WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- MUDAH DIBACA TAKTIK PUAK DAYUS DAN BACUL INI
- BERSIH - KITA SEBENARNYA TELAH MENANG, MEREKA TERPAKSA GUNA TALIAN HAYAT
- BERSIH BUKAN `KOTOR' - PENGERUSI PKR PAHANG
MUDAH DIBACA TAKTIK PUAK DAYUS DAN BACUL INI Posted: 04 Jul 2011 10:06 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS KELAKAR juga rasanya bila dengar komen puak-puak Umporno ni tentang BERSIH. Hiruk pikuk mereka berhujah mengapa Datuk S. Ambiga seorang Non Muslim dipilih sebagai pemimpin BERSIH, mengapa PAS berada di bawah pemimpin itu? Itu hujah dari puak yang bengap lagi dayus. Betul ke mereka ni menentang sangat BERSIH kerana Ambiga tu Non Muslim? Sewaktu BERSIH 1.0 dulu, siapa pemimpinnya? Waktu itu adalah Syed Shahir (Bekas Presiden MTUC) seorang Muslim. Masa itu puak dayus ini menentang juga BERSIH. Kalaulah BERSIH ini dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz sekali pun mereka akan menentang juga, dan cari alasan kununnya orang berserban tidak sesuai memimpin BERSIH untuk berdemontrasi. Pilih pula Anwar, mereka akan kata Anwar ada kes di mahkamah jadi tak wajar dipilih jadi pemimpin BERSIH. Hatta, jika BERSIH ini dipimpin oleh Malaikat sekali pun, puak sekutu Apco ini akan menentangnya. Kerana apa? Sebabnya hati dah busuk, jiwa dah kotor dan takut kehilangan kuasa. Itu saja. Lepas ini, mereka akan menyalak pula kata BERSIH tidak mendapat sambutan sekiranya BERSIH mengambil keputusan mematuhi nasihat Ke Bawah Duli Tuanku. Ini taktik mereka yang sudah boleh kita baca. Apa pun, rakyat dah tahu siapa yang bacul dan dayus sekarang./wfauzdin.blogspot.com |
BERSIH - KITA SEBENARNYA TELAH MENANG, MEREKA TERPAKSA GUNA TALIAN HAYAT Posted: 04 Jul 2011 01:21 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS JIKA ditanya kepada semua penyokong Perhimpunan BERSIH, adakah mereka bersetuju untuk membatalkan perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 09 Jul ini semata-mata kerana tekanan atau ugutan dari puak penentang BERSIH, sudah pasti mereka semua akan menjawab TIDAK. Tetapi, jika ditanya adakah perlu dibatalkan Perhimpunan BERSIH selepas kita mendapat nasihat dari DYMM YDP Agung, maka tentulah jawapannya bercampor baur. Secara peribadi, di peringkat ini BERSIH sebenarnya sudah memenangi dari segi moral kerana kita mampu bertahan sehinggakan ke peringkat Istana di mana kita bagaikan `ditelan mati mak, diluah mati bapak'. Apa pun, saya berpendapat semangat BERSIH harus dikekalkan walaupun akhirnya kita mengambil keputusan taat kepada Raja. Cadangan yang harus diambil kira oleh Penganjur BERSIH sekiranya Perhimpunan BERSIH `terpaksa' dibatalkan adalah dengan kita menggantikan dengan Perhimpunan Mega dan Ceramah Mega di Stadium Shah Alam pada tarikh yang sama beserta pakaian Kuning BERSIH yang sama. Sejurus selepas ceramah, BERSIH akan menghantar wakil untuk menyerahkan memorandum ke Istana. Program tersebut mesti diadakan demi untuk `menjaga hati' semua penyokong BERSIH yang telah bersedia untuk ke KL. Ianya juga adalah satu isyarat bahawa BERSIH tetap komited untuk memperjuangkan 8 tuntutan tersebut dan kita boleh buktikan kepada pihak yang anti BERSIH (kotor?) bahawa kita sebenarnya telah `berjaya'. Walaupun kita tahu lebih awal, sekiranya perhimpunan tersebut dibatalkan, berkumandanglah media pencacai menyiarkan berita `Perhimpunan BERSIH tidak mendapat sambutan rakyat'. Justeru itu, tiada pilihan lain momentum ini mesti dikekalkan dengan pendekatan lain. Kita cabar pihak berkuasa untuk memberikan jaminan bahawa sekiranya perhimpunan ini ditukarkan ke Stadium Shah Alam, mereka harus berani memberikan kebenaran dan tidak cuba menganggunya lagi. Terpulang kepada PERKOSA, Patriot (Pakturut?) atau Pertubuhan Silat Pulut yang lain untuk berhimpun samada bersama kita di dalam stadium mahu pun di luar stadium. Kita tunggu keputusan pihak Penganjur BERSIH yang dikatakan akan mengadap Ke Bawah DYMM YDP Agung selepas ini. Apa yang pasti, satu kemenangan moral buat kita kerana akhirnya pihak mereka terpaksa menggunakan `talian hayat' mereka yang terakhir. /wfauzdin.blogspot.com |
BERSIH BUKAN `KOTOR' - PENGERUSI PKR PAHANG Posted: 03 Jul 2011 11:19 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TITAH Sultan Pahang semalam berkenaan Perhimpunan BERSIH mendapat reaksi berbeza dari beberapa pihak. Akhbar Sinar hari ini menyiarkan komen daripada Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman berkaitan isu yang sama. Beliau mengatakan bahawa Perhimpunan BERSIH mempunyai matlamatnya yang tersendiri yang menggariskan 8 perkara yang menjadi tuntutan BERSIH. Sehingga kini, tiada pihak yang dapat membuktikan perhimpunan tersebut `kotor' seperti dakwaan pihak kerajaan dan digembar gemburkan oleh media pro kerajaan. "Pihak yang menuduh perhimpunan ityu `kotor' adalah mereka yang takutkan pembersihan di dalam pendaftaran pengundi". "Bagi saya, tujuan BERSIH ini murni. Orang politik yang menjadikannya perhimpunan ini `kotor' serta sengaja mencetuskan huru-hara", katanya. Dato' Fauzi menambah, "BERSIH hanya mahu memastikan proses undian dalam pilihanraya akan datang tiada sebarang unsur penipuan. Jika tujuan itulah yang dikatakan motif buruk, maka jelaslah pihak kerajaan mempunyai agenda sendiri dalam pilihanraya akan datang", tegasnya. Kenyataan media Dato' fauzi jelas membuktikan bahawa tiada niat yang tersembunyi dari hasrat BERSIH untuk mengadakan perhimpunan ini nanti. Sehingga artikel ini ditulis, saya difahamkan pimpinan PR bersedia untuk bertemu dengan Ke Bawah DYMM Seri Paduka YDP Agung untuk menyatakan hasrat suci BERSIH. Jelas, matlamat BERSIH ini semestinya ditentang oleh sang Penguasa yang takut kehilangan kuasa sekiranya mandat sebenar diberikan kepada rakyat untuk memilik kerajaan. Seandainya mereka merasa tidak bersalah, mengapa perlu takut untuk menghadapi BERSIH?/wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan