Ahad, 7 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Gua cadangkan setiap kerusi bas dipasang tali keledar.

Posted: 07 Aug 2011 04:12 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Musim perayaan ni wajib ada kemalangan maut bas awam. Faktor kemalangan adalah satu hal berlainan. Faktor maut pula ada tajuknya.

Manusia dalam bas ibarat duduk dalam kotak yang dikelilingi oleh medium2 impak. Seat depan penumpang, tingkap, dinding, bumbung, lantai dan sebagainya adlah medium impak. Ini adalah pembolehubah kecederaan.

Jika kerajaan mewajibkan seat bas dilengkapi dengan tali keledar, at least, penumpang yang patuh, boleh mengelakkan medium impak apabila satu2 bas itu mengalami kecederaan.

Cadangan gualah. Kalau kerajaan BN tiba2 setuju, harap, janganlah sampai mewajibkan tali keledar itu di dalam harga tiket penumpang. Asal nak buat sesuatu jer, rakyat kena bayar.


Harga naik sebab DAP. Bola merosot pun sebab DAP! Wow!

Posted: 07 Aug 2011 04:03 AM PDT

Sumber : Utusan Malaysia

GEORGETOWN 7 Ogos – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari ini mendakwa bahawa penurunan mendadak prestasi pasukan bola sepak negeri sejak tahun 2009 berlaku berikutan masalah kewangan yang kritikal dihadapi persatuan itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berkata, FAP kecewa dengan komitmen yang diberikan kerajaan negeri yang tidak serius dalam membantu mengembalikan mutu bola sepak tempatan yang semakin merosot.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang di bawah pimpinan DAP tidak membantu memberi dana dan bantuan kewangan kepada FAP sejak menerajui negeri itu empat tahun lepas.

"Bantuan pernah diterima menerusi agensi di bawah kerajaan negeri iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang masing-masing memberi peruntukan sebanyak RM250,000 pada tahun 2009 sahaja.

Gua : Melaka, Pahang, Sarawak, Sabah, Johor apa citer boh? Hahaha. Melayu Hutan punya hujah.

Aktiviti ramadan zaman kecik2.

Posted: 07 Aug 2011 12:15 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Masa zaman kekecik dulu memang best woo.. hidup boleh kata takda masalah. N3 ni mengimbau kenangan bulan pose zaman gua kecik2 dulu.

[1]

Main perang-perang guna mercun. Masa tu mercun belum diharamkan. Budak2 plak terbahagi ikut group kawasan kejiranan masing2. Takdala sampai bergaduh. Just seronok main perang2. Antara senjata ialah Thunder Clap, mercun das dan dragon. Kawasan gua kawasan perumahan. Mercun sesat masuk rumah orang tu biasa.

Peliknya takda putus jari, mata buta time zaman gua. Sekadar kebas, baju Melayu berlubang, rambut terbakar tu biasala.

[2]

Main meriam tong. Guna karbait sebagai bahan letup. Perlu campur air untuk dapatkan gas mudah bakar. Tong sampah jenis besi atau tong drum yang dipotong setengah. Tangkupkan, dan tebuk lubang. Kayu pencucuh sepanjang semeter. Itu zaman gua. Main sebab mahu orang kampung report polis. Bila polis datang lari secara berjemaah. Time tu seronok. Tapi kalau kena tangkap, sendiri mau ingat.

Zaman adik gua main meriam paip besi yang besar tu. Letak atas bahu. Telinga sumbat mp3. Cucuh guna lighter. Gilo. Nampak kat gua, membebel gak gua.

[3]

Kampung gua best. Malam raya acara takbir rumah ke rumah. Dibahagikan ikut group. Bidaah N3 lain. Siap ada tong derma. Group Aboy Gemok selalu masuk rumah yang ada awek. Gorup Ayet motif usha anak Usop Misai. Bekas ADUN Sikamat. Group gua jer yang ikhlas. N3 gua, gua la hero. Rumah Taufek PJ Negeri 9 pun dulu join bidaah ni beb.

Setiap rumah hidangkan makanan dan minuman sekadar mampu. Kalau hidang berat2 pun memang takan mampu makan punya. 1 group maybe takbir dan berdoa dalam 15-20 rumah.

So, malam raya, memang meriah. Jalan2 penuh dengan kanak2 dan jemaah surau yang menziarahi rumah one by one ikut pembahagian kawasan. Kat sini, Padang Tembak Kelantan ni, malam raya tgk lumba kereta.

[4]

Under Pakcik Rahmat, surau kampung gua ada budak2 yang membantu perjalanan ramadan. Di namakan budak2 Ramadan. Mereka akan bersihkan surau, sediakan moreh, pasang kemah, etc. Itu kerja rasmi. Kerja tak rasmi ialah jadi pocong bulan pose, ponteng pose dalam surau, etc. Tamat bulan Ramadan, ada duit raya.

[5]

Mase kekecik, gua kan budak nerd. So, gua join team Tadarus. Ala baca sorang, semak reramai tu. Gilir2. Bila khatam, dapat kain pelikat. Skang ni still ada lagi. Tapi tahun ni gua raya Kelantan maa... Huaaaa...


Bakal Mr Universe Malaysia.

Posted: 06 Aug 2011 11:41 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Memandangkan bulan pose ni tak bleh kutuk, maka gua rasa ini waktu terbaik gua keluarkan gambar sulit latihan bakal Mr Universe dari Malaysia tak lama lagi.




Siapa kutuk pahala pose turun. Gambar ni dalam bilik adik bakal Mr Universal Malaysia. Sedang mengangkat beban sebanyak 1 ton. Wakakakaka..


Isu gereja Hasan Ali : Huraian pendapat gua.

Posted: 06 Aug 2011 10:03 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Ramai yang bertanya gua pendapat mengenai isu nih. Dan mula2 gua kena bagitau bahawa gua tahap tertinggal basikal Pixie dalam isu nih. 3hb - 5hb gua tak online. Gua blah Seremban settlekan kes hina Sultan Johor, settlekan solat hajat mudah2an isteri dan anak gua selamat, sihat dan sempurna sesama adik-beradik gua, settlekan rombongan 'anak buah Ali Rustam yang PAS Reform' berbuka puasa rumah gua. Settlekan program mencemar duli mengadap Hokage (nenek) gua yang berada di Inas, Johol.

Jadi, gua berikan pendapat gua berdasarkan pembacaan semula. Macam biasa, setuju, setujulah. Tak setuju, nak kritik boleh, nak maki sila, nak campak dalam longkang pun takda hal. Kat medan hujah jer kita lawan2. Kat luar kita kawan. Profesional. Setakat pengundi biasa tu, tak payahlah nak 'bergaduh' demi bangsawan sampai ke alam luar.


[2]

Gua dan rakan2 sudah lama menentang Hasan Ali dan team Hadi secara bertajuk. Sokongnya kami pada tajuk akan team Hadi, atau lawannya kami pada team Hadi, kami tetap tidak berubah. Kereta gua tetap Mazda. Xenan tetap bekerja sendiri. Evelyn tetap dengan bisnesnya. Yang lain2 tetap dengan kerja dan PASnya. Jean Francois jer yang kini join KIMMA. Tiada kepentingan atau upahan. Di bawah adalah gambar gua membakar karikatur Hasan Ali, atas tajuk tertentu, lukisan gua sendiri. Kami berada di depan perwakilan PAS bertahun2 lamanya.



Dan dalam tajuk serbuan ke atas gereja ini, setelah membaca dan berfikir mengikut tahap kemanusiaan gua, gua simpulkan begini :

Dari sudut perlembagaan.
Dari sudut teknik2 yang sesuai menegakkan perlembagaan.

[3]

Dari sudut perlembagaan.

Dari sudut ini, dari premis ini, telah dituliskan, menyebarkan agama lain kepada penganut agama Islam adalah salah. Tetapi, salah atau tidak salah itu memerlukan bukti sebagai definasi. Bukti tidak boleh sekadar disebut oleh lidah.

Dan dalam usaha mendapatkan bukti, atau bertindak berdasarkan bukti, sesuatu perkara yang dilakukan itu haruslah sehingga dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Jika sekadar menyebut dengan lidah mempunyai bukti, dan bertindak kaedah provokasi seperti menyerbu, tetapi bertujuan sekadar menjadi mainan dan perbahasan media, tidak sampai ke mahkamah, maka; ianya sudah lari dari tajuk ini. Menegakkan perlembagaan negara.

Dan jika dibawa ke mahkamah selepas membaca N3 gua ini, dengan persediaan ala-kadar, tidak cukup, juga tidak menepati tajuk menegakkan perlembagaan negara. Definasi ala-kadar dan tidak cukup itu akan kita dapati semasa kes berjalan di mahkamah nanti. Pasti ada sesuatu sebab lain. Dan mari kita kaji lagi.

[4]

Dari sudut teknik2 yang sesuai menegakkan perlembagaan. 

Terdapat perbezaan antara orang yang bertindak demi Islam, atau orang yang bertindak demi diri sendiri. Mengapa gua mengatakan demikian? Mari kita lihat.

Jika seseorang itu terikat akan kesatuan jemaah, terikat akan kesucian nama Allah, terikat kepada tanggungjawab menjaga imej Islam, terhadap bukan Islam yang sedikit pengetahuannya terhadap Islam (bukannya sesama Islam), pasti dia akan melakukan sesuatu tindakan itu dengan teknik diplomasi. Bukan teknik provokasi.

Kadar pertumbuhan saudara baru Islam di Malaysia, walau bukan Islamnya hidup hampir 100 tahun di kalangan Islam berbaka Melayu, sangat lembab. Pasti ada sebabnya. Apakah cara diplomasi yang mungkin boleh digunakan Hasan Ali jika dia tidak bertindak atas kepentingan peribadi?

i. Bukan serbuan semboro untuk isu media dahulu. Tetapi kemukakan bukti sekadar ada dalam jemaah yang diwakili. Majlis Syura adalah sistem tertinggi yang ada. Bermula di situ. ATAU..

ii. Bukan serbuan semboro untuk isu media dahulu. Tetapi mengumumkan dalam media terlebih dahulu. Mendapat maklumat ada kegiatan penyebaran agama lain terhadap penganut Islam. Seperti Ketua Wanita UMNO Siti Zahrah yang mengumumkan kegiatan Black Metal sebelum menggembleng massa membasminya. Hangat2 taik ayam N3 lain. Memang akan ada bantahan. Dan sila kemukakan hujah. Jangan lari macam Hadi Awang ke London dan muncul apabila kerusi tergugat. ATAU..

iii. Bukan serbuan semboro untuk isu media dahulu. Tetapi menghantar wakil secara terbuka atau risikan (mana2 yang difikirkan sesuai) dalam program tersebut. Seperti mana SB yang hadir dalam setiap program2 yang berpotensi meruntuhkan UMNO.

Mengikut mana yang difikirkan sesuai atau lebih baik dari apa yang gua tuliskan ini. Itu bezanya orang yang bertindak atas sebab Allah, atau bertindak atas sebab peribadi. Mari lihat pula persoalan berbangkit untuk kefahaman seterusnya.

[5]

Seterusnya persoalan yang timbul.

i. Jika tiada perjuangan mencerdikkan perwakilan PAS yang sedia ada bodoh ini bertahun2 dulu, bantahan 10 MP PAS, desakan EGM, perubahan pemilihan; maka Team Hadi Awang ini sangat2 berkuasa. Hasan Ali bocor rahsia, Khalid Samad kena gantung. Apakah pendirian PAS akan tindakan serbu gereja yang tidak menepati maksud menegakkan perlembagaan negara ini oleh Hasan Ali?

ii. Tindakan Hasan Ali itu berdasarkan prinsip menegakkan perlembagaan negara, atau sekadar provokasi media. Serbu dan mendakwa itu dan ini hanya di media. Tiada usaha membawa ke mahkamah?

iii. Hasan Ali membuat kenyataan rela dipecat. Adakah ini tindakan Hasan Ali yang mahu karier politiknya berakhir secara 'mulia' hasil gerakan serbu-provok tanpa mahkamah? Dari berakhir secara hina kerana tahu dia berada di penghujung karier politik?

Jika kemungkinan ini adalah tepat, dan diandaikan N3 ini tidak dibaca, adakah Nasha juga akan melakukan satu peristiwa yang bakal mencatatkan karier politiknya berakhir secara mulia? Dipecat kerana Islam (konon). Bukannya ditolak ahli dan perwakilan.

iv. Jika Allah takdirkan ada pertandingan Presiden, dan Hadi Awang tewas, adakah Hadi Awang akan mengeluarkan buku tahaluf siasi dengan UMNO bersama2 dalil2 hafalannya?

Lu fikirlah sendiri. Lu berjuang kerana jenama, atau tokoh manusia, atau kasta ulama / profesional?


Tiada ulasan: