Addin |
- BN Makin Lemah Di Selangor
- JPN Tukar Identiti PATI?
- UMNO Pecat Tengku Razaleigh?
- Kenapa Najib dan Rosmah Lari Ketakutan?
Posted: 06 Aug 2011 09:46 AM PDT Walaupun Umno berkeyakinan boleh menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, namun MCA melahirkan rasa bimbang untuk menang, kata pemimpin parti itu. Mendakwa kepimpinan Ketua MCA Selangor Datuk Donald Lim yang tidak serius, seorang pemimpin parti itu menjangkakan sebilangan besar barisan hadapan MCA akan keluar dengan mengatakan parti tidak akan dapat mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi. "Kita sepatutnya belajar tetapi ia tidak berlaku. Malah MCA pun belum pun ada satu pusat operasi pilihan raya. "Pemimpin kita tidak turun padang, berjumpa rakyat. Pengundi tidak tahu rupa mereka dan calon-calon kita belum tentu lagi boleh menang," kata seoran pemimpin negeri MCA yang tidak didedahkan namanya kepada The Malaysian Insider. Pemimpin itu berkata tidak seperti MCA, ahli Umno disemarakkan lagi dengan tsunami politik yang berlaku sejak pilihan raya umum 2008 dan mereka kini aktif mendaftarkan pengundi untuk mendapatkan sokongan. Pemimpin itu menjelaskan BN mempunyai 879 pusat daerah mengundi di Selangor dan telah melantik satu jawatankuasa yang mana setiap mereka ditugaskan untuk mengenalpasti pengundi dalam setiap kawasan. "Dengan sistem ini, pemimpin boleh menumpukan kepada pengundi yang khusus sebagai contoh 100 rumah dan Umno telah bekerja kuat, menganjurkan program dan menemui rakyat, mendengar rungutan dan memberikan bantuan kebajikan. "Tapi bagi MCA, kita mungkin berjuang untuk memenangi kembali dua kerusi — Kuala Kubu baru dan Sungai Pelek," katanya. Bagaimanapun pemimpin veteran ini berkata satu anjakan mungkin boleh berlaku dan menyenaraikan empat kerusi yang boleh dimenangi MCA — Balakong, Sekinchan, Teluk Datuk dan Kajang — kesemua kerusi parti itu tewas dengan majoriti yang kecil pada pilihan raya umum 2008. "Tapi kita perlu mengharapkan kualiti setiap calon. Kita tidak boleh tewas dalam kerusi yang kita tanding sebelum ini. Dan kita mesti meletakkan calon tempatan," katanya. Seorang lagi pemimpin MCA juga berkata, kecewa dengan ahli parti dan jurang antara calon dan pengundi, langkah itu akan memberi kesan kepada parti itu. Sementara itu, seorang pemimpin MCA memberitahu The Malaysian Insider bahawa calon-calon MCA yang tewas pada pilihan raya umum 2008 telah menutup pusat perkhidmatan mereka dan tidak berusaha untuk mendapatkan semula sokongan. The Malaysian Insider difahamkan ahli strategi Umno menjangkakan akan berlaku meningkatan terhadap sokongan orang Melayu dari 50 peratus pada 2008 kepada hampir 65 peratus, parti itu akan menang sekurang-kurangnya 25 daripada 35 kerusi negeri. Tetapi ia tidak cukup untuk Barisan Nasional (BN) bertukar kerajaan dengan Pakatan Rakyat dengan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — satu usaha yang baik dilakukan BN untuk menghadapin pilihan raya umum ke-13, yang mungkin akan diadakan selepas Hari Raya. Menurut seorang pemimpin BN, ahli strategi Umno telah berkata MCA boleh mendapat sekurang-kurangnya tiga daripada 14 kerusi sementara MCA boleh menyumbangkan satu daripada tiga kerusi yang membolehkan BN hanya memperoleh 29 kerusi. "Tapi ia boleh mengurangkan majoriti dalam kerajaan. Sasaran kita untuk menang sekurang-kurangnya melebihi 40 kerusi," kata Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus kepada The Malaysian Insider. Beliau bagaimanapun mengakui sukar untuk mendapatkan sokongan BN dan berkata, "kami harap MCA boleh lakukan keajaiban." Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang ini berkata BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus undi Cina untuk membantu gabungan itu memperoleh kemenangan dengan majoriti selamat di Selangor. "Pada pilihan raya lalu, ia tidak mencecah 20 peratus. Jika kita boleh dapat 30 peratus dan ke atas, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, kita boleh menang. Tapi kerusi di bandar kita memerlukan sekurang-kurangnya 50 peratus... itu sukar," katanya. Menurut Ketua Penerangan MCA Selangor Datuk Yap Pian Hon, BN memerlukan 35 peratus undi Cina jika mahu mendapatkan kemenangan selesa walaupun di kerusi yang majoriti orang Melayu. "Ini sebab Selangor unik... dalam banyak kerusi, walaupun majoriti orang Melayu tapi pengundi Cina besar. Jadi Umno memerlukan pengundi Cina untuk menyokong mereka," katanya. Berdasarkan perangkaan dari pilihan raya umum 2008, seramai 1.5 juta pengundi berdaftar di Selangor, dengan Melayu sebanyak 50.7 peratus sementara Cina 34.7, India 13.9 peratus dan lain-lain 0.6 peratus. Pada pilihan raya umum 2008, MCA tewas terus dengan hanya memenangi dua daripada 14 kerusi yang ditandingi. Umno mendapat 18 kerusi daripada 35 kerusi yang ditandingi sementara Gerakan dan MIC bertanding empat dan tiga kerusi namun gagal memenagi sebarang kerusi. Sementara gabungan DAP, PKR dan PAS yang menguasai negeri terkaya itu dengan 36 kerusi./tmi |
Posted: 06 Aug 2011 07:10 AM PDT Penduduk Sandakan mengetahui bahawa Ula atau Abdullah, bukan sahaja mendapat suaka daripada pihak berkuasa atas sindiket kongsi gelapnya, 'Maling Kundang'; malah Ula juga mendapat perlindungan daripada Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah. Dengan kerjasama pegawai JPN yang khianat kepada Negara, Ula berjaya menukar identitinya daripada Ula @ Abdullah ketika datang ke Sabah dari Indonesia kepada Halim Bin Ahmad. Ada kemungkinan, Kementerian Kesihatan juga turut terlibat sama untuk menukar DNA Ula yang berketurunan BUGIS kepada SUNGAI, kerana Ula ini adalah pengundi hantu berasal PATI menjadi Bumiputra dan seorang Warganegara Malaysia. Sedikit masa lalu, cerita tentang Ula telah disiarkan dalam Sabahkini.Net untuk tatapan umum tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa; malah semua agensi kerajaan berdiam diri atau lebih tepat lagi menghalalkan kegiatan MAFIA ini berleluasa. Mungkinkah agensi kerajaan yang dinamakan dalam artikel ini mendapat bayaran, kalau ia mendapat bayaran, kenapa SPRM tutup mata dan telinga? Mustahil semua jabatan kerajaan mendapat bayaran daripada Ula?/sabahkini Addin : Ini mungkin secebis cerita PATI yang mendapat kerakyatan mudah.. mungkin jutaan cerita yang menjadi misteri sehingga ke hari ini. SPR, JPN dan Umno BN bersengkokol untuk memenangi pilihanraya walaupun dengan membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara. |
Posted: 06 Aug 2011 05:31 AM PDT Jikalau di fikirkan perkara yang paling praktikal yang Umno boleh lakukan ialah memecat Tengku Razaleigh dari Umno. Saya ulangi lagi sekali memecat Tengku Razaleigh dari Umno. Jikalau dilihat, Umno ibarat menatang minyak yang penuh terhadap ahli parlimen Zahrain Hashim dan mengabaikan pemimpin veteran dan berpengaruh seperti Tengku Razaleigh. Jadi, jika Tengku Razaleigh membentuk sebuah organisasi seperti Amanah, mengapa Umno dan Zahrain perlu rasa terganggu? Apakah ianya perasaan iri hati sahaja sedangkan veteran Umno itu yang hampir dilupakan oleh Najib serta tidak menikmati penghormatan yang sepatutnya dalam Umno? Tengku Razaleigh sebenarnya boleh menjadi satu-satunya orang yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada perniagaan rakus dan oligarki politik. Walaupun Pakatan Rakyat sudah tentu mengalu-alukan Tengku Razaleigh untuk bersama dengan mereka, mereka juga mungkin sedar akan pendirian veteran Umno ini. Tengku Razaleigh tidak mungkin meninggalkan Umno. Oleh itu, Umno mesti memecat beliau. Zahrain Hashim pasti bersetuju dengan pendapat ini, tindakan ini akan mengembirakan pemimpin atasan Umno . Berdasarkan kedudukan Zahrain yang tidak selamat pada pilihan raya umum akan datang, lebih baik beliau bekerja keras dalam beberapa isu untuk mendapat populariti dalam Umno. Itu mungkin insentif di sebalik serangan getir dan dakwaan Zahrain Hashim terhadap Pakatan Rakyat dan Tengku Razaleigh. Dalam serangan itu, beliau telah mencabar Tuan Guru Nik Aziz supaya bersumpah bahawa tidak bertemu dengan Tengku Razaleigh bagi tujuan mengajaknya menyertai Pakatan Rakyat. Namun Tuan Guru Nik Aziz memberi kata-kata sinis, bahawa Zahrain adalah sampah dan tidak perlu layan seranganya. Satu-satunya cara untuk berhujah dengan Zahrain dengan memberitahu beliau perjumpaan benar-benar berlaku. Adakah ianya menjadi masalah? Tuan Guru Nik Aziz atau sesiapa yang lain adalah bebas berjumpa dengan sesiapa yang mereka pilih walaupun Pope sendiri. Bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa Najib telah memohon rahmat Paus apabila dia bertemu dengan ketua gereja Katolik tersebut baru-baru ini? Kenapa Zahrain perlu iri hati dengan Pakatan Rakyat sekiranya rundingan dengan Tengku Razaleigh benar-benar berlaku? Apakah matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah sekarang dan melakukannya melalui cara yang tidak demokratik? Ia adalah ini sikap yang lebih berhikmah apabila pembentukan Amanah yang dipelopori oleh Tengku Razaliegh yang bertujuan untuk menjadi institusi 'check and balance' dalam kerajaan. Dan ianya dikatakan sikap agresif dan paranoia pemimpin Umno. Jika kuasa dipegang oleh perasuah yang menjadikan badan kehakiman, pasukan polis seperti budak suruhan mereka sudah pasti kerajaan seperti ini wajib di singkirkan. Prinsip-prinsip keadilan telah dibuang supaya situasi politik memihak kepada pemerintah. Dan inilah yang berlaku dalam BN yang melewati hari-hari akhir mereka sebelum di kuburkan pada PRU 13 nanti. |
Kenapa Najib dan Rosmah Lari Ketakutan? Posted: 05 Aug 2011 11:48 PM PDT Terdapat suatu hal tentang mahkamah yang menakutkan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kenapa? Kerana di dalam mahkamah undang-undang, apa saja yang anda katakan akan direkodkan sebagao rekod awam dan anda tidak akan berani berbohong di mahkamah terbuka, kecuali dengan sengaja berbuat demikian. Justeru, apabila wujud isu untuk pasangan 'pertama' tersebut dipanggil ke kandang saksi dalam perbicaraan liwat terhadap Anwar Ibrahim, kedua-dua Najib dan Rosmah mengambil jalan mudah – tunjukkan kami sapina (perintah mahkamah untuk hadir perbicaraan)! Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu mereka telah enggan untuk bekerjasama. Temubual biasanya dijalankan untuk menentukan sama ada seseorang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan. "Mereka telah menolak untuk datang ke mahkamah, bagi ditemuramah oleh pihak pembelaan melainkan jika mereka telah disampaikan sepina," Peguam Cara Negara II Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah. Kemungkinan besar, Najib dan Rosmah telah diberi taklimat oleh Peguam Negara, yang memberi jaminan kepada pasangan 'pertama' bahawa segalanya berjalan dengan baik untuk bersembunyi disebalik perkara teknikal. Kedua-dua suami isteri tersebut didakwa menetaskan tuduhan liwat terhadap Anwar dalam usaha untuk mencemar dan menjejaskan kerjaya politiknya. Sapina atau saman ini dikeluarkan oleh mahkamah bagi mengkehendaki seseorang itu menjadi saksi di mahkamah. Ia diperuntukkan di bawah Seksyen34 (1) Akta 593 Kanun Acara Jenayah. Najib dan Rosmah bersembunyi disebalik perkara teknikal ini. Kedua-duanya tidak diwajibkan untuk hadir ke mahkamah sehinggalah apabila hakim menandatangani perintah saman tersebut. Kehakiman terkongkong sejak tahun 80an Sedikit perkara berkenaan teknikal ini memperkuat hakikat bahawa Badan Kehakiman di Malaysia berada dalam keadaan lemah bahawasanya undang-undang dan peraturan ditentukan oleh beberapa kerat elit yang memegang jawatan tertinggi di negara ini. Krisis perlembagaan Malaysia (juga dikenali dengan krisis kehakiman 1988) merupakan siri peristiwa yang bermula dengan perhimpunan agung parti United Malay National Organization (Umno) pada tahun 1987 dan berakhir dengan penggantungan serta seterusnya pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas daripada jawatannya. Mahkamah Agung pada tahun-tahun menjelang tahun 1988 telah semakin bebas daripada campur tangan cawangan-cawangan lain dalam kerajaan. Kemudian muncul perkara-perkara yang menjadi persoalan di fikiran bilamana Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. Dia amat percaya kepada ketuanan cawangan eksekutif (pelaksana dasar dan undang-undang) dan cawangan legislatif (cawangan pembuat dasar dan undang-undang). Ramai yang melihat pemecatan Salleh Abas dan dua orang hakim Mahkamah Agung sebagai penamat kebebasan kehakiman di Malaysia. Tindakan-tindakan Mahathir pada ketika itu dikutuk diperingkat antarabangsa. Sejak tahun 1988, terdapat desakan berterusan untuk tinjauan semula secara rasmi terhadap tindakan kerajaan sepanjang krisis tersebut. Pada tahun 2008, Menteri Undang-undang Zaid Ibrahim berkata kerajaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada hakim-hakim yang dipecat, menyebut tindakan kerajaan semasa krisis tersebut sebagai "tidak wajar". Tidak lama kemudian, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memanggilnya sebagai suatu krisis negara yang tidak pernah pulih, lantas mengumumkan bayaran pampasan ex gratia kepada para hakim yang dipecat dan digantung tugasnya itu. (Ex gratia merupakan istilah Latin yang merujuk si pembayar tidak perlu menanggung tanggungjawab dan bebanan undang-undang) Meskipun kesemua hal yang diatas telah dilakukan oleh pemimpin sebelum Najib, ia tidak mengembalikan kehakiman kepada keadaan asalnya. Malah, Najib sendiri telah berjaya memanipulasi mahkamah agar tidak dipanggil sebagai saksi – meskipun penglibatannya dalam kedua-dua kes Scorpenes dan Liwat II amat ketara. Asas yang kuat memanggil pasangan 'pertama' Anwar Ibrahim memiliki asas yang kuat untuk memanggil Najib dan Rosmah untuk tampil sebagai saksi. Ini kerana ianya akan mendedahkan apa yang dibincang dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri kepada Saiful, apabila dia bertemu Najib di pejabatnya, tiga hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim. Najib pada peringkat awalnya menafikan bahawa dia mengenali Saiful, sepertimana juga dia mengaku tidak kenal dengan gadis cantik Altantuya, berusia 28 tahun, yang dibunuh dua orang pengawal peribadinya pada tahun 2006. Hanya apabila keluar gambar yang menunjukkan Saiful dengan pembantu peribadi Najib di pejabatnya, maka Najib menarik balik kata-katanya dan menyatakan dia bertemu Saiful serta menawarkan nasihat bagi tindakan Saiful yang seterusnya. Najib juga terlibat dengan kes rasuah kapal selam Scorpene, yang berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya. Siasatan setakat ini berada pada tahap terakhir dan pendengaran kes di mahkamah terbuka akan bermula dalam bulan September. Selaku Menteri Pertahanan yang meluluskan urus niaga dengan DCN, firma penjual senjata Perancis itu, maka dia perlu dipanggil sebagai saksi di mahkamah Perancis. Jika Najib memilih untuk tidak mempedulikan perintah mahkamah tersebut, akibatnya dia boleh didakwa kerana melanggar perintah mahkamah. Berbeza dengan kehakiman Malaysia, mahkamah Perancis tidak akan menyapu keingkarannya di bawah karpet. Namun, bagi kebanyakan rakyat Malaysia, adalah amat menghairankan dan timbul persoalan kenapa untuk Najib dan Rosmah tidak mahu membuktikan mereka tidak bersalah di mahkamah undang-undang. Mungkin ia disebabkan hakikat bahawa di mahkamah Malaysia, pertimbangan tidak bersalah itu diletakkan pada bahu yang tertuduh. Seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan kesalahannya. Oleh kerana kedua-dua Najib dan Rosmah menolak untuk hadir ke mahkamah, bolehkah sesiapapun menyalahkan rakyat Malaysia daripada memikirkan hal yang paling teruk – bahawa mereka sememangnya bersalah!!/mc |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan