Sabtu, 6 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Projek bulan pose.

Posted: 06 Aug 2011 04:25 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

1 program bual bicara bernama Jangan Tidur Lagi telah memberikan satu aktiviti yang bagus. Seorang artis bersama groupnya memberikan bungkusan makan malam kepada orang2 yang tidak berumah. Itu di KL. Satu lagi program Dana 1 Malaysia menyaksikan seorang jurutera wanita muda mempersembahkan program Hari Tanpa Lapar.

Gua ada fikir kalau kita2 ni dapat buat program yang seumpama itu. Jika tidak sebagus mereka, menghampiri sebagus mereka pun jadilah. Buat di tempat masing2, sekadar termampu. Tepekkan di FB dan blog masing2 supaya orang lain juga, terutama UMNO yang memiliki kuasa dan duit boleh buat berjuta lebih baik. Untungnya ialah rakyat juga.

Ingat usaha Kijang Care yang membawa pulang anak gadis Malaysia dari Lombok? Yang kini dilakukan dengan lebih baik dari itu melalui Putera UMNO. Itulah yang kita mahukan. Persaingan akan membela rakyat.

[2]

Jika gua spesifikasikan kepada Kota Bharu, mungkin tak banyak golongan merempat. Tetapi tetap ada. Yakni pengayuh beca. Selalunya mereka bermalam di kawasan stadium dan pasar besar.

Katakan ada 20 individu seumpamanya, dan projek menyantuni mereka itu sekadar sebotol air mineral dan 2-3 keping sandwich. Maybe kos RM2 setiap bungkusan. Jika 20 orang, baru RM40. Satu jumlah yang mampu pada kita yang kebiasaan ini.

Berkenaan dengan tarikh, dimaklumkan, pada 11 Ogos ini, satu pertemuan blogger dengan Pemuda PAS Kelantan akan berlaku. Dialog sambil makan colek.

Program yang bermula 10 malam itu kompom habis jam 12 malam. Sesi kemas-mengemas dah pukul 1.30. Sesi melepak tak rasmi sampai pukul 3. Jumaat pula cuti. So, gua ingat, kalau jadi, dan ada sokongan dari segi tenaga, marilah kita jayakannya sesama2. "Bersahur bersama warga jalanan". Kalau nak tukar istilah kepada "Bersahur bersama warga malam", peruntukan besar beb. Pekerja2 malam, mat2 rempit termasuk dalam projek.

Apa kata anda, dan apa kata sek2 Klate?


Jangan maki, tapi senyum : Harga naik di pasar Ramadan sebab DAP!

Posted: 06 Aug 2011 03:45 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua dapat bidio ni dari FB. Mula2 tahniah pasal BN tiru cara kempen rakyat semasa PRU12. Pelbagai bidio2 dari rakyat yang menentang ASAL BUKAN BN dikeluarkan ketika PRU12. Satu fenomena. Jangan cakap itu hasil Anwar / PAS atau PKR, sudah. Gua tut tut kan ajer. (Tut Tut adalah word maki versi Ramadan).

Bidio ni dari BN. Satu teknik kempen yang bagus. Asalkan dalam rangka demokrasi. Bab padang tak sama rata, N3 lain. Tapi, kebenaran memang tak bleh tumbang dengan hujah. Kebenaran kena tumbang melalui kezaliman yang tersusun. Kalau kebenaran nak ditewaskan melalui hujah, memang nampak kelakar.

(Macam hujah pemaksum Hadi di FB Group TKO. Nak ban gua setakat ni masih belum lagi. Nak delete mula2 takut jilat ludah sendiri. Tapi akhirnya delete satu kali. Gua bagi link Harakah diorang bleh tak percaya. Kena bagi yang bercetak. Suruh tekan butang print, ajak gua debat bab biadap dan adab. Wahahaha.

Soalan2 topik plak tak perlu jawab atas alasan provokasi. Atas sebab manipulasi. Kalaulah ijtihad 2 pahala ni digunakan dalam perbicaraan mahkamah / parlimen / debat / seminar / penyiasatan polis, kelam-kabut dunia nih. Debat dan bahas adalah private meeting laki-bini. Tak bleh dibawa keluar. Ijtihad time kantoi la. Kalau tak kantoi, kerat jari tak keluar ijtihad lucu tuh. Macam Hakim gula hack dah Allah nak tunjuk.)




Hujah2 kelakar dalam bidio ni.

1. Bidio ni membina persepsi barang naik sebab DAP. Hehe.. Maybe berkesan pada Melayu Hutan. Tapi malangnya Melayu Hutan tak tengok FB. Kecuali bidio ni keluar time kempen PRU di tv dan radio. Lesen monopoli Gula tu DAP yang bagi kot. Bukan UMNO. Lesen Beras DAP yang pegang. Minyak / petrol DAP yang control. Singapura bagi kat Lee Kuan Yew pun bukan UMNO yang bagi. Tapi DAP. Hahaha. Yang rogol Melayu bawah umur tu Brahim Tambie Cheek. Pengerusi Tetap DAP. Bukan UMNO. Wakakaka.

2. Lokasi kat kawasan Melayu Hutan. Takda pembangunan. Orang bandar, Cina Bukit Bintang, tempat2 yang pembangunan pesat tak pernah undi BN. Tak perlu BN untuk pembangunan. Tapi BN perlukan pembangunan untuk undi. Setakat warung hutan macam tu, BN tak perlu buat apa2. Jenis manusia tak bijak. Ziarah 5 tahun sekali, hulur beras dan susu, kompom undi tak lari. Di mana UMNO kuat, di situ Melayu merempat.

3. Kedai 1 Malaysia tu ada ke kat warung hutan tu? Ada kat Felda Kenchau 12? Ada kat Felda Chini 80? Hahaha. Semuanya ada di kawasan bandar yang majoriti bukan pengundi BN. Sebab apa? Sebab mahu undi. Itu falsafah yang betul. Setakat Melayu Hutan kategori bidio tu, terpaksa naik perahu, baik bas 2-3 jam untuk pergi ke Maidin atau ke Kedai 1 Malaysia. Undi tak lari punya. Dari lahir sampai ke mati.

Dalam dunia ni, kebaikan dan kemudahan untuk golongan yang cerdik. Kesusahan dan kemelaratan untuk golongan yang bodoh. Kumpulan cerdik yang ramai akan mengawal pemerintah. Kumpulan bodoh yang ramai akan dikawal pemerintah.

Isu kod Mykad '71' : Blogger Umno pandy kutty punya spin

Posted: 06 Aug 2011 12:18 AM PDT

Oleh : Cengau Daun Kari

Dalam seminggu ni portal berita bebas dan blog yang menyokong Pakatan Rakyat hampir semuanya ulas isu 'Mismah Gate'. Sebelum aku ulas pasai blogger Umno pandy kutty punya spin isu ni elok aku cerita secara ringkas macamana isu ni boleh timbul untuk mudahkan orang yang masih blur pasai isu ni faham apa cerita sebenarnya dengan isu 'Mismah Gate' ni.

Isu ni timbul bila dibuat screening ke atas senarai nama dalam Rang Daftar Tambahan suku ke-2 2011 yang dipamirkan untuk semakan dan bantahan bermula  27 Julai hingga 2 Ogos lepas. Kalau tak silap aku mula terbit dalam blog Amenoworld, kemudian dalam blog Perisik Rakyat sebelum disensasikan dalam Malaysiakini.

Nama Mismah ni tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan dengan status "Pendaftaran Baru". Bila disemak no Mykad Mismah ni di laman web Jabatan Pendaftaran Negara  didapati Mismah ni adalah pemegang Mykad warna merah iaitu Pemastautin Tetap macam imej kat bawah ni.

Tambah menarik isu ni, bila disemak belah petang 2 Ogos, tak lagi keluar imej MyPR yang warna merah tapi keluar MyKad yang warna biru.

Bukan nama Mismah sorang saja yang ada kod '71' dalam senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan suku ke2 2011 yang berstatus "Pendaftaran Baru" yang tiba-tiba 'jadi warganegara' tapi banyak nama lain termasuk nama Rita macam imej kat sebelah ni.

Semakan status IC tu di semak di http://www.jpn.gov.my/semakic/display_myPR.php

Pengarah JPN dalam kenyataan dia mengulas isu ni macam yang dilaporkan utusan bagitau:
"Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19, Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - Utusan.
Pakatan Rakyat payah nak terima penjelasan Ketua Pengarah JPN ni pasai dari track record JPN contohnya macam di Sabah, memang ada kes warga asing dibagi MyKad semata-mata supaya boleh mengundi untuk kalahkan PBS masa tu sampai ada kakitangan JPN yang ditahan di bawah ISA.

Ok, apa pulak yang blogger pandy kutty Umno punya spin dengan isu ni.

Puak-puak pandy kutty tah dari sumber mana depa dapat aku pun taktau, depa kata Pakatan Rakyat kata semua yang ada kod '71' pada MyKad sebagai pendatang asing, pemastautin tetap, pengundi hantu dan yang sewaktu dengannya.

Dari situ depa dakwa ada ramai termasuk 3 pemimpin PKR; Azmin, Saifuddin dan Zuraidah sebagai pendatang asing dan pengundi hantu pasai ada kod '71' pada nombor MyKad depa.

Tah mana depa dapat maklumat mengarut pasai kod '71' tu aku taktau. Sebenarnya kod '71' tu menunjukkan seseorang tu lahir di luar negara. Mungkin ramai yang salah faham sebab dalam laman web JPN sendiri ada dipaparkan banyak 'kod negeri' dan 'kod negara' tapi takdak pulak cerita apa maksud kod '71' ni.

Apa pun, aku yakin 3 pemimpin PKR tu bukan asalnya pendatang asing tapi yang sebenarnya adalah anak kepada warganegara Malaysia tapi depa dilahirkan di luar negara. Memang kalau ikut undang-undang anak kepada warganegara Malaysia tetapi lahir di luar negara berhak jadi warganegara secara automatik dan didaftarkan sebagai warganegara.

Kerja buat blogger pandy kutty Umno BN tu sebenarnya menunjukkan keBANGANGan depa dalam isu 'Mismah Gate' ni. Tapi nak kata apa, kut mana pun depa kena spin isu ni pasai memang depa dibayar untuk buat kerja-kerja spin ni, tak kira la kalau nampak BANGANG pun, yang penting payment masyuk...



Kalau PR diberi mandat perintah Malaysia, gua nak kempen kepala KTM ditukar.

Posted: 05 Aug 2011 11:57 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Kecik atau besar media persendirian gua bukan isunya. Isunya ialah apabila runtuhnya BN, media akan bebas sebab PR belum mampu lagi menjadi penjahat media. Kena 20 tahun perintah baru PR akan berani jadi BN.

Jadi, pada saat2 awal pemerintahan PR, media TIDAK AKAN menyorok korupsi atau kelemahan kerajaan. Jika Suara Keadilan dan harakah sorok, Utusan Malaysia akan jadi pembangkang yang bagus. Tak berani nak gila babi sebab tiada lagi perlindungan politik.

Sehinggalah keadaan negara menjadi satu negara yang tidak selamat kepada orang2 yang menjawat kuasa tanpa melalui merit. Tidak selamat pada orang2 yang menjawat tugas tanpa melalui kable2 politik. Negara akan menjadi seperti negara maju yang menyaksikan orang2 yang memegang amanah terpaksa meletak jawatan setelah kegagalan diaibkan oleh media2 rakyat.

Itu yang kita mahukan. Amin..

[2]

Barulah masuk kepada tajuk N3. Yakni prestasi kerja KTM. Skang tahun 2011 bro.. 11 tahun setelah zaman kononnya masalah pepijat. Zaman millennium. Keteapi tidak lagi dieskot askar beb. Ancaman komunis secara senjata pun puluh tahun berlalu.

Masalahnya, jadual ketibaan yang ditulis dalam tiket KTM pasti tersasar. Jauh plak tu. Kalau ketibaan lewat ke Seremban atau KL, gua faham. Sebab projek landasan berkembar Seremban - Gemas. Itu dulu. Projek tu dah nak siap dah. Kalau Tumpat-KL waktu tiba tepat. Kalau KL-Tumpat lari 2 jam lebih. Kan ke tut tut namanya tu. (tut tut adalah word mencarot versi Ramadan).

Lewat ke destinasi Kelantan dan berkadar terus ke stesen akhir, Tumpat. Lu bayangkan, dalam tiket tulis pukul 0921, tapi sampai pukul 1200. Lari 2 jam setengah. Boleh pergi Kuala Terengganu punya masa yang dibazirkan. Kalau total warganegara Kelantan jer kira ok lagi. Tapi ramai omputeh dalam train tuh. Setiap kali gua naik KTM, mesti kes sama berlaku.

Gua tak tahu apa penjelasan kepala KTM dalam hal ini. Kalau setakat menjawat jawatan atas tiket kable UMNO, gua minta2 PR akan menang PRU13 nih. Amin. Dan sebelum PR jadi jahat macam UMNO-BN, gua akan kempen dalam media setakat yang mampu gua capai untuk terajang kepala KTM.

Ikut mata kasar gua, kejadian lewat adalah disebabkan keteapi yang bertembung. Nak guna 1 landasan. So, mana2 keretapi yang paling hampir dengan stesen akan mengalah. Dan perlu berada di landasan simpanan sehingga keretapi lawan tiba.

Tapi sebab kepala KTM ni dilantik bukan atas merit dan kelayakan, maka, benda mudah nak settle ni pun tak bleh fikir. Kalau gua minta landasan double gua fahamla Kelantan adalah warganegara tiri kerajaan. Tapi, dah nama pun Keteapi Ekspress, Keteapi kecik perlulah dijadualkan semula bagi memberi laluan kepada yang ekpress. Nak mencarut kang pose plak.

Benda matematik mudah, ma. Berapa maksima masa yang perlu berhenti di setiap stesen. Berapa kelajuan minima keretapi. Jarak dah tentu tak berubah. So, kita boleh kira (tambah tolak 15 min) keretapi Ekspress tu sampai di setiap stesen. Bermakna, keretapi bukan Ekspress, kena tunduk pada yang Ekspress. Walau apa pun yang berlaku, keretapi bukan Ekpress perlu berada di landasan simpanan di stesen sekian selama masa sekian.

So, baik Ekpress, mahupun bukan Ekspress, kita dapat jadual yang tepat. Lari pun sekitar 15 minit. Nak kata ulama yang jadi kepala KTM, bawah UMNO gua yakin, bukan. Tapi apsal lembab berfikir ntah la...

Tugas tu perlu diberikan ikut merit. Walau pun satu hari nanti ikut merit, bila ada kejadian2 bodoh yang tak settle2 berpuluh tahun bawah kepala yang sama, kita akan terajang dia. Guna kuasa media, guna kuasa demokrasi BERSIH.


I'm back.

Posted: 05 Aug 2011 11:23 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Cerita pertama. Alhamdulillah. Gua tidak pernah untuk gagal hadir setiap kali tarikh perbicaraan gua. Dan 3hb lepas, semestinya gua kena buli lagi. Untuk sekian kalinya gua hadir ke mahkamah untuk naik atas kandang tertuduh, dan terus membincangkan tarikh penangguhan.

Cerita kedua, TheYellowBoutique kini sedang hangat menjual sampul duit raya BERSIH. Tahun ni majority berbaju raya kuning. Rumah Terbuka Najib di Putrajaya akan dihadiri 5000 berbaju raya kuning, berbilang kaum. So, lagi lengkap kalau sampul duit raya pun kuning.



Tiada ulasan: