Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Mandat BN hampiri garisan akhir, Kit Siang ingatkan Najib

Posted: 31 Aug 2011 11:36 PM PDT

Oleh Debra Chong September 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengingatkan Datuk Seri Najib Razak mandat kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) menghampiri garisan penamat dan mahu perdana menteri menunaikan pembaharuan dijanjikan secepat mungkin atau menghadapi tamparan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

BN mempunyai 19 bulan lagi sebelum mandatnya berakhir awal 2013.

Populariti Najib telah menjunam enam mata dalam kajian terbaru kendalian Merdeka Center baru-baru ini.

"Rakyat Malaysia mengibarkan bendera kebangsaan semalam tetapi mempunyai satu persoalan yang sama - ke mana anda pergi, Malaysia?" kata penasihat DAP ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, pemimpin-pemimpin komponen perikatan dalam perutusan Hari Kemerdekaan Ke-54 semalam menyeru rakyat Malaysia yang berlainan latar belakang agama dan kaum agar bersatu, bersikap sederhana dan bertolak ansur antara satu sama tetapi ia kelihatan diterima dengan hambar.

Ini kerana, menurut Lim, landskap nasional yang "pecah belah dan berbalah", di samping ketidakupayaan Najib untuk memperlihatkan kepimpinan yang berkesan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan, usaha-usaha yang tidak bertanggungjawab dan semberono cuba memecah belah negara mengikut garisan kaum dan agama.

Beliau memberikan contoh satu laporan menerusi saluran TV1 pada Ahad lalu - didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook "Murtads in Malaysia and Singapore" menerusi segmen berita perdana 8 malam mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah.

Malah, laporan itu mendakwa Presiden Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim sebagai seorang penyokong kumpulan tersebut.

"Pembohongan menjadi hidangan utama disajikan oleh media arus perdana," kata beliau dengan merujuk kepada liputan bahawa DAP mahu mewujudkan sebuah negara Kristian dan mahukan perdana menteri kalangan penganut Kristian atau kecaman terbaru bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengagungkan komunis dan tidak menganggap Datuk Onn Jaafar dan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

Katanya, usaha-usaha sedemikian tidak membantu dalam menyatupadukan rakyat Malaysia, tetapi mewujudkan persekitaran sebaliknya.

Lim menegaskan bahawa jika Najib serius dan jujur sebagai perdana menteri bagi semua rakyat, maka beliau seharusnya menyediakan kepimpinan, bukan slogan-slogan kosong.

"Perhimpunan Bersih 9 Julai yang berjaya adalah bukti, jika Najib dan mereka dalam kuasa enggan bertindak, maka rakyat Malaysia sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, sama ada yang beragama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, pengikut Taoisme, Konfucius atau Sikh bersedia untuk bersatu bertindak menyelamatkan Malaysia," kata Lim lagi.

Bersih 2.0 menuntut pembaharuan pilihan raya dengan mengemukakan lapan tuntutan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Awal bulan lalu, Najib mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan khas untuk mengkaji pembaharuan pilihan raya.

Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno

Posted: 31 Aug 2011 08:07 AM PDT

[Harakahdaily] KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara.

"Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.

"Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.

"Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.

Pada hal, ujarnya kewujudan Umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946, malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.

Menurutnya, laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.

Maknanya, kata beliau Umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.

Pada hal, tambahnya golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).

Ini, katanya tentu rakyat bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan

"Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah," ujarnya lagi

WikiLeaks : Kerajaan Persekutuan mencurahkan jutaan ringgit kepada Sarawak (Taib Mahmud) sebagai 'terima kasih' kerana membekalkan kerusi yang cukup untuk BN

Posted: 31 Aug 2011 03:44 AM PDT

Jabatan Negara Amerika Syarikat diberitahu dalam sebuah kabel sulit bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya dipercayai menerima peratusan tertentu habuan daripada kebanyakan kontrak komersial utama - termasuk dari sektor pembalakan - yang diagihkan di negeri itu.

Menurut ketua bahagian politik Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, ketika itu, Mark D Clark: "kerajaan negeri Sarawak sangat korup dan dalam gengaman kukuh ketua menterinya".

"Dewan Undangan Negeri bernilai AS$ 82 juta (RM300 juta) yang sedang dibina itu mungkin lambang atau contoh paling jelas membuktikan bagaimana ketua menteri dan pegawai-pegawai kanannya menjadikan diri masing-masing kaya," tulis Clark pada kabel bertarikh13 Oktober, 2006 dan didedahkan oleh portal pembocor maklumat kontroversi Wikileaks.

Dalam sebuah lagi kabel lain yang bocor tiga tahun kemudian, Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa kerajaan Taib "mengeluarkan permit penebangan balak sambil meronda negeri yang tidak dibangunkan itu dengan menggunakan 14 helikopter. Syarikat-syarikat keluarganya juga dikatakan menguasai sebahagian besar ekonomi Sarawak."

Kabel ini berdasarkan lawatan oleh seorang kaunselor politik kedutaan yang melawat Sarawak pada 12-14 Oktober, 2009.

Kaunselor politik itu juga melaporkan bahawa dia telah disambut oleh timbalan ketua menteri, ketika itu, Tan Sri George Chan (kiri) di sebuah rumah agam yang baru dibina bersebelahan padang golf yang paling eksklusif di Kuching.

"Chan memberitahu bahawa sejak pilihan raya umum Mac 2008, kerajaan persekutuan telah 'mencurahkan jutaan ringgit' untuk pembangunan negeri itu," kata kabel yang bocor bertarikh 2 November, 2009 itu.

"Beliau menyifatkan peruntukan itu sebagai satu bentuk 'terima kasih' kepada kerajaan negeri Sarawak kerana membekalkan kerusi yang mencukupi bagi BN yang membolehkan gabungan itu mengekalkan majoritinya di Dewan Rakyat."

Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat juga telah berjumpa dengan seorang petugas operatif PKR, Baharuddin Moksin, yang mengadu ketidakupayaan dan kegagalan pembangkang untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi.

"(Baharuddin) Moksin berkata bahawa walaupun parti-parti pembangkang berjaya menyewa sebuah helikopter semasa pilihan raya kecil Batang Ai pada April, kerajaan negeri enggan memberikan hak pendaratan bagi helikopter mereka.

"Baharuddin menjelaskan bahawa di Sarawak, hanya tiga syarikat, - Cahaya Mata Sarawak, Naim Cendera Holdings dan Titanium Management Berhad - semuanya dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri, adalah 'pemain utama dalam negeri," kata kabel itu.

"Semua kontrak utama dan sebahagian besar tanah yang ditukarkan menjadi ladang kelapa sawit (termasuk tanah istiadat dan hak pribumi yang enggan diiktiraf oleh kerajaan negeri) telah diberikan kepada ketiga-tiga syarikat ini." - Malaysiakini

British adalah penjajah - semua yang menentang penjajah adalah dianggap 'Hero'

Posted: 31 Aug 2011 03:07 AM PDT

PAS: Fakta sejarah perlu dikaji semula, tak timbul isu sokong komunis
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-54 dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula dikritik sesetengah pihak berhubung satu ceramah baru-baru ini, parti Islam itu menegaskan, negara perlu mentafsir semula fakta sejarah agar semua hero diberi penghormatan sewajarnya.
Sehubungan itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, soal menyokong komunis tidak timbul jika "kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis."

"Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit," kata Tuan Ibrahim.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Mohamad dan menegaskan akan mengambil tindakan saman ke atas Utusan Malaysia atas alasan telah memutarbelitkan kandungan ceramahnya.

Polis pula berkata mahu menyiasat Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan mengemparkan rakyat.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas iaitu "apakah British dan kuncunya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah ditafsirkan."

Kata beliau, kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.

"Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya.

"Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Hari ini, genap 54 tahun negara mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun sambutan akan diadakan pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

Tuan Ibrahim menambah, disebabkan pada zaman British menjajah negara, mereka telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka.

"Namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, maka kini timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.

"Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), PKM (Parti Komunis Malaya) dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British," katanya lagi.

Justeru kata Tuan Ibrahim, atas penilaian itu, "kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero."

"Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?" tambah beliau.

Beliau seterusya menyoal, jika kedua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya?

"Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya," kata Tuan Ibrahim.

Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.

Bagaimanapun katanya, yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero.

Pada masa yang sama kata Tuan Ibrahim, kedudukan dan jasa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.

"Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?

"Secara menafsir sejarah secara jujur, semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun," katanya lagi.

Namun demikian, tambah beliau, "kita tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya menghalau penjajah."

"Namun apa yang pasti, menghalau penjajah merupakan 'common goal' yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain," katanya lagi.

Tuan Ibrahim seterusnya bertanya, "pada 1950 adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara?"

"Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu," jelas beliau.

"Selepas merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan.

"Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British," kata beliau.

Oleh itu kata beliau, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.

"Inilah tafsiran sejarah secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi satu-satu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era. Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri selepas menghalau penjajah," katanya sambil menambah, sejarah yang paling kritikal juga berlaku di zaman peralihan antara Jepun dan British.

"Di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British," kata beliau lagi.

"Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.

"Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Profesor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini," kata beliau lagi. - TMI

Kenali siapa pengkhianat orang orang Melayu

Posted: 31 Aug 2011 02:09 AM PDT

UMNO menganggap orang Melayu kurang cerdik dan mudah dicucuk hidung. Matlamat UMNO menyerang DAP adalah untuk menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap DAP, dan seterus supaya menolak Pakatan. Ini adalah pakej UMNO mengajak Melayu membenci DAP, dan ia diulas untuk membuktikan UMNO sendiri tahu yang para pemimpinnya banyak omong kosong dan terlalu bergantung kepada fitnah.
Mengapa orang Melayu tidak ramai menyertai DAP?

Kerana UMNO berjaya menfitnah sejak zaman-berzaman, mereka memberi persepsi buruk terhadap DAP dengan mengaitkan hal perkauman, agama dan ideologi komunis. Hakikatnya, semua dakwaan itu palsu dan UMNO sendiri pun tahu yang ia palsu. Semua fitnah ini telah dibuktikan tidak relevan dan salah sama sekali. Komunis tidak mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan tetapi DAP menjunjung Perlembagaan dan segala isinya. Ideologi DAP adalah demokrasi social yang ditolak dan ditentang oleh komunis. Dalam UMNO, pernah ada pemimpin ditahan di bawah ISA kerana dituduh komunis. Bagaimana UMNO boleh menyamakan kuda dengan basikal?

Apakah benar DAP parti berbilang bangsa dan Melayu boleh menjadi pemimpin dalam DAP?
UMNO menerusi ejen-ejen seperti Utusan dan Perkasa melukis gambaran pada fikiran orang Melayu bahawa mereka hanya akan menjadi kuda tunggangan orang-orang Cina dalam DAP. Hakikatnya, untuk menjadi pemimpin yang baik dalam mana-mana organisasi, setiap individu perlu mempunyai kualiti dalam semua segi. Kualiti hanya akan wujud sekiranya organisasi itu mempunyai jumlah kuantiti yang mencukupi. Tanpa kuantiti, sukar untuk memilih kualiti yang terbaik di kalangannya. Sifir ini dengan mudah menjelaskan, mengapa orang Melayu belum ada yang menjadi pemimpin besar dalam DAP, kerana jumlahnya masih sedikit. Senario ini juga adalah kesan dari kempen UMNO BN menakut-nakutkan orang Melayu kepada DAP, hingga jumlah ahli Melayu dalam DAP belum ramai. Kini, masa depan kita pasti akan berubah.
Pada masa yang sama, perlu ditanya: MCA itu kuda tunggangan UMNO atau UMNO kuda tunggangan MCA?

Benarkah DAP menjaga kepentingan Melayu di Pulau Pinang?
Sebelum PRU 2008, kita semua tidak akan tahu jika tidak diuji. Kini, pentadbiran Pulau Pinang termasuk kerajaan negeri-negeri Pakatan yang lain, adalah manifestasi kerajaan yang mendukung Perlembagaan dan menghormati Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Yang DiPertua Negeri masih kekal, jabatan dan agensi kerajaan kekal, kepentingan dan kedudukan semua kaum di Pulau Pinang tetap terpelihara. Pendek kata, tidak ada apa-apa perubahan dibuat untuk mengubah struktur pentadbiran negeri.

Yang baru dan amat berbeza adalah corak dan pendekatan pentadbiran. Ia kini lebih bersih, telus dan saksama dengan agihan ekonomi yang semakin adil. Maksudnya, semua ini boleh dilakukan sebelum 2008 tetapi tidak dilakukan oleh UMNO, Gerakan dan BN. Tetapi ia telah dilaksanakan oleh DAP dan Pakatan Rakyat. Ini adalah proses, dan proses adalah bukti nyata. Mana-mana ahli forensik sekali pun tidak mampu menyangkalnya. Jangan lupa, yang telah diuji pula telah gagal – UMNO. Lihat sendiri track record mereka, dulu, kini dan selamanya – gagal.

Dengan adanya pemimpin Melayu didalam DAP, adakah ia akan merosakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat?

UMNO hanya faham politik kaum. Pemimpin mereka ingat orang lain pun seperti mereka. Melayu letak dalam UMNO, Cina dalam MCA dan India dalam MIC. UMNO kata lompat, komponen-komponen BN lain tanya, berapa tinggi mahu lompat. Oleh kerana tidak faham atau pura-pura tidak faham, UMNO terus melaga-lagakan hubungan antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Itu kerja mereka. Bagi rakyat yang sudah celik – biarlah si Luncai terjun dengan labunya..biarkan. Hakikatnya, apa yang didukung oleh PKR, DAP dan PAS semuanya bersifat politik terbuka. Yakni rentas kaum, agama dan budaya. Ini perjuangan kemanusiaan. Semua ini menjadi dasar bersama PR yang kuat.

Benarkah DAP akan menjadikan negara ini negara Kristian? DAP mahu Perdana Menteri dari orang Cina?

Ini adalah dakyah terbesar UMNO-BN tahun ini. Mereka ibarat berkhayalkan pisang akan berbuah nangka. Dakyah ini menghina intelek masyarakat. Semata-mata mahu membangkitkan kemarahan orang Melayu, mereka telah mencipta berita palsu. Mereka ingat orang Melayu bodoh dan tidak faham Perlembagaan. Sedangkan UMNO bising melalak tentang Perlembagaan dan Islam sebagai agama Persekutuan. Tidak masuk akal langsung tuduhan itu.

Lagi satu, mungkin pemimpin dan ahli UMNO lupa bahawa pemimpin besar mereka Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang sesiapa yang layak menjadi Perdana Menteri tanpa mengira kaum dan agama. Namun DAP adalah parti berprinsip yang menerima hakikat masyarakat, realiti politik bahawa orang Melayu dan Bumiputera ialah kaum majoriti di Malaysia. DAP dengan hati terbuka menerima Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu dan Islam; syaratnya pemimpin yang jujur, ikhlas, bersih dan telus dan adil.

Malah apabila ada pemimpin UMNO yang cuba "cucuk" Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan mahu menjadi Perdana Menteri, dengan senyum tenang, Presiden PAS itu menjelaskan beliau tidak berminat untuk memegang jawatan itu. Jelas, hanya UMNO yang gila kuasa dan tidak sanggup hilang dari kuasa yang membolehkan mereka membuat segala kebejatan.

Pemimpin UMNO selalu tuduh DAP, PAS dan PKR gila kuasa. Tapi rakyat sudah tahu kelentong dan tembelang UMNO.
Dan akhirnya…
Parti mana yang akan menjadi pembangkang yang 'kuat' di Malaysia?
Jawabnya ialah UMNO dan mana-mana komponen BN yang setia dengannya. Ini adalah kerana UMNO-

BN yang paling kuat membangkang semua keperluan dan kehendak rakyat.

Rakyat mahu hapuskan tol, ia dibangkang 'kuat' oleh UMNO-BN
Rakyat mahu sistem pendidikan dirombak, UMNO-BN bangkang dengan'kuat'
Guru-guru mahu gaji, elaun dan pengurangan kerja pentadbiran untuk tumpu kepada mengajar, UMNO-BN bangkang dengan 'kuat'
Wartawan, seniman dan mahasiswa mahukan kebebesan, UMNO-BN bangkang lagi 'kuat'
Rakyat mahu negara berkebajikan, UMNO-BN tolak keras
Rakyat tidak mahu subsidi dikurangkan, UMNO-BN peduli apa kerana rakyat tidak sepenting kroni korporat mereka.
Oleh kerana hebat benar bangkangan UMNO dan BN terhadap aspirasi dan keperluan rakyat, maka elok sangat jika UMNO menjadi ketua pembangkang selepas PRU akan datang. – RoketKini



KARPET KUNING

0
sumber :-

KARPET KUNING


Kekejaman Komunis Malaya menyerang rumah pasung Polis British Malaya

Posted: 31 Aug 2011 08:04 PM PDT

secara peribadi terus terang kami rasakan serangan sesama islam amat menyedihkan...



termasuk juga serangan ini... lebih memilukan....



Kopitiam Bang Nan

0
sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Masa untuk bertindak...

Posted: 31 Aug 2011 06:55 PM PDT

Pendedehan wikileaks mengenai 'kedegilan' kakitangan awam negeri Selangor mematuhi arahan kerajaan negeri bukanlah satu rahsia.

YB-yb Pakatan Rakyat sering dalam pertemuan-pertemuan dengan kami menyatakan kesukaran untuk mendapatkan kerjasama mereka baik di JAIS, MAIS, Majlis-majlis perbandaran mahupun Pejabat-pejabat tanah dan daerah.

Ada di antara kakitangan kerajaan tersebut bila berdepan dengan pegawai-pegawai YB (yang menyamar sebagai rakyat biasa) diberitahu oleh mereka agar "tunggu BN perintah balik, semua boleh settle.!" Saya sendiri pernah mengalami kisah ini.

Ada kakitangan kerajaan yang sengaja melengah-lengahkan permohonan rakyat sebagai usaha untuk sabotaj kerajaan negeri sekarang agar kelihatan lembab.


Bukan itu sahaja, biarlah kita berterus terang. Kelihatan seolah-olah pihak istana juga tidak friendly dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan Sultan tetapi orang keliling Sultan yang majoritinya kumpulan songkok tiga jengkal cuba membentuk imej begitu. Dengan bantuan media seperti TV3 dan Utusan Malaysia, imej ini seolah-olah adalah pendirian rasmi Sultan. Ini sedikit sebanyak menjejaskan dan menyusahkan pentadbiran PR yang dipilih secara demokratik oleh rakyat negeri Selangor.

Bukan suatu rahsia, perlantikan SUK, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah perlantikan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Bukan tak nak percaya kepada individu-individu ini tetapi sejarah tidak pernah menipu.

Saya biasa dengar tuntutan-tuntutan individu terhadap kerajaan negeri (mengenai tanah) tidak bersungguh-sungguh dipertahankan oleh pejabat pegawai undang-undang negeri sehinggakan hakim yang mendengar tuntutan juga merasa pelik dengan tindak tanduk mereka. Baguslah kepada individu yang menuntut tetapi kerajaan negeri yang kena tanggung semua itu.

Setuju sangat saya dengan pendapat pembaca-pembaca di atas bahawa sudah sampai masanya Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar untuk 'flex his muscles' dengan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pegawai-pegawai yang engkar tersebut.

Kalau perlu, bentangkan di DUN untuk menubuhkan agensi di bawah kerajaan negeri untuk mengambil alih sebahagian kerja-kerja yang tergendala angkara 'pengkhianat' ini. Buatlah apa yang patut Tan Sri.

Sebab itulah saya juga 'pissed off' dengan sesetengah wakil rakyat kita sendiri yang tidak 100% 'in tandem' dengan polisi kerajaan negeri. Pendirian resmi kerajaan macam ni dia buat macam tu. Sungguh malang ada antara kita sendiri tidak boleh memerdekakan diri dari slogan 'hidup melayu.' Tidak bebas dari faham assobiyah....

Ucapan Mat Sabu buat barua Umno kalut tak tentu pasal!!

Posted: 31 Aug 2011 06:47 PM PDT

Hehe....

KENYATAAN RESMI PSM

TELITI KONTEKS UCAPAN MUHAMMAD SABU DAHULU
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA HARUS SERTAI PARTI POLITIK

PSM berpendirian bahawa apa yang tertulis dalam Utusan Malaysia bukanlah isu sebenar dan konteks sebenar apa yang telah diceramahkan oleh Muhammad Sabu – Timbalan Presiden PAS mengenai isu Bukit kepong dan Kemerdekaan Tanah Melayu..

PSM berpendirian sebegini kerana semasa penahanan Ahli PSM pada bulan Julai lalu dan kemudiannya penahanan mereka dibawah EO, Utusan Malaysia dan PDRM juga membuat pelbagai tohmahan dan cerita palsu seperti ada senjata dalam bas, PSM mahu mencetuskan perang keatas yang Dipertuan Agung, mahu menghidupkan PKM, ada agen luar negara dan sebagainya. Ajaran yang PSM belajar adalah Utusan Malaysia kebal bercakap bohong dan tidak ada apa yang boleh dilakukan. Begitu juga ada ahli PERKASA dan orang UMNO seperti Ezam yang boleh membuat ugutan berunsur jenayah tetapi mereka kebal dan tiada tindakan diambil terhadap mereka.

Justeru itu, PSM berharap konteks apa yang Muhamamd Sabu katakan sebenarnya harus diteliti. Ini adalah kerana sejarah negara ditulis dari kacamata UMNO yang telah bersekongkol dengan British untuk mendapat kemerdekaan. Terdapat juga banyak buku sejarah yang telah dikarang mengenai versi ini oleh sejarahwan. Pejuang-pejuang kiri seperti Boestaman, Samsiah Fakeh, Burhanuddin Al-Helmy dan lain-lain pejuang kemerdekaan tidak diberi ruang secukupnya dalam sejarah yang dikarang dan diterbit oleh UMNO.

PSM juga sedih apabila Timbalan Ketua Polis negara begitu terburu-buru mengeluarkan kenyataan meminta Muhamamd Sabu membaca buku sejarah. Sebagai seorang Pegawai Polis beliau sepatutnya menyiasat samada kenyataan Muhammad Sabu mempunyai unsur jenayah atau tidak. Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti seorang Ahli UMNO atau ahli politik. Jika beliau ingin menyertai politik, bersaralah dan masuklah gelanggang politik.

PSM berharap pihak polis yang neutral atau badan bebas seperti SUHAKAM menyiasat kenyataan Muhamamd Sabu.

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM
29 Ogos 2011

Sejarah yang cuba dipadamkan oleh Umno..!!

Posted: 31 Aug 2011 04:09 PM PDT

Umno dalam bahaya kalau melayu rajin mengkaji sejarah.....


Meluruskan Kembali Sejarah Kemerdekaan Negara:Catatan Ringkas Mengenai Perjuangan Nasionalis-Kiri-Radikal
by Rizal 'Syeikhryz' Hamdan on Tuesday, August 30, 2011 at 5:23am

MUKADIMAH

Baru-baru ini, telah tercetus satu kontroversi berkenaan kebangkitan semula pengaruh komunisme di Malaysia. Penulis memerhatikan perkembangan ini semenjak daripada peristiwa Demonstrasi BERSIH 2.0 pada beberapa bulan terdahulu. Di antara taktik yang digunakan oleh regim pemerintah ialah dengan menuduh,tujuan penganjuran demonstrasi tersebut adalah untuk menghidupkan kembali pengaruh komunis dalam negara (penangkapan 6 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia di bawah Emergency Ordinance 1948). Hal yang sama turut terjadi beberapa hari yang lepas, apabila Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu memberikan komen tentang peranan pihak Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan kemerdekaan negara. Komen ini,seperti yang telah penulis jelaskan,mempunyai 'beban sejarah' dan ia pantas menjadi modal politik pihak Ethno-Nasionalis seperti Parti UMNO dan pertubuhan yang sealiran dengannya.

Selepas merenung kesemua hujah-hujah kedua-dua belah pihak,penulis berpendapat bahawa,kontroversi ini tercetus berikutan dokumentasi sejarah atau versi sejarah yang dipaparkan kepada masyarakat telah disunting,dibuang separuh,digelapkan setengah dan difokuskan segelintir sahaja. Apa yang penulis maksudkan ialah,pemaparan versi sejarah yang dipelajari masyarakat sejak zaman persekolahan sehingga dewasa ialah versi sejarah menurut perspektif regim penguasa. Sejarah yang ditonjolkan hanya memberikan 'kredit' perjuangan kemerdekaan kepada parti pemerintah sahaja. Sebaliknya, sejarah yang menonjolkan pihak lain sama ada dibuang sama sekali atau dikecilkan 'kepentingannya' sekadar menjadi pelengkap kronologi sesuatu peristiwa. Penulis berpendapat, ini merupakan perbuatan 'menyimpangkan sejarah' asal dengan tujuan politik. Tidak dinafikan, parti pemerintah harus dipuji kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan proses kemerdekaan Negara. Namun, perlu kita fahami bahawa, kemerdekaan itu bukan hanya 'peristiwa sehari' tetapi merupakan suatu proses yang panjang.

Perlu kita akui, sebelum kemunculan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/PEKEMBAR), terdapat banyak organisasi kiri (left leaning) yang telah merintiskan perjuangan kemerdekaan Negara. Ramai daripada kalangan kita yang terlupa tentang kewujudan organisasi seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Hizbul Muslimin, Barisan Tani Semalaya (BATAS), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Aangkatan Pemuda Insaf (API), Gerakan Anak Muda (GERAM) dan beberapa pertubuhan lain yang turut serta menyumbang tenaga dan idea ke arah proses kemerdekaan Negara. Namun, disebabkan oleh sikap kita (regim penguasa) yang gemar memadamkan sejarah untuk membentuk 'hegemoni' dalam fikiran rakyat bahawa hanya parti pemerintah sahaja yang berjuang untuk merdeka, catatan sejarah negara ini dikesampingkan dan hanya menjadi 'subaltern history' yang berlegar untuk diselidik oleh mereka yang mengkaji sejarah mahupun politik Negara sahaja. Berdasarkan hal ini, penulis merasakan 'sejarah perjuangan kemerdekaan negara' harus diuruskan kembali agar diketahui oleh generasi muda.

PERINTIS AWAL PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Kesedaran politik di Malaysia agak lambat berbanding Negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Di Indonesia, pada tahun 1905 sudah terdapat organisasi politik awal seperti Sarekat Dagang Islam (Sebelum dijenamakan semula sebagai Sarekat Islam pada tahun 1912) untuk menjadi platform politik masyarakat peribumi yang dipimpin oleh pejuang terkenal seperti Hj Oemar Said Tjokrominoto dan Hj Agus Salim. Di Filipina pula, gerakan politik seperti La Liga Filipina dan Katipunan pada tahun 1892. Di Malaya (sebelum dikenali sebagai Malaysia pada tahun 1963), organisasi politik yang bersifat kebangsaan hanya timbul pada tahun 1938 (sebelum itu yang ada hanyalah organisasi yang bersifat parokial/kewilayahan) di bawah pimpinan pejuang yang bersifat anti-establishment dan anti feudal seperti Ibrahim Yaakob. Organisasi KMM dilihat begitu progresif dan mahukan perubahan yang radikal kepada nasib anak bangsa. Contoh yang dapat diberikan ialah penerbitan tulisan Ibrahim Yaakob hasil pengamatannya (observation) ke seluruh Negara yang bertajuk 'Melihat Tanah Air'(1941). Tulisan ini merupakan antara percubaan pertama untuk menganalisis keadaan tanah air yang berada di bawah penjajahan Inggeris.

Penulis pasti tidak ramai daripada kalangan kita yang pernah mengetahui fakta ini selain mereka yang terlibat dalam pengajian politik atau sejarah Malaysia. Sebelum kemunculan Dato Onn Jaafar dalam aktivisme kemerdekaan Negara, kita sudah mempunyai ramai aktivis yang sudah terlibat aktif dalam menentang penjajah dan membangkitkan kesedaran rakyat akan penindasan dan kemunduran di tanah jajahan. Setiap hasil bumi Negara (pada tahap analisis periphery countries oleh penganalisis aliran Neo Marxis) akan diangkut ke Negara penjajah (pada tahap core countries). Pejuang-pejuang awal kemerdekaan seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Hj Muhammad, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan lain-lain nasionalis kiri telah mula memahami kepentingan untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris.

SEJARAH YANG DIPENCILKAN

Mereka yang disebutkan di atas merupakan nasionalis kiri yang anti establishment anti kolonial. Mereka mengambil sikap tidak bekerjasama dengan penjajah, namun masih mengambil saluran demokrasi untuk mencapai tujuan dan hasrat perjuangan mereka. Hasilnya, pada 17 Oktober 1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) iaitu parti politik pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu pasca perang dunia kedua. Walaubagaimanapun, parti ini telah diharamkan pada 18 Jun 1948. Apa yang ingin penulis sampaikan ialah, PKMM merupakan parti politik pertama yang ditubuhkan dan tidak berbentuk militan berbanding Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan pada tahun 1930. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui bahawa PKM turut menyumbang kepada kemerdekaan Negara melalui 2 fasa perjuangan mereka.

1) Perjuangan menghalau penjajah Jepun melalui kerjasama sulit dengan British
2) Perjuangan anti kolonial menentang penjajah British.

Dua bentuk perjuangan yang dilaksanakan oleh PKM ini 'membolehkan' mereka menerima kredit memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air. Namun, setelah Tanah melayu mencapai kemerdekaan, perjuangan ideologi marxisme oleh PKM diteruskan ke atas kerajaan Persekutuan Tanah Melayu atas anggapan kerajaan pimpinan Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj merupakan 'anak emas' British dan hanya meneruskan dasar kapitalisme yang diasaskan oleh pihak kolonial. Walaubagaimanapun, ini merupakan suatu hal yang lain berikutan fasa perjuangan bersenjata yang melalui zaman yang berbeza. Apa yang penulis cuba tampilkan di sini ialah bagaimana PKM juga turut terlibat dalam usaha membebaskan Tanah Air daripada penjajahan British. Berikutan itu, mengapakah kita mahu menafikan sumbangan mereka? Di sinilah penulis menyatakan akibat daripada 'beban sejarah' yang dipikul oleh PKM sepanjang penentangannya ke atas pentadbiran Negara pasca merdeka menyebabkan mereka langsung tidak dicatatkan sebagai penyumbang tenaga dalam proses kemerdekaan Negara.

Ramai daripada kalangan kita yang hanya mengenali PKM sebagai sebuah organisasi militant yang dianggotai oleh etnik Cina sahaja, tetapi tidak berusaha memahami terdapat juga regimen dalam PKM yang dianggotai oleh etnik Melayu iaitu Regimen ke 10. Perlu penulis terangkan di sini bahawa kebanyakan ahli Regimen ke 10 PKM merupakan nasionalis kiri-Melayu yang terpaksa masuk ke hutan untuk menyertai perjuangan bersenjata PKM kerana diancam oleh pihak penjajah British. Perlu diingati, pada tahun 1948, pihak penjajah British telah menguatkuasakan Ordinan Darurat (kini peranannya diteruskan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) untuk menghapuskan kebangkitan nasionalisme Melayu yang dikepalai (spearheaded by) oleh pertubuhan-pertubuhan kiri di Tanah Melayu. Di antara pemimpin aliran nasionalis kiri yang dihumban ke penjara tanpa bicara adalah Ahmad Boestamam,Kamaruzaman Teh, Yahya Nasim dan beberapa tokoh kiri yang lain. Demi mengelakkan diri daripada turut sama ditahan tanpa bicara, terdapat sebilangan tokoh nasionalis kiri yang tiada pilihan lain selain menyertai PKM di hutan, ini termasuklah mereka-mereka seperti Abdullah CD, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Musa Ahmad dan lain-lain.

Namun, 'beban sejarah' yang dipikul oleh PKM telah 'mengelapkan' sumbangan pejuang-pejuang nasionalis kiri ini daripada dipaparkan kepada masyarakat sebagai tokoh kemerdekaan. Mengapa kita perlu bimbang kepada komunisme yang sudah tersimpan dalam 'arkib sejarah dunia'? Penulis berpendapat, komunisme masa kini hanyalah sebatas konsumerisme sahaja seperti pemakaian baju T berlambang bintang, Red Star, Sickle and Hammer serta imej tokoh-tokohnya seperti Che Guevara, Lenin, Mao dan lain-lain. Perlu kita fahami, semenjak penubuhan PKM pada tahun 1930 sehingga kini belum pernah terjadi revolusi proletar di Malaysia. Tanggapan bahawa perjuangan komunisme cuba dihidupkan kembali di Malaysia hanyalah telahan karut oleh mereka-mereka yang masih tersekat memorinya di zaman perang dingin (Cold War).

Penulis melihat catatan sejarah politik di Britain, para pemuka Irish Republican Army (IRA) seperti Jeneral Michael Collins (1890-1922) sendiri pun turut diiktiraf oleh pihak British sebagai wira tempatan Ireland selain daripada Eamon De Valera (1882-1975). Amerika Syarikat sendiri turut menghargai dan mengiktiraf pemimpin pemberontakan Chiricahua-Apache iaitu Geronimo (1829-1909) sebagai wira tempatan. Namun, mengapakah kita tidak pernah memberikan 'kredit' kepada pejuang-pejuang kiri yang turut sama berjuang untuk Negara? Berdasarkan hal ini, penulis merasakan kita perlu meluruskan kembali catatan sejarah bangsa dan Negara daripada terus diselewengkan demi kepentingan politik sesetengah pihak.

KESIMPULAN

Keamanan dan kesenangan yang kita nikmati pada hari ini bukan hanya hasil usaha sesetengah pihak sahaja, bahkan merupakan usaha kolektif yang membabitkan banyak ideologi dan aliran perjuangan. Kesilapan utama kita ialah sentiasa meminggirkan catatan sejarah Negara demi 'meampilkan' sesetengah pihak sahaja sebagai aktor utama kemerdekaan negara. Dalam sejarah Negara dan bangsa kita, ramai 'wira-wira yang tidak didendang' telah semakin dilupakan oleh rakyat. Hal ini berlaku bukan hanya kerana mereka malas untuk membaca atau mengkaji, tetapi kerana catatan sejarah telah 'dibengkokkan'. Sempena perayaan kemerdekaan Malaysia yang ke 54 ini, penulis berharap agar kita kembali mengenang jasa-jasa kesemua pejuang Negara, bukan hanya jasa sesetengah pejuang sahaja. 'Interaksi sejarah' yang berlaku di masa silam perlu kembali diluruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih memahami dan meghargai 'catatan sejarah' Negara daripada perspektif yang pelbagai. Perbuatan 'meminggirkan' sejarah yang benar hanya menyebabkan terlahirnya generasi pelapis yang tidak progresif dan tidak kritis. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan Negara yang ke 54.

NOTA

Sila rujuk buku seperti Cheah Boon Kheng.1984. Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After Japanese Occupation of Malaya 1941-1946, Filem 10 Tahun Sebelum Merdeka oleh Fahmi Reza dan lain-lain buku berkenaan perjuangan nasionalis kiri untuk penjelasan lanjut.

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Human Rights Watch mahu Australia selesai sendiri isu pencari suaka

Posted: 31 Aug 2011 05:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Human Rights Watch menegaskan Australia sendiri yang perlu mengambil tanggungjawab melayan tuntutan pencari-pencari suaka di wilayahnya tanpa bergantung pada negara-negara lain ekoran satu keputusan bersejarah mahkamah negara itu semalam.
"Mahkamah menyedari (kewujudan) satu perjanjian kotor apabila perkara itu dibawa kepadanya," kata Pengarah Program Pelarian Human Rights Watch, Bill Frelick, dalam satu kenyataan.
"Mahkamah Tinggi Australia memutuskan dengan muktamad rancangan berniat jahat kerajaan, yang boleh melanggar hak asasi pencari suaka di Australia," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: Negara perlu lebih ramai pejuang ‘berani’ macam Dr Hassan

Posted: 31 Aug 2011 05:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Dewan Pemuda PAS pusat mengibaratkan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, yang meninggal dunia semalam, sebagai "bapa" yang tidak jemu-jemu mendidik "anaknya" dalam kebanyakan isu, terutama dalam isu kontroversi dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
"Setiap bibit nasihat dan ketegasan beliau akan dijadikan azimat kepada Dewan Pemdua PAS dalam meneruskan hasrat murni Almarhum untuk melihat bangsanya mulia menjunjung bahasa ibunda," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Allahyarham Hassan meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya petang semalam dan akan dikebumikan hari ini.
Nasrudin menambah, Dewan Pemuda PAS sedia memikul dan meneruskan amanat perjuangan Almarhum dan mengharapkan lebih ramai tokoh akademik dan profesional mengikuti jejak langkah beliau yang "komited, berani, tidak mengenal penat dan turun ke lapangan, demi perjuangan untuk menegakkan yang hak."
Read More / Baca Lagi >>

Barua UMNO : RTM fitnah Pemimpin Pakatan sokong kumpulan murtad!

Posted: 31 Aug 2011 05:18 PM PDT



JIKA sebelum ini TV3 Al-Musyrikin dikesan melaporkan berita palsu Surau Al-Musyrikin yang tidak wujud, untuk menggambarkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Teresa Kok sebagai penyebar agama Kristian [Al-Musyrikin].
Read More / Baca Lagi >>

Sejarah yang cuba dipadamkan oleh Umno..!!

Posted: 31 Aug 2011 05:14 PM PDT

Umno dalam bahaya kalau melayu rajin mengkaji sejarah.....
Meluruskan Kembali Sejarah Kemerdekaan Negara:Catatan Ringkas Mengenai Perjuangan Nasionalis-Kiri-Radikal
Read More / Baca Lagi >>

Pulau Pinang dulu dan sekarang…

Posted: 31 Aug 2011 05:12 PM PDT

SEPTEMBER – Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Pulau Mutiara sememangnya menepati namanya. Kali pertama saya ke Pulau Pinang pada tahun 1980, masih ingat lagi kali pertama naik feri untuk menyaksikan keindahan pulau.
Sayangnya, masa itu, ianya indah khabar dari rupa. Kekotoran dan kesesakan lalulintas. Selepas itu saya sudah banyak kali pergi ke pulau ini dan tidak banyak yang berubah.
Semenjak tahun 2010, saya lebih kerap ke Pulau Pinang atas urusan kerja dan juga cuti. Boleh dikatakan sebulan dua kali. Sewaktu sambutan Tahun Baru 2011 pun saya ada di Padang Kota.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis bangsa

Posted: 31 Aug 2011 04:48 PM PDT

Oleh: MSK
Sesiapa yang beli suratkhabar semalam dan hari ini, sudah pasti akan melihat bermacam-macam gambar menarik tentang hubungan kaum dlMalaysia. Sekali imbas, hubungan kaum di Malaysia nampak cukup harmonis. Seolah-olah tidak ada lagi yang memisahkan antara Melayu, Cina India dan lain-lain. Tapi apakah itu realitinya?
 Kalau itulah realitinya, maka aku rasa…tidak akan berlaku krisis hubungan kaum yang ada sekarang. Apa yang aku fikirkan, semua "keharmonian" yang ditayangkan dalam suratkhabar hanyalah satu impian yang belum menjadi kenyataan. Realitinya, rakyat Malaysia masih lagi penuh kesangsian dan prejudis terhadap satu sama lain.
Sejak dua hari lalu, heboh tentang rating Najib yang semakin merudum. dan ketika melayari laman Merdeka Center, aku terjumpa satu kajian yang dibuat awal Ogos lalu yang aku terlepas pandang. Dan mengapa ianya tidak menjadi tajuk-tajuk berita dalam blog, menunjukkan bahawa hubungan kaum ini kurang mendapat perhatian kalau dibandingkan dengan rating Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Leaked UN report outlines plan for Libya

Posted: 31 Aug 2011 04:33 PM PDT

Video - Files: Americans aid Gaddafi in rebel fight

Posted: 31 Aug 2011 04:26 PM PDT

Datuk Dr Hassan Ahmad : Negara Hilang Tokoh Bahasa Berpengalaman Luas

Posted: 31 Aug 2011 04:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 OGOS : Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad yang meninggal dunia hari ini adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, serta perancangan bahasa dan sastera.

Ini bermakna negara hari ini kehilangan seorang tokoh bahasa yang disegani dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera selepas dilantik sebagaiketua pentadbir institusi itu.

Berkat kesungguhan dan kegigihannya, serta pengalaman luas dalam lapangan penyelidikan, Allahyarham muncul sebagai pentadbir yang cukup berkemampuan dalam pengembangan dan perancangan bahasa serta sastera.

Read More / Baca Lagi >>

Melancholic nuclear Merdeka Day

Posted: 31 Aug 2011 04:19 PM PDT

 Eye Wide Wide

AUG 31 — Good Malaysians suffer from a deep melancholy on this Merdeka Day. What does Merdeka Day signify when the tax-paying rakyat are marginalised, cheated, pummelled, demoralised and more?
Just look at the social and economic injustices, the gap between the super-rich BN-Putras and the rest of us kais-pagi-makan-pagi rakyat. And Malaysia is losing its values and principles!
Honesty is no longer the best policy in Malaysia. Millions and billions of taxpayers' money is wasted! Just look at the embezzlements and fraudulent projects in industries. Merge a couple of companies in a so-called synergy, already gain millions if not billions for the BN-Putras.
GLCs not performing? OK, asset stripping, and more of the merge and demerge tricks. Land-grabbing and cronyism, so prevalent that many a dynasties are built on this alone, and the poor natives are further marginalized.
Read More / Baca Lagi >>

Hassan Ahmad meninggal dunia sebelum memoir, galeri menjadi realiti

Posted: 31 Aug 2011 09:22 AM PDT

Khalil Yaakob (kanan) berbual dengan isteri Alllahyarham Hamimi Mohamad Shariff (dua dari kanan) dan saudara mara. – Foto oleh Choo Choy May
PETALING JAYA, 31 Ogos – Memoir dan galeri peribadi merupakan antara beberapa rancangan yang telah diatur oleh bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, yang meninggal dunia hari ini, tetapi tidak sempat menjadi kenyataan. Hassan yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya kira-kira pukul 2 petang tadi.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara sekitar tengah hari esok. Jenazah akan dimandikan di Masjid Kampung Tunku di sini sebelum dibawa ke tanah perkuburan antara pukul 10.30 hingga 11 pagi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS ucap takziah kepada keluarga Hasan Ahmad

Posted: 31 Aug 2011 09:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hasan Ahmad yang meninggal dunia petang tadi.
"Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pimpinan dan ahli-ahli seluruhnya, saya mengucapkan takziah terhadap keluarga Almarhum Datuk Dr Hasan Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, pemergian beliau sangat dirasai oleh PAS khususnya yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan yang sebenar-benarnya.
Tambahnya, kesediaan beliau menanggung risiko yang besar apabila memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI merupakan satu jasa besar yang sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwat kekal tidak jamin pilihan raya bersih..jika daftar pemilih kotor..!!

Posted: 31 Aug 2011 09:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak menjamin pilihan raya yang bersih dan adil selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Bersihkan daftar pemilih dahulu selepas itu baru laksanakan penggunaan dakwat kekal dan apa sistem sekalipun untuk memperbaiki sistem pilihan raya negara ini.
"Jika daftar pemilih tidak bersih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak banyak membantu," katanya.
Menurut Mahfuz, walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda tidak sebanyak masalah yang ditimbulkan penggunaan sistem biometrik, tetapi perkara itu boleh diberikan perhatian selepas daftar pemilih dibersihkan dahulu.
"Selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, tidak banyak faedahnya jika sistem yang tidak bermasalah sekalipun digunakan untuk mengelakkan pengundian berganda," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno

Posted: 31 Aug 2011 09:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara.
"Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.
"Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.
"Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Ong pertahankan kenyataan 'Cina dipinggirkan'

Posted: 31 Aug 2011 09:12 AM PDT

Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengesahkan beliau ada memaklumkan kepada diplomat Amerika Syarikat bahawa masyarakat Cina di negara ini berpendapat mereka dipinggirkan tetapi menegaskan beliau hanya menyampaikan sentimen masyarakat itu.Read More / Baca Lagi >>

Malaysia, Australia akan cari jalan terbaik tangani isu pencari suaka..rakyat sendiri pun tak terbela...!!!

Posted: 31 Aug 2011 09:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Malaysia akan bekerja rapat dengan kerajaan Australia untuk mencari jalan terbaik bagi menangani isu pencari suaka dan pemerdagangan manusia, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein susulan keputusan mahkamah awal hari ini.
Menteri Dalam Negeri berkata perjanjian antara kedua-dua kerajaan adalah cara terbaik untuk menyelesaikan isu pemerdagangan manusia.
"... satu cara untuk melindungi kepentingan Australia, Malaysia dan yang utama sekali (soal) imigran yang terbabit," kata beliau dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan petang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video : The 9/11 Decade - The Intelligence War

Posted: 31 Aug 2011 05:47 AM PDT

Video: Bittersweet Eid in Tripoli

Posted: 31 Aug 2011 05:41 AM PDT

Kisah Sebenar Perjalanan Kemerdekaan TERBONGKAR ! buat tatapan generasi hari ini

Posted: 31 Aug 2011 04:21 AM PDT




Sultan

5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.
54 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari 'seberang'. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara 'konon-kononnya' dalam tahun 1957…
Read More / Baca Lagi >>

Umno binatang ternak British?

Posted: 31 Aug 2011 04:18 AM PDT


Berikut ialah penjelasan M S Ibrahim Al-Malbar mengenai sejarah tanahair yang digelapkan oleh Umno di bawah berita Malaysiakini 31/8/11 bertajuk "Dr M bimbang ada pihak cuba pesong fakta sejarah":
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan tidak lama selepas itu yang berusaha untuk membangkitkan kesedaran kemerdekaan dikalangan orang melayu dan anti British, antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam. Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA, hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan melayu menubuhkan UMNO, slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, umno memperkecilkan perjuangan PKMM dengan ungkapan "....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...."
Pada 1947 Dr Burhanuddin, Ghanapathi, Abdullah CD dan Miau Siu telah menghadiri persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan gerakan kemerdekaan di berbagai negara asia.
Read More / Baca Lagi >>

Merdeka yang hilang?

Posted: 31 Aug 2011 04:02 AM PDT

Oleh SYAHREDZAN JOHAN
 
Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, akan kedengaran di corong-corong udara, persoalan yhttp://www.globalblogincome.com/wp-content/uploads/2010/08/merdeka.gifang sering dikemukakan: apa erti kemerdekaan? Persoalan ini banyak bersangkut-paut dengan perspektif ortodoks kita tentang apa itu patriotisme, yang telah dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kita diuli untuk melihat patriotisme melalui kaca mata hitam putih yang sempit.

Read More / Baca Lagi >>

Wikileaks: Kabel Amerika papar Taib sangat korup

Posted: 31 Aug 2011 03:59 AM PDT

Jabatan Negara Amerika Syarikat diberitahu dalam sebuah kabel sulit bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya dipercayai menerima peratusan tertentu habuan daripada kebanyakan kontrak komersial utama - termasuk dari sektor pembalakan - yang diagihkan di negeri itu.Read More / Baca Lagi >>

Majlis Peralihan Libya tolak tentera pengaman PBB

Posted: 31 Aug 2011 03:27 AM PDT

Pejuang pemberontak Libya memerhatikan katil di rumah ladang milik Muammar Gaddafi di bandar Abu Grein, 138km ke barat Sirte, semalam. — Foto Reuters
NEW YORK, 31 Ogos — Kepimpinan sementara Libya menolak idea untuk menempatkan sebarang pasukan tentera pengaman antarabangsa, demikian menurut duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Tripoli, Ian Martin. Terdahulu, Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berkata negara itu tidak memerlukan bantuan luar untuk mengekalkan keselamatan.
Perkembangan muncul ini ketika pejuang pemberontak sedang menghampiri kubu kuat Muammar Gaddafi di Sirte dari sebelah barat dan timur.
Askar yang pro-Muammar diberi tempoh sehingga Sabtu ini untuk menyerah diri.
Timbalan wakil Libya ke PBB, Ibrahim Dabbashi memberitahu BBC bahawa situasi di negara itu adalah unik.
Read More / Baca Lagi >>

Hisham justifies Umno's racial politicking by blaming 'weak' MCA

Posted: 31 Aug 2011 03:14 AM PDT

Hisham justifies Umno's racial politicking by blaming 'weak' MCA'Reassurances' given by Home Minister Hishammuddin Hussein to the US embassy for UMNO's heated racial rhetoric during its 2006 general assembly provides a telling glimpse into the mindset of the ruling elite that has controlled the BN coalition for the past 54 years.
Hisham justified the posturing by his Youth wing as necessary in order for Malays to vent their frustration at the other races because they felt they were lagging behind. According to him, the country's "racial splits are now more pronounced" and the Malays still did not feel on par with other ethic groups.
Hisham then blamed the negative response on BN partner, the MCA, for being unable to 'manage' the reaction of the Chinese.
Read More / Baca Lagi >>

Najib slammed for "7-figure" public relations fees to gloss over nuclear plants

Posted: 31 Aug 2011 03:12 AM PDT

Najib slammed for "7-figure" public relations fees to gloss over nuclear plantsNews that Prime Minister Najib Razak's government was already hunting down a public relations agency to help build public support for its unpopular proposal to build nuclear power plants has alarmed opposition leaders.
The BN federal government had in December 2010 announced plans to build two nuclear power plants to generate 1,000MW each, with the first plant ready for operation in 2021 and the second in 2012.
The proposal was immediately shot down by the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim and other green groups, who pointed out that electricity reserves in the country were more than abundant and the risks of nuclear contamination was greater than any benefits. The Japan tsunami and the subsequent meltdown of its power plants also served as the best reminders, they warned.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT