Rabu, 10 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Biometrik mudah diubahsuai.

Posted: 10 Aug 2011 09:48 AM PDT

Sumber : Malaysiakini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat beberapa syarikat pengurus yang dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubahsuai peralatan biometrik yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi program 6P.

Program 6P iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata hasil pemantauan oleh KDN sehingga semalam mendapati kira-kira 600 peralatan yang dikendalikan syarikat pengurus telah diubahsuai sekaligus tidak lagi memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan untuk tujuan kegunaan program itu.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan kepada sistem yang telah diselaraskan oleh KDN dan pada masa yang sama turut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.



Rentetan sokongan UMNO pada murtad.

Posted: 09 Aug 2011 10:15 PM PDT

Oleh : Tulang Besi


1.0 Sokongan UMNO terhadap murtad ini bermula semenjak tahun 50'an lagi sebelum Merdeka.Ia bermula dari Peristiwa Permutadan Natrah. Mengikut tulisan Allahyarham Hj Ahmad Fuad:

Dalam tulisannya, "Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan", Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dengan kata lain, isu Natrah telah memaksa ramai ulama2 dalam UMNO untuk keluar UMNO dan menubuhkan PAS.

Sepanjang kes Natrah dibicarakan di Mahkamah Singapura pada tahun 1950 itu, UMNO BERDIAM DIRI dan TIDAK MENGAMBIL APA-APA SIKAP.

Yang mengembeling umat Islam Singapura memprotes murtadnya Natrah adalah Mujahid Prof Burhanuddin Hilmi serta Karim Ghani. Saya ada menulis sebuah artikel berkaitan dengan isu Natrah di sini.

Sikap berdiam diri UMNO itu membuat pihak penjajah begitu berani menculik Natrah dan menghantar beliau kembali ke Belanda seterusnya menjadi murtad.
Rupanya dah lama UMNO bersikap lunak dengan murtad ni.

2.0 Suka saya memetik kenyataan Ustaz Idris Ahmad seperti di bawah:


"Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam.
Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi

Jelasnya, UMNO konsisten menolak serta mengecilkan isu murtad selama ini. Baru sekarang ni bising, itupun atas sebab kepentingan politik sendiri bukan sebab Islam

3.0 Dalam Operasi Lalang 1987, lebih 30 pemimpin-pemimpin PAS ditangkap ISA kerana membuat pendedahan berkaitan Kristianisasi di Sabah. Pada waktu itu yang memerintah Sabah adalah PBS yang menjadi salah sebuah parti komponen Barisan Nasional. Tangkapan ISA itu dibuat oleh UMNO ke atas pemimpin-pemimpin PAS.

4.0 UMNO menolak rang undang-undang pribadi murtad yang ditaja oleh PAS melalui Ahli Parlimen PAS, Salahuddin Ayub. Mengikut Salahuddin Ayub:


"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.
"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.


Kalau UMNO ikhlas berjuang isu Murtad, mengapa halang Rang Undang2 Pribadi berkaitan Murtad ini?

5.0 Di mana suara UMNO sepanjang isu Lina Joy berlaku? Adakah UMNO keluar ke jalan raya seperti yang berlaku sekarang bercakap pasal Murtad? Tidak. UMNO senyap sunyi dan menghilangkan diri. Malahan, demonstrasi di Bar Council memprotes forum berkaitan Lina Joy juga dihadiri 90% ahli2 dan penyokong PAS. Mereka dari UMNO seperti tidak wujud.

6.0 Di Wilayah Persekutuan, UMNO luluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Akta tersebut TIDAK MENGHARAMKAN MURTAD. Sila baca di sini.


Kesimpulannya, UMNO hipokrit. Dalam sejarah Malaysia, UMNO tidak pernah memperjuangkan isu murtad.

Malahan, di Wilayah Persekutuan, UMNO tidak haramkan murtad sama-sekali.
Kenapa tiba-tiba nak tonjol diri kononnya pejuang murtad yang tersohor. Berhentilah bersandiwara. Kita dah kenal siapa UMNO. Satu Malaysia kenal siapa UMNO. Islam hanya bahan tunggangan untuk mendapatkan undi dan mempertahankan kuasa.

Kalau benar UMNO ikhlas memperjuangkan isu murtad, sila luluskan Rang Undang-Undang Murtad di Parlimen.


 

Mari kita kenali falsafah asli Melayu.

Posted: 09 Aug 2011 09:46 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Falsafah Melayu asli ialah musnahkan kelebihan orang lain kerana kekurangan diri sendiri. Supaya orang lain setaraf lemahnya dengan kita.

1. FAM bangang dalam kerja pembangunan bola sepak. Kemuncak kritikan ketika Piala Asia di mana Malaysia tuan rumah dulu. Diri sendiri bangang, tapi dia musnahkan sistem. Marahkan pihak lain. Bagi mengundang pihak lain membelasah Malaysia, di laman sendiri, Pesta Bola Merdeka yang berprestij telah dimansuhkan beberapa tahun.

Diri sendiri bangang - salah dan musnahkan pihak pandai - supaya pihak pandai dilihat setaraf bangang dengan diri sendiri. Falsafah asli Melayu.

2. Pemain kelahiran Malaysia bangang - Mansuhkan pemain import - Supaya dalam padang semuanya setaraf bangang. Kalau ada player import, nampak sangat Malaysia bangang sorang2.

3. Organisasi bantuan dan organisasi dakwah Islam lembab dan bangang. Serang dan musnahkan organisasi dan dakwah agama lain. Supaya kita semua bangang sama rata.

4. Hadi Awang bangang dalam berdebat - Berlindung di sebalik samseng dan rampas peralatan rakaman hujah. Supaya tiada pihak mampu membuktikan dirinya bangang, sebaliknya semua akan setaraf bangang.

5. Dewan Bahasa Dan Pustaka bangang dalam menerbitkan istilah2 baru bagi mengejar arus keperluan dunia semasa. Muncul pihak Melayu sendiri yang mencipta istilah2 baru. Haramkan istilah2 tersebut atas nama slaga merosakkan bahasa. Sedangkan bahasa muncul secara fitrah melalui slaga.

Untuk tidak dilihat bangang, musnahkan, haramkan pihak tidak bangang supaya semuanya setaraf bangang.

6. Cendekiawan Melayu bangang dalam mencipta satu konsep perkiraan yang mudah dan terkini. Muncul Kaedah Mokhdar. Haramkan dan tolak kaedah Mokhdar atas alasan seni bahasa. Jangan biarkan pihak lain cerdik kerana kita akan sendirian dicop bangang. Musnahkan supaya kesemuanya kekal dalam level bangang. Bila semua bangang, tiada siapa yang cerdik.

7. Peniaga Melayu bangang dalam bersaing. Musnah pihak pesaing dengan apa cara. Supaya bangangnya setaraf. Tiada lebih, tiada kurang.

8. Idea2 Lee Kuan Yew tidak boleh dicapai oleh UMNO yang bangang. Singkirkan Lee Kuan Yew. Berikan dia tanah Singapore. Supaya UMNO tidak bangang sorang2 dalam Malaysia. kalau Lee Kuan Yew cerdik, dia kat luar negara. Singapore bukan Malaysia.



Debat soalan kuiz gereja dengan Ostad Wan Ji.

Posted: 09 Aug 2011 08:11 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua setuju sangat2 dengan MAZA yang mengatakan Islam adalah agama hujah. Orang pertama yang takut hujah dan membernarkan pengikutnya merampas peralatan merakamkan hujah ialah Hadi Awang. Satu per satu Allah tunjukkan melalui isu.

Dan untuk kes Hasan Ali ni, gua cadangkan Ostad Wan Ji hantar perlawaan debat kepada wakil gereja berkenaan akan soalan2 kuiz Islam yang dikelirukan. Yang didakwa Hasan Ali. Khalid Samad terlebih dulu menunjukkan cara Islam menghadapi fitrah setiap agama dalam mengembangkan agama masing2 dengan berdebat dengan cendekiawan Islam.

Setakat pengetahuan gua, Tantawi yang menyokong Hasan Ali itu belum pernah melakukan kaedah yang dianjurkan Islam. Yakni perbahasan. Yang pernah gua tengok ialah Tantawi mendedahkan cerita dalam kain calon UMNO di Permatang Pauh kalau tak silap.

Jadi, harap Ostad Wan Ji bleh 'langgar' gereja tu. Kalau kena pada tarikh, gua dan rakan2 akan turun support. Kita akan lakukan secara tamadun, professional, senyum dan tenang. Hantar surat perlawaan bahas by hand. Hujah lawan hujah. Kuiz lawan kuiz. Islam itu indah. Ulama penghafal itu buruk.



Tiada ulasan: