Selasa, 5 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


BERSIH 2.0 Akan Diadakan Di Dalam Stadium

Posted: 05 Jul 2011 01:01 AM PDT

Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga, berkata perhimpunan yang dirancang Sabtu ini akan diadakan di sebuah stadium selepas mendapat nasihat Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Berita Berkaitan:

[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pemimpin Pakatan Rakyat menerima tawaran tadbiran Najib semalam yang menyatakan kesediaan Putrajaya memberi kerjasama untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di stadium.

"Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Kenyataan itu ditandatangani Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.

Kata kenyataan itu Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.

Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.

"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini.

"Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman," kata kenyataan itu lagi.

Oleh yang demikian, tambah kenyataan itu, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/07/terkini-pakatan-terima-himpunan-bersih.html#ixzz1RDR7g2WC


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

BERSIH 2.0 di Istana mengadap Seri Paduka

Posted: 04 Jul 2011 11:41 PM PDT

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara.

Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.

Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi.


Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

Dipetik dari Malaysiakini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bahan Letupan, Senjata Dan Baju T BERSIH 2.0 ditemui Polis dipercayai bakal digunakan dalam Himpunan Aman Bersih

Posted: 04 Jul 2011 11:18 PM PDT


PETALING JAYA: Polis semalam berjaya membongkar sejumlah senjata yang disembunyikan, termasuk parang dan bom petrol, yang dipercayai akan digunakan pada perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai oleh Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa.

Sumber berkata persembunyian rahsia ini ditemui di kawasan hutan di belakang sebuah kuil di Batu 12 Jalan Gombak Lama, Gombak, oleh seorang lelaki asli sebelum memaklumkan kepada polis.



"Kami menemui lima buah beg dan dua beg sampah. Terdapat 44 kemeja-T dengan logo 'Bersih' di dalam dua beg, 20 bilah parang, 36 Molotov koktel, 16 pemetik api, dan beratus-ratus bebola logam yang dipercayai digunakan sebagai peluru lastik," kata sumber polis berkata.

"Kami percaya pihak-pihak tertentu telah merancang untuk menggunakannya untuk mewujudkan kekacauan pada hari Sabtu ini," kata sumber itu.

Sumber itu berkata polis telah melancarkan siasatan untuk mengetahui pemilik barang-barang ini, namun tiada tangkapan dibuat. Kes ini diklasifikasikan di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

Sementara itu, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa empat Molotov koktail dan baju T-shirt Bersih telah ditemui berhampiran pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada jam 4:30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh dipetik sebagai berkata bahawa seorang awam melihat tiga lelaki telah membuang beg plastik yang mengandungi barangan itu berhampiran pasu bunga dan telah memaklumkan kepada polis.

Kredit : China Press & sedaka sejahtera

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

4 Sasterawan Negara gesa tahanan BERSIH dibebaskan

Posted: 04 Jul 2011 09:26 PM PDT

Empat sasterawan negara tampil menggesa semua yang ditahan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual Sabtu ini dibebaskan segera.

Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.


Mereka berkata, sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya bawah ordinan darurat.

Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya "Unggun-Bersih" yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.

"Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini," katanya.

Tuntut kebebasan berkata, berkarya

Menurut mereka lagi, sebagai karya sastera, sajak "Unggun-Bersih" sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik.

"Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang," kata mereka.

Justeru, mereka berharap anggota masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya.

Ini kerana, ucapan setiap warga negara dan karya sastera serta seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.

Walaupun jarang-jarang mengeluarkan kenyataan, kumpulan sasterawan negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mempertahankan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.

Abdullah dan seorang lagi sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang baru menerima gelaran itu tidak terlibat dalam kenyataan bersama itu.

Sejak diperkenalkan pada 1981, Yang di-Pertuan Agong telah 11 kali memberikan anugerah paling berprestij dalam dunia sastera negara itu.

Mkini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Siapa Ibrahim Ali Nak Halang Rakyat Jumpa Agong??

Posted: 04 Jul 2011 08:24 PM PDT

Temu Agong – Perkasa Bantah Permintaan Ambiga

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) membantah permintaan kumpulan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 yang mahu bertemu dengan Yang Dipertuan Agong bagi menyelesaikan isu perhimpunan haram berkenaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika permintaan kumpulan haram itu dibenarkan, ia akan menjadi satu duluan (precedent) tidak baik pada masa hadapan.

"Kenapa perlu Agong bertemu dengan kumpulan haram yang bodoh!!!," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Mynewshub.my di sini malam tadi.

Ahad lalu, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan satu titah khas yang mencerminkan pandangan baginda yang tidak bersetuju dengan sebarang bentuk demonstrasi jalanan diadakan.


Sehubungan dengan titah berkenaan, Pemuda UMNO dan Perkasa yang merancang mengadakan demonstrasi pada hari yang sama telah bersetuju untuk tidak berbuat demikian sebagai tanda hormat kepada pendirian Tuanku Mizan dalam isu itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga bagaimanapun mahu bertemu Yang Dipertuan Agong bagi mendengar arahan perhimpunan anjurannya perlu dibatalkan.

Tambah Ibrahim Ali, jika pihak Istana Negara bersetuju untuk bertemu dengan Ambiga, maka kumpulan itu akan mengaku mereka telah menang dalam perjuangan mereka dan menyebarkan kejayaan itu dikalangan rakyat bagi meraih publisiti.

Kata beliau, selepas titah khas itu dikeluarkan, maka isu sekarang ialah samada Ambiga dan kumpulan akan patuh atau tidak kehendak titah itu.

"Sekarang kita mahu lihat betapa setianya Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih kepada Raja, samada beliau dan kumpulannya menjunjung prinsip Rukan Negara.

"Jika tidak, beliau dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada negara," katanya.

Dipetik dari sini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

BERSIH 2.0 - Mesyuarat Tergempar Pakatan Esok

Posted: 04 Jul 2011 07:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan isu Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini.

Menurut Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar), dijangka akan membincangkan tentang nasihat Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan itu.

"Saya paling tertarik dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong apabila Baginda berkata pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan 'yang pentingnya', saya sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merancang untuk mengadakan satu perhimpunan aman Sabtu ini untuk menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang mendapat sokongan rakyat negara ini.

"Sokongan rakyat mengatasi agama, kelas, jantina dan umur... ia akan menjadi satu sambutan dalam semangat demokratik di Malaysia serta menjadi ilustrasi slogan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Himpunan Bersih 2.0 bukan untuk menjadi ancaman kepada mana-mana kaum, agama, kelas, jantina atau umur dan hanya kerajaan yang 'bijak' tidak akan membenarkan ia berlaku dengan Menteri Dalam Negeri dan polis berada dalam khayalan dengan mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan komunisme serta subversif oleh kuasa-kuasa asing," katanya.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, pihaknya berhasrat untuk menghadap baginda sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan jika diminta berbuat demikian.

Ambiga berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat yang diadakan ekoran titah Yang di-Pertuan Agong.

"Bersih 2.0 menjunjung penghargaan yang tinggi ke atas Yang di-Pertuan Agong atas sokongan baginda berhubung aspirasi melakukan pembaharuan sistem pilihan raya.

"Bersih 2.0 akan akur dengan nasihat baginda agar diadakan perundingan, ke arah mencapai konsensus berhubung pembaharuan sistem pilihan raya dan pembangunan demokrasi di Malaysia," kata beliau dengan membacakan kenyataannya.

Ambiga menambah Bersih 2.0 akan menulis kepada Istana Negara untuk meminta perkenan diadakan satu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Dipetik dari TMI

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Khalwat Puteri UMNO - Mahkamah Pinda Pertuduhan

Posted: 04 Jul 2011 05:52 PM PDT

JASMI diiring isteri dan Yusmawati (kanan) ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu, semalam.

JITRA: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, meminda tuduhan khalwat dihadapi bekas Ketua Puteri UMNO Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, dan bekas Setiausaha UMNO Bahagian Jerlun, Jasmi Muhd Ismail, 47, dengan menggugurkan perkataan bersekedudukan, bersekediaman dan bersembunyi, sebaliknya mengekalkan perkataan berkurung.

Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha membenarkan pindaan terhadap pertuduhan asal itu selepas pihak pendakwaan bersetuju untuk menggugurkan tiga fakta dalam pertuduhan asal dengan mengekalkan perkataan berkurung bagi mengelak kekeliruan seperti didakwa peguam bela.


Bagaimanapun, Yusmawati yang memakai baju kurung dan tudung berbunga biru dan Jasmi berkemeja kuning mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Farah Hasan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Shukri Zakaria.

Kamaruslan kemudian menetapkan 14 Ogos ini bagi perbicaraan kes untuk memberi masa kepada pendakwaan mengeluarkan sapina bagi memanggil saksi kes.

Yusmawati didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan Jasmi didakwa mengikut Seksyen 9 (1) enakmen sama kerana berkhalwat.

Mengikut Pertuduhan Yusmawati Yaacob, 31, didakwa berkurung bersama Jasmi di rumahnya di Lot 807 Jalan Liana 5, Taman Tunku Sarina di sini, jam 1.20 pagi pada 11 Mei lalu.

P/s: Kalau berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram, ada satu makhluk yang akan menggoda untuk melakukan maksiat iaitu syaitan...

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/07/lagi-kisah-khalwat-bekas-puteri-umno.html#ixzz1RBgQkq4M


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Hormati titah Agong, polis perlu henti tangkapan

Posted: 04 Jul 2011 09:36 AM PDT

Pihak polis perlu menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan menghentikan tangkapan ke atas orang ramai berhubung rancangan Bersih untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Sehingga kini pihak polis telah menangkap 100 orang hanya disebabkan mereka memakai baju kuning Himpunan Bersih 2.0, manakala tindakan itu pula jelas bertentangan dengan undang-undang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Ahad lalu, 3 Julai, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan titah khas yang antara lain menyebut yang Baginda Tuanku sedang mengikuti dengan teliti perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Baginda Tuanku.


Menurut beliau, Baginda Tuanku turut menyebut bahawa Baginda Tuanku sendiri turut mengikuti perkembangan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Katanya, Baginda Tuanku menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana kerana Baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

"Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu ternyata tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ia adalah hasil keperihatinan dan perhatian Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulatnya negara kita ini.

"Jadi kepada pihak Umno, Kerajaan BN, pihak polis, jika mereka menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, mereka mestilah menghentikan segala provokasi dan tangkapan ke atas orang ramai. Jika tidak, bermakna mereka tidak menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.

Selain itu, Baginda Tuanku bertitah, setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena amat kesal kerana pihak Umno BN kini terlalu banyak melakukan provokasi mengenai rancangan Bersih untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sehingga menimbulkan kekeliruan hasil liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman itu.

"Antaranya, pihak polis sendiri awal-awal lagi telah menutup pintu rundingan dengan Bersih. Ini jelas merupakan satu tindakan provokasi. Sedangkan polis sepatutnya berkerjasama dengan Bersih dengan mengadakan rundingan bagi membolehkan perhimpunan itu berjalan dengan sempurna.

"Kini setelah pintu rundingan ditutup dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri pula mahukan rundingan diadakan, apakah pihak polis akan membuka pintu rundingan kembali dengan Bersih?

"Jika polis menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, polis mestilah mengadakan rundingan dengan Bersih, bukannya menjadi alat Umno BN," tegasnya.

Terdahulu dari itu, pada sidang media yang diadakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di tempat yang sama yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Salahuddin Ayub, beliau berkata, dalam titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda Tuanku tidak langsung menyebut tentang Himpunan Bersih 2.0 yang patut dihalang.

"Baginda Tuanku hanyalah bertitah, "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik".

"Titah Yang di-Pertuan Agong itu juga merupakan satu pengiktirafan terhadap Bersih kerana baginda "tidak kata apa-apa yang negatif terhadap Bersih. Malah, Baginda menyeru kerajaan supaya bertindak secara adil. Ini satu pengiktirafan kepada Bersih," katanya.

Jadi titah Baginda Tuanku itu, katanya, perlu difahami dengan jelas oleh pihak Umno BN dan polis. Ia tidak dirujuk kepada Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti. Selain itu, tidak dinafikan niatnya baik. Jadi jika niat baik, ia tentunya menjadi baik.

"Ini samalah juga dengan himpunan-himpunan aman lain yang pernah diadakan oleh PAS, Pakatan Rakyat dan beberapa NGO sebelum ini.

"Semuanya baik kerana niatnya sememangnya baik. Ia menjadi buruk disebabkan pihak polis yang mencetuskan provokasi. Jika tidak kerana polis yang memburukkannya, ia tetap menjadi baik kerana niatnya memang baik," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kesemua pihak menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu kerana titah Baginda Tuanku itu adalah untuk kesemua pihak.

Dipetik dari Harakahdaily


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Mat Bangla Ditangkap Pakai Baju BERSIH..

Posted: 04 Jul 2011 07:42 AM PDT

hahaha .. Bangla ni tengok cantik T-Shirt BERSIH terus pakai ... nanya dia terus kena cekup ... hahaha

Polis menahan tiga lelaki dua daripadanya warga Bangladesh serta tiga wanita kerana dipercayai mencetak baju T Bersih di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar petang tadi.

Turut ditemui di situ ialah 150 helai baju T yang bercetak dengan perkataan Bersih.

"Kita rampas semua T-shirt tersebut sebelum ia diedarkan kepada masyarakat. Kita juga turut merampas tiga blok pencetak yang digunakan untuk mencetak T-shirt tersebut," kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim kepada pemberita di premis berkenaan.

Beliau berkata rakyat Bangaldesh itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Polis masih mengesan pemilik premis berkenaan.


Ahmad berkata rampasan itu merupakan yang pertama di Kedah yang melibatkan premis mencetak baju T Bersih.

Premis itu merupakan tempat mencetak baju T dan baju korporat

STONE : Betoi-betoi nanya mat bangla ni, dah la pakai baju Bersih dah tu pendatang haram pulak tu jadi bertambah2 HARAM lah. 2 kali HARAM la ...hahahaha. Pedatang HARAM pakai tshirt Bersih HARAM .... nasib kau lah mat.

Dipetik dari stone



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

BERSIH 2.0 - Marina Mahathir Selar Tindakan Polis Tangkap Kerana Baju

Posted: 04 Jul 2011 06:57 AM PDT

PETALING JAYA 4 JULAI : Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membidas penangkapan hampir 200 penyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan pihak yang takut tanpa bersebab.

"Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T," beliau memberitahu sidang akhir bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.

Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T dengan logo Bersih atas alas an ia memudaratkan keselamatan negara. Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.


Enam daripada mereka termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Marina, anak sulung mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan polis melancarkan penangkapan beramai-ramai itu.

"Saya ingin bertanya kepada orang ramai, jika terserempak dengan sesiapa memakai kemeja -T yang tertera dengan perkataan Bersih, adakah mereka akan terdorong untuk keluar dan menimbulkan kacau bilau," kata Marina.

"Kita pernah melihat perkataan yang jauh lebih teruk dicetak pada baju-baju di seluruh negara tetapi ia tidak pula mempengaruhi kita untuk menghisap ganja," tambah beliau.

Marina ditanya mengenai rekod Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap puluhan orang dalam Operasi Lalang tahun 80an.

Marina mengaku ayahnya menggunakan ISA tetapi menegaskan Mahathir tidak menggunakan undang-undang zalim itu untuk menangkap orang semata-mata kerana memakai baju tertentu.

Dipetik dari tvsnews

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Peguam, keluarga tak dibenar temu tahanan Ordinan Darurat

Posted: 04 Jul 2011 06:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Peguam dan ahli keluarga enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat tidak dibenarkan untuk menemui mereka hari ini.

Lima peguam termasuk Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, K. Arumugam, Yudhistira Dorai (peguam cara) dan Fatima Ismail telah bertemu dengan pegawai polis yang bertanggungjawab lebih kurang satu jam untuk berunding bagi menemui tahanan itu.

"Semasa rundingan, kami memberikan alasan mengapa kami perlu menemui semua tahanan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Kod Prosedur Jenayah.


"Setiap rakyat yang ditahan mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan dan peguam sepatutnya dibenarkan untuk menemui mereka secepat yang mungkin," kata Bon kepada pemberita di luar ibu pejabat polis Bukit Aman.

Bon berkata semua tahanan telah tiba di Bukit Aman pada pukul 10 malam, kelmarin.

Mereka yang ditahan adalah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan.

Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain.

Suaram bersama dengan keluarga tahanan itu akan menyerahkan memorandum kepada Suhakam esok untuk menggesa kerajaan membenarkan akses kepada peguam dan keluarga masing-masing.

Dalam pada itu, Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa pembebasan segera kesemua enam tahanan terbabit.

TI-M juga mengesyorkan agar Ordinan Darurat dimansuhkan kerana ia sudah terkeluar daripada tujuan asal.

"TI-M telah berulang kali meminta agar undang-undang ini yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan dimansuhkan," kata Presidennya Datuk Paul Low dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Undang-undang ini bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia dan terdedah kepada penganiayaan," katanya.

Dipetik dari TMI

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

3 lagi wakil rakyat Pakatan disoalsiasat

Posted: 04 Jul 2011 05:14 AM PDT

Menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu ini, tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat disiasat polis berhubung kenyataan mereka dalam ceramah baru-baru ini.

Mereka ialah anggota parlimen Gombak Azmin Ali dan dua ADUN Ng Swee Lim (Sekinchan) dan Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) yang didakwa bercakap tentang BERSIH 2.0 yang diharamkan kerajaan.

Azmin (kiri) yang juga timbalan presiden PKR berkata, beliau ditemui pegawai daripada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya di ibu pejabat PKR pada jam 2 petang ini dan disoalsiasat selama 30 minit berhubung ceramah di Desa Mentari pada 25 Jun.


Katanya, soalan yang diajukan cuba dikaitkan dengan BERSIH, antaranya berkaitan ucapan, pemidato terlibat dan penganjur program itu.

"Atas nasihat peguam saya, saya membuat keputusan tidak menjawab setiap soalan," katanya selepas ketika ditemui selepas kenyataannya selesai dirakam.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Alahai Muhyiddin.. Apa Standard Main Paksa-Paksa Nie..

Posted: 04 Jul 2011 04:33 AM PDT

Guru sekolah agama dipaksa hadir majlis Muhyiddin

BUKT KATIL, 4 Julai: Ramai di kalangan guru Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merungut kerana dipaksa menghadiri program makan malam 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah sekolah Cina di Machap Baru malam ini.

"Kami sudah tidak tahan dengan paksaan sebegini, bayangkan kami yang kebanyakan wanita dipaksa hadir pada program tersebut sehingga pukul 12.00 malam.

"Ada yang dari Sungai Rambai dan lain-lain tempat yang jaraknya agak jauh dari Machap Baru, kami berasa kesal dengan Jaim dan Kerajaan Negeri Melaka yang seringkali memaksa kami hadir pada program bersama pemimpin," kata seorang guru yang tidak mahu namanya disiarkan.


Selain itu, menurut guru tersebut murid-murid sekolah Jaim juga dipaksa balik awal iaitu pada pukul 4.30 petang.

Menurutnya, sudah banyak kali sekolah diarahkan ditutup awal hanya kerana program-program bersama pemimpin kerajaan pusat.

Apa yang dikesalkan ialah semua guru-guru diwajibkan hadir dan sesiapa yang didapati tidak hadir akan diambil tindakan tegas oleh Jaim.

"Masa murid-murid belajar digadaikan hanya semata-mata kerana politik," tegas seorang bapa yang kesal.

Menurutnya, satu lagi masalah timbul ialah ibu bapa juga menghadapi kesulitan kerana terpaksa mengambil anak mereka lebih awal iaitu pada pukul 4.30 petang sedangkan majoriti dari mereka bekerja dan pulang paling awal jam 5.00 petang.

"Saya risau dengan keselamatan anak saya yang terpaksa menunggu saya mengambilnya agak lewat iaitu sekitar jam 5.45 petang.

"Anak saya kadang-kadang terpaksa menunggu saya seorang diri, siapa yang dapat menjamin keselamatan anak saya sedangkan sekarang ini bermacam jenayah berlaku melibatkan anak-anak sekolah," tegas beliau.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan Jaim dan kerajaan negeri Melaka benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kerana masa belajar menjadi pendek selain ianya membebankan guru-guru dan juga mendedahkan murid-murid kepada ancaman keselamatan.

"Tindakan Jaim ini benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kita selain ianya membebankan guru-guru yang terpaksa bekerja lebih masa kerana terpaksa menghadiri program berkaitan sehingga jauh malam.

"Kita juga bimbang tentang keselamatan anak-anak kita kerana mereka terpaksa menunggu ibubapa sehingga sampai jam 6.00 petang atau mungkin lebih lambat kerana habis kerja pun jam 5.00 petang," kata Yusof.

Dipetik Dari Harakahdaily


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Inkues Sarbani - Balu Beritahu Suami Dianiaya

Posted: 04 Jul 2011 03:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai - Balu Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mendedahkan bahawa suaminya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal April lalu kerana telah dianiayai oleh ejen berhubung baucer bernilai RM100. Bercakap pada inkues yang bermula hari ini, Maziah Manap, 50, menceritakan peristiwa yang berlaku antara 1 dan 6 April lalu. Dia menceritakan peristiwa itu apabila disoal Abazafree Abas yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues.

"Pada 1 April (sebelah pagi) saya mendapat panggilan daripada anak mengatakan abah nak cakap kerana kawan abah ada tapi saya tak sempat cakap, panggilan terputus. "Ketika saya pulang ke rumah pada pukul 9 malam anak beritahu saya abah tidur di SPRM, saya cuba hubungi dia tapi tak dapat," kata Maziah.

Kata Maziah, pada keesokan hari dia cuba untuk menghubungi suaminya pada sebelah pagi namun gagal. Sebaliknya, Maziah berkata dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya yang berbunyi "kalau kita di pihak benar Allah akan bantu, kalau boleh baliklah sebab esok kita ada kursus haji."


"Kemudian pada pukul 11 pagi suami hubungi minta ambil dia di pejabat SPRM, suruh datang naik teksi sahaja. "Ketika tiba di sana, saya disoal oleh seorang pegawai SPRM yang bernama Ghani berkenaan harta saya dan saya ceritakan semua sekali tapi saya dipersoalkan berkenaan dengan wang KWSP.

"Pegawai itu tanya dari mana datang duit dan saya beritahu ia adalah duit KWSP dan saya keluarkan sebahagian sebab dah berumur 50 tahun. "Tapi saya terus dipersoalkan oleh pegawai itu dan saya minta senaraikan dokumen yang diperlukan agar saya boleh sediakan," katanya.

Kemudian kata Maziah, dia akhirnya dibenarkan untuk menemui suamninya di tingkat atas pejabat SPRM. Dia bertanya kepada suaminya mengenai tindakan SPRM itu. "Dia kata ejen aniaya dia, saya tanya macam mana dan dia kata pasal baucer berharga RM100.

"Ejen sudah mengaku RM70 ejen ambil dan RM30 suami saya... suami kata dia tak ambil dan tidak terima baucer itu," katanya. Pada 4 April, Maziah berkata suaminya memberitahunya akan ke pejabat SPRM kerana mahu menyelesaikan masalah yang berlaku.

"Pada sebelah malam suami bercakap kepada 'apalah orang SPRM ini, saya ada tiga kereta tapi suruh kata empat kereta'. "Saya tanya mana datang lagi sebuah, suami kata masuk kereta yang sudah dijual," katanya.

Sumber - TMI

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Perkasa, Pemuda sedia batalkan perhimpunan protes Bersih 2.0

Posted: 04 Jul 2011 03:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Perkasa dan Pemuda Umno hari ini mengumumkan kesediaan mereka untuk membatalkan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 sebagai tanda menghormati titah Yang di-Pertuan Agong semalam.

Bagaimanapun Perkasa berkata keputusan akhir bergantung pada sama ada Bersih 2.0 akan memilih untuk menerima nasihat Seri Paduka Baginda dan membatalkan rancangannya.

TMI

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bersih 2.0 : Kenyataan Media Presiden Pas Berikutan Titah Yang Di-Pertuan Agong

Posted: 04 Jul 2011 03:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini.

"Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini.


Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.

Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihan raya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.

Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini.

Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa.

PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini.

Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana.

Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik.

Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan.

Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.

Harakahdaily


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: