Isnin, 18 Julai 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bongkar penyelewengan daftar undi SPR seterusnya

Posted: 17 Jul 2011 06:49 PM PDT

PUNYALAH banyak sangat bukti-bukti penyelewengan daftar undi di dalam database Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR sampai ReJaM© dah tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ini.

Satu lagi penyelewengan dibongkarkan selepas berpuluh penyelewengan yang sudah-sudah dikeluarkan sebelum ini. Kali ini, nampaknya pemegang kad pengenalan lama bernombor H0871728, memiliki dua nombor mykad (700420-12-5991 dan 700420-12-6003) dan dua nama yang hampir sama iaitu HOSNI BIN RAJA dan HUSNI BIN RAJA.

Apa yang paling penting, makhluk ini memiliki dua alamat yang berbeza yang membolehkannya untuk mengundi lebih dari satu kali pada pilihanraya umum nanti. Inilah yang dipanggil makhluk celaka, jadi kambing lagi baik!




Seperti biasa, untuk mengesahkan bahawa maklumat ini adalah maklumat yang benar, bukan rekaan MiLo SuaM, bukan cerita bohong, bukan hikayat dongeng, silalah ke website rasmi SPR dan semaklah sendiri klik sini [SPR].

Terlalu banyak bukti penyelewengan di dalam daftar undi SPR telah dibongkarkan. Jika SPR masih tak mahu menggunakan cap jari kekal seperti yang terdapat di dalam tuntutan BERSIH 2.0, bagi mengelakkan orang yang sama mengundi dua kali, maka BERSIH 3.0 wajib dilaksanakan! BN nak kata perhimpunan haram pergi mati sama dia!

ReJaM© "Kalau pilihanraya boleh tumbangkan BN, dah lama pilihanraya diharamkan!"

Rosmah mahu lebih banyak pakaian menutup aurat dihasilkan

Posted: 17 Jul 2011 12:29 PM PDT



PELIK tapi benar bila dapat tau Rosmah Mansor, Perdana Menteri Malaysia bercakap soal aurat, hairan bila dapat tahu Rosmah Mansor mahukan lebih banyak pakaian menutup aurat. Ini bukan cerita bohong, ini betul-betul punya, bukan fitnah, ini berita sahih dari Bernama, kerana Bernama tak pernah gagal dari memuji pemimpin United Malays No Otak, apalagi Perdana Menteri Malaysia seperti Rosmah Mansor.

Kalau Bernama bohong maka bohonglah cerita ini, kalau Bernama fitnah maka fitnahlah berita ini, kalau Bernama kelentong maka MiLo SuaM pun kelentonglah juga. Kalau anda tak percaya sila klik sini [Bernama]


Rupa-rupanya sama saja seperti industri Halal, tokeynya bukan Islam, lebih kurang seperti industri jual beli dadah, tokeynya bukan penagih dadah, saling tak tumpah macam industri jual beli kain kafan, tokeynya sendiri kalau boleh tak mahu mati ho ho ho...

RentaP© "Persoalannya duit, pokoknya untung"

Dr Lo'Lo' meninggal dunia, Al-Fatihah

Posted: 17 Jul 2011 07:50 AM PDT


DARI Dia kita datang dan dari Dia kita kembali, maklumat yang baru diterima dari twitter Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo', pengurus akaun Twitter beliau mengesahkan bahawa Dr Lo'Lo' baru sahaja kembali ke rahmatullah, melihat sendiri kebenaran janji-janji Allah. Al-Fatihah [Twitter].

Berita ini turut disahkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan melalui akaun twitternya [Twitter]


ReJaM© "Semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah..."

BERSIH 2.0, sebab peniaga rugi terbongkar!

Posted: 17 Jul 2011 03:40 AM PDT



HEBOH satu Malaysia canang konon-konon perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah menyebabkan kerugian kepada ramai peniaga di Kuala Lumpur. Utusan, Berita Harian, Blog-blog penyokong United Malays No Otak, semuanya melaporkan kononnya peniaga-peniaga ini semua rugi kerana perhimpunan aman BERSIH 2.0.

Kepada warga Kuala Lumpur, gua pasti semua tahu cerita sebenar, begitu juga dengan orang ramai yang turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lepas. Sebab tu Kuala Lumpur dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana warga KL tak mudah diperbodohkan.

Tujuan media-media dan blog-blog pengampu kerajaan Rosmah Mansor ni bukan nak tipu warga Kuala Lumpur, bukan nak tipu orang ramai yang menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0, mereka tahu warga KL tahu cerita sebenar, tapi makcik dan pakcik FELDA, penduduk ceruk kampung tu yang tak ada maklumat. Golongan inilah yang mereka nak tipu.

Blogger Topeng Perak Unmasked secara kebetulan, sempat merakam berbualan antara rakannya dan seorang peniaga di sekitar Jalan Masjid India, tempat berlakunya perhimpunan aman BERSIH 2.0. Saksikan video di bawah.


Perbualan ringkas ini memberi gambaran jelas bahawa kerugian peniaga bukan kerana perhimpunan BERSIH, sebaliknya kerana sekatan Polis "Road Block" yang menghalang orang ramai dari masuk ke Kuala Lumpur. Kalau dah Polis tak bagi orang ramai masuk Kuala Lumpur, mana tak rugi peniaga? Tanya kambing, kambing pun tahu...

RentaP© "Gua cadang nak interview lebih ramai peniaga, tunggu..."

Tiada ulasan: