Isnin, 4 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 2.0 : Polis temui parang, 'Molotov cocktails' bersama Tshirt Bersih di Gombak

Posted: 04 Jul 2011 09:22 PM PDT

PETALING JAYA: Police last night uncovered a stash of weapons, including parangs and petrol bombs, which they believed are to be used during the July 9 rallies planned by Bersih 2.0, Umno Youth and Perkasa.

Sources said that the secret cache was discovered in a jungle area behind a temple at Batu 12 of Jalan Gombak Lama, Gombak, by orang asli men before policemen were alerted.

"We found five traveller bags and two garbage bags. Inside are 44 T-shirts with the 'Bersih' logo in two bags, 20 parangs, 36 Molotov cocktails, 16 lighters, and hundreds of metal ball bearings for use as slingshots," a police source said.

"We believe certain quarters planned to use them to create havoc on Saturday," said the source.

The source said that police have launched an investigation to find out the owner of the items, but no arrests have been made. The case is classified under the Explosives Act 1957.

Meanwhile, local daily New Straits Times reported that four Molotov cocktails and Bersih T-shirts were found near the Sogo ShoppingComplex in Jalan Tuanku Abdul Rahman at 4.30am.

Acting Kuala Lumpur police chief Amar Singh was quoted as saying that a civilian saw three men throw the plastic bag containing the items near some flowerpots and alerted the police.

Pictures by China Press

Skandal mata wang: Media dakwa firma Australia sogok Pak Lah

Posted: 04 Jul 2011 08:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Firma-firma pengeluar mata wang Reserve Bank of Australia disyaki cuba menyogok bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan bantuan beliau memperoleh kontrak bernilai sekitar RM100 juta (A$31 juta).

Abdullah (gambar) merupakan salah seorang daripada beberapa personaliti politik Malaysia berpengaruh, yang pihak berkuasa antirasuah percaya Securency dan Note Printing Australia— firma yang masing-masing separa dan milik penuh bank pusat Australia — didakwa cuba untuk memberi sogokan menggunakan sebahagian daripada komisyen sekitar RM13 juta ($4.2 juta) yang dibayar kepada dua orang tengah kira-kira enam tahun lalu.

Menurut laporan akhbar The Age, sumber-sumber mengesahkan Polis Persekutuan Australia sedang mendapatkan maklumat tentang percubaan memberi sogokan kepada Abdullah oleh Securency dan Note Printing Australia Limited yang mana kedua-duanya turut diselia oleh Reserve Bank of Australia.

The Age berkata ia cuba mendapatkon komen daripada Abdullah.

Ditanya pendekatan yang digunakan terhadap Abdullah, jurucakap Polis Persekutuan Australia berkata "memandangkan hal ini ada kaitan dengan penyiasatan yang melibatkan Securency dan Note Printing Australia, ia tidak akan membuat apa-apa ulasan untuk dibuat."

Difahamkan cubaan untuk menyogok Abdullah mempunyai kaitan dengan rundingan kontrak yang berlaku sekitar 2003, tahun beliau menjadi perdana menteri dan menteri kewangan, beliau berkhidmat sehingga 2009.

Sebelum menjadi perdana menteri, Abdullah adalah timbalan perdana menteri di bawah pemimpin paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tuduhan rasuah terhadap Abdullah, yang masih menjadi Ahli Parlimen akan menambah senarai ahli-ahli politik Asia yang berprofil tinggi yang menjadi sasaran firma Reserve Bank of Australia.

Polis Persekutuan Australia pada minggu lalu mengatakan Securency memberi rasuah kepada bekas gabenor bank Vietnam dengan membiayai biasiswa anaknya.

Selain itu, pihak berkuasa Malaysia pada Jumaat lalu mendakwa bekas penolong gabenor Bank Negara kerana menerima dua suapan daripada Note Printing Australia.

Pendedahan percubaan rasuah terhadap Abdullah akan membongkarkan lebih banyak skandal sogokan kontrak mencetak mata wang polimer daripada Australia, dengan semalam The Age melaporkan tentang penglibatan pegawai kanan dari agensi perdagangan Austrade dalam tuduhan rasuah yang melibatkan Securency dan Vietnam.

Pasukan bertindak antarabangsa Polis Persekutuan Australia meneruskan siasatan untuk melakukan tangkapan seterusnya setelah tujuh bekas pegawai kanan Securency dan Note Printing Australia ditahan kerana kesalahan itu.

Abdullah dipercayai terlibat apabila meluluskan kontrak kepada firma Reserve Bank of Australia untuk mencetak mata wang polimer bernilai RM5 pada 2004.

Ejen Securency dan Note Printing Australia pada 2004, bekas ahli Parlimen dan pemimpin utama Umno Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin dan ahli perniagaan Abdul Kayum Syed Ahmad, ditahan dan didakwa Jumaat lalu kerana terlibat dalam dua kesalahan rasuah.

Abdul Kayum mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan, iaitu menjadi orang tengah Note Printing Australia dan Securency di Malaysia, dikatakan memberi jaminan kepada kedua-dua firma itu dia mampu meyakinkan pegawai Malaysia untuk membeli teknologi wang polimer.

Beberapa pegawai kanan Securency dan bekas eksekutif dipercayai Note Printing Australia membuat bayaran kepada Abdul Kayum berkemungkinan digunakan untuk membayar rasuah. Dia menjadi ejen antara 2000 hingga 2007 sebelum dibuang kerja.

Dia diterima bekerja dan beberapa juta dolar dari Reserve Bank of Australia meningkatkan persoalan-persoalan tentang penyediaan selia yang disediakan Reserve Bank of Australia — yang melantik pengarah Securency dan Note Printing Australia.

Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia semalam enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

Jumaat lalu bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Mohamad Daud Dol Moin didakwa berhubung kesalahan rasuah melibatkan kontrak mencetak mata wang polimer yang dianugerahkan kepada sebuah firma Australia antara 2003 dan 2007.

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.

Dia dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Abdul Kayum akan berhadapan dengan tuduhan berasingan memberi habuan kepada Mohamad Daud di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dengan kerjasama dan bantuan penuh Bank Negara.

Katanya, di bawah tuduhan pertama, Mohamad Daud didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan wang tunai RM50,000 daripada Abdul Kayum melalui seorang perantara untuk membantunya mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia.

Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Tertuduh diwakili oleh J.D. Goonting dan Collin Goonting manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dari Jabatan Peguam Negara. -TMI

Inflasi : Kenyataan sedap mulut - ingat semua rakyat bodoh - dari sorang menteri

Posted: 04 Jul 2011 06:45 PM PDT

KUALA LUMPUR - Kadar inflasi makanan negara dicatatkan menurun ke paras 4.6 peratus pada Mei lepas berbanding 4.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata, bagaimanapun kadar inflasi itu masih lebih rendah berbanding beberapa negara asing seperti Thailand (8.4 peratus), Indonesia (10.2 peratus), China (11.7 peratus) dan Korea Selatan (6.2 peratus).

Menurutnya ketika menjawab soalan Senator Mariany Muhammad Yit pada persidangan Dewan Negara, inflasi bukan sahaja berpunca daripada kenaikan harga barangan makanan seperti gula, tetapi turut disebabkan oleh faktor bekalan,

"Inflasi merupakan isu yang memerlukan tindakan bukan sahaja dari kerajaan, malah ia perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak terutama pengguna," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, antara inisiatif kerajaan ialah penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga khusus untuk mengatasi isu-isu berkaitan bekalan, harga barangan dan perkhidmatan serta pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang berkuatkuasa 1 April lepas.

"Pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia, dilihat sebagai langkah menggalakkan rakyat Malaysia membeli barangan Malaysia dan membendung 'imported inflation' yang selalunya berlaku jika barang diimport dengan peratusan yang tinggi daripada luar negeri," katanya.- Bernama

Perbicaraan Sosilawati : Ada kamera tersorok dibilik mandi?

Posted: 04 Jul 2011 06:26 PM PDT

SHAH ALAM: "Wei, aku tak percaya Kamal masuk bilik aku...,pergi kat bilik air, kau check (periksa) ada kamera tersorok tak?" itu antara kata-kata terakhir Datuk Sosilawati Lawiya menerusi perbualan telefon dengan rakannya, Habishah Bahari, kurang sejam sebelum jutawan kosmetik dan tiga individu lain dibunuh di Banting, dekat sini, tahun lalu.

Sosilawati dikatakan menghubungi Habishah dan memberitahu dia mengesyaki Kamal atau Kamaruddin Shamsuddin yang berkhidmat sebagai pemandu peribadinya berbuat demikian menerusi perbualan telefon pada 7.30 malam pada 30 Ogos tahun lalu sebelum panggilan itu terputus.

Ketika itu, Habishah berbuka puasa.

Ini antara keterangan yang akan dikemukakan pihak pendakwaan ketika membacakan ucapan pembukaan dalam perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, Kamaruddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang bermula di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, berkata pihaknya juga mengemukakan keterangan Habishah bahawa Sosilawati ke Banting antara 9 September dan 30 Ogos tahun lalu untuk menukar dua cek berhubung urusan jual beli tanah di Batu Feringghi, Pulau Pinang dengan peguam bernama Pathma. Kandungan penuh SMS dan butiran panggilan yang terjadi sebelum semua mangsa dilaporkan hilang sehingga mereka didakwa dibunuh di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu akan terungkai sepanjang prosiding yang ditetapkan selama tiga bulan ini.

Terdahulu katanya, pihak pendakwaan akan menampilkan 76 saksi yang akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan tertuduh melakukan kesalahan bunuh pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan termasuk anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26.

Menurutnya, Sosilawati ada menghubungi Erni Dekritawati Yuliana pada malam kejadian, tetapi panggilan itu tidak dijawab anaknya kerana tidak perasan.

"Pada jam 8.40 malam, Sosilawati menghubungi Erni Dekritawati Yuliana, tetapi dia tidak perasan dan Erni Dekritawati juga menerima mesej 'Jangan bagi Kamal masuk rumah jika datang...hubungi Bisah. Dia (Kamal) ambil gambar mak.'

"Erni Dekritawati Yuliana juga akan memberi keterangan berhubung urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dan menukar tarikh cek bagi mempercepatkan tarikh," katanya.

Selain itu katanya, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangit bahawa dia menerima panggilan telefon daripada suami menyatakan tidak akan pulang selama tiga hari kerana mahu menolong masalah Sosilawati yang diugut Kamaruddin berhubung 'gambar'.

Beliau berkata, Suzana menerima panggilan itu pada jam 8.15 malam, 30 Ogos tahun lalu selepas Noorhisham mengikut Sosilawati ke Banting bersama dengan Kamaruddin dan Ahmad Kamil.

Ishak berkata, isteri Ahmad Kamil, Sabrina Adnan juga akan memberi keterangan suaminya memaklumkan tidak dapat pulang selama tiga hari menerusi panggilan telefon pada jam 7.45 malam pada hari sama.

"Apabila ditanya mengapa tak balik, suaminya memberitahu orang kanan Sosilawati bernama Kamal mengugut hendak sebarkan gambar Sosilawati iaitu gambar tak elok. Suaminya juga memberitahu Sosilawati menangis dan dia beritahu hendak tolong Sosilawati," katanya. -metro

ARTIS : Mizz Nina - Noh Hujan selamat diijabkabul

Posted: 04 Jul 2011 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz saja, Mizz Nina atau Shazrina Tan Sri Azaman Hashim secaras rasmi telah pun bergelar isteri kepada Noh Hujan atau Mohammaed Noh Salleh selepas mereka diijabkabulkan di kediaman keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang Selangor, kira-kira jam 9.15 malam Sabtu lepas.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim, disaksikan oleh Tok kadi Ustaz Hj.Mohamed Khairi Bin Husin yang juga Imam Masjid Darul Ehsan,Tmn Tun Abdul Razak,Ampang.

Bertemakan hitam putih, majlis akad nikah yang dilangsungkan dengan penuh elegan ini telah dihadiri kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga, saudara mara serta rakan terdekat kepada pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Mizz Nina telah menerima 7 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, mas kahwin, satu set barang kemas, sebuah ipad 2 beserta kek tradisional Sarawak termasuklah wang hantaran sebanyak RM11, 111.11.

Manakala, pihak lelaki pula menerima 7 dulang yang mengandungi sirih junjung, sepasang kasut, wallet, baju bersanding, cokelat, wedding band dan sebuah unit playbook. Kesemua barang hantaran ini telah digubah oleh Eddy daripada Favors.
Dipetik dari murai.com

STONE  Untuk Noh dan Mizz Nina aku doakan agar korang berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin

hahaha .. Bangla ni tengok cantik T-Shirt BERSIH terus pakai ... nanya dia terus kena cekup ... hahaha

Posted: 04 Jul 2011 06:20 AM PDT

Polis menahan tiga lelaki dua daripadanya warga Bangladesh serta tiga wanita kerana dipercayai mencetak baju T Bersih di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar petang tadi.

Turut ditemui di situ ialah 150 helai baju T yang bercetak dengan perkataan Bersih.

"Kita rampas semua T-shirt tersebut sebelum ia diedarkan kepada masyarakat. Kita juga turut merampas tiga blok pencetak yang digunakan untuk mencetak T-shirt tersebut," kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim kepada pemberita di premis berkenaan.

Beliau berkata rakyat Bangaldesh itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Polis masih mengesan pemilik premis berkenaan.

Ahmad berkata rampasan itu merupakan yang pertama di Kedah yang melibatkan premis mencetak baju T Bersih.

Premis itu merupakan tempat mencetak baju T dan baju korporat

STONE : Betoi-betoi nanya mat bangla ni,
Dah la pendatang HARAM buat keje cetak t shirt HARAM pula, maka bertambah-tambah HARAM la
Nasib kau la mat Bangla




NGO buat laporan polis terhadap twitter 'DAPSugu' dan 'AMK Rembau' hina Agong

Posted: 04 Jul 2011 06:06 AM PDT

Satu laporan polis hari ini dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan, 1Agenda, ke atas dua pemilik akaun laman sosial twitter kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertuanya, Zul Azhar Cha mendakwa 'DAPSugu' dan 'AMK Rembau' telah menghina dan memperlekehkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berikutan Titah Khas Seri Paduka yang menyentuh mengenai isu perhimpunan haram.

"Mereka biadab kerana beranggapan buruk terhadap Yang di-Pertuan Agong... ini adalah penghinaan besar kepada rakyat Malaysia kerana Agong merupakan ketua umat Islam dan Ketua Negara.

"Saya menyeru pemilik-pemilik akaun ini diheret ke muka pengadilan, (kerana) perbuatan ini sudah diatur apabila mereka mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat yang tolak perhimpunan haram itu," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di ibunegara hari ini.

Semalam, Seri Paduka dalam Titah Khas telah mengingatkan bahawa dalam keghairahan rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka juga perlu memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara.

Seri Paduka turut bertitah rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan dalam negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan oleh semua pihak.

Bagaimanapun, Zul Azhar berkata hasrat murni Seri Paduka untuk melihat kesejahteraan rakyat telah dicalarkan oleh tindakan dua pemilik akaun tersebut yang secara terang-terangan mempersoalkan titah Seri Paduka.

Beliau menegaskan perbuatan biadab pihak-pihak ini telah memberi satu petunjuk bagaimana penganjur perhimpunan haram sanggup melakukan apa saja termasuk menghina agama, bangsa dan negara bagi memenuhi hasrat mereka.

BERSIH 2.0 : Azmin dan dua pemimpin Pakatan disoal siasat

Posted: 04 Jul 2011 05:34 AM PDT

PETALING JAYA: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan dua lagi pimpinan Pakatan Rakyat, disoal siasat polis berhubung Perhimpunan Bersih yang dijadual 9 Julai ini.

Selain Azmin, Adun Sekinchan, Ng Swee Lim dan Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei turut dipanggil memberi keterangan kerana didakwa mempromosikan perhimpunan aman itu.

Azmin didatangi anggota polis dari ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di ibu pejabat KEADILAN pada jam 2 petang tadi.

Beliau yang ditemani peguam, N Surendran disoalsiasat selama 30 minit berhubung kandungan ceramah di Desa Mentari pada 25 Jun lalu.

Sementara Shuhaimi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Selangor pula dipanggil untuk disiasat kali kedua di Balai Polis Klang, kira-kira jam 2 petang tadi.

Ia berhubung kandungan ceramah di Dewan MPK Taman Klang Jaya, 26 Jun lepas.

Menurut Shuhaimi, beliau kesal kerana polis lebih berminat menyiasat isu 'Bersih' berbanding video lucah yang lebih memudaratkan masyarakat dan jelas satu perbuatan jenayah.

"Agaknya polis hari ini memilih kes tertentu sahaja untuk di siasat dan seakan patuh pada arahan UMNO BN, bukan pada aduan yang dibuat," katanya pada satu kenyataan media.

"Peliknya, kenapa aduan saya dan rakan Angkatan Muda Kota Raja kepada akhbar Utusan Malaysia, Awang Selamat pada Januari 2011 kerana menghasut tidak disiasat," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tiada tindakan yang diambil terhadap laporan dan aduan beliau bersama lima Ketua Kampung berhubung pengedaran VCD lucah berunsur fitnah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berhubung isu Bersih yang berat sebelah pula menyemarakkan lagi kebencian rakyat pada pasukan keselamatan, katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16563

Peguam, keluarga tidak dibenar jumpa 6 tahanan Ordinan Darurat

Posted: 04 Jul 2011 05:04 AM PDT

Oleh: Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Walaupun selepas berbincang lebih kurang sejam, namun pihak polis tetap bertegas tidak membenarkan peguam mahupun keluarga menemui enam individu yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO).

Menurut peguam, Edmund Bon yang mewakili mereka, tindakan polis yang menahan semula keenam-enam tahanan tersebut selepas dibebaskan, berbaur politik.

Edmund bersama K.Arumugam, Yudhistira Dorai, Fatimah Ismail dan Amer Hamzah Arshad hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini untuk berjumpa anak guam mereka, namun tidak dibenar berbuat demikian oleh polis.

"Tahanan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah tahanan berbaur politik, tetapi kami tetap membuat permohonan untuk berjumpa dengan anak guam.

"Kita datang hari ini untuk membuat permintaan sama ada boleh berjumpa dengan anak guam. Kami sangat kecewa, tetapi akan tetap meneruskan perjuangan ini," katanya ketika sidang media selepas pertemuan dengan pihak polis.

Edmund berkata, peguam akan memfailkan habeas corpus dan akan datang semula esok dengan memfailkan afidavit serta membawa bersama pesuruhjaya sumpah, supaya polis memberikan jawapan kepada permintaan mereka.

Menurutnya lagi, peguam dan keluarga tahanan mempunyai sebab untuk bertemu mereka yang ditahan.

"Kami memberitahu dua tahanan mempunyai kes di mahkamah esok dan untuk dibawa ke mahkamah esok dan Satu tahanan kami juga difahamkan akan menghadapi peperiksaan di universiti esok," ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa polis hanya memberi alasan tangkapan dibuat ekoran mendakwa tahanan mengancam ketenteraman awam walaupun tiada bukti yang kukuh dikemukakan.

"Kami beritahu bahawa mereka tidak mengancam keselamatan negara, tidak ada apa-apa bukti atau perkara yang dijumpai atau keterangan kukuh mengatakan mereka yang ditahan mengancam ketenteraman awam, mereka sebenarnya hanya aktivis-aktivis politik dengan satu parti politik yang didaftarkan.

"Kami memberi alasan-alasan yang kukuh mengapa kami mesti berjumpa dengan anak guam kami di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga Kanun acara jenayah, semua rakyat yang ditahan berhak dibela dan peguam mesti diberi akses kepada mereka secepat mungkin," ujarnya.

Dilaporkan sebelum ini, Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula mengikut (EO) sebaik mereka dibebaskan bersama lima lagi individu lain pada 2 Julai lalu.

Antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM, M. Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.

Kesemua mereka diwakili 20 peguam bela.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16551

Beranikah Hishamuddin HARAMKAN Perkasa?

Posted: 04 Jul 2011 02:25 AM PDT

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 4hb Julai 2011:

Adakah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berani untuk mengharamkan Perkasa?

Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berani untuk mengharamkan Perkasa sebagaimana beliau telah mengharamkan Bersih atau menangkap Senator UMNO, Ezam Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sepertimana juga polis telah menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr.Michael Jeyakumar Devaraj di bawah Orninan Darurat bagi membuktikan pihak polis tidak mengamalkan 'double-standard' atau pilih kasih?

DAP mempersoal desakan Hishammuddin bahawa pihak berkuasa akan bertindak adil dalam menghentikan semua perhimpunan walaupun hanya mengaharamkan kumpulan reformasi pilihanraya Bersih, apabila tiada tindakan diambil terhadap UMNO dan Perkasa yang menganjurkan demonstrasi ganas di Pulau Pinang pada 1 Julai 2011. Mengapakah Hishammuddin tidak menahan Ezam di bawah Ordinan Darurat atas ancaman beliau bahawa tidak perlu tunggu pilihanraya umum dan beliau mahu mengadakan lebih banyak bantahan bagi memaksa saya untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri?

Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas salah seorang wartawan, jurugambar dan juruvideo oleh penunjuk perasaan semasa perhimpunan ganas dan haram yang diadakan di pusat Bandar George Town dan di atas Jambatan Pulau Pinang. Pewaju mempersoalkan kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan undang-undang dan gagal mengambil langkah-langkah pencegahan bagi menghentikan demonstrasi walhal mereka telah maklum akan hal tersebut sehari sebelumnya.

Persoalan juga timbul kenapa pihak polis begitu berwaspada dalam mengetatkan kawalan di perhimpunan Bersih 2.0, yang belum berlaku, dan tidak cekap dalam menghentikan perhimpunan haram oleh Umno dan Perkasa yang telahpun berlaku. Apa yang mengejutkan adalah kenyataan Pewaju bahawa serangan ke atas wartawan tersebut berlaku di hadapan mata pihak polis, tetapi malangnya penguatkuasaan undang-undang tidak berdaya dan tiada harapan untuk menghentikan serangan tersebut. Ketidakcekapan pihak polis dipersoalkan di mana integriti, kecekapan dan kreadibiliti mereka untuk melindungi rakyat Malaysia menjadi persoalan.

DAP menyokong demonstrasi aman tetapi mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi ganas. Kegagalan pihak polis untuk bertindak ke atas demonstrasi ganas oleh UMNO dan Perkasa, menberi tanggapan bahawa jelas terdapat 'double-standard' dan pilih kasih.

Penangkapan Jeyakumar dan lima ahli PSM yang lain di bawah Ordinan Darurat adalah tidak adil kerana kegagalan untuk mengemukakan sebarang bukti bahawa dia telah melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan negara. Tuduhan menyebarkan fahaman komunis adalah tidak masuk akal apabila Malaysia sememangnya telah lama mengadakan hubungan akrab dengan negara-negara komunis seperti Cuba, China dan Vietnam.

Jika tidak mahu Khairy Jamaluddin ditahan dan didakwa kerana cuba menghidupkan semula fahaman komunis dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tetap pada 12 Oktober 2009 untuk mengukuhkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (Communist Youth League of China). Ketua Pemuda Barisan, Khairy Jamaluddin berkata sekretariat tetap adalah untuk memudahkan hubungan dua hala yang berterusan dan menggalakkan ikatan yang lebih kukuh antara kedua-dua entiti.

  1. Jelas sekali, penyokong Bersih yang ditahan minggu lalu dan serbuan sekretariat pada Rabu lalu hanya dijadikan mangsa Kerajaan BN, apabila mereka tidak menganjurkan sebarang demonstrasi walhal demonstrasi UMNO dan Perkasa dibenarkan berlangsung tanpa sebarang hukuman. Tindakan ini adalah tidak adil dan hanya mencemari imej Malaysia di mata dunia dan rekod kerana tidak mengamalkan apa yang dipegang dalam menghormati hak asasi kemanusiaan.

BERSIH 2.0 : TANGKAPAN TERBARU - Zulhaidah Suboh Exco AMK dan sepasang suami isteri di Alor Setar

Posted: 04 Jul 2011 01:16 AM PDT

(Oleh: Masdar Wahid)

KUCHING: Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Kuching tengahari tadi kerana memakai Baju Bersih, sekaligus merupakan tangkapan pertama di Sarawak.

"Saya ditahan sebelum penerbangan saya dari Kuching ke Miri dan alasan pengakapan itu kerana saya berpakaian Bersih di bawah Akta polis Seksyen 27, kata polis itu kepada saya.

"Antara 10 hingga 15 Pegawai Polis berpakaian biasa bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan saya seorang," katanya dihubungi Keadilan Daily.

Beliau yang ditahan di balai polis lapangan terbang Miri dan dihantar ke balai Polis di daerah itu akan diwakili peguam, Majen Panyuk.

Zulhaidah yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Miri berkata, ketika ditahan polis turut menggeledah beg pakaian beliau.

Beliau percaya, penahanan itu ada kaitan dengan cadangan Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal mengadakan himpunan aman di tiga lokasi di semenanjung Malaysia selain di Sabah dan Sarawak 9 Julai ini.

Tangkapan hari ini merupakan yang pertama di negeri itu di mana dua hari sebelum itu, Exco AMK Pusat, yang juga anak kelahiran Sabah bersama enam yang lain di tahan di Kota Kinabalu pada 2 Julai lalu.


Manakala di Alor Setar ...

Suami isteri ditahan polis kerana memiliki kemeja-T Bersih

ALOR SETAR - Seorang lelaki dan seorang wanita berumur 51 dan 48 tahun, yang dipercayai suami isteri, ditahan polis kerana memiliki lima helai kemeja-t Bersih dalam sekatan jalan raya di Jalan Kubang Rotan-Kuala Kedah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata, ketika ditahan polis pada kira-kira pukul 9.05 malam Sabtu lepas, kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Proton Wira dan semasa pemeriksaan, polis menjumpai lima helai kemeja-T Bersih dalam kereta berkenaan.

"Saya difahamkan mereka adalah pasangan suami isteri. Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - Bernama

Pemuda BN batal Himpunan 907

Posted: 04 Jul 2011 12:48 AM PDT

Pemuda Umno membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata pembatalan itu bagaimanapun tidak bermakna Himpunan Patriot akan dibubar, lapor Utusan Online

Sebaliknya, kata beliau, ia mungkin didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara.

Tiada ulasan: