Rabu, 31 Ogos 2011

Addin

Addin


Menteri Ada Hubungan Dengan Taikoon Penggubahan Wang Haram?

Posted: 30 Aug 2011 10:12 PM PDT

Sekadar Hiasan
The Untouchable Michael Chia Tien Foh yang sebelum ini menggemparkan dunia dengan Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong kini mendakwa berada di atas undang-undang kerana hubungan baiknya dengan pemimpin politik Malaysia; malah turut menjual nama DYMM Yang DiPertuan Agong. Setelah gagal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam Skandal Penggubahan Wang haram dan Kegiatan Membiayai Keganasan; Michael Chia telah menggunakan pengaruh wang dan harta yang ada padanya untuk memikat beberapa Menteri Kabinet Malaysia menjinakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengahkan kesnya ke arah impian 'No Case To Answer'.

Seorang Menteri Kanan Kabinet Malaysia kelihatan memandu Hummer Hitam milik Michael Chia dan telah melancong bersama Michael Chia ke Australia, United Kingdom, Dubai dan beberapa Negara Eropah.

Menteri berkenaan sedang berusaha menutup kes rasuah Michael Chia yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Seksyen Sandakan yang diadili Hakim Elsie Primus kerana menipu seorang Jutawan Malaysia, Datuk Agus Hassan Tan sejumlah RM2.5 juta berhubung penjualan konsesi pembalakan Yayasan Sabah; melalui beberapa pindaan pertuduhan dan menukar saksi utama sebagai defendan.

Menurut maklumat dalaman, Michael Chia kini mendakwa beliau tidak lagi risau dengan kes rasuah yang dihadapinya kerana Wanita Nombor Satu Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berada di belakangnya, sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan beliau bebas daripada sebarang kes rasuah.

Tidak cukup dengan itu, Michael Chia mendakwa bahawa semua menteri kabinet Malaysia berada di dalam genggamannya; apatah lagi beberapa menteri kabinet kelihatan memandu uji hampir kesemua kenderaan mewah milik Michael Chia tanpa segan silu.

Mungkin agak melucukan apabila Michael Chia turut mengaitkan DYMM Yang Di Pertua Agong sebagai rakan rapat beliau dan bersedia mengampunkan beliau jika didapati bersalah di mahkamah Malaysia!

Michael Chia kini berani mendabik dada mendakwa bahawa nasib Musa Aman sekarang berada di dalam genggaman beliau dan terpaksa tunduk kepada desakan beliau demi memanjangkan tali hayat politik.

Berita terbaru diterima, seorang Taikoon di Semenanjung Malaysia telah terperdaya dengan lakonan Michael Chia yang mengaku sebagai Billionare Pasir atau 'Sand Man' di Johor Bahru yang mempunyai kontrak jangka panjang dengan Singapura.

Taikoon tersebut sanggup membawa beg Michael Chia kerana percaya dengan dakwaan Michael Chia bahawa beliau seorang Billionaire terkemuka di Asia Tenggara, namun kini memaki Michael Chia setelah mengetahui kisah sebenar 'The Sand Man' yang hanya mempunyai simpanan tidak sampai RM50 juta lagi./sabahkini

Adakah Najib Mampu Melonjakkan Popularitinya?

Posted: 30 Aug 2011 09:37 PM PDT

Perdana Menteri Najib Razak kini tersepit di antara pola popularitinya yang semakin menurun, dengan harapan reformasi sistem pilihan raya yang semakin melambung, seandainya dikupas satu hasil soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center, baru-baru ini.Menurut soal selidik yang dijalankan antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap kepuasan Najib Razak (gambar kiri) memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6% kepada 59% - buat kali pertama di bawah paras 60% dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009. Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72% pada Mei 2010, dan seterusnya menunjukkan pola menurun.

Jatuh pada magnitud yang besar

Populariti seseorang PM pada paras 67% (dua pertiga) mungkin boleh dianggap "agak selamat", dan "naik-turun"-nya di sekitar angka ini dilihat biasa. Namun, seandainya data soal selidik ini diteliti, maka Najib perlu berhati-hati dengan pola ini. Tahap puas hati terhadap Najib jatuh 3% dalam 6 bulan (Mei-Nov 2010), kemudian jatuh lagi 2% dalam empat bulan (Nov 2010 - Mac 2011), 2% lagi dalam dua bulan seterusnya (Mac-Mei 2011). Tiga bulan kemudian, tahap puas hati terhadap Najib jatuh 6%, bermakna 2% dalam sebulan secara puratanya.

Namun, peratusan tidak puas hati (disapproval rate) terhadap Najib tidak meningkat secara mendadak. Peningkatannya hanya 6% dalam tempoh setahun, dari Mei 2010 (21%) hingga Mei 2011 (27%), malah kekal di 27% pada Ogos 2011. Ia mungkin memberi tafsiran bahawa golongan atas pagar yang pada asalnya cenderung untuk menyokong Najib, kini mengubah fikirannya.

Malah, seandainya dianalisa mengikut kaum, tahap puas hati terhadap Najib dari kalangan kaum Melayu jatuh ke bawah paras 70% buat kali pertama sejak Disember 2009; sementara tahap puas hati dari kaum Cina pula mencatat 38%, 11% lebih rendah berbanding hasil soal selidik tiga bulan yang lalu. Penurunan tahap puas hati dari kalangan Cina mungkin sesuatu yang diduga, namun asakan retorik perkauman terhadap kaum Melayu nampaknya tidak memberi kesan positif untuk Najib - sesuatu yang mungkin di luar jangkaan ramai. Perlu diambil perhatian bahawa 51% daripada responden tidak terdedah kepada maklumat internet, dan hanya 29% responden mendapat pendidikan tinggi.

Najib mengambil alih tampuk kerajaan dengan tahap puas hati pada paras terendah, iaitu 34% ketika soal selidik diumumkan pada Mac 2009. Tahap puas hati ini melonjak setelah beberapa bulan Najib mentadbir, menurun semula pada September 2009 (56%), dan pasang surut mengikut isu selepas itu.

Impak BERSIH 2.0

Di samping itu, meskipun gerakan BERSIH 2.0 ditohmah dan dikecam dalam media arus perdana kawalan UMNO-BN, namun tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh gabungan tersebut mendapat sambutan positif daripada rakyat, menurut hasil kaji selidik ini. 49% responden mendakwa dirinya memahami tuntutan BERSIH 2.0, sementara 48% responden tidak berpuas hati dengan pendekatan kerajaan mengendalikan isu BERSIH 2.0.

Lebih penting, kesemua empat soalan yang diajukan Merdeka Center berkenaan reformasi sistem pilihan raya, dipersetujui lebih daripada dua pertiga responden, termasuklah penggunaan dakwat kekal (70%), akses media arus perdana untuk semua parti politik (68%), pembersihan senarai daftar pemilih (88%) dan membenarkan pemerhati asing (70%).

Dengan kata lain, kebanyakan responden menyedari kepincangan sistem pilihan raya yang sedia ada, malah menyokong tuntutan BERSIH 2.0 untuk reformasikan sistem ini.

Masalah inflasi rakyat

Selain itu, kenaikan harga barangan menjadi masalah yang paling penting dihadapi bersama oleh ketiga-tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia. Selain masalah inflasi, kaum Melayu meletakkan gejala sosial sebagai isu yang kedua penting; sementara Cina pula bimbang dengan masalah keselamatan, dan kaum India lebih resah dengan masalah gaji rendah dan kekurangan peluang pekerjaan.

Seandainya hasil soal selidik Merdeka Center ini mampu menggambarkan realiti sebenar, maka mereka yang mahu membacanya dalam perspektif politik akan tertanya-tanya, apakah masa yang paling sesuai untuk Najib mengadakan PRU ke-13? Sebelum populariti Najib sempat jatuh semula ke jurang, atau memberi masa yang lebih agar imejnya digilap semula? Persoalannya, mampukan Najib melonjakkan popularitinya tanpa reformasi sistem pilihan raya?/mr

Ramalan Cuaca Baik Pada Raya Ke 2 Semenanjung, Sabah Dan Sarawak

Posted: 30 Aug 2011 08:00 PM PDT

Negeri di utara, pantai timur dan selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dijangka meraikan hari kedua Aidilfitri dalam cuaca baik melainkan beberapa kawasan pantai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang diramalkan hujan pada waktu pagi. Jurucakap Jabatan Metereologi ketika dihubungi Bernama berkata terdapat beberapa perubahan dalam ramalan sebelumnya iaitu pada keseluruhannya cuaca dijangka baik sehingga esok. Laman sesawang jabatan tersebut turut melaporkan ribut petir dijangka melanda dua negeri di Semenanjung pada petang esok iaitu Pahang dan Johor Timur dan juga di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Kapit, Miri dan Limbang.



Sementara itu, hujan sementara pada waktu petang pula dijangka berlaku di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu dan Perak, dan juga bahagian-bahagian lain negeri Sarawak kecuali Kuching, Samarahan, Kapit, Miri dan Limbang serta bahagian Pantai Barat, Sandakan, Tawau, Kudat dan pedalaman Sabah.

Bagaimanapun, keadaan cuaca di negeri-negeri lain di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah diramalkan baik pada waktu petang. Pada sebelah malam pula, hujan diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Pahang, selatan Terengganu, Kelantan dan Sandakan, Sabah./bernama



Hadith Tentang Syawal

Posted: 30 Aug 2011 06:00 PM PDT

1. Hari Raya tanggal 2 Syawwal

Dari abu Umair ibn Anas Radhiallahu 'Anhuma, dari paman-pamannya yang dari kaum Anshar, mereka berkata: "Pernah terjadi awal Syawwal tertutup mendung, sehingga hilal tidak terlihat, maka kami puasa pada pagi harinya. Di sore hari ada rombongan yang datang dan bersaksi di hadapan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bahwa mereka telah melihat hilal kemarin sore, maka Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam memerintahkan orang-orang agar membatalkan puasanya dan pergi ke lapangan sholat 'ied pada keesokan harinya." (Shahih. HR. Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'i, Ibn Majah, Ahmad, Shahih al-Irwa' (654), Mukhtasharnya (634).


2. Puasa Syawwal

Dari Abu Ayyub Radhiallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالَ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ

"Barang siapa puasa Ramadhan kemudian meneruskan dengan 6 hari dari Syawwal maka seakan-akan ia telah puasa satu tahun. (Shahih. HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Mukhtashar Irwa' (950).

3. Puasa Syawwal

Dari Tsauban Radhiallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

جَعَلَ اللهَ الْحَسَنَةَ بِعَشْرَةٍ فَشَهْرُ بِعَشْرَةِ أَشْهُرٍ وَسِتّةَ ُأَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ تَمَامُ السَّنَةِ

"Allah menjadikan satu kebaikan itu berlipat sepuluh, maka satu bulan sama dengan seuluh bulan dan 6 hari setelah idul fitri genap setahun." (Shahih, HR Nasa'i, Ibn Khuzaimah, Thahawi, Shahih Targhib (1007).

4. Nikah dan berumah tangga

Aisyah Radhiallahu 'Anha berkata: "Saya dinikahi (pada usia 6 tahun) oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pada bulan Syawwal dan dikumpuli (pada usia 9 tahun) pada bulan Syawwal. Jadi siapakah isteri-isteri Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yang lebih beruntung disisinya dari pada aku?!" (Shahih. HR. Muslim, Misykatul Mashabih, 3142).

5. I'tikaf

Pernah sekali Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam beri'tikaf pada 10 hari akhir dari bulan Syawwal sebagai ganti dari i'tikaf Ramadhan yang beliau urungkan, karena isteri-isterinya (Aisyah, Hafshah dan Zainab) mau ikut i'tikaf. (Shahih. HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Khuzaimah).

6. Umrah

Aisyah Radhiallahu 'Anha berkata: "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam melakukan umrah dua kali; umroh Dzul Qa'dah dan umrah Syawwal." (Shahih. HR. Abu Daud, Shahih Abu Daud, 1754).

7. Hadits-hadits Dha'if

Hadits: "Puasalah Syawwal dan tinggalkan bulan-bulan Haram." (dha'if Ibn Majah 1734)
Hadits: "Barang siapa puasa Ramadhan lalu diteruskan dengan 6 hari dari Syawwal, maka ia keluar dari dosa-dosanya seperti keluar dari ibunya." (Maudhu'/Palsu, Silsilah Dha'ifah 5190, Dha'if Targhib 608) Hadits: "Barang siapa puasa Ramadhan, Syawwal, hari Rabu, Kamis dan Jum'at maka masuk surga." (Silsilah dha'ifah 4612) Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menikahi dan mengumpuli Ummu Salamah pada bulan Syawwal (Silsilah Dha'ifah 4350).

Sumber : Qiblati

Tiada ulasan: