SharpShooter |
- Jenazah Mutiara Srikandi PAS selamat dikebumikan.
- Kehilangan Mutiara Srikandi PAS yang sukar dicari ganti..
- B-end pengsan di Bukit Tambun
Jenazah Mutiara Srikandi PAS selamat dikebumikan. Posted: 17 Jul 2011 09:20 PM PDT Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil. Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof. Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun. Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga. Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009. Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah. Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan. Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan. Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'. Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Kehilangan Mutiara Srikandi PAS yang sukar dicari ganti.. Posted: 17 Jul 2011 08:21 AM PDT Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini. Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily. Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat. "Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. "Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah. "PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Fatihah." tulisnya di Twitter AlFatihah!moga di tempatkan bersama para solehin Allah lebih menyayangi mutiara yg kami sayangi - DrLo'Lo' TS Ghazali-teman,rakan,adik di masa senang n susah.Kehilangan yg sukar di ganti..dari twitt Wan Azizah.. Jenazah akan diuruskan di Masjid Al-Akram Dato' Keramat. Jenazah juga akan dikebumikan di tanah perkuburan Dato' Keramat pd pagi esok...Al-Fatihah.. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Posted: 17 Jul 2011 06:21 AM PDT Malam ini di Kg Valdor, masyarakat Cina memberi sokongan luar biasa di Majlis Makan Malam Keadilan Batu Kawan. TKM 1 Dato Mansor Othman, YB Lee Boon Chai, YB Law Choo Kiang, YB Ong Chin Wen dan Siti Aishah Ketua Srikandi Malaysia adalah penceramah yang dijemput untuk berucap. Siti Aishah membidas Rosmah tentang isu cincin berlian, mana mungkin itu adalah duit tabungan Rosmah, jika sehari seribu ringgit Rosmah simpan sejak dari kecil, ketika Rosmah berumur 50 tahun duit baru terkumpul RM18 juta. Nak bohong pun agak-agaklah Rosmah.. Rakyat tak bodoh sekarang. YB Lim Boon Chai pula memakai baju KUNING bertulis KOTOR..itu sindiran buat umporno b-end..hahaha memang KOTOR umporno b-end.. Dengan sambutan luar biasa masyarakat Cina, P.Pinang mampu Pakatan Rakyat pertahankan dan InsyaAllah putrajaya akan dapat ditawan. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan