SharpShooter |
- "Semuanya berlakon dan buat sendiri"
- Video sidang media Mat Sabu bersama isterinya - fitnah itu keterlaluan
- Ambiga hadiahkan ‘hero’ Bersih 2.0 ijazah Doktor Kehormat
"Semuanya berlakon dan buat sendiri" Posted: 23 Jul 2011 05:13 PM PDT Ini adalah gambar mata lebam Anwar pada tahun 1998 ketika ditangkap oleh polis. Pemimpin umporno berkata Anwar tumbuk matanya sendiri untuk mendapat simpati... Semalam di TV3 suku Najimah dengan nada sombong menyindir Anwar kononnya Anwar berlakon sakit untuk mendapat simpati... Ini pula gambar pengawal peribadi Anwar yang tercedera teruk di mukanya... Ini semua berlakon dan pengawal Anwar menembak dirinya sendiri agaknya... Kematian mendiang Teoh Beng Hock juga dikatakan membunuh diri sendiri... pemimpin umporno menuduh DAP sengaja sensasikan kematian ini...Teoh Beng Hock sebenarnya bunuh diri sendiri kerana disiasat isu bendera harga RM2.80.. Mengapa tidak ada lakonan semula terjun bangunan dari tingkat 14....suruh jer nazri aziz lakon semula terjun dari tingkat 14....sudah tentu rakyat akan percaya cakap nazri aziz.... Allahyarham Ahmad Sarbani juga dikatakan membunuh diri sendiri ketika disiasat oleh SPRM...mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya cara siasatan SPRM hingga orang sanggup bunuh diri...Sharpshooter juga pernah disoal siasat oleh SPRM Pulau Pinang selama 10 jam ketika kes fairus mantan tkm 1 Pulau Pinang....tak ada pula rasa nak terjun bangunan SPRM....SPRM wajib BERSIHkan dirinya dari menjadi alat pencacai umporno.. Kematian Kugan juga penuh misteri..adakah Kugan juga mencederakan diri sendiri...polis apco bukankah baik dan mesra...mereka juga lemah lembut macam pondan siam...mana mungkin mereka boleh cederakan Kugan... Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menerima 6 jahitan kerana cedera semasa demo BERSIH...Adakah ini juga berlakon untuk meraih simpati... Mat Sabu juga turut dituduh berlakon sakit untuk meraih simpati...skru dilutut juga adalah palsu..Mat Sabu dituduh terjatuh sendiri melanggar pembahagi jalan dan bukannya dilanggar oleh kereta polis apco... Maka rakyat wajib percaya cakap polis apco dan pemimpin umporno sebab mereka tidak pernah berbohong...jadi apa salahnya jika rakyat minta lakonan semula...bukankah polis apco telah lakonkan semula cara suraikan demo BERSIH...rakyat minta najimah lakonkan semula naik motor..selepas itu polis apco kejar dan akhirnya najimah langgar pembahagi jalan dan akhirnya lutut najimah dimasukkan skru....baru rakyat bertambah percaya kepada najimah.. Yang ini pasti lakonan terbaik dan lawak terbaik 2011 mengalahkan maharaja lawak..tengok tu...parang dan bom..sebab itu polis apco gelar BERSIH sebagai PERUSUH.....oooooi polis apco.... gunalah tektik baru..ini taktik lama daaaaa....rakyat tak percaya daaaa... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Video sidang media Mat Sabu bersama isterinya - fitnah itu keterlaluan Posted: 23 Jul 2011 04:54 PM PDT * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Ambiga hadiahkan ‘hero’ Bersih 2.0 ijazah Doktor Kehormat Posted: 23 Jul 2011 04:39 PM PDT Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat. Selain mereka, beliau turut melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak fundamental mereka. "Ada sesetengah pihak di kerajaan yang menentang kaedah yang digunakan untuk menghalang kami. Malah, doktor-doktor juga keluar dari zon selesa mereka untuk bercakap menentang ketidakadilan," kata Ambiga dalam ucapan menerima ijazahnya. Ambiga merupakan bekas penuntut University of Exeter dan menerima ijazah undang-undang beliau tiga dekad lalu. "Dan, sudah pasti ada peguam-peguam dan media bebas yang berdiri di pihak yang benar dan keadilan. "Bagaimanapun, hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka," kata beliau lagi. Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada "kesemua mereka." Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu. Baharuddin didakwa mati selepas melarikan daripada tembakan gas pemedih mata oleh polis di kawasan KLCC tetapi polis pula mempertahankan ahli PAS itu meninggal dunia kerana komplikasi jantung. Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, perkembangan sepanjang enam minggu lalu dalam menggerakkan sokongan bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil telah mengajar beliau lebih daripada apa yang dialami sepanjang tiga dekad lalu sebagai seorang peguam profesional. "Pasukan saya dan saya berhadapan dengan tekanan sepenuhnya daripada kerajaan yang berkuasa, dan kemudian saya sedar tentang kepentingan kebebasan institusi-institusi kerajaan, khususnya kehakiman, untuk menangani salah guna kuasa," katanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan