AdukaTaruna |
- Pengalaman gua di malam raya pertama.
- Anwar : Saya tak menyesal jadi barua British.
- Selamat Hari Raya.
Pengalaman gua di malam raya pertama. Posted: 31 Aug 2011 07:03 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Malam pada hari raya pertama, gua menziarahi rumah rakan baik mak mertua gua. Kira gua bawa keluarga mak mertua gua la. Kawan mak gua ni, gua namakan sebagai Untie Lina (bukan nama sebenar). Sampai2, suami Antie Lina turut menyambut kami. Gua namakan sebagai Uncle Din (bukan nama sebenar). Tengah makan sambil bergelak ketawa, sampai satu keluarga. Rakan kepada Uncle Din. Dia kecek luar. Mungkin dari bisikan anak2nya, isterinya perasan gua dan bertanya sama ada gua terlibat dalam kes hina Sultan Johor. Untie Lina mengesahkan. Dan rakan Uncle itu terus berbual dengan gua. Bertanya macam2. Bermula dengan status kes gua. Gua open table la. Dari genetik Melayu. Pecah kepada pantai timur dan pantai barat. Dan terus fokus pada Johor. Temasik, Lee Kuan Yew, air, ruang udara, pemilikan tanah, Mat Indera, UMNO, Malayan Union, etc. Dan paling hot teori gua pasal baka Melayu Johor. Bla bla bla bla.. dayus. Bla bla bla letak tunggul suruh pertahankan pulau2 dan sempadan2 pun boleh menang. Boleh pilih tunggul tu. Bla bla bla... konsep pemerintah perlu takut kepada rakyat. Bla bla bla kalau PAS perintah Malaysia 50 tahun dengan rasa selamat untuk menang untuk setiap penggal pun PAS akan jadi jahat juga. Bla bla bla pendek cerita gua minta diri. Dalam kereta, mak mertua gua bagitau, kawan Uncle Din bekas kastam. Ada pangkat. Dan orang Johor. Yang orang Kelantan ialah isterinya. Kuang3.... |
Anwar : Saya tak menyesal jadi barua British. Posted: 31 Aug 2011 06:45 AM PDT Sumber : Malaysiakini. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Umno hampir 30 tahun lepas. "Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno. Saya tak pernah kesal masuk parti barua British itu. Pengalaman itu juga mematangkan saya. Saya sangat2 bangga." katanya ketika berucap dalam Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM). Berucap di hadapan seribu anggota ABIM di Universiti Selangor (UNISEL) di Shah Alam, Anwar berkata, tindakannya pada tahun 1982 itu juga secara tidak langsung mematangkan NGO Islam lain, termasuk ABIM. Dengan nada membela diri, beliau menjelaskan, penyertaannya ke dalam Umno pada masa itu bukan bertujuan "mengukuhkan amalan fitnah, penindasan dan rasuah". Sebaliknya, tambah Anwar, bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan. "Saya mahu mengABIMkan barua British. Sya ikhlas. Saya tidak mahu apa-apa jawatan ketika dipelawa menjadi barua British. Saya tidak dibayar gaji pun. Sumpah.. I tak tipu tau." |
Posted: 31 Aug 2011 06:15 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Kubur. Pagi2 raya gua ziarah kubur. Matinya orang Melayu wajib perlu kubur. Tanpa kubur, waris akan rasa tidak lengkap. Termasuklah gua. Katakan mayat anaknya tidak dijumpai. Dah tentu tiada kubur. Mesti kesal sampai mati. Tanah kubur makin lama makin sempit. Tanah terhad. Kalau 'musnah'kan tanah kubur yang ada, dan dibuat untuk generasi yang baru, memang kompom akan dibantah oleh Melayu2. Sedangkan, Allah dah 'fikir' semua tu. Tu pasal pahala si mati yakni doa anak, ilmu yang diajar atau kemudahan yang memberi manfaat tidak perlu kubur untuk tranfer pahala. Si anak tak perlu ziarah kubur untuk sedekah pahala. Pada gua sebenarnya kubur itu hanyalah satu material yang tidak bermanfaat di sisi Allah kecuali memenuhi fitrah perasaan manusia. Gua fikir, kalau gua ada kuasa, selepas settlekan kubur bukan Islam (masalah tanah), gua akan buat dasar untuk kubur Islam plak. Kubur lebih dari 30-40 tahun perlu di'musnahkan' untuk memberi laluan kepada generasi baru. Berjumpa sanak saudara. Gua terbaca di mana ntah. Kalau tak silap dalam Utusan Malaysia atau Sinar Harian. Seorang wanita mendakwa Open House bukan budaya Melayu. Ianya memusnahkan budaya ziarah-menziarah. Gua tak baca detail dan malas komen. Tahun ni gua meraikan keluarga Kelantan gua. Setahun sekali la mereka nak berjumpa. Lucu juga kalau kena time rumah yang takda golongan muda. Kesemua tua2 dan pertengahan. Gua agak sukar komunikasi. Sebab bahasa Kelantan gile punya pekat plus laju. Wakakakaka. Sebentar (3 suku kata) jadi Meta (2 suku kata). Barangkali (4 suku kata) jadi Kali (2 suku kata) Penggawa (3 suku kata) jadi Ggawo (2 suku kata) Beri (2 suku kata) jadi Wi (satu suku kata) Short cut gile. Laju ya amat. Tu word2 yang gua faham tu. Yang gua tak faham? Sengeh dan angguk2 je la. Langgar rumah sahabat. Untuk 2 hari ini, hanya satu rumah jer yang gua sempat langgar. Tu pun sebab dia buat open house pepagi buta. Bleh la gua curik masa sebelum mebelanjakan waktu untuk keluarga isteri gua. Ayah Su Pox Nick. Seorang peminat Man U. Gua sound dah yang gua akan balik kalau nampak logo Man U kat rumah dia. Wakakaka. Peminat Manchester United bergambar dengan player Barcelona yang hadir ke rumahnya pada raya ke 2. Beliau berjanji tidak akan sokong Man U lagi. Gua, AdukaTaruna Jr. dan isteri yang turut berada dalam open house tersebut. Tq bro.. Makanan raya di Kelantan. Kalau bandar N9, yang popular ialah biskut raya. Lebih kurang sama la dengan bandar Kelantan. Luar bandar N9 yang popular ialah lemang, rendang dan ketupat. Di luar bandar Kelantan pula : 1. Nasi dalam daun pisang yang diikat secara berkembar setiap satu. Nama gua tak tau. Saiz lebih kurang 5cm x 10cm la. Rasa ketupat perasa daun pisang. 2. Tapai. 3. Roti Jala. 5. Kuzi. Camtu kot ejanya. Sejenis makanan ala2 kari. Tapi bukan kari. Lemang kemain payah gua nak jumpa. Tak pernah lagi gua makan lemang Kelantan. Tak tahu la kalau2 diorang letak gula dalam lemang tu. Kalau open house macam wajib ada satey dan kek. Program dialog bloggers / facebookers 2hb September. Jangan lupa bai.. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan