RAKYAT MARHAEN |
- Human Rights Watch mahu Australia selesai sendiri isu pencari suaka
- PAS: Negara perlu lebih ramai pejuang ‘berani’ macam Dr Hassan
- Barua UMNO : RTM fitnah Pemimpin Pakatan sokong kumpulan murtad!
- Sejarah yang cuba dipadamkan oleh Umno..!!
- Pulau Pinang dulu dan sekarang…
- Krisis bangsa
- Video : Leaked UN report outlines plan for Libya
- Video - Files: Americans aid Gaddafi in rebel fight
- Datuk Dr Hassan Ahmad : Negara Hilang Tokoh Bahasa Berpengalaman Luas
- Melancholic nuclear Merdeka Day
- Hassan Ahmad meninggal dunia sebelum memoir, galeri menjadi realiti
- PAS ucap takziah kepada keluarga Hasan Ahmad
- Dakwat kekal tidak jamin pilihan raya bersih..jika daftar pemilih kotor..!!
- Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno
- Ong pertahankan kenyataan 'Cina dipinggirkan'
- Malaysia, Australia akan cari jalan terbaik tangani isu pencari suaka..rakyat sendiri pun tak terbela...!!!
- Video : The 9/11 Decade - The Intelligence War
- Video: Bittersweet Eid in Tripoli
- Kisah Sebenar Perjalanan Kemerdekaan TERBONGKAR ! buat tatapan generasi hari ini
- Umno binatang ternak British?
- Merdeka yang hilang?
- Wikileaks: Kabel Amerika papar Taib sangat korup
- Majlis Peralihan Libya tolak tentera pengaman PBB
- Hisham justifies Umno's racial politicking by blaming 'weak' MCA
- Najib slammed for "7-figure" public relations fees to gloss over nuclear plants
Human Rights Watch mahu Australia selesai sendiri isu pencari suaka Posted: 31 Aug 2011 05:43 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 Sept — Human Rights Watch menegaskan Australia sendiri yang perlu mengambil tanggungjawab melayan tuntutan pencari-pencari suaka di wilayahnya tanpa bergantung pada negara-negara lain ekoran satu keputusan bersejarah mahkamah negara itu semalam. Read More / Baca Lagi >>"Mahkamah menyedari (kewujudan) satu perjanjian kotor apabila perkara itu dibawa kepadanya," kata Pengarah Program Pelarian Human Rights Watch, Bill Frelick, dalam satu kenyataan. "Mahkamah Tinggi Australia memutuskan dengan muktamad rancangan berniat jahat kerajaan, yang boleh melanggar hak asasi pencari suaka di Australia," katanya lagi. |
PAS: Negara perlu lebih ramai pejuang ‘berani’ macam Dr Hassan Posted: 31 Aug 2011 05:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 Sept — Dewan Pemuda PAS pusat mengibaratkan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, yang meninggal dunia semalam, sebagai "bapa" yang tidak jemu-jemu mendidik "anaknya" dalam kebanyakan isu, terutama dalam isu kontroversi dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Read More / Baca Lagi >>"Setiap bibit nasihat dan ketegasan beliau akan dijadikan azimat kepada Dewan Pemdua PAS dalam meneruskan hasrat murni Almarhum untuk melihat bangsanya mulia menjunjung bahasa ibunda," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Allahyarham Hassan meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya petang semalam dan akan dikebumikan hari ini. Nasrudin menambah, Dewan Pemuda PAS sedia memikul dan meneruskan amanat perjuangan Almarhum dan mengharapkan lebih ramai tokoh akademik dan profesional mengikuti jejak langkah beliau yang "komited, berani, tidak mengenal penat dan turun ke lapangan, demi perjuangan untuk menegakkan yang hak." |
Barua UMNO : RTM fitnah Pemimpin Pakatan sokong kumpulan murtad! Posted: 31 Aug 2011 05:18 PM PDT JIKA sebelum ini TV3 Al-Musyrikin dikesan melaporkan berita palsu Surau Al-Musyrikin yang tidak wujud, untuk menggambarkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Teresa Kok sebagai penyebar agama Kristian [Al-Musyrikin]. |
Sejarah yang cuba dipadamkan oleh Umno..!! Posted: 31 Aug 2011 05:14 PM PDT Umno dalam bahaya kalau melayu rajin mengkaji sejarah..... Meluruskan Kembali Sejarah Kemerdekaan Negara:Catatan Ringkas Mengenai Perjuangan Nasionalis-Kiri-Radikal Read More / Baca Lagi >> |
Pulau Pinang dulu dan sekarang… Posted: 31 Aug 2011 05:12 PM PDT SEPTEMBER – Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Pulau Mutiara sememangnya menepati namanya. Kali pertama saya ke Pulau Pinang pada tahun 1980, masih ingat lagi kali pertama naik feri untuk menyaksikan keindahan pulau. Sayangnya, masa itu, ianya indah khabar dari rupa. Kekotoran dan kesesakan lalulintas. Selepas itu saya sudah banyak kali pergi ke pulau ini dan tidak banyak yang berubah. Semenjak tahun 2010, saya lebih kerap ke Pulau Pinang atas urusan kerja dan juga cuti. Boleh dikatakan sebulan dua kali. Sewaktu sambutan Tahun Baru 2011 pun saya ada di Padang Kota. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Aug 2011 04:48 PM PDT Oleh: MSK Sesiapa yang beli suratkhabar semalam dan hari ini, sudah pasti akan melihat bermacam-macam gambar menarik tentang hubungan kaum dlMalaysia. Sekali imbas, hubungan kaum di Malaysia nampak cukup harmonis. Seolah-olah tidak ada lagi yang memisahkan antara Melayu, Cina India dan lain-lain. Tapi apakah itu realitinya? Kalau itulah realitinya, maka aku rasa…tidak akan berlaku krisis hubungan kaum yang ada sekarang. Apa yang aku fikirkan, semua "keharmonian" yang ditayangkan dalam suratkhabar hanyalah satu impian yang belum menjadi kenyataan. Realitinya, rakyat Malaysia masih lagi penuh kesangsian dan prejudis terhadap satu sama lain. Sejak dua hari lalu, heboh tentang rating Najib yang semakin merudum. dan ketika melayari laman Merdeka Center, aku terjumpa satu kajian yang dibuat awal Ogos lalu yang aku terlepas pandang. Dan mengapa ianya tidak menjadi tajuk-tajuk berita dalam blog, menunjukkan bahawa hubungan kaum ini kurang mendapat perhatian kalau dibandingkan dengan rating Najib. Read More / Baca Lagi >> |
Video : Leaked UN report outlines plan for Libya Posted: 31 Aug 2011 04:33 PM PDT |
Video - Files: Americans aid Gaddafi in rebel fight Posted: 31 Aug 2011 04:26 PM PDT |
Datuk Dr Hassan Ahmad : Negara Hilang Tokoh Bahasa Berpengalaman Luas Posted: 31 Aug 2011 04:24 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 OGOS : Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad yang meninggal dunia hari ini adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, serta perancangan bahasa dan sastera. Ini bermakna negara hari ini kehilangan seorang tokoh bahasa yang disegani dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera selepas dilantik sebagaiketua pentadbir institusi itu. Berkat kesungguhan dan kegigihannya, serta pengalaman luas dalam lapangan penyelidikan, Allahyarham muncul sebagai pentadbir yang cukup berkemampuan dalam pengembangan dan perancangan bahasa serta sastera. Read More / Baca Lagi >> |
Melancholic nuclear Merdeka Day Posted: 31 Aug 2011 04:19 PM PDT Eye Wide WideJust look at the social and economic injustices, the gap between the super-rich BN-Putras and the rest of us kais-pagi-makan-pagi rakyat. And Malaysia is losing its values and principles! Honesty is no longer the best policy in Malaysia. Millions and billions of taxpayers' money is wasted! Just look at the embezzlements and fraudulent projects in industries. Merge a couple of companies in a so-called synergy, already gain millions if not billions for the BN-Putras. GLCs not performing? OK, asset stripping, and more of the merge and demerge tricks. Land-grabbing and cronyism, so prevalent that many a dynasties are built on this alone, and the poor natives are further marginalized. Read More / Baca Lagi >> |
Hassan Ahmad meninggal dunia sebelum memoir, galeri menjadi realiti Posted: 31 Aug 2011 09:22 AM PDT Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara sekitar tengah hari esok. Jenazah akan dimandikan di Masjid Kampung Tunku di sini sebelum dibawa ke tanah perkuburan antara pukul 10.30 hingga 11 pagi. |
PAS ucap takziah kepada keluarga Hasan Ahmad Posted: 31 Aug 2011 09:21 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Ogos: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hasan Ahmad yang meninggal dunia petang tadi. "Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pimpinan dan ahli-ahli seluruhnya, saya mengucapkan takziah terhadap keluarga Almarhum Datuk Dr Hasan Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, pemergian beliau sangat dirasai oleh PAS khususnya yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan yang sebenar-benarnya. Tambahnya, kesediaan beliau menanggung risiko yang besar apabila memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI merupakan satu jasa besar yang sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
Dakwat kekal tidak jamin pilihan raya bersih..jika daftar pemilih kotor..!! Posted: 31 Aug 2011 09:18 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak menjamin pilihan raya yang bersih dan adil selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Bersihkan daftar pemilih dahulu selepas itu baru laksanakan penggunaan dakwat kekal dan apa sistem sekalipun untuk memperbaiki sistem pilihan raya negara ini. "Jika daftar pemilih tidak bersih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak banyak membantu," katanya. Menurut Mahfuz, walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda tidak sebanyak masalah yang ditimbulkan penggunaan sistem biometrik, tetapi perkara itu boleh diberikan perhatian selepas daftar pemilih dibersihkan dahulu. "Selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, tidak banyak faedahnya jika sistem yang tidak bermasalah sekalipun digunakan untuk mengelakkan pengundian berganda," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno Posted: 31 Aug 2011 09:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara. "Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno. "Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi. "Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Read More / Baca Lagi >> |
Ong pertahankan kenyataan 'Cina dipinggirkan' Posted: 31 Aug 2011 09:12 AM PDT Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengesahkan beliau ada memaklumkan kepada diplomat Amerika Syarikat bahawa masyarakat Cina di negara ini berpendapat mereka dipinggirkan tetapi menegaskan beliau hanya menyampaikan sentimen masyarakat itu.Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Aug 2011 09:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Malaysia akan bekerja rapat dengan kerajaan Australia untuk mencari jalan terbaik bagi menangani isu pencari suaka dan pemerdagangan manusia, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein susulan keputusan mahkamah awal hari ini. Read More / Baca Lagi >>Menteri Dalam Negeri berkata perjanjian antara kedua-dua kerajaan adalah cara terbaik untuk menyelesaikan isu pemerdagangan manusia. "... satu cara untuk melindungi kepentingan Australia, Malaysia dan yang utama sekali (soal) imigran yang terbabit," kata beliau dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan petang ini. |
Video : The 9/11 Decade - The Intelligence War Posted: 31 Aug 2011 05:47 AM PDT |
Video: Bittersweet Eid in Tripoli Posted: 31 Aug 2011 05:41 AM PDT |
Kisah Sebenar Perjalanan Kemerdekaan TERBONGKAR ! buat tatapan generasi hari ini Posted: 31 Aug 2011 04:21 AM PDT 5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston. 54 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari 'seberang'. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara 'konon-kononnya' dalam tahun 1957… |
Posted: 31 Aug 2011 04:18 AM PDT Berikut ialah penjelasan M S Ibrahim Al-Malbar mengenai sejarah tanahair yang digelapkan oleh Umno di bawah berita Malaysiakini 31/8/11 bertajuk "Dr M bimbang ada pihak cuba pesong fakta sejarah": Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan tidak lama selepas itu yang berusaha untuk membangkitkan kesedaran kemerdekaan dikalangan orang melayu dan anti British, antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam. Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA, hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan melayu menubuhkan UMNO, slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, umno memperkecilkan perjuangan PKMM dengan ungkapan "....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...." |
Posted: 31 Aug 2011 04:02 AM PDT Oleh SYAHREDZAN JOHAN Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, akan kedengaran di corong-corong udara, persoalan yang sering dikemukakan: apa erti kemerdekaan? Persoalan ini banyak bersangkut-paut dengan perspektif ortodoks kita tentang apa itu patriotisme, yang telah dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kita diuli untuk melihat patriotisme melalui kaca mata hitam putih yang sempit. Read More / Baca Lagi >> |
Wikileaks: Kabel Amerika papar Taib sangat korup Posted: 31 Aug 2011 03:59 AM PDT Jabatan Negara Amerika Syarikat diberitahu dalam sebuah kabel sulit bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya dipercayai menerima peratusan tertentu habuan daripada kebanyakan kontrak komersial utama - termasuk dari sektor pembalakan - yang diagihkan di negeri itu.Read More / Baca Lagi >> |
Majlis Peralihan Libya tolak tentera pengaman PBB Posted: 31 Aug 2011 03:27 AM PDT Perkembangan muncul ini ketika pejuang pemberontak sedang menghampiri kubu kuat Muammar Gaddafi di Sirte dari sebelah barat dan timur. Askar yang pro-Muammar diberi tempoh sehingga Sabtu ini untuk menyerah diri. Timbalan wakil Libya ke PBB, Ibrahim Dabbashi memberitahu BBC bahawa situasi di negara itu adalah unik. |
Hisham justifies Umno's racial politicking by blaming 'weak' MCA Posted: 31 Aug 2011 03:14 AM PDT 'Reassurances' given by Home Minister Hishammuddin Hussein to the US embassy for UMNO's heated racial rhetoric during its 2006 general assembly provides a telling glimpse into the mindset of the ruling elite that has controlled the BN coalition for the past 54 years. Read More / Baca Lagi >>Hisham justified the posturing by his Youth wing as necessary in order for Malays to vent their frustration at the other races because they felt they were lagging behind. According to him, the country's "racial splits are now more pronounced" and the Malays still did not feel on par with other ethic groups. Hisham then blamed the negative response on BN partner, the MCA, for being unable to 'manage' the reaction of the Chinese. |
Najib slammed for "7-figure" public relations fees to gloss over nuclear plants Posted: 31 Aug 2011 03:12 AM PDT News that Prime Minister Najib Razak's government was already hunting down a public relations agency to help build public support for its unpopular proposal to build nuclear power plants has alarmed opposition leaders. The BN federal government had in December 2010 announced plans to build two nuclear power plants to generate 1,000MW each, with the first plant ready for operation in 2021 and the second in 2012. The proposal was immediately shot down by the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim and other green groups, who pointed out that electricity reserves in the country were more than abundant and the risks of nuclear contamination was greater than any benefits. The Japan tsunami and the subsequent meltdown of its power plants also served as the best reminders, they warned. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan