredit:BGM online

Sedih apabila melihat beliau terlantar begitu. Namun... itu sudah ketentuan-NYA.

Apa-apa pun, M3M doakan semoga Ustaz Harun Din cepat sembuh agar dapat terus menabur bakti buat agama tercinta, insyaAllah.

Duit Raya

Posted: 03 Aug 2011 06:43 AM PDT


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mengumumkan 'duit raya' sebanyak RM500 kepada kakitangannya. [sini]

Alhamdulillah... walau pun RM500 tetapi tanda ingatan itu yang penting. Semoga Allah SWT terus memberkati kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dalam masa keperitan ini... RM500 tu dapat banyak membantu meringankan beban hidup kakitangan awamnya.

Aha, di Selangor sudah dapat.... namun kakitangan awam kerajaan pusat masih terlopong. Apa khabar dan apa berita pun tiada. Angin pun tiada untuk mengoyangkan pokok. Kesian komer...

Weh... berhentilah mengharap. Usah diharap pada yang tiada. Kerajaan 1Malaysia tak der duit nak bagi komer 'duit raya'. Ada yang mengharapkan RM1000 'duit raya' daripada kerajaan 1Malaysia, tetapi... bak kata aku tadi, hentikanlah mengharap. Takkan dapat punyer. RM500 pun belum tentu dapat, inikan pulak nak harapkan RM1000?? [sini]

Selepas kakitangan kerajaan PR Selangor seronok dapat RM500.... lepas ni tentu kakitangan awam kerjaaan PR Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan pulak bersorak kegembiraan. Isy....kerajaan PR yang prihatin akan keperluan rakyatnya, pasti akan bagi punyer ler. Paling kurang pun mereka akan ikut macam Selangor.... RM500 seorang. Tak percaya kalau.... tunggu ler. Mesti ada punya, I tell you.

But... kakitangan awam kerajaan 1Malaysia, aku tak gerenti akan dapat. Najib peduli apa dengan keperluan kakitangan awamnya di musim raya ni. Mampuih pi lu orang ler. Komer beraya ler ikut apa yang komer ada. Jangan harap aku nak dapat 'duit raya' sebab, dari segi kewangan... kerajaan 1Malaysia memang tidak mampu. Bak kata orang India.... kasi yeilek!!

Tambahan pulak, ini dah dekat nak pilihan raya, lagi ler liat kerajaan 1Malaysia nak bagi. Sebabnya... PRU13 ni, banyak duit yang derang nak pakai oooo... Kekalkan kuasa lebih penting daripada meringankan beban rakyat yang berkhidmat untuk mereka.

Hu hu hu hu.... Kesian. Itulah nasib kakitangan awam kerajaan pusat di zaman Najib Razak. Gaji tak naik-naik.... Bonus ciput dan kekadang tu.... langsung yeilek, hapah pun tarak. Kalau pun dapat.... selepas jenuh CUEPACS meminta-minta. Macam peminta sedekah!!

Untuk raya tahun ni, kakitangan awam 1Malaysia tunggu ler.... Kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tak dapat... nganga ler komer.

Kalau tak dapat... PRU13 nanti, undi berikan kepada Pakatan Rakyat. Kalau dapat pun... undi berikan juga kepada Pakatan Rakyat. Sebabnya.... kita mahu berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik. Buang yang KOTOR, ambil yang BERSIH.

Jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.... gaji akan naik... bonus tetap akan dapat tanpa perlu menjadi peminta sedekah dan kalau ada rezeki lebih, duit raya pun dapat. But most importantly.... kemakmuran negara, kita dapat kongsi rasa dan menikmatiya bersama-sama.

Satu kesilapan??

Posted: 02 Aug 2011 11:00 PM PDT


Apabila sudah terdedah... tak mengaku. Nafikan pulak dengan alasan bodoh mereka. Itu satu kesilapan. Pooraahhh!!

Nampak sangat SPR ni bodoh. Terlalu banyak sangat bikin kesilapan. Sekali buat silap... ok, orang boleh paham tetapi kalau sokmonya asyik silap, bukan ke bodoh namannya tu. Bodoh tapi tak mengaku bodoh. Atau pun... sengaja nak memperbodohkan rakyat. Sang bodoh nak memperbodohan rakyat dengan strategi dan taktik KOTOR mereka. Weh... tak mai ler. Taktik keji dan kotor komer telah dikesan.

Nafi ler semau-maunya. Orang takkan percaya..... sebab SPR sudah hilang intergritinya. Banyak sangat manipulasi telah dikesan. Itu belum lagi sikap pilih kasih dan berat sebelahnya. Apabila sudah terdedah.... mereka jadi seperti, bangau oh bangau.... menyalahkan JPN pulak.

Wei.... SPR dan JPN sama-sama dah jadi petualang dan pengkhianat kepada rakyat dan negara, demi nak menjaga kelangsungan kuasa tuan politik mereka. Dua-dua sudah menjadi barua@balaci UMporNO!!

Nah... korang baca tapi jangan percaya cakap malaon tu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi. Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," kata Abdul Aziz dalam SMS kepada Malaysiakini malam semalam.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan)," katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.-Mkini

Langkah bijak

Posted: 02 Aug 2011 09:00 PM PDT


Kalau tak sanggup pikul arahan dan tidak ada cara penyelesaian lain, ya... letak jawatan. Tak pening kepala dan tak perlu rasa bersalah. Otak tak serabut... jiwa clear!!

Dan yang penting.... dia kota apa yang dia kata. Dia tak akan jadi 'Pak Turut'. Bravo!!

SHAH ALAM, 2 Ogos — Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok.

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya dipetik Bernama Online.

Menurut sumber, Rosti (gambar) telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai iaitu Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

Berasal dari Klang, Selangor, Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik- MI

Ayooo... Itu Cina sulah malah sama ini Cina

Posted: 02 Aug 2011 07:00 PM PDT


Dulu... anti-Melayu
Sekarang... anti-Cina

kaaah kaaahh kaaahhh

Whatever ler...

But the winner is....

Lim Guan Eng@Pakatan Rakyat!!

Hello MCA...
Cembulu sama Guan Eng ke??
Mau main psychology ke??
Mau....
Win the minds and the hearts of the Chinese ke??
Kalau ya pun, jangan ler rasis sangat.

Hello MCA...
Mau tawan Pulau Pinang ke??
You make me laugh la....
kah kah kah kah....
Wei.... Don't mimpi la!!
Waste time only la.


[sumber]

Malaysia negara PATI

Posted: 02 Aug 2011 05:30 PM PDT



Bayangkan....
Pada masa hadapan, Malaysia menjadi negara para PATI

Aduuhh..
Apa akan jadi pada anak negeri ini nanti??
Merempat di bumi sendiri??
Ohhh no....
But, itulah akiba... kerakusan kuasa kerajaan hari.

Jadi...
Siapakah sebenarnya pengkhianat negara??
Siapakah yang mengadaikan negara??

Aha....
Ketuk kepala tanya akai.
Ini semua kerjasama dan gandingan mantap agen pengkhianat iaitu pihak 'Saya yang menurut perintah' daripada Jabatan dot.. dot.. dot.. dan Suruhjaya dot... dot.. dot...

Atas arahan...
UMporNO!!

So....
Apa perlu kita buat??
Jangan biarkan gejala ini diteruskan.
Just 'Say No to UmporNO'
Jatuhkan UMporNO sebelum terlambat.
Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna lagi.
Gigit jari jer ler kita nanti!!

Lantaran itu....
Jangan biarkan nasi menjadi bubur.
YOU can make a difference.
Ubah. Selamatkan Malaysia!!


[Baca sini dan sini]

Tiada ulasan: