AKU INGIN BEBAS |
- KELAB PUTERA 1MALAYSIA NAK BAWA BALIK 11 KANAK-KANAK DARI SOMALIA
- SURAU MENYEKUTUKAN ALLAH PUN ADA DI MALAYSIA
- RASUAH PUNCA MAT INDERA DIKHIANATI DAN DITANGKAP
KELAB PUTERA 1MALAYSIA NAK BAWA BALIK 11 KANAK-KANAK DARI SOMALIA Posted: 31 Aug 2011 06:15 AM PDT MOGADISHU 31 Ogos – Kelab Putera 1Malaysia sedang berusaha untuk membawa balik 11 kanak-kanak Somalia yang kehilangan ibu bapa akibat kemarau dan kebuluran untuk dijadikan anak angkat di Rumah Permata kelolaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). Untuk tujuan itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, perbincangan sedang diadakan dengan Menteri Kesihatan dan Menteri Pendaftaran Somalia. "Kerajaan di sini tiada masalah; yang masalah ialah proses dokumentasi supaya apabila mereka besar kelak, mereka tidak berhadapan dengan kesukaran di Malaysia," katanya. Katanya, sekiranya proses dokumentasi berkenaan tidak dapat diselesaikan kerana cuti musim perayaan yang panjang, lawatan kedua ke Somalia akan dilaksanakan bagi membawa mereka pulang. Abdul Azeez ditemui selepas menyampaikan bantuan pakaian dan makanan kepada 300 keluarga yang menjadi pelarian akibat bencana kemarau, di perkarangan Hospital Darul-Al Shifa di sini. Selain itu, 18 doktor sukarelawan yang mengikuti misi berkenaan turut membuat kerja-kerja kemasyarakatan dengan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa kebuluran. – Bernama |
SURAU MENYEKUTUKAN ALLAH PUN ADA DI MALAYSIA Posted: 31 Aug 2011 05:23 AM PDT |
RASUAH PUNCA MAT INDERA DIKHIANATI DAN DITANGKAP Posted: 30 Aug 2011 05:36 PM PDT NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah. Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera. Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera. Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera. Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera. Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk. Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan. Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak. Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang. "Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah. "Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak" katanya. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan