Rabu, 10 Ogos 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


Kebuluran di Afrika Timur. Di Mana Kita?

Posted: 09 Aug 2011 08:16 PM PDT

Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan. 

Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian tersebut.

Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Mari kita lihat gambar-gambar keadaan di sana.

Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg

Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air

Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian merenung jauh

Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.

Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya

Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan

Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di jadikan sebagai kayu api

Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir

Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad

Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya

Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh

Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley

Tin makanan yang telah di gunakan dari USA

Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia

Keadaan haiwan ternakan di sana

Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia

Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011

Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley

Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas

Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011

Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011

Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.

Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan

Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia

Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)

Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011

Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011

Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian

Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.

Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya

Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011

Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana. Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara mereka beragama Islam. 

Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.

Laporan bedah siasat Baharudin 'bercanggah'

Posted: 09 Aug 2011 08:13 PM PDT

Keluarga kepada allahyarham Baharudin Ahmad mengemukakan satu akuan bersumpah ke Mahkamah Tinggi berhubung dakwaan percanggahan dalam laporan bedah siasat ke atas jenazah tersebut.
Akuan bersumpah itu dikemukakan semalam untuk dimasukkan bersama dengan dengan notis usul yang difailkan sebelum ini bagi memaksa Pejabat Peguam Negara menjalankan inkues terhadap kematian lelaki berkenaan.
Permohonan siasatan khas itu dibuat susulan kepada laporan polis yang dibuat balu allahyarham, Rosni Malan pada 17 Julai lalu yang mendakwa bahawa kematian Ahmad (foto kiri) disebabkan oleh tindakan polis semasa perhimpunan berkenaan.



Anak perempuan Baharudin, Ummi Mirza dalam akuan bersumpah itu pula menyebut bahawa sebab kematian tersebut bukanlah sebab-sebab nyata yang ditentukan melalui siasatan terhadap jenazah ayahnya.
Sebaliknya, sebab kematian itu perlu meliputi "semua perkara yang perlu untuk membolehkan sesuatu pendapat dibuat (mengenai) bagaimana ayah saya menemui ajalnya."
Katanya lagi, sebab kematian itu boleh "disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan atau (perbuatan yang tidak dibuat) yang menyalahi undang-undang" oleh mana-mana individu, kumpulan atau ejen kepada mana-mana badan.
Laporan 'bercanggah'
Akuan bersumpah berkenaan mendakwa, laporan perubatan yang diperolehi oleh keluarkan mangsa berkenaan mengandungi maklumat yang bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh doktor yang memeriksa jenazah sebelum ini.
Laporan yang menyebut sebab kematian Ahmad sebagai serangan jantung "acute myocardial infarction" itu antara lain menyatakan bahawa bahagian paru-paru mangsa didapati tersumbat.
Walhal, beliau sebelum ini diberitahu bahawa bahagian paru-paru itu tidak tersumbat, kata Ummi Mirza, 25.
"Saya diberitahu oleh pakar forensik tersebut sebelum ini bahawa 'paru-paru kelihatan sihat', namun laporan bedah siasat menyatakan 'sangat bengkak dan tersumbat'," akuan bersumpah itu dipetik.
Ummi Mirza dalam dokumen yang diperakui semalam itu juga menyebut bahawa beliau melihat tanda gigi di sebelah kiri atas bibir dan juga lebam di sekeliling kawasan tersebut.
Katanya, beliau diberitahu oleh pakar berkenaan bahawa bahagian trakea jenazah ayahnya itu juga sedikit tersumbat.
Beliau diberitahu bahawa keadaan itu mungkin berlaku akibat tindakan memasukkan tiub ke dalam rongga berkenaan.
"Tapi laporan bedah siasat menyatakan (bahagian trakea itu) 'jelas dan tidak tersumbat'," kata Ummi lagi dalam dokumen berkenaan.
Tambahnya, laporan yang diperolehi itu menyatakan bahawa bahagian mulut mangsa tidak mengeluarkan cecair.
"Namun (keadaan itu) berbeza dengan apa yang saya nampak pada bibir arwah sebelum post mortem. Malah pada saat memandikan jenazah beliau, saya juga masih dapat melihat lebam pada bibir tersebut," kata Ummi lagi dalam dokumen sama.
Baharudin, 59, didakwa rebah semasa menyertai perhimpunan di perkarangan KLCC pada 9 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jabatan kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada jam 5.10 petang.
Bedah siasat ke atas dijalankan kira-kira lima jam kemudian oleh dua orang ahli patologi di hospital sama.

Tiada ulasan: