Rabu, 31 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Sedap betoi komentar brother nih... haha...

Posted: 31 Aug 2011 10:10 AM PDT

WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA

KOMENTAR TUKAR TIUB

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin.- Bro TT

Berpeluh pulak dahi Najib... kahkahkah...

Posted: 31 Aug 2011 07:00 AM PDT

Akhbar Tamil sahkan spekulasi Najib dalam bahaya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata 'terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.

"Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.

Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri," kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.

Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

"Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak," tambah.

Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.

Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.

Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.

Fakta Pertempuran Bukit Kepong

Posted: 31 Aug 2011 06:00 AM PDT

Ditulis oleh Hafiz

SHAH ALAM 30 OGOS: Pertempuran Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950 ketika Tanah Melayu masih diperintah penjajah British.

Pertempuran melibatkan Kompeni ke-4 Parti Komunis Malaya diketuai Muhammad Indera bersama 200 askar, dan Civil Affair Police Force Empayar British, diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah dengan 25 anggota.

Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, kira-kira 59 kilometer dari pekan Muar, Johor.

Serangan bermula sekitar 4.15 pagi dan berakhir sekitar jam 10 pagi. Akhir pertempuran menyaksikan 40 anggota komunis, 14 anggota empayar British termasuk Sarjan Jamil Mohd Shah dan 5 Polis Bantuan terbunuh.

Isteri Konstabel Abu Bakar Daud, Fatimah Yaaba, dibunuh dalam tawanan dan anaknya, Hassan, dibakar hidup-hidup. Isteri Konstabel Abu Mohd Ali, Saadiah dan anak perempuannya, Simah, turut terbunuh.

(Dipetik dari Wikipedia, bersandarkan maklumat dari laman rasmi PDRM)

Mai tengok patriotik tu menatang apa... haha...

Posted: 31 Aug 2011 04:50 AM PDT

Pasang atau kibar bendera sudah patriotik?

Oleh Lanh
HUJUNG Ogos ini berlaku suatu 'keunikan' kerana Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan jatuh pada tarikh hampir sama. Jadi kepada pembaca diucapkanlah Selamat Menyambut Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54.

Tanggal 31 Ogos datang lagi, dan sekali lagi pemimpin negara berbuih mulut mendesak rakyat mengibar Jalur Gemilang termasuklah di kenderaan. Namun sambutan pemilik kenderaan (setakat artikel ini ditulis pada 22 Ogos) terlalu hambar.

Semalam (21 Ogos) ketika saya 'berkereta' hampir sehari suntuk termasuk menempuh perjalanan di lebuh raya Utara-Selatan, saya hanya nampak sebuah teksi dengan sebuah bendera kecil di bumbungnya. Pemilik kenderaan nampaknya tidak peduli untuk memasang bendera. Kenapa?

Dulu, seorang menteri berkata, tidak kibar bendera bermakna tidak patriotik, tidak sayang dan cintakan negara. Jadi adakah ini bermakna semakin ramai rakyat tidak patriotik kepada negara ini?

Memang betul, mengibarkan bendera pada hari kebangsaan adalah antara petanda bersifat patriotik. Bagi saya mereka yang bertindak begitu (memasang bendera) sudah berada di landasan yang betul namun saya kurang senang dengan sikap sesetengah orang atau pihak yang mengada-ngada, menunjuk-nunjuk dan membazir dalam perlakuan mereka seperti memasang sehingga 40 bendera di bumbung kereta, membuat bendera Malaysia paling panjang atau terbesar di dunia dan membuat kolam berlambangkan bendera Malaysia yang terbesar.

Saya tidak tahulah kecenderungan ini diajar oleh siapa, tetapi bagi saya cukuplah wahai pemimpin dan petugas media massa, janganlah lagi 'memberi muka' sangat kepada orang yang gilakan publisiti murahan ini. Cukuplah, janganlah nak memperbanyak lagi usaha memecah rekod tidak berfaedah seperti membuat ketupat paling besar di dunia, membakar lemang terpanjang di dunia dan menjahit bendera Malaysia yang terpanjang di dunia dan kemudian memasangnya di Tembok Besar China!

Bagi saya cukuplah memasang bendera kecil, tetapi seseorang itu tahu menjalankan peranannya sebagai rakyat yang bertanggungjawab kepada agama, negara, bangsa dan keluarga, setiap orang yang telus dan ikhlas dalam menjalankan tugas masing-masing sudah memenuhi kehendak itu.

Seorang guru bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Tetapi jika kerap ponteng, tidak menjalankan amanah, menyemai benih kebencian di sekolah, dia bukan saja tidak patriotik, tetapi dia seorang pengkhianat.

Dia tetap seorang pengkhianat sekalipun dia mengibar sebuah bendera besar di depan rumahnya sempena Hari Kebangsaan. Seorang pemimpin bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya dengan penuh amanah.

Pemimpin adil yang takut balasan Allah SWT yang disegerakan di dunia dan akhirat adalah mereka yang patriotik.Pemimpin perasuah, kaki kroni, kaki temberang, kaki 'jail'kan orang tidak bersalah, kaki maksiat dan pelbagai kaki lagi, tidak juga bersikap patriotik sekali pun mereka dengan 'muka munafik' mengibarkan bendera, menyanyikan lagu kebangsaan atau terpekik terlolong, menjerit 'merdeka! merdeka! merdeka!' Dia sebenarnya adalah pengkhianat bangsa, munafik agama dan kemungkinan besar syaitan bertopengkan manusia kerana merompak khazanah negara (perasuah), membeli atau menipu undi dalam pilihan raya sekalipun di depan rumahnya berkibar bendera Jalur Gemilang gergasi.

Seorang tukang sapu sampah bersikap patriotik jika dia tekun dalam pekerjaannya. Dia tahu tugasnya membersihkan kota dan bandar besar manfaatnya bukan saja dari segi keduniaan tetapi juga akhirat. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda antara cabang iman ialah membuang duri di jalanan.

Jadi seorang tukang sapu atau pencuci tandas adalah seorang yang patriotik jika dia menjalankan tugasnya penuh amanah. Seorang tukang sapu atau pembersih adalah pengkhianat kepada agama dan bangsa jika dia gemar mencuri tulang, tidak amanah dan sebagainya sekalipun dia mengibar Jalur Gemilang dengan megah di motosikalnya.

Seorang ayah atau ibu bersikap patriotik jika menghabiskan usianya untuk mendidik anakanaknya agar jadi insan berguna yang patuh kepada Allah SWT.

Seorang ibu tidak dikelaskan sebagai patriotik jika dia mencampakkan anaknya ke dalam tong sampah atau membiarkan anak yang baru dilahirkan di tangga masjid. Sekalipun si ibu tadi mengibar bendera pada Hari Kebangsaan, berarak penuh gaya dan menari penuh lincah di pentas hiburan pada hari tersebut ataupun muncul di TV melaungkan 'merdeka, merdeka, merdeka', dia sebenarnya adalah pengkhianat bangsa dan negara.

Seorang wartawan dan penulis juga bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya penuh amanah. Semuanya dilakukan berpandukan hukum-hakam yang ditetapkan agama. Dia takut untuk menulis dengan tujuan mengampu, mengejar pangkat atau mencari nama seperti yang sering dititipkan orang - 'aku menulis bukan kerana nama'.

Seorang penulis tidak ada nilainya, tidak ada langsung sifat patriotiknya, jika dia menerbitkan tulisan yang menghina agama dan bangsanya. Dia sebenarnya adalah pengkhianat sekalipun dia menguar-uarkan betapa besar jasanya dengan mengibar Jalur Gemilang di pejabat akhbarnya.

Seorang ustaz bersikap patriotik jika dia mengamalkan apa yang diajarkannya. Dia mengajar bukan untuk mengejar ringgit tetapi keredaan Allah SWT. Dia takut terjatuh dalam kategori golongan munafik apabila berceramah dan bercakap tidak sama perbuatan. Dia takut termasuk dalam golongan 'cakap tak serupa bikin'.

Dia takut termasuk golongan ulama jahat yang mengejar dunia dengan segala keindahannya - pangkat, kemasyhuran, nama dan sebagainya. Ustaz jenis ini tiada sikap patriotiknya jika dia menyuruh 1,000 anak muridnya mengibarkan Jalur Gemilang.

Kesimpulannya, semua orang tidak patriotik jika lupakan Penciptanya - Allah SWT. Hanya orang yang taat perintah Tuhannya adalah orang patriotik kerana dia tahu Allah

Sedap betoi komentar brother nih... haha...

Posted: 31 Aug 2011 04:10 AM PDT

WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA

KOMENTAR TUKAR TIUB

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin.- Bro TT

Lari tak cukup tanah... kahkahkah...

Posted: 31 Aug 2011 01:00 AM PDT


Keluarga Gaddafi lari ke Algeria, anak lelaki terbunuh

Pejuang pemberontak menyambut Aidilfitri di Dataran Hijau, yang secara kebetulan jatuh kira-kira seminggu selepas kejatuhan kepimpinan Muammar Gaddafi di Tripoli, semalam. — Foto Reuters

TRIPOLI, 30 Ogos — Keluarga Muammar Gaddafi dilaporkan telah 'melarikan' diri ke Algeria tetapi lokasi pemimpin itu masih belum diketahui, demikian menurut laporan media asing.

Dalam pada itu, pejuang pemberontak mendakwa telah membunuh salah seorang anak lelakinya — Khamis Gaddafi dalam serangan udara kira-kira 60 kilometer ke selatan Tripoli.Kementerian Luar Algeria berkata isteri Muammar, Safia, anak perempuannya Aisha dan dua anak lelaki Hannibal dan Mohammed telah melangkah ke negara jiran di sebelah barat itu pagi semalam.

Laporan Reuters menyebut perkembangan itu dijangka mencetuskan masalah hubungan diplomatik ketika Majlis Peralihan Kebangsaan sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang baru.

Aligeria tidak mengiktiraf majlis tersebut, yang sehingga kini lebih 40 negara telah memberikan pengiktirafan.

Jurucakap majlis itu berkata, tindakan Aligeria adalah satu perbuatan menceroboh dan akan meminta agar mereka dihantar pulang.

Bagaimanapun lokasi di mana Muammar berada sekarang masih belum diketahui sejak Tripoli jatuh ke tangan pemberontak, sekali gus menamatkan pemerintahan 42 tahun beliau.

Libya berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak enam bulan lalu.

"Kami telah berjanji untuk menyediakan perbicaraan yang adil kepada kesemua penjenayah dan oleh itu kami menganggap ini tindakan pencerobohan," kata kata jurucakap Mahmoud Shamman kepada Reuters.

"Kami memberi amaran, sesiapa yang memberi perlindungan kepada Muammar Gaddafi dan anak-anak lelakinya, kami akan mencari dan menahan mereka," katanya.- TMI

Hebat budak nih...

Posted: 31 Aug 2011 12:00 AM PDT

Budak selamat dilanggar kereta api

IMEJ CCTV menunjukkan budak lelaki (dalam bulatan) dihimpit sebuah kereta api ekspres.

SYDNEY, Australia – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun selamat selepas dia dilanggar tren ekspres dalam insiden yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen kereta api di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki berkenaan dirakam berada cuma beberapa sentimeter dari tren itu ketika dia cuba melintas landasan di stesen berkenaan baru-baru ini.

Ketika tren tersebut tiba, mangsa hilang daripada lensa CCTV. Dia dipercayai terjatuh akibat berlanggar dengan gerabak tren tersebut.

Namun, tidak lama kemudian, dia muncul semula dalam skrin CCTV dan dilihat cuba memanjat platform stesen.

Mangsa mengalami patah kaki dan siku dengan banyak bahagian di tubuhnya calar, tetapi bernasib baik kerana masih hidup. – Agensi

Tentera Gaddafi Letup 120 Orang Awam

Posted: 30 Aug 2011 11:00 PM PDT

Ditulis oleh Hafiz

TRIPOLI 30 OGOS: Tentera pro-Gaddafi didakwa melepaskan tembakan dan meletupkan 120 orang awam yang dikurung di sebuah tempat tahanan di Tripoli.

Semalam, tentera kerajaan peralihan Libya menyerbu lokasi kejadian dan mendapati 50 mayat yang masih dalam keadaan terbakar.

Mabrouk Abdullah, 45, terselamat dari pembunuhan tersebut memberitahu agensi berita AP bahawa tentera pro-Gaddafi melakukan kekejaman sewenang-wenangnya ketika berundur dari ibu negara Libya itu.

Gaddfi dilaporkan mengambil askar upahan untuk menyerang dan menggempur rakyatnya sendiri sepanjang kempen kemaraan tentera kerajaan peralihan ke Tripoli.

Menteri Kesihatan Kerajaan Peralihan Libyam Najib Barakat berkata beratus dilapor terbunuh, dan masih banyak mayat-mayat yang mereput masih belum dipindahkan dari jalan-jalan raya.

Konspirasi apa pulak dahh... haha... haru betoi laa...

Posted: 30 Aug 2011 10:02 PM PDT

Konspirasi Shafee-JPM dalam kes Anwar Ibrahim

Konspirasi yang terbaru ni sama seperti konspirasi memburukkan Raja Petra Kamarudin beberapa tahun dulu.

By Ahmad Gaza

Salam kawan kawan.

Dalam musim bermaaf-maafan ini, saya nak ceritakan konspirasi peguam Umno tersohor, Shafee Abdullah, dengan penasihat media Jabatan Perdana Menteri, Jalil Hamid, dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.

Walaupun falsampah politik saya tak selari dengan Anwar Ibrahim, saya sebagai wartawan Malaysia muak dengan konspirasi konspirasi untuk menggunakan media untuk menjatuhkan ahli politik.

Sudah lama dah. Dari zaman Utusan Melayu di ambil alih 1961 sampai sekarang. 50 tahun. Cukuplah Umno dan Umno Baru. Sedarlah sikit.

Konspirasi yang terbaru ni sama seperti konspirasi memburukkan Raja Petra Kamarudin beberapa tahun dulu.

Kira-kira dua minggu yang lalu, Shafee Abdullah dan Jalil Hamid, yang baru ini kena kutuk pasal pelannya memburukkan Bersih 2.0, telah berjumpa pengarang kanan media tempatan untuk cara-cara meliputi kes liwat Anwar Ibrahim.

Mereka mengutuk pendakwaraya yang tidak membantah ucapan politik Anwar Ibrahim pada permulaan pembelaannya dalam kes liwat aduan Saiful Bukhari Azlan. Yalah, Anwar Ibrahim berucap mengutuk kerajaan dan apa yang dia panggil konspirasi terhadapnya.

Pendakwaraya diam sahaja. Tidak membantah dan membenarkan dia bercakap.

Shafee Abdullah tidak tahan lagi. Walaupun dia tidak ada hak atau kepentingan dalam kes ini kecuali untuk anak guamnya Umno, dia terus memanggil pengarang-pengarang kanan untuk satu mesyuarat.

Dan sebelahnya, penasihat media Perdana Menteri, Jalil Hamid. Dulu orang Bernama, lepas tu Reuters, lepas tu Suruhanjaya Sekuriti. Sekarang bertempat di National Communications Team di Mid Valley. Ini semua maklumat yang dari sumber-sumber sahih seperti A. Kadir Jasin, yang dulu penasihat Dr Mahathir Mohamad.

Kira Goebbels Senior dan Goebbels Junior lah.

Dalam mesyuarat yang diadakan di Le Meridien Hotel, Shafee memberitahu dan mengarahkan pengarang-pengarang kanan media tempatan cara-cara dan isu-isu yang patut di utarakan dalam media masing-masing. Yalah, cara nak mencerca dan mengutuk Anwar Ibrahim.

Antara yang dalam mesyuarat itu adalah si penemuramah Raja Petra Kamarudin dari TV3. Yang bergelar Datuk. Yang sekarang ini terjebak dalah kes gangguan seksual. Ini kuasa Allah. You burukkan orang, you kena nanti.

Tapi saya nak tanya. Apa kuasa Shafee Abdullah dalam kes ini. Apa peranan Jalil Hamid dalam kes ini. Mengapa mereka ada kuasa memanggil pengarang-pengarang kanan dan memberitahu mereka apa yang patut di buat dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.

Fakta Pertempuran Bukit Kepong

Posted: 30 Aug 2011 08:00 PM PDT

Ditulis oleh Hafiz

SHAH ALAM 30 OGOS: Pertempuran Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950 ketika Tanah Melayu masih diperintah penjajah British.

Pertempuran melibatkan Kompeni ke-4 Parti Komunis Malaya diketuai Muhammad Indera bersama 200 askar, dan Civil Affair Police Force Empayar British, diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah dengan 25 anggota.

Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, kira-kira 59 kilometer dari pekan Muar, Johor.

Serangan bermula sekitar 4.15 pagi dan berakhir sekitar jam 10 pagi. Akhir pertempuran menyaksikan 40 anggota komunis, 14 anggota empayar British termasuk Sarjan Jamil Mohd Shah dan 5 Polis Bantuan terbunuh.

Isteri Konstabel Abu Bakar Daud, Fatimah Yaaba, dibunuh dalam tawanan dan anaknya, Hassan, dibakar hidup-hidup. Isteri Konstabel Abu Mohd Ali, Saadiah dan anak perempuannya, Simah, turut terbunuh.

(Dipetik dari Wikipedia, bersandarkan maklumat dari laman rasmi PDRM)

Laa... cikgu sekolah pun kena tipu

Posted: 30 Aug 2011 07:00 PM PDT

Lelaki Nigeria tipu cikgu sekolah

Oleh ATIKAH DALI

BERHATI-HATI bila melayari Facebook bagi mencari rakan kerana anda mungkin menjadi mangsa penipuan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara terlalu percaya dengan teman baru di Internet, seorang guru kerugian RM140,000 gara-gara diperdaya dua lelaki Nigeria daripada sindiket sama menerusi penipuan bungkusan dan Black Money.

Lebih malang lagi, mangsa yang berusia 36 tahun dan bujang itu sanggup membuat pinjaman bank sebanyak RM90,000 bagi memenuhi hasrat kedua-dua lelaki kulit hitam yang dikenali sebagai James dan Charles.

Perkenalan antara mangsa dari Melaka dengan suspek pertama James, 28, bermula pada Januari lalu menerusi laman sosial Facebook.

Selepas tiga bulan berkenalan, James yang kononnya menetap di Washington, Amerika Syarikat menawarkan untuk menghantar cenderamata berupa sepasang kasut kepada mangsa kononnya sebagai tanda persahabatan.

Pada Mac lalu, seorang wanita yang mendakwa dirinya dari sebuah syarikat penghantaran di negara ini menghubungi mangsa memaklumkan bungkusan atas nama wanita itu tersangkut di syarikat berkenaan.

Wanita itu diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun kononnya sebagai bayaran cukai bagi menuntut bungkusan tersebut.

Mangsa yang teruja untuk mendapat hadiah tersebut memasukkan wang yang semuanya berjumlah RM20,000 ke dalam satu akaun yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat. Kesemua wang tersebut dibuat dalam beberapa transaksi.

Selepas membuat bayaran itu, mangsa kemudian dihubungi pula seorang lelaki yang mendakwa sebagai pemilik syarikat penghantaran dan menawarkan untuk berjumpa dengan mangsa kononnya bagi menyelesaikan urusan berhubung bungkusan tersebut.

Mangsa kemudian bertemu dengan pemilik syarikat penghantaran yang memperkenalkan diri sebagai Charles, 30-an, di sebuah hotel di ibu negara pada April lalu.

Dalam pertemuan itu, Charles memperdaya mangsa untuk melabur modal membeli sejenis cecair untuk melunturkan kertas hitam (black money) yang kononnya mampu menggandakan wang.

Berpeluh pulak dahi Najib... kahkahkah...

Posted: 30 Aug 2011 06:00 PM PDT

Akhbar Tamil sahkan spekulasi Najib dalam bahaya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata 'terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.

"Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.

Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri," kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.

Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

"Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak," tambah.

Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.

Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.

Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.

Ini petanda baik, baguih... biaq depa syok sendiri

Posted: 30 Aug 2011 05:00 PM PDT

Populariti Najib: Muhyiddin tolak andaian Anwar, BN tak anggap 'serius'

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penurunan terus populariti Datuk Seri Najib Razak petanda sokongan kini sudah mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Malah, Muhyiddin (gambar) juga mengetepikan hasil kajian Merdeka Center yang diumumkan semalam sambil berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memandang "terlalu serius" penemuan kajian itu kerana ia lazimnya bergantung pada saiz responden digunakan.

Ketika ditemui pemberita di Shah Alam awal hari ini, Anwar mendakwa kemerosotan populariti Najib menunjukkan pengundi mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun menurut Ketua Pembangkang itu sokongan di kawasan luar bandar kekal elusif ekoran "propaganda berlebihan kerajaan" BN.

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal bulan lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 - lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

"Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Najib, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini," kata Merdeka Center.

Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.

"Ia tidak semestinya betul," kata

Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN ketika ditemui sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata pesaing politik mereka itu mempunyai situasi sendiri untuk ditangani.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan perkara yang dimaksudkan.

"Saya fikir Datuk Seri Anwar ada situasi sendiri. Tetapi bukan itu yang penting.

"Apa yang penting bukannya kajian, tetapi apa yang kami lakukan dari sekarang," Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno.

Tiada ulasan: