shalehudin |
- Helikopter NATO diserang Taliban
- Serbuan JAIS: Kami diberi Bible Versi Melayu
- Terang terang puak puak ni terlepaih... mahkamah Malaysia... haha...
- Dok agak dah...
- Kita pakat tengok cakap Salahuddin ni boleh pakai ka dakk...
- Hampa ingat Najib tu lekeh sangat ka... haha...
- Bebaihkan kami junjung langit
- Termasuk lah PATI... kahkahkah...
- Pasar Ramadhan tempat sembelih orang
- KERAjaan kencing rakyat lagi...
- Berat dakwaan nih Anwar oii...
- Kesian kat Najib kan... kahkahkah...
- Bangsa Umno dilarang baca nih... takut mati terkejut... kahkahkah...
- Terima kasih Najib... kahkahkah...
- Jangan jadikan sebagai bulan 'makan-makan'
Helikopter NATO diserang Taliban Posted: 06 Aug 2011 11:00 AM PDT 37 maut helikopter NATO diserang Taliban di Afghanistan KABUL: Helikopter NATO jenis Chinook yang terbabit dalam satu operasi semalaman di timur Afghanistan ditembak jatuh pemberontak, mengakibatkan 37 di dalamnya terbunuh, menurut pegawai tentera sebentar tadi. Serangan itu disifatkan yang terburuk apabila jumlah anggota bersekutu yang terkorban di Afghanistan adalah tertinggi dalam tempoh sehari. Seorang pegawai tentera yang enggan namanya disiarkan susulan siasatan masih berjalan, berkata selain majoriti yang terbunuh adalah tentera NATO, tentera Afghanistan juga antara yang terkorban. Difahamkan helikopter terbabit ditembak dengan sebutir roket RPG (Rocker-Propelled Grenade) di Lembah Tangi, iaitu wilayah Wardak, di mana terletak di barat Kabul. Taliban mengakui bertanggunjawab melancarkan serangan itu. Sementara itu, Kapten Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) yang juga jurucakap NATO, Justin Brockhoff, berkata pihaknya mengesahkan kejadian itu tetapi tiada maklumat lanjut diterima setakat ini, termasuk punca nahas dan sama ada terdapat mangsa yang terkorban. - www.nytimes.com |
Serbuan JAIS: Kami diberi Bible Versi Melayu Posted: 06 Aug 2011 09:00 AM PDT Penyebaran agama lain kepada orang Islam bukanlah sesuatu yang baru, malah ianya adalah satu perkara yang menjadi rahsia umum biarpun perkara ini biasanya dipencilkan laporannya oleh kebanyakkan media demi menjaga keharmonian.. Namun begitu isu ini kembali hangat diperkatakan baru-baru ini bila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana ianya berlaku di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka kebanyakkan media melaporkannya.. Alasan kebanyakkan yang terpengaruh dengan ajaran lain ialah bantuan yang ditawarkan oleh pihak mereka, bantuan kewangan dan material yang diperlukan mereka untuk meneruskan kehidupan.. Sebenarnya dalam soal mengejar kemewahan ini, bukan hanya agama yang digadai oleh bangsa Melayu malah maruah pun ada yang menggadaikannya.. kerana mengejar kemewahan beberapa orang perempuan Melayu berugama Islam yang aku kenal sanggup menjadi perempuan simpanan bukan melayu.. Sogok wang gadai akidah JASMINE mengaku menerima bantuan daripada sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya. Pertubuhan berselindung di sebalik kebajikan KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup. Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit. Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan. Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru' oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat' jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama. Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan. Ketika 'diselamatkan' daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan. Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan. "Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan. "Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad," katanya kepada Berita Harian, semalam. Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995. Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung. Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa. "Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia," katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu. Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan 'minuman istimewa' diikuti upacara pembaptisan.- Berita Harian Online Pujuk cara halus BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan. KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau 'bawah tanah'. Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib. Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan 'bawah tanah' ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu. Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian. Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.- MyMetro |
Terang terang puak puak ni terlepaih... mahkamah Malaysia... haha... Posted: 06 Aug 2011 08:00 AM PDT Enggan ke mahkamah: Najib, Rosmah takut konspirasi terbongkar (Oleh: Rusnizam Mahat) KUALA LUMPUR: Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor enggan ke mahkamah sebagai saksi dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang konspirasi mereka terbongkar. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Najib dan Rosmah tidak mungkin dapat menyembunyikan penglibatan mereka dalam kes itu, sekiranya dipanggil ke mahkamah. Ini kerana bukti menunjukkan Najib berjumpa dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, dua hari sebelum pengadu itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Anwar. Selain itu Saiful juga bertemu Datuk Mumtaz Jaafar iaitu pembantu khas kepada Rosmah. Kenyataan Najib dan isterinya turut direkodkan oleh Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira sepertimana yang diberitahu pegawai polis itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac lalu. "Dalam dua-dua latar belakang ini, Najib dan Rosmah ada peranan penting dalam keseluruhan kes fitnah ini. Kalau mereka disoal siasat, saya tidak yakin mereka boleh sembunyikan konspirasi ini. "Ia akan mengesahkan pendapat rakyat bahawa mereka terlibat dalam keseluruhan konspirasi fitnah ini. "Kita tahu di mahkamah, soalan akan ditanyakan secara khusus, sebab itu mereka tidak berani tampil sebagai saksi," kata Rafizi kepada Keadilandaily. Tambahnya lagi, Najib sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk membersihkan imejnya dengan hadir ke mahkamah, namun ternyata mengelak berbuat demikian. "Kalau betul Najib tak terlibat dia boleh hadir sebagai saksi kerana ia baik untuk imejnya dan Rosmah. Lebih baik tampil di mahkamah berikan keterangan yang betul," katanya. Sementara itu, beliau turut menyatakan kes itu hanya mengulangi semula skrip pada 1998 dengan beberapa watak masih dikekalkan. "Kaedahnya sama dari segi cara , malah watak-watak dari 1998 juga adalah orang yang sama seperti Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Rodwan Yusof (bekas Ketua Polis Melaka). Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa Najib dan Rosmah,akan hanya ditemubual jika mereka disepina dengan alasan mereka bukan saksi utama. Ia termasuk juga bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof. Justeru mahkamah akan memutuskan Isnin ini sama ada permohonan Anwar memanggil 15 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk dibawa ke mahkamah dibenarkan atau sebaliknya. |
Posted: 06 Aug 2011 07:47 AM PDT Dok agak dah... Najib dan Rosmah kini berdolak dalik sakan mengalahkan pakar permainan tai chi semata mata untuk tidak diheret kemahkamah dalam kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim. Takat berani kot jauh ja la nampak gayanya... Puak puak bangsa Umno ni tak rasa malu ka ber Piemkan Najib Razak dan Rosmah Mansor yang takut untuk hadir ke mahkamah dalam kes fitnah Anwar Ibrahim nih... patutnya inilah masa terbaik mereka berbuat demikian bagi membersihkan nama mereka yang terpalit sebagai dalang dan konspirator dalam kes berkenaan. Mengikut kata Nurul Izzah yang juga MP bagi Lembah Pantai... "Seharusnya tidak ada masalah untuk datang ke mahkamah, kemukakan dan bagi bukti. Pada saya, kalau boleh jumpa si pengadu sebelum kes berlangsung, takkan tidak (boleh jadi saksi) , lebih-lebih lagi tampil di mahkamah untuk kemukakan keterangan,". "Dolak-dalik adalah perkara yang konsisten di bawah kerajaan Barisan Nasional, saya tidak begitu optimis, tapi saya mengharapkan respon positif daripada Perdana Menteri," katanya. Najib sebelum ini bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, dua hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa diliwat. Beliau turut bertemu pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar seperti mana yang didedahkan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira ketika perbicaraan Mac lalu. Kelmarin, Najib dan Rosmah enggan hadir sebagai saksi dalam kes perbicaraan itu, kecuali dengan sepina mahkamah. Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Ogos untuk membuat keputusan berhubung permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Selain Najib dan Rosmah, Anwar mahu menemubual bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku. Anwar juga mahu menemu bual 10 saksi alibi sebelum memberikan keterangan pada Isnin. Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos. |
Kita pakat tengok cakap Salahuddin ni boleh pakai ka dakk... Posted: 06 Aug 2011 06:55 AM PDT Pakatan: Bersih 3.0 susul jika Najib gagal bersihkan daftar pemilih Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih. Jika tidak, kata Pakatan Rakyat gelombang Bersih 3.0 akan menyusul. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing. Bagaimana beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk Najib menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk isu pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap. "Apa lagi yang kita boleh harapkan pada perdana menteri, Himpunan Bersih 2.0 pun beliau tak boleh nak tangani, macam mana dengan isu yang terbaru ini (pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap). "Tapi sebagai pemerintah, beliau perlu bertindak segera... tuntutan Bersih 2.0 juga perlu dilaksanakan malah isu yang baru ini diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13," kata Salahuddin. Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia. Selain itu Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar." Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13. Tegas Salahuddin, Najib harus bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya selain memberi penjelasan tentang langkah JPN membenarkan pemastautin tetap ditukar status menjadi warga negara Malaysia. "Walau macam mana pun beliau (Najib) harus bertanggungjawab, beliau perlu tampil menyelesaikan semua kemelut yang berlaku ini...beliau mesti bertindak segera dan bertanggungjawab. "Kita tahu apa yang dilakukan ini adalah usaha-usaha untuk membantu BN menang, selagi Najib sebagai perdana menteri beliau perlu tampil menyelesaikan perkara ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara," katanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut mengingatkan pentadbiran Najib agar melakukan segera transformasi pilihan raya sekiranya tidak mahu berdepan dengan Himpunan Bersih 3.0. "Sekiranya masih tiada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 besar kemungkinan Himpunan Bersih 3.0 akan mengambil tempat. "Kalau perlu kita akan lakukan, apa lagi yang kita boleh harapkan dengan sistem (pilihan raya) sekarang? Kalau SPR kata daftar pemilih bersih dan nafikan lagi, kita ada bukti... kita boleh buktikan, adakah kita mahu terus berdiam diri?," katanya sambil menambah cadangan Himpunan Bersih 3.0 masih belum dibincangkan secara serius. Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Ditanya apa langkah akan diambil PAS selepas ini, Salahuddin berkata pihaknya telah menyediakan beberapa pelan tindakan untuk mendesak Putrajaya. "Saya rasa kita ada pelan tindakan...kita mempunyai beberapa siri pelan tindakan yang harus dilaksanakan dan buat masa ini tempat terbaik untuk mendedahkan semua konspirasi peringkat tertinggi ini adalah di Parlimen sebab itu kita mahu sidang tergempar Parlimen. "Kita juga akan desak kerajaan menubuhkan inkuiri awam untuk kita kenal pasti siapa yang terlibat sehingga ke akar umbi," katanya. Tegas beliau, sekiranya semua pelan tindakan itu tidak dipedulikan Putrajaya, pihaknya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai langkah terakhir bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan secara bersih dan adil. Ditanya sama ada mempercayai daftar pemilih SPR, Salahuddin bagaimana pun menegaskan "sebab itu kita mahu satu pembersihan dilakukan yang mana ia merupakan perjuangan kita selama ini." |
Hampa ingat Najib tu lekeh sangat ka... haha... Posted: 06 Aug 2011 05:55 AM PDT Oktober atau Disember: Beranikah Najib istihar pilihan raya awal? Oleh SAFAR JUMAAT TIADA siapa boleh menolak bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 akan diadakan secara mengejut. Ini terpulang kepada gerak hati Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, jika beliau merasakan sesuai mencadangkan pembubaran Parlimen bagi diadakan pilihan raya. Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin juga sudah acapkali berkata di depan Ahli-ahli Parlimen BN dan ketua-ketua Umno bahagian yang ditemuinya secara berperingkat-peringkat bahawa "anggaplah PRU 13" sudah dekat. Namun, ramai yang percaya, Najib dan Muhyiddin tahu bahawa PRU 13 tidak mungkin diadakan awal, iaitu secara mengejut kerana Umno-BN sendiri belum cukup bersedia dan belum cukup keyakinan dapat sokongan dari rakyat. Yang lebih penting, Najib dan Muyiddin sendiri cukup risau dengan prestasi Umno-BN. Jika sekarang mereka mempunyai 137 kerusi Parlimen, Najib dan Muhyiddin tahu kali ini Umno-BN hanya mampu memperolehi 120 kerusi sahaja. Untuk menubuhkan kerajaan, Umno-BN pelru memenangi 112 dari 222 kerusi dan 120 ini adalah kekuatan sebenar Umno-BN sekarang, jika dikira atas kertas. Inilah yang merisaukan Najib dan Muhyiddin. Dari jumlah itu, macam-macam boleh jadi kerana tidak mustahil Umno-BN akan gagal menubuhkan kerajaan kali ini, jika keputusan PRU 12, Mac 2008 diambil kira. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini belum bersedia atau dengan lain perkataan belum mendapat signal dari kerajaan untuk membuat persiapan pilihan raya mengejut. Jika mereka sudah mendapat signal, mereka tentunya tidak sibuk-sibuk bercakap soal biometrik. Mahu memulakan program biometrik, bukan sesuatu yang mudah. Lagipun, jika betul-betul SPR mahu menggunakan biometrik, tentulah ia perlu membuat pesanan kepada pembekal dan bolehkah pembekal membekalkan alatan-alatan ini dalam masa terdesak seperti sekarang, untuk persiapan mengadakan pilihan raya mengejut? Ramai yang merasakan, cerita mahu menggunakan biometrik ini adalah alasan untuk melambatkan pilihan raya. Jika kelulusan menggunakan biometrik sudah diluluskan, bererti SPR perlu membuat persiapan rapi ke arah penggunaannya. Mustahil dalam sebulan dua, ketika Umno sendiri mahu mengadakan perhimpunan agungnya dalam bulan November, PRU 13 mahu diumumkan! Satu perkara yang perlu diketahui, Najib dan Muhyiddin sebenarnya cukup hampa dengan sokongan kaum Cina terhadap BN. Tiap kali acara turun padang yang mereka anjurkan, tidak mendapat sokongan. Walaupun ada, tetapi tidak mencukupi untuk mereka merasakan pengundi Cina sudah kembali menyokong BN. Pengumuman perlantikan G. Palanivel, Presiden MIC sebagai menteri penuh di Perhimpunan Agung MIC juga dibuat Najib sebab mahu menarik sokongan kaum India kepada MIC-BN. Hakikatnya, pengundi India bukan tidak menyokong MIC-BN kerana jawatan menteri penuh seorang atau dua orang, tetapi kerana mereka rasakan nasib kaum India lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat. Mustahil Najib tidak tahu bahawa Palanivel tidak menunjukkan sikap yang baik terhadap keputusan pucuk pimpinan BN ketika namanya tidak dicalonkan semula bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor tidak lama dahulu. Di hari pengumuman calon, Palanivel tidak menghadirkan diri kerana membantah BN memilih Kamalanathan. Adakah ini satu tindakan bijak? Tetapi demi mencari sokongan dari kaum India, Najib terpaksa mengorbankan perasaan pimpinan komponen lain dengan melantik Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. MIC kini, mereka mempunyai dua menteri dan dua timbalan menteri. Selain Palanivel, Dr. S. Subramaniam adalah Menteri Sumber Manusia dan dua timbalan menteri itu ialah Saravanan (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) dan Devamany (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Kepada pengundi Cina, Najib dan Muhyiddin tahu bahawa MCA dan Gerakan nyata ditolak oleh pegundi Cina. Najib dan Muhyiddin sudah hampir putus asa dengan prestasi MCA dan Gerakan setakat ini tetapi BN tidak mempunyai banyak pilihan, melainkan melaungkan slogan 1Malaysia secara berterusan bagi memberi keyakinan baru kepada orang-orang Cina. Dari cerita seorang kenalan, orang Cina tidak marah apa-apa kepada BN tetapi mereka merasakan mereka sudah lama menjadi penyokong BN dan kali ini mereka mahu menukar sokongan. Mereka mahu mencuba sesuatu yang baru dan mereka yakin, dengan membuat perubahan, nasib orang-orang Cina akan lebih baik. Cerita-cerita ini yang menakutkan BN dan menyebabkan Najib belum mempunyai cukup keberanian untuk mencadangkan pembubaran Parlimen. Jika Najib sudah yakin bahawa pengundi Cina sudah kembali menyokong BN, mustahil Najib mahu menangguhkan tarikh pembubaran Parlimen. Era kepimpinan Najib ini mungkin boleh menyebabkan orang-orang Melayu teruja dengan cerita-cerita kehebatan Allahyarham Tun Razak Hussein tetapi untuk menarik sokongan kaum Cina dan orang-orang muda, Najib seperti buntu dibuatnya. Program belia dan usaha mendekati orang muda nampaknya masih belum menampakkan hasil tetapi Najib dan Muhyiddin mahu terus dilihat sebagai dua orang pemimpin yang sedia bertemu dengan golongan pengundi muda ini. Jadi, cerita penggunaan biometrik sebenarnya akan mampu menjadikan PRU 13 lewat dan tidak boleh diadakan segera. Ketika PAS menuntut untuk diadakan dakwat celup, SPR nampaknya beria-ia sangat mahu mencadangkan biometrik. Padahal, menggunakan dakwat adalah lebih mudah dan murah berbanding dengan penggunaan biometrik yang mahal dan mengambil masa untuk melaksanakan – tetapi jelas SPR mahu bertahan dengan keputusannya itu bagi menyenangi hati Perdana Menteri. Hari ini, Pengerusi SPR dan timbalannya sibuk dengan macam-macam aktiviti termasuk menghadiri majlis-majlis wacana bagi memberi penerangan dan penjelasan. Kadang-kadang kesibukan mereka berdua ini mengalahkan kesibukan Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Mazlan yang dilihat terpaksa memainkan peranan secara lebih serius mempertahankan Felda. Apa pun, tarikh pilihan raya sebenarnya masih terletak di tangan Najib. Jika beliau yakin BN boleh menang walaupun tidak lebih baik dari keputusan PRU 12 yang lalu, Najib dan Muhyiddin mungkin akan bersetuju supaya pilihan raya umum diadakan segera, hujung tahun ini. Pakatan Rakyat kena bersedia. Tidak ada yang mustahil dalam istilah politik. Mereka boleh buat ketika mereka merasakan mereka kuat dan mereka boleh menangguhkan ketika mereka merasakan mereka masih lemah. Ia berbeza dengan Indonesia, Pemilu diadakan apabila tempoh penggal pemerintahan tamat dan tarikhnya sedia diketahui umum. Di Malaysia, ia adalah kepunyaan "mutlak" Perdana Menteri dan Presiden parti pemerintah, yang mungkin tidak diamalkan di negara-negara lain. Oleh SAFAR JUMAAT - penulis yang rapat dengan serambi kuasa PWTC. |
Posted: 06 Aug 2011 03:22 AM PDT Izinkan kami junjung langit dengan bebas Edwin Michael Pembentukan jati diri sesebuah negara bangsa bukannya satu proses yang mudah lebih-lebih lagi melibatkan negara ini yang merangkumi kepelbagaian etnik dan budaya. Menurut Budayawan A Aziz Derawan yang dipetik daripada Berita Harian bertarikh 28/04/2011, menjelaskan betapa kehidupan berbangsa itu ditunjukkan sifat jati diri menerusi persamaan lambang, institusi nasional, perundangan, nilai kebangsaan yang dikongsi bersama, kesetiaan politik dan rasa keyakinan diri sebagai satu bangsa. Menurutnya lagi, elemen nilai akhlak, moral, etika yang kukuh, demokratis, liberal bertoleransi dalam konteks penerimaan, adil dan saksama yang bermakna tidak semesti kesamarataan, progresif dan makmur, serta daya saing, daya tahan, tangkas dan dinamis. Demokrasi dan Partisipasi Golongan Muda Sistem politik sesebuah negara seharusnya menggalakkan golonga muda menyertai proses demokrasi dengan aktif. Dalam konteks ini, penglibatan golongan muda dalam sistem politik berdemokrasi secara langsungnya melibatkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia serta bentuk ruang yang diberikan untuk mengalakkan penglibatan mereka yang seterusnya mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pemerintah atas dasar kepentingan masyarakat sivil. Di Malaysia. partisipasi golongan muda dalam sistem berpolitik demokrasi masih terhad akibat dicengkam dengan pelbagai macam dasar dan undang-undang yang diimplementasikan oleh golongan pemerintah yang dalam erti kata tidak lain tidak bukan hanya semata-mata mahu untuk memastikan status-quo pemerintah tidak dicabar dalam apa cara sekali pun. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 merupakan bukti tunjang bagaimana para pembuat keputusan gagal dalam mengisythiarkan hak berdemokrasi di kalangan golongan muda di peringkat akademik. Inilah yang akhirnya dilihat sebagai membantutkan penglibatan golongan muda dalam membangunkan masyarakat sivil di negara ini. Di satu pihak, Bersih 2.0 membuktikan bagaimana semangat golongan muda mewarnai perhimpunan tersebut yang pastinya merupakan satu fenomena yang unik dalam sistem demokrasi negara ini. Ini kerana golongan muda ini tidak mewakili mana-mana parti politik tetapi apa yang mereka mahukan ialah partisipasi mereka dalam sistem demokrasi di negara ini diiktiraf oleh pemerintah. Menariknya, pemerintah selalunya hanya mendekati golongan muda secara agresif untuk mendapatkan undi semata-mata tetapi tidak pernah memberikan ruang untuk mereka berpolitik secara demokratik. Bagi golongan muda ini, apa yang mereka mahukan ialah sebuah sistem kerajaan dengan sebuah pemerintah yang bukannya bersifat kebal dan kejam sebaliknya bertindak sebagai satu bentuk komuniti yang bukan sahaja mendengar luahan rakyat semata-mata tetapi mengambil berat akan isu tersebut. Inilah demokrasi namanya bagi golongan muda. Jika andaian bahawa demokrasi melibatkan dua entiti yang berlainan iaitu yang majoriti (pemerintah) akan menjaga minoriti (rakyat) dengan syarat bahawa minoriti perlu taat terhadap majoriti, itu bukannya demokrasi. Apa pendefinisian mutlak untuk 'menjaga'? 'Taat' yang bagaimana yang perlu ditunjukkan oleh rakyat terhadap pemerintah? Andaikata golongan muda diberikan ruang untuk terlibat dalam proses demokrasi dengan adil dan tanpa sebarang cengakaman kuku besi maka kita boleh andaikan bahawa itu akan menjadi pemangkin kepada pembentukan jati diri dan budaya bangsa di negara ini. Perpaduan 1Malaysia dan penerapan nilai ini di kalangan orang muda bukannya sesuatu yang mudah seperti apa yang difikirkan oleh pemerintah. Mengapa sekarang baru kita hendakkan 1Malaysia? Bukankah 1Malaysia telahpun dipraktikkan daripada zaman nenek moyang kita lagi? Apa yang sukar untuk diterima akal pemikiran waras ialah bagaimana isu perpaduan ini dicanangkan demi untuk menakutkan rakyat dan seterusnya mengukuhkan pemerintahan yang ada sekarang. Sama ada sedar ataupun tidak, perpaduan di antara setiap insan di bumi yang dipijak ini sememangnya utuh dan tidak dapat dihancurkan oleh sesiapa jua namun perpaduan ini jugalah menjadi alat politik para politikus yang gemar menjadikannnya isu demi untuk mengekalkan kuasa dan pemerintahannya. Apa gunanya 1Malaysia sekiranya saban hari kita terpaksa melayan kerenah dan tuntutan badan pendesak berasaskan kaum yang juga dilihat bukannya untuk kepentingan kaum mereka tetapi untuk mengekalkan hegemoni politik mereka. Jika benar andaian bahawa perpaduan dikalangan golongan muda sudah rapuh dan berada pada tahap yang boleh menganggu gugat kestabilan negara bangsa itu sendiri, persoalan utama kini disandarkan pada matlamat pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bermula pada Disember 2003, selepas lebih tujuh tahun, apa bentuk kejayaan yang dapat dirangka daripada PLKN ini? Bukankah kini perpaduan sudah tidak seharusnya menjadi satu isu negara lagi memandangkan hampir berpuluh ribu bekas pelatih PLKN yang berada di luar sana sudah mampu menghayati Rukun Negara dan memiliki jati diri yang mapan yang seterusnya dapat mengalakkan kepada pembentukkan sebuah negara bangsa yang harmoni? Ke mana arah tuju sebenar PLKN ini? Ada kecenderungan di kalangan ahli akademik di negara ini yang berpegang teguh kepada pandangan J.S Furnival dalam bukunya yang bertajuk Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Nertherlands India (1956) yang menyalahkan dasar pihak British ketika era pascamerdeka iaitu dasar 'pecah dan perintah' yang menyaksikan pengasingan kaum dalam konteks ekonomi negara ketika itu. Hujah inilah yang menjadi pegangan kuat para ahli akademik di negara ini yang lebih selesa untuk tidak melihatnya secara kritikal. Sama ada sedar atau tidak, dasar 'pecah dan perintah' ini sengaja terus diamalkan dalam usaha untuk memastikan setiap etnik penduduk dinegara ini bercampur tetapi tidak akan bergabung atau dalam erti kata lain hanyalah bersifat seperti salad bowl. Langkah ini dilihat amat penting bagi pemerintah untuk memastikan golongan etnik dinegara ini lebih menumpukan kepada kepentingan etnik mereka semata-mata dan seterusnya mengehadkan penyertaan mereka dalam sistem politik demokrasi di negara ini. Ini berbeza dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain yang menerapkan konsep melting pot menyatukan dan meleburkan etnik utama dan minoriti bersama-sama dengan satu bahasa dan budaya dalam usaha untuk membentuk perpaduan kaum. Sama ada salad bowl atau melting pot, ia bergantung sepenuhnya kepada sistem politik pemerintah itu sendiri. Sistem politik dan pengagihan ekonomi yang berasaskan kaum tetapi pada masa yang sama mempromosikan 1Malaysia. Ini namanya demokrasi? Bumi sudah dipijak, izinkan kami menjunjung langit dengan bebas! Sistem politik berasaskan etnik dilihat menguntungkan golongan pemerintah sahaja dalam usaha menjadikan perpaduan sebagai modal propaganda dalam meraih simpati golongan muda di negara ini. Namun, Bersih 2.0 adalah bukti bagaimana golongan muda pelbagai ras berhimpun bersama tanpa sedikit pun rasa was-was sesama sendiri, mengetepikan segala fahaman politik kotor yang cuba memecah belahkan sesama mereka dan paling penting, Bersih 2.0 adalah bukti betapa golongan muda dahagakan sebuah demokrasi yang tulen di negara ini. Golongan muda ini sedar bahawa jurang ekonomi diantara yang kaya dan miskin bukan sahaja luas tetapi makin mendalam. Sesuatu perlu dilakukan dalam usaha merapatkan kembali jurang tersebut. Jika ada tuduhan yang mengatakan bahawa golongan muda di negara ini tidak berpijak di bumi nyata maka itu tidak lebih daripada satu tuduhan liar semata-mata. Para pemuda-pemudi sudah berpijak pada bumi ini, cuma apa yang mereka inginkan ialah izinkan mereka untuk menjunjung langit ini dengan bebas atas dasar demokrasi tanpa sebarang sekatan dasar dan undang-undang serta fahaman politik yang meracuni jati diri dan budaya bangsa mereka sebagai bangsa Malaysia! |
Termasuk lah PATI... kahkahkah... Posted: 06 Aug 2011 12:30 AM PDT Keanggotaan Puteri Umno Kini 360,000 Orang PAPAR: Usaha agresif Pergerakan Puteri Umno dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakan itu kini mencecah 360,000. Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah. "Di samping itu, inisiatif untuk mendaftarkan ahli yang layak bergelar pemilih juga agresif dijalankan. "Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan," katanya dalam kenyataan di sini. Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri Umno akan menjadi nadi kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang. Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat. -BERNAMA |
Pasar Ramadhan tempat sembelih orang Posted: 05 Aug 2011 11:00 PM PDT Harga Di Pasar Ramadan: Jika Ya Pun, Biarlah Berpatutan Sdr Pengarang, Pasar Ramadan yang kini mula rancak menjual pelbagai jenis hidangan dan lauk pauk untuk masyarakat Muslim berbuka puasa sekali lagi menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai. Apa yang uniknya tentang kehadiran Pasar Ramadan ini ialah, ia telah menjadi satu identiti negara kita Malaysia. Ini kerana ia bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat Islam semata-mata tetapi juga turut dikongsi bersama oleh para penganut agama lain. Dalam ertikata yang lain, kewujudan Pasar Ramadan ini telah diterima dan mendapat tempat di hati seluruh warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama apatah lagi ia hanya muncul sebulan dalam setahun. Yang lebih unik dan menariknya ialah, hidangan yang ditawarkan di Pasar-pasar Ramadan ini tidak dijual pada waktu dan musim-musim yang lain. Ini menjadi Pasar Ramadan satu tarikan luar biasa yang tidak terdapat pada mana-mana Pasar Malam, Pasar Tani, Pasar Minggu atau apa jua pasar yang terdapat di negara kita. Tetapi ada sesuatu yang pada pandangan saya tidak begitu mengembirakan apabila saya dapati kebanyakan gerai di Pasar Ramadan meletakkan harga yang sangat tinggi ke atas kuih muih dan juadah-juadah lain. Di Pasar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur misalnya, sebiji karipaf dijual dengan harga 50 sen dan begitu juga dengan secucuk sate yang sangat kecil isi dagingnya juga dijual pada harga 50 sen. Lain-lain kuih muih juga dijual pada harga yang sangat mahal seolah-olah para peniaga ingin mengambil kesempatan ke atas orang ramai pula di sepanjang bulan Ramadan ini. Malah bubur lambuk dijual pada harga RM4.50 semangkuk. Dalam konteks ini, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada penjual popia terkenal di Seksyen 14 Petaling Jaya yang masih mengekalkan harga popianya pada paras RM1 sebiji di sebalik populariti yang dikecapinya sejak sekian lama. Bagi Mohd Kasim Ismail, hati pelanggan yang lebih diutamakannya berbanding populariti popianya itu. Jika Mohd Kasim ikutkan hati, dia boleh sahaja meletakkan harga popianya RM1.50 sebiji kerana dia tahu orang akan tetap datang mencari dan membeli popianya kerana sedapnya bukan kepalang tetapi bukan itu yang menjadi keutamaannya. Yang menjadi keutamaannya ialah para pelanggan dan kesetiaan mereka ke atas popia yang dihasilkannya. Dan saya cuma boleh berharap para peniaga lain juga bersikap demikian. HASNUL HASSAN DAMANSARA, PETALING JAYA |
KERAjaan kencing rakyat lagi... Posted: 05 Aug 2011 09:00 PM PDT Harga minyak antarabangsa menurun, tapi di Malaysia? Neo Chee Hua Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan. Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu. Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010. Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini. Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah. Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat. Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini. Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu. |
Berat dakwaan nih Anwar oii... Posted: 05 Aug 2011 08:00 PM PDT Anwar: 200,000 warga Indonesia didaftar mengundi Sumber Keadilandaily MANILA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Ketua Pembangkang itu berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial The Phillipine Star, dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina. Selain Warga Indonesia, katanya, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan untuk mendaftar dalam senarai pemilih, bagi membolehkan mereka mengundi parti pemerintah itu. "Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan," kata Anwar. Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor. Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya. "Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong," kata Anwar. Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, sebagai usaha untuk menafikan haknya bertanding. "Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding," ujar Anwar. Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Manila semalam dan turut diundang untuk menyampaikan syarahan di Universiti Filipina di Diliman, Quezon City. Beliau turut diiringi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar. |
Kesian kat Najib kan... kahkahkah... Posted: 05 Aug 2011 07:00 PM PDT PRU 13 awal atau lewat, Najib tetap didesak berundur? Lim Hong Siang Melihat kepada lautan manusia pada 9 Julai 2011, ramai menjangka Perdana Menteri Najib Razak tidak berani untuk membubarkan parlimen pada tahun ini. Igauan bagaimana perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 mencetuskan tsunami politik pada 8 Mac 2008 masih menghantui Barisan Nasional. Seandainya PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, Najib berkemungkinan besar mengulangi nasib mantan PM, Abdullah Ahmad Badawi. Lebih-lebih lagi, cara dan pendekatan kerajaan Najib Razak mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 telah mencungkil ketidakpuasan ramai, dari Sasterawan Negara yang menjadi ikon budaya, hinggalah bekas mufti yang berpengaruh dalam bidang agama; dari mereka yang berada di atas pagar, hinggalah pewaris tokoh UMNO sendiri - Marina Mahathir. Mengikut perhitungan biasa, kerajaan Najib dijangka memerlukan tempoh dalam setahun untuk memperbaiki keadaaan, atau sekurang-kurangnya meredakan ketidakpuasan ini. Dengan kata lain, PRU 13 paling mungkin diadakan pada tahun 2012 selepas Jun, malah tidak mustahil diheret sehingga awal tahun 2013. Semakin lama PRU ditunda.... Namun demikian, perkiraan UMNO mungkin tidak mengikut logik biasa. Semakin lama PRU ke-13 ditunda, bermakna semakin berat bebannya. Pertama, UMNO-BN tidak mempunyai alasan untuk menundakan reformasi sistem pilihan raya. Perlu diingatkan bagaimana impak "BERSIH 1.0" memuncak apabila SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari pengundian PRU 12. Kerajaan Najib sama ada kehilangan undi berikutan "ketidaksempatan" melakukan reformasi sistem pilihan raya, ataupun tumbang kerana sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas. Dari segi ekonominya, semakin lama PRU 13 ditunda, maka kerajaan BN perlu bergelut dalam situasi inflasi yang semakin melonjak. Harga minyak semestinya akan meningkat, selain tarif elektrik yang telah dijanjikan akan dikaji setiap enam bulan. Keadaannya akan lebih parah dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, malah dijangka "meleset" pada tahun 2012. Pengurangan subsidi hampir pasti berlaku. Meskipun dibuat juga peruntukan bajet (gula) untuk meraih undi, persoalan yang melantun-lantun adalah, dari mana datangnya wang itu? Dari segi politiknya pula, seandainya PRU 13 dijalankan pada 2012 mahupun 2013, pengundi Sarawak akan tertanya-tanya, bilakah Ketua Menteri Taib Mahmud bersara? Meskipun menang dalam pertarungan sengit PRN Sarawak pada April 2011, namun BN sedar bahawa angin perubahan semakin kencang. Seandainya Taib Mahmud dikekalkan, maka ia menghulurkan senjata kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang dirinya. Sebaliknya, jikalau Taib Mahmud digugurkan, maka pertentangan kepentingan akan berlaku, antara Taib Mahmud (gambar bawah) yang sudah 30 tahun berkuasa di bumi kenyalang, dengan kepentingan kerajaan persekutuan. Seandainya BN gagal menyelesaikan konflik ini, maka angin perubahan dijangka bertiup ke Sabah, dua negeri yang melanjutkan denyutan jantung BN di Putrajaya. Perlu diambil kira juga negeri Johor, yang mana sebelum ini Menteri Besar Abdul Ghani sendiri menjangkakan angin perubahan yang lebih kencang berbanding 8 Mac 2008. MCA menyumbang tujuh daripada 26 kerusi parlimen di Johor, dan tujuh ini berpotensi jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Melihat kepada senario terkini, persoalan yang lebih merunsingkan Najib/BN adalah, daripada 15 kerusi parlimen yang dipegang MCA sekarang, berapa yang mampu dipertahankan? Kegagalan Najib menarik sokongan Najib bermula dari mana Abdullah Ahmad Badawi terjatuh. Jelas, slogan 1Malaysia-nya menyasarkan pengundi yang berada di "pertengahan", yang mual dengan politik perkauman. Sementara itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP)-nya pula menyasarkan pengundi bandar, yang menaruh harapan agar sistem dan struktur ekonomi diperbetulkan. Golongan ini tidak menunjukkan kecenderungan politik parti yang tegar, mereka dijangka kembali ke pangkuan BN seandainya kehidupan harian dan keadaan negara diperbaiki. Akhirnya kesemua daripada mereka dihampakan. Sama ada PERKASA diwujudkan atas restu Najib (gambar kiri) kerana "politik talam dua muka", mahupun sabotaj dalaman parti - sudah tidak penting. Politik itu persepsi. Persepsi umum adalah PERKASA berjaya menggagalkan 1Malaysia dan ETP yang digagaskan Najib, dan Najib selaku seorang PM gagal mengawal keadaan sehingga PERKASA dibiarkan bermaharajarela. Najib semakin tersepit. Bukan sahaja golongan yang berada di "tengah-tengah" ini dikecewakan, malah ikon-ikon tertentu yang berpengaruh turut mengasingkan diri dari regim ini, bahkan melontarkan kritikan terhadapnya. Ikon budaya, Sasterawan Negara A.Samad Said dalam wawancara bersama Malaysiakini terus mengecam bahawa "Najib memang kejam". Perlu diingatkan bahawa A.Samad Said (gambar bawah) disokong sekumpulan seniman apabila polis menyoal-siasat beliau di bawah Akta Hasutan. Baru-baru ini, bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) dikaitkan pula dengan fahaman Wahabi, dan aktiviti terrorisme. Meskipun sesetengah pandangan beliau dianggap kritikal terhadap kerajaan, namun Dr. MAZA tidak semestinya berpihak kepada PR. Misalnya, beliau pernah dikecam keras apabila mencadangkan agar Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berundur. Maknanya, terdapat ruang untuk BN "engage" pemimpin yang berpengaruh seperti ini. Namun, mengaitkan MAZA dengan pengganas adalah sesuatu yang sukar dipertahankan, walaupun Utusan Malaysia, kerana MAZA pernah menulis kolum untuk akhbar tersebut. Pendekatan Najib mengendali BERSIH 2.0 seolah-olah menggali kubur untuk dirinya. Titik pusingannya berlaku apabila Najib berdolak-dalik dalam isu "stadium", yang menyebabkan ramai beralih untuk bersimpati terhadap BERSIH 2.0. Dan apabila gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu ke dalam lautan manusia yang merangkumi warga emas, budak kecil... yang melangkaui batas kaum dan agama, imej Najib ranap dalam sekelip mata. Pergelutan dalam UMNO Kini Najib berdepan dengan tekanan dalam partinya. Dari perkiraan sesetengah pemimpin UMNO, BN tetap mampu mempertahankan kerajaan persekutuan pada PRU 13, meskipun mungkin gagal mengembalikan majoriti dua pertiga, dan beberapa kerajaan negeri, malah mungkin kehilangan Negeri Sembilan! Apapun berlaku, senario ini tidak memihak kepada Najib. Najib tetap akan digulingkan dalam UMNO seandainya,- Pertama, gagal mengembalikan majoriti dua pertiga dalam parlimen; Kedua, gagal mengembalikan kuasa beberapa kerajaan negeri, misalnya Selangor. Ketiga, gagal meraih sokongan bukan Melayu. Dari kaca mata sesetengah pimpinan UMNO, UMNO-BN akan hilang kuasa jikalau semakin lama PRU 13 ditunda. Maka tidak mustahil seandainya Najib didesak untuk mengadakan PRU 13 pada Oktober tahun ini. Sama ada PRU 13 diadakan pada tahun ini mahupun tahun 2012, malah 2013, Najib perlu bersedia untuk menyusuri jejak Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah gagal apabila menghampakan pengundi yang mahu melihat perubahan yang dijanjikannya. Nasib yang sama akan menimpa Najib. Cuma, nasib Najib mungkin lebih malang daripada Abdullah, kerana beliau mempunyai kes Scorpene yang bakal berlangsung perbicaraannya di Perancis! |
Bangsa Umno dilarang baca nih... takut mati terkejut... kahkahkah... Posted: 05 Aug 2011 06:00 PM PDT Pemborosan Najib Dan Bininya Rosmah Oleh: mohdnoorawang Kami akan tetap paparkan kezaliman, pemborosan, penipuan perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan bininya Datin Sri Puan Rosmah Mansor dari apa sumber maklumat demi keadilan dan tuntutan BERSIH 2.0. 1- LAWATAN RASMI NAJIB DAN ROSMAH- RM17 JUTA 2- KOS SELENGGARA KEDIAMAN RASMI PM/TPM RM49 JUTA SETAHUN 3- BIL LETRIK DAN AIR PM/TPM RM10 JUTA SETAHUN 3- PERUNTUKAN PERMATA NEGARA (ROSMAH) 2011 RM111 JUTA 5- ROSMAH TIDOR HETOL ATLANTIS DUBAI RM140,000 SATU MALAM 6- BEG TANGAN ROSMAH JENAMA HERMEZZ MATTE RM361,259.99 7- CINCIN BERLIAN RM24 JUTA 8- ROSMAH ANJUR WANITA PERTAMA DUNIA (14 WANITA ). RM4.5 JUTA 9- GELANG TANGAN ROSMAH RM1.65 JUTA 10- JAM TANGAN ROSMAH (ANGGARAN) RM1 JUTA. Najib BN/UMNO keperluan rakyat ditarik, 1- PETROL DINAIKKAN 4 KALI SEHINGGA MEI 2011 2- MELUPUSKAN SUBSIDI GULA RM116.6 JUTA 3- KENAIKAN GAS PETROLEUM CECAIR (LPG) MEI 2011 4- KENAIKAN KADAR PURATA TARIF LETRIK JUN 2011. (Untuk rekod kami paparkan dalam laman TKO agar pelayar TKO seluruh dunia dan tempatan bermaklumat. Kami ambildan petik secara rengkas dari Akbar Suara Keadilan bil 27 muka surat25, bertarikh 2 ogos 2011). Untuk detail sila baca sepenuhnya Suara Keadilan. |
Terima kasih Najib... kahkahkah... Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT Usir peguam cetus minat kes Scorpene di Perancis Oleh Keadilandaily PETALING JAYA : Pengusiran peguam Perancis, William Bourdon oleh kerajaan Malaysia, mencetuskan minat lebih besar rakyat Perancis terhadap skandal pembelian kapal selam Scorpene. Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pengusiran tersebut mendapat liputan meluas media Perancis ekoran reputasi cemerlang Bourdon sebagai peguam hak asasi manusia. Orang Perancis tidak tahu yang beliau mengendalikan (kes ini) di Malaysia, dan ia membangkitkan minat yang besar di kalangan orang ramai," katanya seperti dilapor Malaysiakini. Bourdon "terkenal" kerana antara lainnya, mewakili pihak yang membuat tuntutan terhadap pemerintahan diktator Pinochet dan kes-kes pembunuhan beramai-ramai Rwanda dan pengusirannya telah memburukkan prestasi Malaysia. Beliau diusir ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 Julai lalu, ketika mahu menghadiri program makan malam anjuran Suaram yang turut diadakan di Petaling Jaya dan Ipoh. Beliau hanya sempat hadir program majlis makan malam yang diadakan di Bayan baru Pulau Pinang, sehari sebelumnya. Pengusiran beliau menggambarkan ketakutan kerajaan pimpinan Najib kerana beliau sepatutnya dijadual memberikan ucapan mengenai skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang dibicarakan di Perancis. Kes melibatkan pembayaran komisen berjumlah 114 juta Euro atau bersamaan RM540 juta, membabitkan syarikat Perimekar Sdn Bhd dan firma pertahanan Perancis, DCNS, selain dua lagi komisen yang akan dibongkar di mahkamah negara itu. Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat milik penuh Abdul Razak Baginda iaitu teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terlepas hukuman mati kerana membunuh Altantuya. |
Jangan jadikan sebagai bulan 'makan-makan' Posted: 05 Aug 2011 04:00 PM PDT Ramadhan, jauhi dari menjadikan ia bulan 'makan-makan' Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Ramadhan datang lagi menjenguk umat Rasulullah s.a.w buat sekian kali. Kali ini datangnya seperti kehadiran Ramadhan tahun-tahun sebelumnya.Sering disebutkan Ramadhan adalah bulan nikmat, Ramadhan juga bulan pengampunan. Bagi yang menghayatinya, maka akan datangnya hikmahnya bulan pengampunan ini dengan nikmat iman dan ketaqwaan. Ayat 183 Surah Al Baqarah bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". Namun masih ada dikalangan kita sendiri tidak dapat menghayati kehadiran Ramadhan dengan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri menjadi hamba yang memiliki jiwa kehambaan kepada Allah s.w.t. Sidang pembaca sekalian, Ramadhan bukan sahaja datang dengan syiar kewajiban berpuasa malah amalan-amalan sunat seperti solat Tarawikh di malam pertama sebelum berpuasa pada esok harinya. Dan Daripada Abdulrahman Bin Auf, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sungguh Allah telah mewajibkan puasa Ramadhan dan mensunnahkan solat di dalamnya, barang siapa yang berpuasa dan solat dimalannya kerana keluar dari dosanya ibarat pada hari ia dilahirkan oleh ibunya" (hadith riwayat Ahmad). Disebabkan itulah kehadiran Ramadhan ini amalannya didahului dengan solat sunat Tarawikh yang mendahului amalan berpuasa.Sunat Tarawikh akan berjalan sebaik selepas Isya' malam sebelum umat Islam berpuasa pada esoknya. Mengapa? Berbalik kepada hadith yang dibacakan sebentar tadi yang menkiaskan agar umat Islam memperbanyakkan amalan sunat yang terutamanya di malam hari. Keutamaan mengerjakan solat Tarawikh, daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa berdiri (solat malam) di bulan Ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkan pahala dari Allah, makan akan diampunkan dosa-dosa sebelumnya " (hadith Riwayat Muslim). Terkadang ada dikalangan umat Islam mutakhir ini hanya mengetahui bahawa kehadiran Ramadhan hanya besarnya kepada kewajiban berpuasa sahaja. Lebih malang lagi, dicelah-celah kehangatan puasa itu, kita lalai dengan budaya berpuasa yang boleh disifatkan sebagai sekadar menahan lapar dan dahaga, sekadar mahu mencukupkan syarat agar mata manusia melihat kita ini berpuasa. Malah lebih parah dari itu, kehadiran ramadhan bagi sesetengah pihak hanya untuk meraikan bulan 'makan-makan' kerana jika dilihat pada perkembangan hari ini, pelbagai iklan dan promosi bufet Ramadhan disiarkan. Ada yang telah memikirkan mahu berbuka dihotel-hotel mewah, direstoran terpilih dan berbuka bersama rakan-rakan, dan ada yang telah membuat tempahan awal berbuka meskipun 1 Ramadhan belum tiba. Malang sekali, budaya ini semakin menjadi 'kebiasaan' kepada masyarakat di negara ini dalam meraikan kehadiran Ramadhan, dan bukan menjadi suatu yang aneh jika berbuka dengan lauk pauk yang mewah, melimpah ruah. Di sana sini kini mula bicara mengenai apa menu istimewa pada Ramadhan kali ini. Malah dipejabat-pejabat hari ini, isu makanan atau menu pada Ramadhan menjadi topik perbualan utama. Impaknya, puasa sekadar menahan lapar dan dahaga, perut yang kempis sebelum puasa menjadi kembung dipertengahan dan dipenghujung bulan puasa. Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri hanya meneguk air dan tiga biji buah Tamar (buah kurma) ketika berbuka, dan kemdiannya baginda meneruskan solat serta amalan sunat yang lain memenuhi malam-malam Ramadhan. Malangnya, umat Islam hari ini persoalan amalan sunat yang mendampingi Ramadhan, malah menjadi nadi kepada kekuatan Ramadhan itu sendiri semakin tidak dibicarakan. Ada yang tidak lagi mengendahkan waktu bersahur, kerana lena dibuai mimpi, malah ada yang terlena hingga subuh ditinggalkan begitu sahaja.Puasa sekadar pada niat, dan menahan lapar serta dahaga. Walhal lebih penting lagi, kedatangan Ramadhan ini seharusnya dititipkan dengan segala amalan sunat bermula dengan Solat Sunat Tarawikhnya; kemudian bertadarus Al-Quran (lebih molek bersekali mentadabur), solat Tahajjud di sepertiga malam, dan pada siang harinya juga di samping menahan lapar, dahaga, menahan mata, telinga mulut dari yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa, amalan bertadarus, mendengar tazkirah, bersedekah dan sebagainya juga boleh menambah nikmat Ramadhan. Alangkah moleknya, jika solat Tarawikh juga diselangkan dengan slot tazkirah dipertengahannya, sementara ia mampu mengisi jiwa-jiwa yang menghadirkan diri ke rumah Allah dengan ilmu tambahan. Mengapa Ramadhan disebut sebagai bulan rahmat dan pengampunan? Nah pada bulan ini datangnya peristiwa penting hari-hari tertentu seperti turunnya Al-Quran (Nuzul Quran) pada hari ke-17 Ramadhan. Malah di dalam bulan Ramadhan jugalah datangnya satu malam yang dipanggil Lailatul-Qadar iaitu suatu keistimewaan yang diturunkan Allah hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Allah menjanjikan bahawa mereka yang beramal pada malam tersebut diberi ganjaran pahala seperti beribadat selama 1000 bulan.Malam yang disebutkan ini akan datang pada 10 malam terakhir dan para ulama menakrifkan ianya pada malam ganjil. Daripada Aishah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Carilah malan Lailatul -Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir sebelum ramadhan" (hadith riwayat Bukhari, Muslim Tarmizi dan Ibnu Majah). Sejurus amalan-amalan yang disebutkan tadi dilakukan dengan baik, insyaAllah rasa kehambaan akan datang, dan disitulah nikmat iman dan jiwa penuh taqwa akan dirasai. Jadikanlah Ramadhan kali ini bukan seperti Ramadhan yang sebelumnya yang mana daripada Ramadhan 'bulan makan-makan' kepada Ramadhan bulan melazatkan amalan yang membawa ketaqwaan. Moga ia mampu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita semua kepada Allah. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan