shalehudin |
- Tony Fernandes kini pemilik baru kelab Queens Park Rangers
- Apa hal ngan Anwar pulak dah nihh... hihi...
- Pungkok depa penuh taik... kahkahkah...
- Kena tabik Cikgu Pa la bab nih...
- Serius sikit tulisan nih...
- Woii... yang kau punya buat telor masin lagi baik... kahkahkah...
- Ditukul sampai mati
- Ni semua cerita fitnah... fitnah... FITNAH...
- Orang Umno jangan baca ni takut batai posa... haha...
- Lawa minah nih... hihi...
- Pelan pelan dok terlondeh dahh... haha...
- Gambar terbaru Ustaz Azizan
- Wajah mangsa SELEPAS di simbah ASID
- Mencari Lailatul Qadar
Tony Fernandes kini pemilik baru kelab Queens Park Rangers Posted: 18 Aug 2011 11:00 AM PDT LONDON, 18 Ogos – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini muncul sebagai pemilik majoriti baru kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dengan memiliki 66 peratus saham. Menurut laporan The Guardian hari ini, beliau memiliki pegangan itu dengan membelinya pada harga £35 juta (RM168 juta). Fernandes (gambar) dilaporkan membeli keseluruhan pegangan dimiliki Bernie Ecclestone dan harga itu juga dikatakan sama dengan kadar pelaburan Ecclestone dan rakannya Flavio Briatore pada 2007. Dengan perkembangan ini, Fernandes menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City. "Saya sentiasa mahu terlibat dalam bola sepak dan rayuan sebuah Kelab London seperti QPR, adalah satu peluang yang sukar untuk diketepikan begitu sahaja," kata Fernandes lagi. "QPR merupakan berlian mentah dan moga-moga saya boleh menyumbang untuk menjadikannya satu berlian. Saya mahu peminat-peminat bangga dengan apa yang kami lakukan dan terlibat bersama sejauh yang boleh," kata beliau lagi. Laporan semalam menyebut beliau bakal membeli saham pemilik Formula 1 Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat. Ecclestone memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus. Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya. Fernandes, yang juga pemilik pasukan Team Lotus Formula 1, menghangatkan lagi spekulasi pengambilalihan itu pada Sabtu lalu apabila beliau menyaksikan kekalahan pasukan itu 4-0 kepada Bolton dari kotak pengarah di Loftus Road. Wall Streets Journal semalam melaporkan Fernandes bakal membeli 51 peratus pegangan dalam kelab itu daripada Ecclestone dan beliau dikatakan akan membeli saham itu bersama-sama Mittal, yang sudah memiliki sepertiga saham kelab itu. Sebuah lagi akhbar, Financial Times juga melaporkan Fernandes bakal mengambil alih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan pihak-pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir. Fernandes, peminat West Ham, telah beberapa kali cuba dan gagal membeli West Ham United, kelab bola sepak utama di timur London. Minggu lepas, Fernandes menerusi Tune Air telah memperoleh kawalan tidak rasmi Malaysian Airline System dengan memegang 20.5 peratus saham dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu menerusi perjanjian pertukaran saham dengan cabang pelaburan kerajaan Khazanah Nasional, yang sebagai balasannya akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia Berhad. Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak AS$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia. |
Apa hal ngan Anwar pulak dah nihh... hihi... Posted: 18 Aug 2011 09:25 AM PDT Qazaf: Anwar mohon lucut peguam Zainul Rijal Harakahdaily KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan melucutkan peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili kerajaan dan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam saman qazafnya. Pemohonan itu dibuat melalui peguam yang mewakilinya, Kamar Ainiah Kamaruzaman di Mahakamah Syariah pagi tadi. Zainul adalah peguam mewakili tiga pihak yang disaman Anwar kerana didakwa mempengaruhi keputusan keengganan Jawi meneruskan tuntutan qazaf Anwar Ibrahim ke atas pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung. Ketiga-tiga pihak tersebut adalah ketua jabatan pendakwaan JAWI, Shamsuddin Hussain, pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf. Dengan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan Shamsuddin mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf. Kes yang difailkan pada 2008 itu kini menjangkau lebih daripada tiga tahun tertangguh. Dalam reaksinya, Anwar yang turut hadir di mahkamah bersama isteri hari ini berkata, campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah Syariah merupakan faktor utama kes itu tertangguh. Malah menurutnya, Zainul dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan Mahkamah sivil. "Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan. "Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata beliau kepada pemberita. Zainul yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat. Malah perkara tersebut turut diakui oleh Timbalan Menteri pada sidang Parlimen Jun lalu. Sementara itu, peguam Kamar Ainiah berkata tuntutan tersebut berpatutan memandangkan beberapa kenyataan Zainul kepada media sebelum ini didakwa telah menjejaskan kewibawaan dan sistem Mahkamah Syariah selain berlawanan dengan etika peguam syarie. Malah, beliau turut menyifatkan tindakan Zainul tidak profesional selain wujudnya konflik berkepentingan terhadap responden. "Zainul bertindak secara tidak profesional, tidak jujur dan berniat jahat serta bercanggah dengan menegakkan keadilan, dan melanggar kod etika peguam syarie. "Saya tidak dapat memberitahu butiran terperinci kerana saya kena sampaikan dulu permohonan tersebut tapi antaranya beliau telah melanggar etika peguam syarie dalam perwakilan di mahkamah syariah," katanya. |
Pungkok depa penuh taik... kahkahkah... Posted: 18 Aug 2011 08:32 AM PDT Kalut dok tanya pendirian rasmi PAS, pendirian rasmi UMNO apa pulak?!! Oleh Saiburi Sudin Lidah Rasmi UMNO Utusan Malaysia terus menjolok PAS untuk menyatakan pendirian rasmi parti berhubung isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Selangor. Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS sudah menyatakan, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja. Kenyataan itu merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church "Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Selama ini pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam. "PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut," tegas Mohamad Sabu. Bila Timbalan Presiden yang bercakap, kira pendirian rasmi PASlah tu. Tak perlulah cop mohor dari penyimpan mohor besar raja-raja pulak. Aku boleh baca, yang sebenarnya apa yang dimahukan oleh UMNO, bukan setakat kenyataan macam tu. Depa mau PAS isytharkan perang terhadap agama Kristian dan umumkan bahawa PAS akan bakar semua gereja di Malaysia... betul tak UMNO??? Depa provok macam-macam nak bagi PAS melatah. Depa harap bila PAS melatah, keluar kenyataan bukan-bukan maka masyarakat non Muslim yang tak tau apa-apa isu ni akhirnya nanti akan marahkan PAS. PAS bukan kecik anak dalam politik, sekilas ikan di air tahu jantan betinanya. Manakala di kalangan masyarakat Muslim pula, UMNO berharap PAS keluar kenyataan mempertahankan pihak gereja, supaya nanti umat Islam nampak PAS tak prihatin isu murtad. Betul tak? Betulllll. Malangnya, kedua-dua kenyataan yang diharapkan itu tidak muncul. Yang muncul ialah kenyataan rasional, berhikmah dan berpijak di bumi nyata. Meroyan UMNO dibuatnya. Dalam sibuk-sibuk UMNO dok tanya pendirian rasmi PAS, ramai tak perasan rupanya UMNO pun tak pernah keluar sepatahpun kenyataan rasmi mengenai isu tersebut. Yang ada ialah kenyataan kecam PAS, kutuk PAS, fitnah PAS. Ayuh UMNO, ayuh Najib, Muhyidin.. keluarkan segera kenyataan bahawa pihak gereja tu jahat, puak kristian jahat. Hangpa ada ISA, ayuh gunakan ISA terhadap pihak gereja tu. Awat tak berani? Takut hilang undi? Awat yang hangpa lebih utamakan undi dari 'mempertahankan aqidah' (*mempertahankan aqidah versi UMNO)? Perangai UMNO ini mengingatkan kita kepada pepatah Melayu Kedah 'Berkukok kok keok kok keok, tapi pungkok penuh taik!'. |
Kena tabik Cikgu Pa la bab nih... Posted: 18 Aug 2011 02:30 AM PDT Cikgu Pa menimbus lubang perangkap Oleh: tokpepijat Nampaknya isu serbuan gereja kembali "panas" . Semacam ada komplot dan konspirasi dalam peristiwa tersebut. Ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan : 1) Pendedahan terbaru SU PAS Dato Mustafa Ali tentang ada "elemen" UMNO dalam serbuan tersebut. UMNO Selangor melenting dan memberi tempoh 3 hari kepada Cikgu Pa untuk minta maaf. Cikgu Pa tetap dengan kenyataannya. 2) Keenganan JAIS berjumpa PAS atas alasan arahan Istana. Apa kaitan JAIS dengan Istana dalam soal ini? Adakah benar Istana atau UMNO yang memberi arahan? 3) Mengapa begitu lama siasatan diambil untuk kes ini? Hingga lepas raya. Seolah ada sesuatu "rahsia" di simpan. 4) Pertemuan PAS dengan Gereja juga dibatalkan. Jika ini daripada pimpinan PAS, ianya keputusan yang betul. Ini kerana PAS ingin mendengar kedua pihak JAIS dan Gereja. Jadinya kunci penyelesaian kes ini bergantung kepada pertemuan PAS dengan JAIS. Selagi PAS-JAIS tidak berjumpa, selagi itulah kes ini tergantung. Tentunya UMNO seronok jika tiada pertemuan PAS-JAIS. Ini kerana mereka boleh "memanjangkan" permainan mereka. Bagi PAS, dasar dan pendirian mereka jelas. Akidah Islam mesti dipertahankan. Kenyataan Timbalan Presiden PAS amat jelas dan tepat. Semua pihak termasuk Gereja mesti memahami dasar PAS. Jika berlaku benar usaha pemurtadan tempoh hari, pihak Gereja mesti memohon maaf dan berjanji tidak melakukan lagi. Bagaimanapun, kita melihat kes ini seolah-olah mahu menarik PAS masuk lubang "perangkap". Hanya kebijaksanaan pimpinan PAS untuk mengelakkan masuk atau menimbus lubang itu. Cikgu Pa telah memulakan langkah bijaksanaannya untuk perkara ini. |
Posted: 18 Aug 2011 01:30 AM PDT Jom ke mandala tamadun Memasuki mandala tamadun kita temukan dua elemen yang berimbang: Kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran atau intelektual yang tinggi. Itulah neraca peradaban yang sebenarnya. Tiada neraca lain yang setara dengannya. Tamadun dibina dan dikembangkan demi kemaslahatan umat manusia, kerana akhirnya manusialah yang memberi rupa dan makna kepada sesuatu tamadun. Kemajuan kebendaan yang tidak diimbangi perkembangan pemikiran atau intelektual yang tinggi, akan membentuk rupa bangsa yang cela. Rupa bangsa yang cela, akibat meremehkan pemikiran tinggi, akan berada jauh dari titik pusat falsafah, budaya, seni, moral dan kemanusiaan itu sendiri. Banyak negara di mana penguasanya melakukan opresi menyekat perkembangan pemikiran dan intelektual rakyatnya, secara dramatik melihat kerusi kekuasaannya lenyap dalam masa yang singkat. Masalah bagi sesetengah penguasa ialah mereka menganggap cara yang kuno dan tidak manusiawi itu sebagai sesuatu yang masih relevan dengan zaman ini. Watak dan struktur sesuatu masyarakat biasanya diramu dan diteguhkan daripada hubungan elemen-elemen sosial yang alamiah, kerana dinamika sosial selalu mengharapkan kemaslahatan umat manusia yang dicipta melalui pendekatan serta dasar-dasar yang betul lagi manusiawi. Dengan ayat yang lain, mana-mana penguasa yang menanganinya secara salah dan tidak manusiawi, akan berhadapan dengan kegagalan. Mencipta masyarakat bertamadun akan lebih mudah setelah anggota masyarakat mempunyai atau memiliki (bukan lagi tiga, tetapi) lima keperluan asas: makanan, kediaman, pakaian, pendidikan, dan peluang pekerjaan yang sewajarnya dalam suasana negara yang aman pula. Sesudah itu, jalan terhampar untuk setiap anggota masyarakat, atau organisasi sosial, atau institusi sosial, bergerak secara sukarela untuk memperbaiki lagi pelbagai aspek kehidupan anggota masyarakatnya. Akan tetapi jika penguasa gagal menyediakan lima keperluan asas tersebut dengan latar belakang negara bersuasana aman, watak yang dicipta oleh penguasa ialah watak pincang yang memberontak. Watak-watak yang memilih jalan lain untuk mengatur masa depan kumpulannya tanpa mengendahkan undang-undang serta nilai moral ̈C kerana tiada harapan lagi terhadap penguasa. Menekan kumpulan ini dengan tujuan untuk melumpuhkan atau menghapuskannya, bukanlah penyelesaian yang baik bagi kerangka masyarakat bertamadun. Kerana opresi akan membangkitkan lebih banyak penentangan. Jalan alternatif yang terbaik ialah kembali ke pangkal pemikiran oleh para intelektual dan pakar, serta memanfaatkan sumber ekonomi yang ada di dalam sesebuah negara. Zaman telah berubah. Rakyat mahu keperluan-keperluan asas mereka dipenuhi. Rakyat mahu berganding bahu membina tamadun bangsa yang lebih baik dan kukuh. Jom ke mandala tamdun. |
Woii... yang kau punya buat telor masin lagi baik... kahkahkah... Posted: 18 Aug 2011 12:30 AM PDT Hafiz Yatim Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila mereka mengajukan pertanyaan mengenai merit kes semasa sesi temubual. Menurut peguam Sankara Nair, pada mulanya Musa sedia bekerjasama dengan mereka, termasuk Anwar dengan menjawab beberapa soalan. "Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Sankara. Anwar mencelah dan berkata, " Ia sudah dalam skrip." Sankara berkata pertemuan dengan Musa hanya berlangsung kira-kira lima minit apabila beliau muncul pada jam 2.30 petang. Bersama Sankara yang mengendalikan temubual itu adalah peguam Ram Karpal dan Param Cumaraswamy. Sankara berkata pihak pembelaan agak kecewa kerana meskipun hakim berkata saksi mempunyai hak untuk tidak menjawap, Musa sepatutnya membantu. "Namanya secara langsung disebut oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Justeru, beliau patut membantu kita," katanya. "Siapa tahu, apa yang diperkatakannya itu mungkin membantu pihak pembelaan. Tetapi Musa memilih untuk tidak berbuat demikian." Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya. Menurut Sankara, temubual dengan Musa berjalan dengan tenang meskipun beliau pernah disiasat berhubung dakwaan memalsukan bukti pada perbicaran kes liwat pertama yang membabitkan Anwar. Seorang lagi saksi yang ditemubual oleh pihak pembelaan adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid. |
Posted: 17 Aug 2011 11:30 PM PDT KLANG: Kejam apabila seorang lelaki warga Thailand bukan saja dipukul dengan tukul hingga maut, malah mayatnya turut diikat kaki dan tangan dalam kejadian berhampiran tokong di Jalan Harper, di sini, malam kelmarin. Mayat mangsa berumur lingkungan 20-an ditemui orang awam dan melaporkan penemuan itu kepada polis, jam 11.30 malam. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa dipercayai dipukul di tempat lain sebelum melarikan diri berikutan siasatan polis menemui titisan darah di lokasi lain. "Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul seperti tukul dan dia melarikan diri ke lokasi mayatnya ditemui. "Tidak berakhir di situ, mangsa sekali lagi dipukul serta mayatnya diikat kaki dan tangan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam. Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian belakang badan. Mohamad Shukor berkata, pemeriksaan juga tidak menemui sebarang dokumen milik mangsa dan beliau menolak kemungkinan mangsa disamun. "Motif kejadian masih dalam siasatan, tetapi kami tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham di antara mereka," katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. |
Ni semua cerita fitnah... fitnah... FITNAH... Posted: 17 Aug 2011 10:30 PM PDT Dakwa dibogelkan, ahli PSM serah memo ke Bukit Aman Kow Gah Chie Tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin polis mengenai 'layanan buruk, pencabulan kuasa dan ganguan seksual" ke atas mereka semasa ditahan Jun lalu. G Packialetchumy , P Indra dan P Jody membuat aduan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dengan diiringi beberapa pemimpin PSM hari ini. Mereka menyerahkan memorandum empat halaman bersama tujuh laporan berhubung dakwaan salah laku polis. Wanita berkenaan mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menanggalkan pakaian mereka kepada baju lokap di hadapan dua anggota polis lelaki di kawasan terbuka di balai polis Kepala Batas di Pulau Pinang. Ini, kata mereka berlaku pada malam 25 Jun, di mana 31 anggota PSM ditangkap semasa dalam program jelajah parti itu. Tiga belas daripada mereka adalah wanita. "Sebaik saja tiba di lokap, kami bergilir dibawa ke lobi. Saya nampak ada 10 anggota wanita dan dua lelaki," kata Packialetchumy yang mendakwa beliau kemudiannya diarahkan untuk menanggalkan bajunya. Dakwanya lagi, dua anggota polis lelaki berkenaan yang berdiri kira-kira sejauh dua meter kemudiannya menjerit "Buka, kenapa tak buka?". "Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya," kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang. Beliau kemudiannya berselindung di belakang anggota polis wanita lain dan menukar kepada pakaian lokap itu seperti yang diarahkan. Dalam aduannya juga, Jodie, 51, mendakwa seorang anggota polis lelaki menyepak kakinya apabila pada mulanya dia enggan mematuhi arahan itu. Indra, 53, pula mendakwa seorang anggota polis cuba melondehkan seluarnya. Menurut ketiga-tiga mereka, nasib yang sama juga dialami tahanan wanita lain. |
Orang Umno jangan baca ni takut batai posa... haha... Posted: 17 Aug 2011 09:00 PM PDT Mutiara kata sempena ramadhan.. Kita marah/sensitif bila ada bukan Islam masuk/ziarah masjid/surau tetapi kita tak marah/tak sensitif bila ramai Muslim yang tak pernah datang masjid/tak bersolat. Kita marah bila non muslim (perempuan) masuk masjid tak bertudung tetapi kita kurang sensitif bila Melayu Islam sendiri yg masuk masjid tak bertudung (tutup aurat) Kita marah bila akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan artikel/gambar babi, tetapi kita tidak rasa apa-apa apabila ada akhbar berbahasa MELAYU yang menyiarkan iklan keputusan judi-4D,Toto, Magnum dan sebagainya. Kita marah bila "non muslim" perlekeh serta menghina Islam tetapi kita tidak rasa apa2 atau buat2 pekak bila Melayu Islam memperlekehkan atau mempersendakan Hukum Allah dan sunnah nabi Kita marah bila bacaan al-Quran dimasjid sebelum masuk waktu subuh dikawasan majoriti "non muslim" dihentikan kerna hujah2 tertentu berdasarkan nas dan hadith sahih tetapi kita tak marah anak2 melayu islam buta jawi dan al-Quran serta tak pernah nak faham isi kandung serta pengajaran dari ayat2 al-Quran. KIta marah bila bacaan al-Quran dimasjid sebelum masuk waktu subuh dikawasan majoriti "non muslim" dihentikan kerana hujah2 tertentu berdasarkan padangan ulama, nas dan hadith sahih tetapi kita tak marah/sensitif dengan umat islam yang solat fardhu terganggu dgn konsert , juga tak pernah di larang kerajaan dgn serius pun,siap dpt lesen lagi...malah bunyinya lg kuat dari suara orang mengaji dan azan... Kita marah bila non muslim mahu bermaksiat dibulan ramadhan tapi kita tak marah juga tak sensitif apabila ada "kerajaan negeri" dimana MB adalah Melayu ISLAM mahu melanjutkan tempoh pusat hiburan (sehingga jam 3 am) serta tidak ada sebarang suara yang menentang daripada umat Islam disana. Sumber: Pendebat Ilmiah Pejuang Islam |
Posted: 17 Aug 2011 08:00 PM PDT |
Pelan pelan dok terlondeh dahh... haha... Posted: 17 Aug 2011 07:00 PM PDT Salhan K Ahmad Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan. Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya. Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka. Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut. Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu. "Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang. "Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja. Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986. Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu. Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi. Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan. "Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik. "Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi. Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar. Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi." Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul." Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978. "Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi. Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor. Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos. Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya. Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan. |
Posted: 17 Aug 2011 06:00 PM PDT |
Wajah mangsa SELEPAS di simbah ASID Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Mangsa serangan simbahan asid Mohd Raffie Abdul Latiff, 28, kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. Raffie telah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada dalam keretanya berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lepas. TRAUMA... Mangsa serangan simbahan asid Mohd Raffie Abdul Latiff, 28 (kanan) ketika menerima kunjungan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Aseh di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. TANGGUNG DERITA... Beginilah wajah selepas mangsa mengalami serangan simbahan asid Mohd Raffie Abdul Latiff, 28. KECERIAAN WAJAH ASAL... Kredit : Bernama |
Posted: 17 Aug 2011 03:30 PM PDT Oleh: kopi_o Salam sihat sejahtera semua. Puasa kita telah meghampiri ke penghujungnya, esok hari yang ke 18 kita laluinya. Entah sempat entah tidak untuk kita harungi kehidupan seterusnya. Insyaallah, kuatkan semangat dan sentiasalah berdoa semoga kita dapat lalui dan rasai kenikmatan Ramadhan dalam mengharungi sisa-sisa kehidupan di dunia ini. Lebih kurang 2 hari saja lagi untuk kita meghampiri 10 hari yang terakhir pada bulan Ramadhan. Inilah hari-hari yang sangat-sangat ditunggu oleh umat Islam yang beriman kepada Allah. Tentang waktunya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya). Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala uuusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al-Qadr: 1-5). Jika anda telah mengetahui keutamaan-keutamaan malam yang agung ini, dan ia terbatas pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan maka sewajarnya anda bersemangat dan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari malam-malam tersebut, dengan solat, zikir, do'a, taubat dan istighfar. Mudah-mudahan dengan demikian anda mendapatkan Lailatul Qadar, sehingga anda berbahagia dengan kebahagiaan yang kekal yang tiada penderitaan lagi setelahnya Di malam-malam tersebut, hendaknya anda berdo'a dengan do'a-do'a bagi kebaikan dunia-akhirat, di antaranya: 1. "Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, dan perbaikilah untukku duniaku yang di dalamnya adalah kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanya aku kembali, dan jadikanlah kehidupan (ini) menambah untukku dalam setiap kebaikan, dan kematian menghentikanku dari setiap kejahatan. Ya Allah bebaskanlah aku dari (siksa) api Neraka, dan lapangkanlah untukku rezki yang halal, dan palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia, wahai Dzat Yang Hidup dan terus menerus mengurus (makhluk-Nya)" 2. "Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jagalah kami dari siksa Neraka. Wahai Dzat Yang Hidup lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), wahai Dzat Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan." 3. "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon hal-hal yang menyebabkan (turunnya) rahmat-Mu, ketetapan ampunan-Mu, keteguhan dalam kebenaran dan mendapatkan segala kebaikan, selamat dari segala dosa, kemenangan dengan (mendapat) Syurga serta selamat dari Neraka. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurusi makhluk-Nya, Wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan." 4. "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pintu-pintu kebajikan, kesudahan (hidup) dengannya serta segala yang menghimpunnya, secara lahir-batin, di awal mahupun di akhirnya, secara terang-terangan mahupun rahasia. Ya Allah, kasihilah keterasinganku di dunia dan kasihilah kengerianku di dalam kubur serta kasihilah berdiriku di hadapanmu kelak di akhirat. Wahai Dzat Yang Maha hidup, yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan." 5. "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, 'afaaf (pemeliharaan dari segala yang tidak baik) serta kecukupan." 6. "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, mencintai pengampunan maka ampunilah aku." 7. "Ya Allah, aku mengharap rahmat-Mu maka janganlah Engkau pikulkan (bebanku) kepada diriku sendiri meskipun hanya sekejap mata, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau." 8. "Ya Allah, jadikanlah kebaikan sebagai akhir dari semua urusan kami, dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksa akhirat." 9. "Ya Tuhan kami, terimalah (permohonan) kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, wahai Dzat Yang Maha Hidup, yang memiliki keagungan dan kemuliaan." Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, segenap keluarga dan para sahabatnya. Aminnn |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan