AdukaTaruna |
- N3 kepada imam2 tua..
- Panel program anak muda perlu lari dari stereotype.
- Berpuluh tahun result judi dalam akhbar Melayu.
- N3 gua, polis dan rasuah.
Posted: 18 Aug 2011 09:04 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Tak la penting sangat. Dan dah lama gua nak suarakan. Nak suara one by one kat imam tua, rasa cam tak mampu plak gua. Kena tempeleng kang, nak melawan rasa tak berbaloi. Haha. Lagi satu memang imam2 tua takkan baca blog gua pun. Tapi harap2 adalah yang sampaikan kat orang2 macam Ostad Azhar Idrus ke, MAZA ke, supaya akhirnya didengari oleh si imam2 tua. Gua tak nak la bahaskan benda ni dari sudut fekah. Sama ada batal solat ke tak. Gua bukan ahli. Kalau gua sebut bab2 camni, selalu gua takan fight sungguh2. Gua just share pandangan gua jer. Kena maki ke, apa ke, gua buat bodo jer. Ada kala lawan, tapi selalu tak lawan. Bendanya mudah. Iaitu menyebut lafaz 'Allahuakhbar' ketika berlaku pertukaran rukun. Contoh dari berdiri nak tukar rukun rukuk. Imam akan sebut Allahuakhbar (takbir). Atau dari sujud kedua kepada bangun. Imam akan lafaz takbir. Nak bagitau makmum. Tapi imam2 tua ni, lafaz takbir sebelum berada dalam rukun seterusnya. Tetapi ketika akhir rukun. Tak jelas? Macam ni. Selalunya problem berlaku sujud kedua. Baru angkat kepala dah sebut takbir (Allah........). Baru suku bangun, dah habis takbir (....huakhbar). Bila gua yang makmum ni bangun, imam masih belum bangun rupa2nya. Terkial2 pegang lutut. Niamakahai punya orang tua. Nak gua terajang je. Mau tertiarap imam ni. Solat pun nak kencing gua ke? Mau batal solat gua ni kerana mendahului imam plak ni kang. Bendanya mudah jer. Tapi baka Melayu punya pasal, benda mudah A B C pun tak bleh settle. Kalau dah baka penghafal, belajar sampai Al Azhar pun tak selesai. Apa salah sedar diri tua, tak bleh bangun cepat, lafaz Allahuakhbar tu bila dah selesai berdiri (selesai masuk rukun seterusnya). Gua pun bleh sujud lama sket. Tenyeh2 dahi kat karpet kasi dahi lebam ke, apa ke. Gua pun esok tua gak. SUDAH berdiri, SUDAH rukuk, SUDAH tahayat, baru sebut takbir. Then baru baca. Ni tak sedar diri tua. Berapa ramai jemaah muda2 macam gua kena kencing dek imam tua? Mekanisme mudah jer bro nak settlekan. Tapi entahla.. di Malaysia ni, baka2 penghafal selalunya sinonim dengan kerjaya agama. |
Panel program anak muda perlu lari dari stereotype. Posted: 18 Aug 2011 03:13 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Untuk setakat hari ni, ok lah. Bukan gua nak downkan ke apa, just nak share pendapat. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah. Istilah tajuk N3 tu pun maybe silap. Tapi maksud gua ialah program asyik2 menjemput panel yang sama. Program anak muda pula tu. Harus ada sekali-sekalanya lari dari kebiasaan. 20hb ni, ada satu forum anak muda. Macam lu bleh tengok pada poster ni. Panel yang dijemput pada gua adalah regular. Bukannya tak bagus. Malah 'ahli' dalam dunia anak muda. Tapi gua mencadangkan di masa hadapan, dalam 3 panel, terdapat satu panel bukan muka2 biasa. Maybe penganjur boleh menjemput Cenangau yang berkongsi mengenai ilmu / pengalaman mengenai daftar pemilih dan kaitannya dengan demokrasi anak muda. Atau aktivis GEGAR yang berada dalam dunia perjuangan anak muda menuntut Royalti Kelantan secara demokrasi. Atau menjemput ketua mana2 kelab anak2 muda dan meminta dia menyampaikan harapan kumpulan mereka jika Malaysia adalah 'Baru'. Di Kelantan ada MERAK, ada Subway Photographer. Di Terengganu ada Kelab Motor. Kita naikkan mereka, dan kita jemput mereka supaya berada di saf depan yang sama. Walau sudah pasti berlainan idealogi, at least sepanjang titik bersama mendapatkan Demokrasi Malaysia Baru. Pendapat gua lah. Pembolehubah UTAMA Salehuddin membebaskan Palestine bukan sebab dia terer bertumbuk atau sebagainya. Itu kecil. Tapi kemampuan Salehuddin menggabungkan kumpulan2 kecil yang berselerak. Menjadikan mereka satu dan memiliki motif yang sama. Wallahualam. |
Berpuluh tahun result judi dalam akhbar Melayu. Posted: 18 Aug 2011 01:58 AM PDT Oleh : AdukaTaruna NGO Melayu bakar The Star pasal menu babi. Tapi gua nak ajak lu orang bakar Utusan Malaysia dan Berita harian pasal result no ekor judi dalam akhbar bacaan Melayu Hutan itu. Tapi sahabat PAS Reform bantah sebab berimejkan pembakaran terbuka. Jadi, gua tukar kepada susun akhbar result judi Melayu itu atas jalan raya, kemudian pijak ramai2. Bila selesai, buang kertas itu dalam tong sampah kitar semula. Tarikhnya 20hb. Lokasinya Hotel Raudah. Sebab ambil kebetulan dengan Program Anak Muda dan Demokrasi. Bagaimanapun jika penganjur program tersebut membantah, sila mesej gua. Gua tak nak la dianggap kacau majlis orang. Haha. Gua boleh buat 23hb nanti. Dengan member Johor dan KB. Insyaallah. Kepada penganjur, kalau tak mesej, gua anggap setujulah yer. |
Posted: 18 Aug 2011 01:08 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Sumber : Tukar Tiub SURAT DARI PEMBACA aku pernah kena tahan polis kat Baling, Kedah. Motor aku signal belakang belah kiri tak fungsi. Kena tahan masa roadblock!! aku cakap aku akan ganti esok. Polis tu nak saman tapi bagi option!!! saman atau duit kopi!! aku ada 5 ringgit ja!! tu pun dia sapu. Polis yg tahan aku masa roadblock tu ada 3 orang!!??? RM5.00 bahagi 3 = RM1.70!!! tapi masa tu tahun 1993, lepas laa buat minum teh tarik dan roti canai :) Falsafah polis dan rasuah. Rasuah yang bermaksud memohon imbuhan, gua letakkan bawah tajuk rompak. Merompak pelbagai perkara dan tajuk. Jika rasuah yang berunsur ugut, ianya lebih berat. Ianya seumpama samun bersenjata. Senjatanya ialah ugutan terhadap sesuatu perkara. Merujuk kepada surat pembaca dari Tukar Tiub, ada 2 subjek yang bersalah dalam kes ini. Yakni si pencuri dan si pembeli barang curi. Membenarkan rasuah berlaku dengan bersetuju memberi rasuah boleh dianggap membenarkan kecurian berlaku dengan membeli barang curi. Malah lebih bodoh apabila barang curi itu adalah barang diri sendiri. Gua pun pernah beli barang curi juga. Ketika gua masih mentah, sekitar berumur 18-19 tahun, gua tidak memiliki lesen kereta. Hanya motor. Walau berbuih mak gua suruh malah nak sponsor. Gua tidak menolak mungkin gua salah kesimpulan, tetapi gua tulis jugalah untuk pendapat gua berkaitan dengan N3 ini. Jiwa gua memang koboi. Memandu tanpa lesen kereta, gua sentiasa lepas dari pemeriksaan polis untuk tajuk roadblock. Malah berlaku 2 kejadian polis meminta lesen. Tapi lepas sebab polis hanya melihat sekali lalu. Gua percaya fokusnya tertumpu pada tarikh luput lesen, bukan jenis lesen. Masa mula2 sampai Kelantan, hasil dari gaji pertama dan kedua, gua bolehlah kumpulkan untuk hidupkan roadtax Mazda gua. Tapi ketika itu gua tiada komputer untuk projek Langgar Hadi. Setelah melakukan apa yang patut, gua memilih untuk upgrade komputer Jeming Hasan. Mainboard, processor, RAM dan harddisk baru. Casing n monitor lama. Sampai tarikh perbicaraan Hina Sultan Johor dengan word mampos, gua blah ke Seremban guna Mazda gua tanpa roadtax. Lu nak caya, caya. Tak nak sudah. Malam itu, gua ditahan di Bukit Besi, Terengganu. Gua dah train bini gua supaya mempamerkan muka koboi (tenang). Gua cakap, gua tak dapat hidupkan roadtax sebab beli komputer yang digunakan untuk Langgar Hadi demi mencilok sistem Lu Ya Allah. So, gua mohon Lu settlekan, mudahkan. Alhamdulillah, gua hanya diperiksa lesen. Gua lepas ke Seremban. Tapi skang kereta gua roadtax dah habes. 8hb 8 ari tu. Nak hidup tak lepas. Ada blacklist (saman parking rasanya). Harap kalau PR ambil alih, bolehlah kiranya dihapuskan saman macam PR ambil Perak hari tu (saman bandaran). Bukan hapus saman atas tajuk perlembagaan, hapus saman sebelum tarikh pemerintahan PR lah. Binalah hari baru untuk Malaysia. Audit semula dan sebagainya. Terbaru, gua ke Rantau Panjang. Urusan perniagaan. On the way, ada roadblock. Gua tak bagitau member gua yang roadtax tamat. Sebab member gua ni jenis darah menggelupur. Skali road block plak. Belt tak pakai. Belt sebelah member gua payah sikit nak tarik. Dia dah start menggelupur. Dari kes belt memang kompom merebak sampai roadtax nih. "Lepas Na.. Lepas.. biar gua buat." Gua nak tarik belt tu. Gua tahu teknik dan ragam kete gua. Tapi member gua menggelabah. Tu yang gua suruh dia lepas dari pegang belt. 2-3 kali gak la gua tekan suara suruh dia lepas belt. Pendek cerita, belt settle ditarik, gua berhenti dengan kedudukan roadtax melepasi polis paling hampir (kira jadikan kedudukan polis tu ngam2 antara tingkap depan dan belakang). Soal jawab sikit. Teruskan perjalanan. Thanks Allah. Selamat sampai rumah baru gua bagitau roadtax kereta gua mampos. Tapi ini semua kalau perjalanan baik gua. Satu hari gua memandu kereta tamat sehari roadtax. Tapi perjalanan nak tengok wayang di Terminal 1, Seremban. Ketika gua 19 tahun camtu la. Naik ke parking atas bangunan, ada sekor polis tunggu. Gua kena tahan. Pendek cerita, gua setuju bayar dia RM20. Itu dulu. Adakah salah polis itu? Ya.. tapi hanya 70%. 30% adalah kita. Itu pendapat gua lah. Mekanisme pencengahan. Rasuah adalah wabak yang amat sukar dihapuskan. Ianya seumpama tangki air yang mempunyai pelbagai lubang bocor. Tampal satu dua tak akan berjaya menghentikan kebocoran. Sungguhpun begitu, janganlah sampai mengatakan usaha menampal 1-2 bocor adalah kerja sia-sia. Ianya perlu berterusan. Pendidikan, budaya, dasar pemerintah, akhlak pemerintah, dan sebagainya. Berbalik semula kepada video yang diberikan (tidak bermaksud total kepada keseluruhan peristiwa video tersebut), bersetuju memberi polis rasuah, dan kemudiannya menyalahkan polis atas rasuah adalah satu perkara double kehinaan. Kehinaan kepada yang memperlekehkan polis itu sendiri. Tamsilan lainnya, polis meminta seks dari isteri kita jika tidak mahu disaman. Dan kita memilih memberikan isteri kita sebelum upload dan menyebarkan perilaku jahat polis. Jika kita bermaruah, kita akan memilih saman dari memilih rasuah. Kita akan memilih saman dari memberikan isteri diratah polis. Rasuah sebenarnya lebih besar dari isteri kita bro. Paling tinggi pun setakat 4 isteri. Tapi rasuah? Ia membabitkan mak, anak2, pelajar, generasi, hutan, sungai, haiwan, alam semulajadi, perkhidmatan, hak kemanusiaan dan sebagainya. Gua akan sokong kalau rasuah diletakkan bawah rompak. Hukum potong tangan. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan