Addin |
- Aksi Polis Trafik Malaysia Terima Rasuah Dari Pemandu Singapura
- Najib Kantoi.. Bayaran RM 28Juta Untuk FBC Di Luluskan Pada Bajet Tambahan 2010
- Penantian 45 Tahun, Permohonan Warganegara Masih Belum Lulus
- KKLW Mengancam Keselamatan Negara?
Aksi Polis Trafik Malaysia Terima Rasuah Dari Pemandu Singapura Posted: 18 Aug 2011 09:30 AM PDT Sebuah laman web,The Straits Times singaporeseen.stomp.com.sg , dipercayai berpangkalan di Singapura hari ini menyiarkan sebuah video klip yang memaparkan seorang anggota polis trafik Malaysia yang berpakaian lengkap, menahan dan menerima @meminta 'duit kopi' dari pemandu warga republik itu. Klip video selama 1.59 minit tersebut memperlihatkan seorang pemandu warga Singapura yang menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor telah ditahan polis trafik kerana memandu laju, 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang. Rakaman tersebut tidak menyatakan secara tepat di mana kejadian itu berlaku tetapi laman web berkenaan turut memuatkan beberapa keping gambar operasi polis trafik di tempat kejadian. Di dalam klip video yang dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu, namun baru dimuatkan di internet ini pada mulanya, menunjukkan anggota trafik berkenaan telah meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan atau lesen memandu dari pemandu tersebut, sebagaimana prosedur biasa. Namun beberapa saat kemudiannya, anggota polis trafik itu bagaikan sudah biasa mengamalkan rasuah jalanan, menebalkan muka meminta 'duit kopi' sebanyak RM100 untuk mengelak pemandu itu disaman, namun jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh pemandu itu. Kemudiannya proses tawar menawar berlaku dan jumlah 'duit kopi' itu berjaya dikurangkan kepada RM50 oleh pemandu warga Singapura tersebut. Setelah membayar wang berjumlah RM50, pemandu warga Singapura itu dilepaskan pergi oleh anggota polis trafik itu sambil menyelitkan wang yang diterima di bawah buku saman miliknya. Video klip berkenaan turut menggunakan lagu tema 'Truly Asian' sebagai muzik latarnya sebagai satu sindiran sinis kepada Malaysia, di mana lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan negara ke mata dunia. Tindakan itu secara tidak langsung mampu memberikan kesan buruk terhadap industri pelancongan yang merupakan industri kedua yang memberikan pendapatan paling tinggi kepada Malaysia. Kementerian Dalam Negeri, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang dan tindak-tanduk anggota polis trafik wajar memberikan perhatian serius kepada insiden yang memalukan negara ini. Perlakuan buruk anggota polis trafik itu juga tidak dapat dikompromikan lagi memandangkan pihak Polis DiRaja Malaysia bergitu giat menjalankan kempen Benci Rasuah dan boleh dikatakan setiap anggotanya dibekalkan lencana bertulis 'Intergriti Amalan Kita'. |
Najib Kantoi.. Bayaran RM 28Juta Untuk FBC Di Luluskan Pada Bajet Tambahan 2010 Posted: 18 Aug 2011 08:14 AM PDT British Broadcasting Corporation (BBC) telah menggantung semua program dari Media yang berpangkalan di London iaitu FBC selepas ia telah 'mengesahkan' bahawa yang syarikat TV tersebut telah menerima bayaran untuk menghasilkan sekurang-kurangnnya empat dokumentari berkaitan industri minyak dan 'rawatan hutan hujan dan pribumi' Malaysia. BBC dalam satu kenyataan kepada akhbar harian berprestij UK iaitu The Independent semalam, berkata bahawa "FBC kini bekerja untuk kerajaan Malaysia". "Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC kerana kami percaya ia sepatutnya didedahkan apabila BBC menarik balik kebenaran program-program dari FBC."Oleh itu, BBC telah membuat keputusan untuk tidak mengambil program dari FBC dan ia akan mengkaji semula hubungan dengan syarikat itu." Difahami bahawa sebelum produksi TV itu menerbitkan dokumentari untuk Malaysia, FBC telah telah menghasilkan kira-kira 20 program untuk BBC dan telah menandatangani garis panduan pengeluar standard BBC yang memberi jaminan untuk tidak menerima wang atau perkhidmatan lain atau faedah daripada mana-mana syarikat individu, atau organisasi dengan pandangan untuk mengesahkan atau mempromosikan perkhidmatan dan / atau produk dalam siri atau publisiti siri atau yang boleh membawa kepada keraguan tentang subjektiviti atau kesaksamaan siri. Dalam satu kenyataan yang disiarkan kepada The Independent, BBC berkata: "Semua syarikat TV bebas yang menghasilkan program-program untuk BBC World News telah menandatangani perjanjian yang ketat untuk memastikan program-program memenuhi garis panduan editorial BBC, termasuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan." Berita Dunia BBC menarik 78 juta penonton seminggu dan boleh didapati dalam lebih daripada 200 buah negara. The Independent lagi memaklumkan bahawa FBC menerima "hampir £ 6 juta (RM28 juta) dari kerajaan Malaysia dan jumlah yang telah diluluskan dalam Bajet Tambahan kerajaan Malaysia 2010. Laporan itu menyatakan bahawa pembayaran dibuat untuk kerja-kerja " Kempen Strategik Komunikasi Global " pada tahun 2009. Ia juga menyatakan bahawa sejumlah RM29.34 juta yang serupa juga diperuntukkan kepada syarikat itu bagi tahun sebelumnya dan bahawa perkara itu telah dibangkitkan dalam parlimen Malaysia. FBC, dengan pejabatnya di London, Mumbai dan Rom, bagaimanapun menafikan sebarang penyalahgunaan di dalam program-program bagi mana-mana penyiar. Menurut laporan itu, FBC telah menafikan bahawa ia pernah bekerja untuk Malaysia tetapi "berhadapan dengan bukti perjanjian kontrak yang disenaraikan di dalam rekod awam Malaysia, peguam syarikat itu berkata mereka telah membuat kesilapan, telah gagal mengesan sesuatu pindaan yang dibuat oleh klien kami untuk surat draf yang kita telah bersedia. FBC menyatakan:" Ia tidak menjadi rahsia lagi bahawa FBC menerima dana dan melakukan kerja perundingan dan media untuk kerajaan Malaysia pada masa lalu ". Apabila ditanya tentang FBC mengupah pelobi Amerika untuk mempromosikan Malaysia, mereka berkata: "kerja itu hanya terlibat untuk menunjukkan ekonomi Malaysia berupaya menarik pelabur serta menujukkan Malaysia komited untuk melawan keganasan." Berikutan pendedahan oleh Sarawak Report dan Siasatan Bebas ke atas FBC, syarikat itu telah ditarik balik hak penyiarannya serta laman webnya telah digantikan dengan satu halaman lain. Baca sini. |
Penantian 45 Tahun, Permohonan Warganegara Masih Belum Lulus Posted: 18 Aug 2011 02:30 AM PDT Penantian pengiktirafan sebagai Warganegara Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan satu cabaran bagi Warga Emas, Chong Kong Wah, 72, setelah menunggu selama 45 tahun. Kata Chong lagi, sejak daripada tahun 1966 lagi beliau sudah memohon untuk mendapatkan taraf kewarnegaraan Malaysia, tetapi tidak pernah diluluskan atas yang tidak diketahuinya. Chong yang pergi ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara dengan ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong dan telah bersemuka dengan Ketua Pejabat JPN Sandakan, Samsul Mohd Ali; bagi membincangkan kes permohonan Chong yang tergendala begitu lama. Dalam perbincangan lebih setengah jam itu, Samsul mengesahkan Chong layak memohon Sijil Warga Negara Malaysia dan beliau berjanji akan membantu mempercepatkan proses permohonan Chong. Sementara itu, V.K.Liew mengucapkan terima kasih kepada JPN Sandakan, terutama Samsul kerana ikhlas untuk membantu Chong membuat permohonan semula taraf Warganegara. V.K.Liew sempat meninjau ruang pejabat JPN Sandakan yang terlalu sempit dan penuh sesak kerana dikunjungi tidak kurang 700 pelanggan setiap hari sehingga menyukarkan orang ramai berurusan. Sehubungan itu, V.K.Liew menggesa agar Samsul menulis surat rasmi kepada Pengarah JPN Sabah dan beliau sedia membantu membincangkan isu ini dengan Menteri Dalam Negeri./sabahkini |
KKLW Mengancam Keselamatan Negara? Posted: 17 Aug 2011 11:27 PM PDT Kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' mungkin akan berkesudahan seperti Kempen 'Tak Nak Merokok' yang menelan belanja lebih RM100 juta, namun rakyat Malaysia terus menjadi penghisap rokok tegar di Asia Tenggara. Jika kempen 'Tak Nak' tidak mendapat sokongan orang ramai, sebaliknya Kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' pula tidak mendapat sambutan daripada Kementerian dan Jabatan Kerajaan di Malaysia. Buktinya, sekalipun di dalam dokumen kontrak menyatakan kontrak wajib menggunakan barangan buatan Malaysia, melainkan jika tidak ada di pasaran, barulah boleh mengimport daripada negara luar dengan izin khas Kementerian Kewangan, namun kementerian tertentu mengabaikan saranan dan kempen berkenaan. Ironinya, spesifikasi di dalam dokumen kontrak bercanggah dengan syarat yang umum yang ditetapkan. Sebagai contoh, Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna Sabah melalui tender bernombor KKLW.T.40/2011 bernilai RM95,282,320.00 yang diberikan kepada Ternama Tabah Sdn.Bhd dan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi melalui tender bernombor KKLW.T.67/2011 bernilai RM81,475,281.42 diserahkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd.Dua tender berkenaan menetapkan penggunaan Bateri Asid Plumbum (berbahaya dan mencemar alam sekitar) yang akan digunakan di dua projek berkenaan WAJIB diimport secara MANDATORI daripada Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun. Selaras dengan Kempen Beli Barangan Malaysia yang dilancarkan pada tahun 1998 untuk membantu pengusaha tempatan menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan; amalan KKLW ini telah 'membunuh' syarikat tempatan; terutama pengeluar bateri lithium polymer di Malaysia. Mungkin agak keterlaluan jika dilihat kesungguhan syarikat ternama dunia seperti Mitsubishi, Hitachi dan Thales mengimport bateri lithium polymer daripada Malaysia untuk kegunaan luar negara dan kebanyakannya dieksport kembali ke negara ini dengan harga lima kali ganda daripada harga asal. Dalam kegawatan ekonomi yang menyerang dunia, tindakan KKLW boleh dianggap sebagai mensabotag ekonomi negara dan mencancam keselamatan Negara; sebagaimana tindakan Pengerusi Federal Reserve Amerika Syarikat, Ben Bernanke, yang mengambil tindakan tidak popular termasuk mencetak wang dalam menghadapi krisis kewangan yang melanda negara berkenaan. Walaupun Malaysia menandatangani Basel Convention, namun KKLW masih mengimport bateri Asid Plumbum dalam jumlah yang besar untuk kegunaan projek elektrik solar hibrid di luar bandar Sabah tanpa mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar; sedangkan dalam masa yang sama Malaysia adalah salah satu pengeluar bateri lithium polymer yang terkemuka di Asia Tenggara./sabahkini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan