Sabtu, 13 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Kisah sadis miskomunikesyen Klate - N9.

Posted: 13 Aug 2011 02:55 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Hari tu kete Mazda gua bergurau lagi dengan gua. Cermin pintu pemandu tak bleh naik. Habes, takan gua nak tampal dengan plastik alas meja? Gilo kau.

Gua pun kengkonon nak repair la. Buka punya buka, skodeng punya skodeng, gua ambil ijtihad bahawa gear berkarat. Kena spray dengan anti karat. Gua pergi rumah member gua. Pinjam spary anti karat. Stendet la Melayu. mana nak beli. Spray punya spray, tak bleh naik gak. Ni bukan bergurau lagi dah ni. Ni tahap biadap nih.

Member gua pun sampai. Tolong tengok2kan, jampi2 apa yang patut.

"Tokde nih. Tunggu masuk kijo dulu lah."

Member gua janji nak repair lepas 'punch card' kijo. Biaso la.. keja Pak Guard stor ma.. dari melangok baik repair kete sendiri. Hua3...

"Ok.. bereh.. jumpo sano."

Tengah siap2 nak g kerja, member gua sms.

"Jang bawak ngecah kapit slaluh."

Nate gapo ngecah kapit nih? Gua mana ada tool nak repair2 nih. Kat Seremban ada la. Kapit ni, kepit kalau tak silap gua. Spanar hidup kot. Tak pun playar.

Demi Mazda yang yang disayangi, gua pun huru-hara la mencari playar dan spanar boleh laras. Hambek ngko. Istilah buku kemahiran hidup Dewan Bahasa Dan Pustaka gua sebut.

Akhirnya...

Ngecah = Pengecas = Charger
Kapit = Kepit

Sejenis Charger untuk bateri handphone. Gua rasa nak sumbat jer spanar boleh laras tu dalam mulut member gua.



Tiada ulasan: