Ahad, 7 Ogos 2011

Addin

Addin


Panas!! (Video) Pendedahan Pembohongan Shafie Afdal

Posted: 07 Aug 2011 08:59 AM PDT

Mungkin keterlaluan jika dikatakan bahawa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Naib Presiden UMNO hanya tahu bercakap kosong dan pembohong? Tetapi itulah hakikatnya kenyataan yang terpaksa ditelan Shafie kerana empat tokoh politik Semporna, Abdullasani Haji Abdul Salleh, Piramli Barahim, Abdul Karim Ahmad dan Mamat Bin Barhana; mengulas siapa sebenarnya Shafie dari kacamata mereka sendiri. Saksikan video pendedahan 4 tokoh dari Semporna, ini..



 


Sabahkini

Dalam Usia 86 Tahun, Mahathir Masih Menguasai Umno

Posted: 07 Aug 2011 12:19 AM PDT

Imbas kembali tahun 2008, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin tersangatlah gembira dan bersedia membantu Mahathir Mohamad menggulingkan Perdana Menteri Abdullah Badawi. Sebelum itu, Mahathir telah mencuba mengetuk Abdullah, cuma dia tidak mendapat tukulnya. Ini kerana Badawi agak bijak untuk mendapatkan mandat dari rakyat, sesuatu yang Najib sebagai penggantinya gagal untuk mendapatnya dan sesuatu yang terpaksa dibayarnya dengan harga yang mahal hari ini.

Pada tahun 2004, Badawi merupakan pengganti lantikan Mahathir yang membawa BN menang besar, dengan rekod sebanyak 95 peratus. Kemenangan yang serta-merta mengundang maklum balas kecemburuan dari bekas bosnya bahawa penguasaan yang terlalu besar di Parlimen tidak bagus untuk negara. Namun, Mahathir tidak perlu bimbang kerana pada tahun 2008, Badawi diremukkan jatuh. Dia telah membawa BN kepada presetasi pilihanraya yang paling buruk, malahan hilang penguasaan majoriti BN di Parlimen.

Sesuai dengan muslihat Dr M

Ini memberikan Mahathir peluang untuk menggulingkan Abdullah. Tiada rasa saling menghormati antara keduanya, ia sudah lama dibuang. Punca kebencian beakar umbi terutamanya dari anak menantu Khairy Jamaluddin, yang disalahkan Mahathir kerana membekukan beberapa projek kesayangannya termasuklah projek jambatan bengkok ke Singapura. Waktu itu, orang ramai juga sudah tidak begitu senang dengan Badawi. Daripada seorang Mr Nice Guy atau Mr Clean, dia menjadi Mr Suka Tidur kerana mengantuk di tempat kerja. Cukup jelas juga keluarganya telah mendapat manfaat daripadanya Perdana Menteri bagi mengumpul kekayaan untuk diri mereka sendiri.

Sekarang Najib mendapati dirinya dalam sampan yang sama seperti Badawi selepas pilihan raya umum Mac 2008. Najib yang baru berusia 58 tahun sedar dirinya sedang ditolak keluar tetapi dia seolah-olah bertekad untuk melawan kembali, walaupun ini mungkin memerlukan dia 'menggigit tangan yang memberinya makan', iaitu Mahathir. Apabila seorang Dr.M yang kini berusia 86 tahun membuat keputusan 'bersara' padas tahun 3002, dia memastikan Badawi menerima Najib sebagai timbalannya.

Mengapa Najib? Sebahagiannya disebabkan kesetiaan lama dan membalas budi kepada ayah Najib dan pakciknya, yang merupakan perdana menteri kedua dan ketiga. Namun sebab utamanya kerana ia sesuai dengan skim perancangan anak Mahathir sendiri, untuk memutarkan kitaran kepimpinan dalam Umno terhad sesama keluarga Najib, Hussein dan Mahathir. Yang lainnya seperti Badawi hanya menjadi pemanas kerusi dan ini termasuklah Muhyiddin Yassin, yang begitu berminat untuk menggantikan Najib selaku presiden Umno yang seterusnya dengan sokongan Mahathir.

Siapa yang akan Mahathir pilih?

Dalam usia 64 tahun, Muhyiddin dikenali dengan kata-katanya "yang pertama saya seorang Melayu, keduanya baru Malaysia," komen yang mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang bukan Melayu. Komen yang kurang bijaksana, manakala hanya memenangi sedikit saja sokongan dari masyarakat Melayu. Ia membuatkan Muhyiddin sangat tidak mungkin untuk menguruskan atau mengawal orang bukan Melayu, yang amat penting, jika dia mahu kekal sebagai presiden Umno dengan kekuatannya sendiri. Hal inilah yang amat sukar sekali buat Najib, menjanjikan sesuatu yang berbeza kepada kaum-kaum yang berbeza, kehilangan kepercayaan semua dan terpaksa bergantung pada belas kasihan rakan-rakan dalam partinya.

Namun untuk Mahathir, kelemahan Muhyiddin ini sesuai dengan syarat utama sokongannya – perdana menteri untuk sepenggal saja – kepada semua yang datang mendapatkan restunya sebagai 'kingmaker'(orang yang paling berpengaruh membuat keputusan). Ciri-ciri ini membolehkan anaknya Mukhriz, sekarang 46 tahun, menjadi PM pada usia 50 tahun atau awal 50 an.

Putera Kelantan Tengku Razaleigh mencipta kekacauan kecil apabila tiba-tiba dia melancarkan 'NGO' yang dipanggil Amanah dua minggu dulu. Lantas langsung dia didakwa menubuhkan satu platfom politik yang baru dan pada mulanya kaki putar khabar dari Umno menggunakan Amanah untuk menuduh parti-parti Pakatan Rakyat PAS dan DAP sedang merancang untuk menggantikan Anwar dengan Ku Li. Tapi mereka tidak dapat mempertahankan dalih tidak waras itu dan Utusan – akhbar Umno yang menurunkan pemberitaan editorial dari Najib – kini menasihatkan Ku Li untuk membubarkan Amanad dan tidak terus memecah belahkan orang-orang Melayu.

Dalam usia 74 tahun, Ku Li juga dapat memenuhi syarat Nombor 1 yang ditawarkan Mahathir iaitu 'hanya untuk satu penggal sahaja'. Antara ramai-ramai orang Umno, dia dilihat menjadi yang paling 'mulia' sekali, selagi dia dapat menunaikan janji untuk pergi apabila tiba masanya – seperti perjanjian ketat keppada Badawi dan kini Najib. Seperti Muhyiddin, sokongan Ku Li di dalam Umno amat terhad. 

Namun kesan buruknya kepada rakyat Malaysia, untuk menjunjung janjinya kepada Mahathir, Ku Li akan berakhir menjadi satu lagi PM 'dengan janji-janji manis'. Kepada mereka yang kenal Mahathir, adalah tidak dapat dibayangkan jika dia membenarkan mana-mana dasar untuk reformasi, sebarang tindakan yang boleh mengancam gaya pemerintahan kuku besi sedia ada. Rakyat Malaysia boleh menjangkakan syarat utama sokongan Mahathir termasuklah sekatan pada pembuatan dasar.

Kenapa Muhyiddin berdiam tentang kemasukan Ku Li di dalam perebutan? Pemerhatai Umno berkata, pertamanya, dia tidak ada banyak pilihan kecuali bersabar kerana dia tidak mendapat sokongan yang yang besar di dalam Umno. Keduanya, dia telah jauh mendahului di dalam senarai dan Ku Li hanya kacau daun ikut bersaing apabila jelas kata-kata Muhyiddin 'Melayu pertama, Malaysia kedua' itu, menjadi kesalahan bodoh yang boleh menjadi risiko dalam usaha BN mengekalkan kuasa di peringkat persekutuan. Semua dipertimbangkan, amat bijak untuk diam bersabar.

Buat Badawi dan Khairy, kecuali mereka tiba-tiba merebut kuasa dengan cara yang cukup dramatik, adalah amat susah untuk percaya sama sekali, mereka dapat terus maju menguasai Umno. Sokongan terhadap Badawi amat lemah, meski beliau pernah disukai oleh rakyat Malaysia pada suatu ketika, apabila dia enggan menjuarai rakyat menentang Najib dan hari-hari krisis Perak, memilih untuk kepentingan dirinya sendiri, sejak itu rakyat Malaysia hilang kepercayaan kepadanya. Untuk Khairy pula, sehinggalah dia mampu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa dia bukan bilionawan termuda di Malaysia melalui harta kekayaan yang didapatkan dengan cara rasuah dan seleweng, tidak ada sesiapapun yang sanggup membazirkan masa untuk dirinya, kecuali dirinya dan kelompok kecil pasukannya.

Bagi Najib, perkembangan semasa menjadi lebih sukar dan apa jua perlawanan yang diletakkannya, dia tidak akan mampu menghindari musuh-musuhnya di dalam Umno, kerana dia cukup bodoh membunuh sokongan rakyat terhadapnya, yang sebenarnya merupakan titik penting persamaan kuasa dengan Mahathir.

Kad kemenangan Najib hanya apabila dia menggunakan muslihat yang sama seperti ayahnya, untuk menjatuhkan perdana menteri Tunku Abdul Rahman. Tercetusnya rusuhan kaum dan mewujudkan pemerintahan tentera dan polis. Kemudian, secara tersusun dan teratur menyingkirkan musuh-musuhnya di dalam Umno dan menggantikan dengan pengikut setianya sendiri. Inilah mimpi paling ngeri untuk Mahathir dan amaran telah diberikan melalui bekas penasihatnya Mathhias Chang.

Pemerintahan darurat masih berkemungkinan

Cukup jelas, sekiranya perintah darurat dikenakan, akibatnya akan memberi kesan kepada lebih ramai orang berbanding pihak yang terbabit di dalam Umno. Ia bermakna kehilangan demokrasi untuk Malaysa, harga paling mahal yang akan merugikan masa depan negara dan tidak boleh diperbaiki lagi. Namun sesungguhnya, kelihatan seolah-olahnya Najib, Rosmah dan Hishammuddin Hussein lebih mengambil berat untuk kekal berkuasa dan menikmati hasil susah payah ayahanda-ayahanda mereka daripada peka kepada kehendak rakyat Malaysia. Kenapa mereka mesti berfikir demikian atau seberapa besar hutang budi rakyat Malaysia kepada Abdul Razak dan Husein Onn menjadi tanda tanya dan sukar diterima ramai orang.

Tepat sekali dan inilah mungkin mengapa Mahathir percaya jika ada mana-mana pemimpin Melayu yang perlu dikenang budinya dan memiliki hak untuk mengekalkan warisan dinasti kekuasaan, orangnya adalah dirinya sendiri. Dia memerintah Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003. Razak memerintah dari 1970 hingga 1976, Hussein 1976-1981. Bagi Tunku, yang menjadi PM dari 1957 hingga 1970, dia meninggal dunia tanpa pengganti lelaki dan peluang keluarganya yang telah ditutup oleh Abdul Razak, telah memilih untuk terus keluar dari politik.

Walaupun Umno telah berkembang ke saiz 3 juta orang ahli, yang mana hampir seorang atau lebih dalam keluarga Melayu merupakan ahli Umno, namun parti itu sangat bersifat elit dan dikendalikan secara feudal dengan mengutamakan pangkat dan darjat. Kuasa dalam genggaman segelintir yang berdarjat tinggi dan hampir kesemua kuasa ini sekarang sedang dipegang dalam genggaman Mahathir.

Hanya beberapa hari lalu, para pemimpin PAS membuat tuduhan terbuka yang jarang-jarang sekali dilakukan bahawa terdapat beberapa kumpulan di dalam Umno yang cuba menjatuhkan Najib. Namun pada peringkat permainan kuasa ini, musuh terdekat PM bukan lagi Pakatan tetapi dari Umno sendiri. Najib tahu hal ini, elit Umno bukanlah besar sangat ia seperti kelab alumni. Para pencabarnya tidak berkata apa-apa dan jika dia merasa bahang daripada pendedahan global siri skandal-skandal tentang gaya hidup mewah keluarganya, dia perlu membeli lebih banyak penghawa dingin.

Sesiapapun yang menang di dalam Umno hari ini, dia tidak akan mampu merangkul kerusi Perdana Menteri. Terdapat peluang bagi Anwar dan Pakatan Rakyat untuk menang pilihanraya umum ke 13 dan hal ini mungkin memaksa berlaku gegaran baru dan besar yang bakal menggoncang Umno, barangkali satu-satunya cara untuk Umno mereformasikan partinya dan terus hidup sebagai pilihan politik buat rakyat./mc


Kebusukan Dalam SPR, JPN Dan Imigresen

Posted: 06 Aug 2011 11:47 PM PDT

Dalam menghadapi penafian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) mengenai penyelewengan dalam pendaftaran pengundi dan pengeluaran kerakyatan kepada pendatang tanpa izin, seseorang itu tertanya-tanya apakah yang akan terjadi jika tidak ada orang yang telah mengambil masa untuk menyemak senarai pendaftaran serta status kewarganegaraan orang-orang tertentu? Apakah perkara-perkara luar daripada kebiasaan ini telah mendapat perhatian? Dan jika wujud amalan di luar kebiasaan ini - berapa lama ia telah dilakukan? Apakah ini tidak berbau Projek IC yang terkenal di tahun 1990-an dulu?
 

Sekali lagi, ia dimulakan Umno Projek IC adalah nama yang digunakan untuk menggambarkan dakwaan pemberian kerakyatan kepada pendatang (sama ada pendatang tanpa izin atau undang-undang) secara tersusun dengan memberikan mereka dokumen pengenalan yang dikenali sebagai IC (kad pengenalan), dan seterusnya, MyKad. 

Projek ini merupakan suatu hal yang rumit melibatkan parti-parti politik tertentu serta pelbagai agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen, yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Keraguan dan dakwaan-dakwaan di atas kewujudan Projek IC bermula sekitar pertengahan tahun 1990-an. 

Projek tersebut, dalam bentuknya yang meluas dan intensif, disyaki telah bermula pada awal tahun 1990-an selepas kemasukan United Malays National Organisation (Umno) ke dalam politik Sabah. Sepanjang tahun 1990-an, beberapa pegawai-pegawai kerajaan telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam Projek IC. Jawatankuasa Pemilihan Parlimen mengenai Integriti telah ditubuhkan untuk mendengar keterangan beberapa tahanan pada Februari 2007. 

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Sabah Bernard Dompok. Pada 16 Mei, 2007, Dompok meletakkan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa itu atas perbezaan pendapat mengenai fungsi dan skop jawatankuasa, khususnya, atas keengganan Jabatan Pendaftaran Negara untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu. Kemudian, penemuan jawatankuasa itu tidak pernah diumumkan kepada orang ramai. Apakah Projek IC telah dilahirkan semula dalam bentuk yang baru dan menggunakan teknologi terkini untuk membantu? 

Ada yang menunggu sepanjang hidupnya, ada juga yang hanya perlu 4 jam Dalam kes seorang individu yang dipanggil Mismah, yang dinaik taraf statusnya daripada Penduduk Tetap kepada Kewarganegaraan penuh dalam masa empat jam, Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusof berkata ia berpunca akibat masalah kecuaian teknikal. Elaborating on the issue, he said he had contacted the NRD and was told that its online database had not been updated alongside the Agency Link-Up System (ALIS). 

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, dia berkata pihak JPN telah menghubunginya dan diberitahu bahawa pangkalan data dalam talian tidak dikemas kini bersama-sama Agency Link-Up System (ALIS). "(Hanya) apabila saya menelefon (mereka) barulah mereka sedar mereka tidak mengemaskini nama dalam talian," tambah Abdul Aziz. 

Pangkalan data dalam talian JPN - yang digunakan oleh orang awam untuk mengesahkan status dan butiran mereka - adalah berbeza dari ALIS, yang merupakan titik rujukan untuk SPR dalam mendaftarkan pengundi, katanya. Jika JPN hanya tahu bahawa pangkalan data dalam talian mereka tidak dikemaskini apabila Pengerusi SPR memanggil mereka, apakah yang dilakukan oleh kakitangan ICT mereka dalam sepanjang tempoh masa sebelum panggilan telefon itu dibuat? 

Dan penjelasan SPR tidak menjelaskan bagaimana Mismah boleh mempunyai perubahan status pada hari yang sama dalam jangka masa empat jam. Perubahan kepada status Mismah telah dibuat sebelum panggilan oleh pengerusi SPR kepada JPN. Oleh itu, pasukan ICT mengemaskini rekod sebelum panggilan. Adakah ini bermakna bahawa pangkalan data utama sudah mempunyai perubahan yang dibuat, dan dengan itu, pangkalan data ini mempunyai maklumat yang berbeza berbanding dengan pangkalan data dalam talian? 

Berapa ramai lagi? Dan berapa ramai lagi Mismah yang kita ada? Rekod-rekod yang dipegang oleh JPN kini diperdebatkan? Bagaimana kita pasti bahawa maklumat yang terkandung di dalam pangkalan data JPN boleh dipercayai dan benar? Dan dengan menggunakan sistem biometrik yang akan berlaku oleh SPR, seseorang itu masih tertanya-tanya, bagaimana kita dapat pastikan bahawa maklumat biometrik tersebut datang dari pangkalan data yang betul dan cara yang betul data akan? 

The legalisation of immigrants also uses biometrics as a means of registration, and this database of immigrants may be far more complete than the NRD or EC databases. Yet, even this to is looked upon suspiciously. How sure are we that the records from the Immigration Department's databases will not make its way into the NRD databases? Sandiwara Perlu diingat, SPR masih perlu mengumpul maklumat cetakan jari pengundi semasa dan yang telah sedia ada. 

Kaedah yang paling mudah dengan meneroka ke dalam pangkalan data JPN tetapi tidak semua mereka yang berdaftar dalam pangkalan data JPN berdaftar sebagai pengundi. Warga masih perlu mendaftar untuk mengundi dan proses tapisan masih banyak syarat yang mesti dipatuhi. Oleh itu, akan ada banyak kegiatan untuk mengemas kini dan menyimpan semasa pangkalan data di bawah kawalan SPR, bagaimana kita pasti bahawa dalam tempoh aktiviti ini, maklumat tidak dimanipulasikan untuk dimasukkan ke dalam pengkalan data? 

Dakwaan SPR bahawa segala-galanya telus dan bersih adalah sandiwara. SPR kini perlu meyakinkan orang ramai bahawa hak mereka, sebagai rakyat Malaysia, tidak tercemar dan tidak diserahkan oleh keperluan kerajaan pemerintah yang terdesak untuk terus berkuasa dan sanggup berbuat apa-apa untuk menyelesaikan tugas tersebut - malah sehingga ke tahap menjual kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin dalam usaha untuk membeli undi./mc


Media Perang Politik Kini Beralih Ke Internet

Posted: 06 Aug 2011 11:24 PM PDT

Sejajar dengan perkembangan global dan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), medan perang politik di Malaysia turut berubah dan kini telah beralih ke Internet. Perkembangan ini mendorong pelbagai pihak menggunakan Internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan politik, seolah-olah tiada apa yang boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian. Benarkah keadaan ini tidak boleh dikawal? Sesetengah pemerhati media berpendapat ia memang tidak boleh disekat atau dikawal. "Tiada siapa boleh menapis maklumat yang dihantar melalui Twitter, Facebook atau YouTube," kata anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker. 


Mesej boleh dihantar kepada pembaca di seluruh dunia hanya dengan satu klik dan tiada siapa yang boleh mengawal kandungannya, kata beliau. Memeningkan kepala "Perkara inilah yang memeningkan kepala para pengawal selia dan kerajaan kerana pengguna dan penghantar sesuatu mesej boleh menyembunyikan identiti masing-masing," kata beliau. Ti berpendapat setakat ini kebanyakan masalah berkaitan Internet tidak ditangani dengan sewajarnya. 

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir pula berpendapat begini: Langkah kerajaan mengetatkan kawalan terhadap media tradisional mendorong semakin ramai orang memburu apa yang mereka anggap sebagai "kebenaran" melalui berita dalam talian dan ini membuka ruang kepada media dalam talian minor menguasai pendapat umum." 

Beliau berkata, malah, Barisan Nasional (BN) sendiri menggunakan khidmat beberapa penulis blog untuk mengimbangi keadaan berat sebelah di Internet, walaupun langkah ini tidak memberi kesan seperti yang diharapkannya kerana hujah yang dikemukakan kumpulan penentangnya lebih mendapat sokongan. "Lagipun, penyerang kerajaan secara dalam talian ini kelihatan lebih tersusun sebagai sebuah kumpulan yang bekerja untuk parti pembangkang dan mereka memanfaatkan isu tertentu, tidak kira sama ada betul atau tidak," kata beliau kepada Bernama.

Tindakan kumpulan itu, kata beliau, menyebabkan sesetengah golongan muda pengguna Internet menerima dengan mudah segala apa yang mereka baca secara dalam talian dan ini menutup ruang untuk berhujah secara rasional dan beradab. "Medan perang" ini turut merebak ke kawasan pengundi Melayu di kampung kerana walaupun mereka tidak tahu menggunakan Intenet, tetapi mereka dimaklumkan oleh anak masing-masing yang cekap menggunakan kemudahan IT tentang perkara yang mereka baca dalam talian, termasuk pelbagai khabar angin, cerita separuh benar dan, malah cerita yang sengaja diada-adakan untuk memburukkan imej kerajaan. 

Dr Jeniri mengambil perhimpunan haram 19 Julai di Kuala Lumpur sebagai contoh. "Cerita dan visual tentang orang biasa yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu disebarkan dengan meluas untuk menggambarkan mereka sebagai wira, manakala klip video yang mengandungi kepalsuan pula disiarkan melalui YouTube. Ini merupakan cabaran besar yang perlu dihadapi BN," katanya. Beliau berkata walaupun Internet boleh dijadikan alat untuk menyebarkan maklumat, tetapi majoriti rakyat Malaysia perlu belajar menggunakannnya secara wajar, khususnya berkaitan penyebaran mesej politik kerana terdapat keperluan untuk mengadakan perbincangan secara rasional dan menilai sesuatu pendapat secara seimbang.

Pengundi matang "Jika sesetengah pengguna Internet terus menyelewengkan konsep demokrasi, pihak berkuasa tidak akan mempedulikan kenyataan biadab mereka, manakala pengundi yang matang pula akan menolak mereka apabila menyedari bahawa sebelum berkuasapun, kumpulan ini sudah berperangai hodoh," kata beliau. Ahli akademik ini berkata "medan perang" Internet juga boleh membawa seseorang ke arah yang betul atau tidak betul kerana, sebagai contoh, oleh kerana terdapat begitu banyak maklumat, kebanyakan orang akan hanya mengikut pendapat ramai apabila mereka tidak dapat membezakan sama ada sesuatu maklumat itu betul atau palsu. 

"Umpama orang yang kehilangan arah di lautan, mereka akan hanya mengikut orang lain dengan harapan akhirnya mereka akan menemui daratan atau sekurang-kurangnya, tidak keseorangan ketika berenang ke pantai. Ini menunjukkan mereka tidak mampu berfikir atau membuat penghakiman sendiri," katanya. Selain itu, kata beliau, ramai orang menganggap semua maklumat yang mereka terima sebagai ilmu yang berguna. Beberapa ahli politik berpendapat kebanyakan orang terus mempercayai apa yang disiarkan melalui Internet tanpa usul periksa kerana menganggapnya betul serta berkongsi maklumat itu dengan rakan masing-masing pula. 

Seperti kata Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, kini kebenaran semakin sukar untuk dilihat dan manusia semakin sukar menerima pendapat serta pendekatan orang lain dan tidak boleh bertolak ansur. "Pada era maklumat ini, manusia perlu melatih diri masing-masing supaya berfikir dan membuat analisis sebelum menerima sesuatu maklumat yang dihidangkan kepada mereka. "Sebelum mempercayai sepenuhnya, kita perlu ajukan soalan, mengenal pasti dengan jelas jenis mesej yang diterima dan, jika perlu, mendapatkan pengesahan mengenainya," kata beliau./bernama


Dr. Hassan Ali Sedia Di Pecat

Posted: 06 Aug 2011 11:03 PM PDT

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam, sebelum berdepan dengan jawatankuasa kerja PAS pusat untuk menjelaskan tindakan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu. Akhbar milik Umno Utusan Malaysia, dalam laporan di muka depan edisi hujung minggu hari ini mengatakan pemimpin kanan PAS ini di bawah tajuk "Saya rela dipecat." "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor," kata Hasan. 


"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" tambah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor ini. Hasan sebelum ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama. 

Beliau berkata majlis itu juga pihaknya telah dimaklumkan perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam. Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran. 

Tindakan Hasan mempertahankan Jais berlaku selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal tentang insiden yang berlaku. Dilihat sebagai satu isu keagamaan konservatif, Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini. 

Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS, yang dilihat memilih pemimpin lebih progresif dan inklusif. Selepas tidak dikekalkan sebagai pemimpin nombor satu Selangor, tindakan Hasan dilihat cenderung kepada pemikian Umno. "Dalam profram itu, pihak penguatkuasaan dan polis telah melakukan pemeriksaan dan mendapati ada usaha untuk menghalang serta mengelak bahan bukti," kata wakil rakyat PAS ini.

Beliau berkata pihak berkuasa telah menemui bahan bukti yang mengaitkan dengan usaha untuk memurtadkan umat Islam tapi tidak mendedahkannya. Hasan menambah beberapa orang Islam telah cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditangkap pegawai Jais. 

Beliau juga menafikan pihak berkuasa telah melakukan "serbuan" ke atas gereja itu sebaliknya mengatakan ia adalah satu pemeriksaan yang dibuat berdasarkan satu laporan bahawa orang Islam menghadiri acara "berbuka puasa" di gereja itu./tmi


Serangan Gereja : Kemanakah Wang Zakat Kita Bernilai Jutaan Ringgit?

Posted: 06 Aug 2011 10:02 PM PDT

Saya belum ingin mengulas tentang "serangan" atau serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan "serangan" itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin.

 Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa "jatuh hati" dan "terhutang budi".

Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan:

Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta "sedekah" kepada orang lain?

Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang muslim menerima bantuan daripada bukan muslim. Apatahlagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

Jika dibincangkan disudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu — sedangkan kita mampu-kita menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.

Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

Dr. Mohd Asri - Bekas Mufti Perlis



Kisah Biarawati Peluk Islam

Posted: 06 Aug 2011 09:46 PM PDT

Meskipun kebanyakan hidupku aku habiskan di Denmark, tetapi aku sangat berbeza dengan ke­banyakan remaja perempuan Denmark seusiaku. Faham yang paling besar di negeri Denmark adalah ajaran Ateis atau Protestan. Sementara aku menganut agama Kristian Katholik yang sangat bertentangan dengan masyarakat Denmark. Ayahku berbangsa Armenia Artsudzkisy dan ibu­ku berbangsa Bosnia yang beragama Islam. Ibuku mengenal Islam hanya sekadar nama sehaja.



Dan ia be­lum pernah mengerti bahawa seorang wanita Muslimah itu tidak boleh berkahwin dengan seorang lelaki yang menganut agama Kristian. Hanya setelah aku me­meluk agama Islam, barulah aku mengerti bahawa perkahwinan itu tidak diperbolehkan.
Dahulu aku belajar di sebuah sekolah khas Katholik. Semata-mata kerana di rumah kami tidak ada agama tertentu yang menjadi anutan kami sekeluarga, sehingga hal itu mempermudah diriku untuk memeluk ajaran di sekolah Katholik tersebut.

Sejak di sekolah itulah aku mulai diarahkan untuk menjadi seorang biarawati, hal itu kerana aku dianggap memiliki kemampuan dan per­hatian untuk mempelajari berbagai bahasa. Dan kerana aku bersungguh belajar sebahagian bahasa kuno, seperti bahasa Yahudi.

Walaupun ketika itu, ketekunanku mem­erlukan banyak tambahan pelajaran khususnya bahasa dan dorongan semangat hingga mampu memahami nas-nas agama, khususnya tiga agama, yaitu Yahudi, Kristian dan agama Islam.

Ketika itu aku belajar bahasa Arab kepada seorang lelako Muslim terhormat. Ia mengajar aku beberapa pelajaran Bahasa Arab dan Al-Qur'an. Pengajaran itulah yang membuka pemikiranku. Hari demi hari lelaki itu tidak pernah bosan dengan harapan agar aku menjadi seorang Muslimah. Namun ia sering mengatakan ke­padaku,

"Ketika kapal terpecah di tengah lautan lepas, nakhoda tidak lagi merasa aman kecuali ketika ia masih berada di tepian. Lalu harungilah, semoga Allah memberi saudari petunjuk."

Dari sudut lain, ada lagi seorang lalaki yang ber­tindak sebagai penangkis setiap hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran seorang Muslim. Dia memberiku beberapa pelajaran, di antaranya ilmu filsafat, politik dan sosial.

Lelaki itu termasuk salah seorang pastor aliran Katolik yang telah ditutup hatinya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala se­hingga ia hidup di dunia yang gelap gelita.

Ketika itu kami sedang bersama-sama membaca beberapa kitab yang mengandung ajaran Islam dan be­berapa bentuk gerakan Islam di era moder serta be­berapa perpecahan umat dan madzhab. Sementara itu kami meneliti beberapa titik keraguan di dalam agama Islam yang agung ini.

Ketika pelajaranku bersama pastor itu sedang ber­langsung, aku sedikit terkesan dengan ajaran agama yang mengharamkan beberapa minuman dan bercampur aduk­nya antara laki-laki dan perempuan di dalam satu gereja.

Kitab terakhir yang kubaca bersama pastor itu adalah sebuah kitab yang kami pinjam dari sebuah perpustakaan umum yang berjudul Al-Islam baina Asy-Syarqi wa Al-Gharb karya 'Ali 'Azzat Bijufitisy, seorang pimpinan Bosnia.


Awalnya kitab tersebut berbahasa Inggeris.

Namun yang jelas bahwa salah seorang berbangsa Arab meminjam kitab tersebut sebelumnya. Ia menulis ayat pada bahagian catatan kaki kitab itu dengan pensil. Aku sangat merasa takut dengan kandungan ayat itu. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Dia-lah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Qur'an) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamat itulah pokok-pokok isi Al-Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang me­nge­tahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Rabb kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal." (QS. Al-Imran: 7).


Seringkali aku merasa khuatir kerana kandungan ayat itu. Dan aku terus membaca terjemahan Al-Qur'an de­­ngan bahasa Inggreis, Perancis, Denmark dan Bosnia, aku menemui semua maknanya sama.

Kukatakan kepada pastor itu, "Apakah dengan mem­pelajari Al-Qur'an ini kita hanya akan menimbulkan fitnah belaka?" Pastor itu menjawab, "Tidak, kita mem­pe­lajari­nya untuk menghilangkan fitnah itu dari sesama."

Beberapa bulan jiwaku berada dalam kebingungan, ke­tika aku mem­baca beberapa kitab ajaran Islam dan Kristian, aku menemui ajaran itu adalah satu, sehingga aku merasa ragu dan bi­ngung, lalu aku memutuskan untuk kembali kepada Allah.

Pada masa itu tempat tinggalku jauh dari keluargaku di kompleks perumahan. Aku memiliki sebuah bilik, dan tak seorangpun yang sebilikdenganku. Fikiranku kembali timbul untuk mengenal kebenaran lebih jauh.Setelah mati kita akan bertemu Allah.

Jika demikian kita wajib mati dengan maksud agar dapat bertemu Allah. Aku menulis sepucuk surat yang berisikan beberapa sebab aku meninggalkan kemewahan milikku dan aku pergi menyendiri.

Setiap saat lantunan ayat berikut selalu terngiang-ngiang di telingaku. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu ber­imanlah kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; dan jika kamu ber­iman dan bertaqwa, maka bagimu pahala yang besar."(QS. Al-Imran: 179).

Semasa aku berada dalam bilik, aku mendapati be­berapa orang berdiri di hadapanku, iaitu seorang pastor, ayahku, ibuku dan seorang laki-laki Muslim sebagai guru bahasa Arabku.

Lalu mereka sangat gembira kerana aku telah sedar dari pengsan. Saat itu yang pertama kali ku­ucap­kan di hadapan mereka adalah "Asyhadu Alla ilaha Illah wa anna Muhammadar Rasulullah."

Empat orang itu jatuh pengsan. Seketika itu mereka sama-sama jatuh pengsan, namun sebabnya berbeza-beza. Hari-harinya digunakannya untuk memperdalam ilmu pengetahuan di sekelilingnya. Dan para nakhoda pun akan merasa aman semasa mengarungi lautan./tulahan.blog

BN Beri Kewarganegaraan Ekspress

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jadi, rakyat Malaysia mahukan kebebasan? Kebebasan dari kerajaan menindas yang telah mempergunakan kita selama ini? Jadi, apakah rakyat Malaysia mahukan perubahan, masyarakat yang lebih progresif, meritokrasi, kebebasan sosial, demokrasi total, kebebasan bersuara dan menjadi warga kelas pertama? Apakah kita mahukan perpaduan, buta kaum, keadilan dan sebuah kerajaan yang bebas rasuah? Maaf, sayang! Cukup lemak harapan dan teruslah bermimpi. Ya, anda mendengar saya. 



Mimpi dan harapan berlemak! Anda tahu kenapa ia tidak akan terjadi. Sekurang-kurangnya, tidak untuk seribu tahun lagi? Kerana rakyat Malaysia terlalu selesa untuk membuat perubahan. Jadi apa yang kita tunggu? Perayaan Krismas? Bukti terkini yang didedahkan PAS menunjukkan muslihat jahat BN untuk memenuhkan daftar pemilih dengan warga asing yang diberikan status kewarganegaraan segera. 

Ia memberi kita amaran BN tidak ambil mudah terhadap Pilihanraya Umum. Akibat kerap tersasul dan berdolak-dalik, Najib dan Rosmah tersipu-sipu malu dibelakang. Pasangan 'pertama' ini telah diberikan isyarat bahawa masa mereka hampir tamat. Inilah sebabnya mengapa mereka mahu memastikan untuk menang besar, jadi musuh mereka di dalam Umno tidak boleh menjatuhkan mereka. 

Bukti baru ini sudah pasti menyebabkan kekecohan di kalangan rakyat, yang terperanjat dengan kelancangan BN. Pakatan Rakyat memanggil sidang tergempar di Parlimen untuk menyiasat isu bukan warganegara yang didaftarkan sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Ada yang mengatakan ia hanya hal kecil daripada perkara yang lebih besar lagi. 

Seperti biasa, SPR berkata tiada apa-apa yang mencurigakan berlaku. Tetapi apabila kerajaan mengatakan tiada apa-apa yang berlaku, ia bermaksud sesuatu yang berlaku! Pengundian di tanah Malaysia Boleh Suruhanjaya Pilihan Raya mendaftar sesiapa sahaja yang layak untuk mengundi. Tidak kira sama ada mereka pemegang kad pengenalan merah atau kuning, hitam atau putih, selagi mereka memegang MyKad, maka mereka dialu-alukan untuk mengundi. Ingat, ini Malaysia. 

Tidak banyak yang boleh kita lakukan berkenaan perkara ini. Betul tak? Ahhh ... anda dikesan di situ. Bukankah saya telah mengatakan bahawa rakyat Malaysia terlalu selesa dan BN akan mendapat kembali majoriti dua pertiga di Parlimen kerana secara mudahnya rakyat cukup malas untuk bersusah payah? Malaysia telah ditakdirkan untuk anjing-anjing. Cina dan India, tempah tiket balik ke 'kampung' anda. 

Sebaliknya, akan lebih ramai 'Bumiputera' bakal tiba di tanah air Melayu ini. Bumiputera sedia ada perlu berkongsi kek ekonominya dengan bumiputera yang baru. Bukan Bumiputera yang sanggup untuk terus tinggal, mestilah boleh mengutip sisa-sia kek itu. Sekurang-kurangnya, inilah yang dapat kita lakukan, berikan anda cebisan sisa, jadi nikmatilah sementara kita masih boleh memaafkan mereka! 

Boleh percaya angka dari kerajaan? Kerajaan berkata 2 juta orang pendatang tanpa izin akan didaftarkan. Tetapi sejak bila pula kerajaan benar-benar jujur dengan angka-angkanya? Siapa yang tahu angka yang sebenarnya? Juga, jangan salah faham. Pendaftaran semasa tidak memberi warga asing kerakyatan Malaysia. 

Ia adalah semata-mata pengampunan untuk mendaftarkan mereka, supaya kita dapat mengesan pergerakan mereka dan membolehkan mereka untuk bekerja secara sah di negara ini bagi tempoh tertentu. Selepas tempoh ini, kami akan mengusir mereka apabila kontrak mereka selesai. Jadi tolong jangan panik, begitulah mentera seruan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein. 

Tetapi hal yang pertama sekali, apa yang telah dilakukan Jabatan Imigresen kami selama ini, sehinggakan kita tidak dapat mengesan seramai 2 juta rakyat asing yang memasuki negara ini? Adakah pendatang ini menggunakan teknologi rahsia sehinggakan pertahanan negara kita tidak dapat mengesan? 

Apakah ini sebabnya, mengapa begitu penting sekali bagi kita untuk mendapatkan kapal selam dan teknologi jet pesawat pemburu untuk mengawal pantai kita yang tak dapat dipertahankan itu? Keduanya, apakah kaedah untuk mencegah para pekerja 'secara sah' ini agar tidak lari apabila tempoh kontrak mereka hampir tamat supaya mereka dapat menghindarkan daripada dihantar pulang? 

Ia menjadi pola yang dikenali di negara-negara lain dengan jumlah tenaga kerja asing tidak sah. Oleh yang demikian, isu ketiganya masih kekal, kenapa sekarang? Kenapa pengampunan tiba-tiba berlaku di saat menjelang Pilihanraya Umum ke 13 dengan mengetahui bahawa hal ini adalah suatu masalah yang akan terus berulang selama bertahun-tahun dan tidak ada penyelesaian kecuali pelan jangka panjang? 

Melayu paling terkena, mereka dipaksa bersaing dengan para pekerja asing? Kemudian, terdapat kebimbangan sama ada akan wujud pekerjaan yang mencukupi untuk kita dan untuk anak-anak kita? Dan yang paling terjejas adalah orang Melayu. Sekarang adakah anda faham mengapa PAS dan PKR menjerit dan melaungkan hal itu! Orang-orang Melayu perlu bertanya kerajaan BN, apakah mereka tidak akan perlu bersaing dengan pekerja asing untuk gaji yang lebih baik sekarang? 

Adakah ekonomi Malaysia terlalu makmur untuk menyerap seramai 2 juta orang pekerja lagi? Namun, dalam masa yang sama BN bersedia mengusir orang-orang Cina dan India yang kaya, yang telah berdekad-dekad, malahan berabad lamanya hidup di sini. Ada juga yang telah bosan, mereka membawa harta kekayaan mereka ke luar negara, mana tahu kalau-kalau pelampau seperti Ibrahim Ali dan Perkasa menyita harta mereka. Apakah sebenarnya yang dilakukan Umno? 

Adakah ahli-ahli Umno memikirkan soal ini? Adakah mereka melindungi orang-orang Melayu ataupun para pemimpin elit mereka sendiri? Nanti, apabila undang-undang diluluskan bagi ketetapan gaji minima, setiap orang pendatang akan mampu menikmati upah yang lebih tinggi. Jika mereka menghantar pulang RM 500 setiap bulan, ianya kira-kira RM 1 bilion aliran tunai keluar setiap bulan atau RM 12 bilion setahun. Apakah ekonomi sebegini dapat diterima akal? 

Bolehkah sesiapa pakar ekonomi memberikan ulasan mereka? Already RM888billion has gone missing, although that was for corruption. This is foreign repatriation of salaries earned by foreign workers and should be covered by the higher GDP or higher economic activity that the workers bring in. Sejumlah RM888bilion telahpun hilang, walaupun itu disebabkan rasuah. Ini adalah penghantaran balik gaji ke luar negara yang diperolehi oleh pekerja asing dan perlu dilindungi oleh KDNK lebih tinggi atau aktiviti ekonomi yang lebih tinggi yang dibawakan oleh pekerja tersebut. 

Masalah sebenar adalah apabila mereka tidak mempunyai pekerjaan dan pegawai kerajaan yang rasuah terus mengalirkan dana keluar dari Malaysia - ia adalah dua pukulan berganda kuatnya yang boleh membunuh kita semua. Tekan butang KECEMASAN, SEKARANG Jadi jika terdapat kebenaran, meskipun sebesar biji sawi bahawa para pekerja ini akan didaftarkan untuk mengundi dalam pilihanraya akan datang, sekarang adalah masanya untuk menekan butang kecemasan. 

Serta-merta. 

Masalahnya, apa yang kita lakukan? Bagaimana kita membantu diri kita sendiri? Adakah Pakatan Rakyat memiliki apa-apa rancangan jika berlaku hal yang paling buruk bagi menangkis serangan ini? Atau mereka hanya akan duduk dan mengeluh tentang keadaan hal ehwal yang menyedihkan ini? Bagaimana pula tentang Bersih? Ya, ia telah diharamkan. Namun perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih belum pernah dan tidak boleh diharamkan. 

Jadi langkah pertama adalah untuk merapatkan saf berkumpul semula supaya rakyat Malaysia memiliki tumpuannya. Kemudian, merancang strategi. Ramai yang percaya terdapat rahmat disebalik malapetaka dalam dakwaan terbaru ini. 

Jika Perdana Menteri Najib Razak tidak bertindak dengan bertanggungjawab, ia akan meledakkan Tsunami yang kita tunggu-tunggu. Ini kerana lebih ramai rakyat Malaysia kecewa dengan taktik khianat rejim BN untuk terus berkuasa./mc

Tiada ulasan: