shalehudin |
- Lantang sikit ja pengganas, lawan sikit ja Wahabi...
- Hishamuddin si perawi sahih...
- Kisah Teoh Beng Hock lagi nih...
- Sebut betoi betoi, transformasi... bukan transformers... kahkahkah...
- Tabik SPR, sampai EU pun nak mai belajaq kat depa... haha...
- Apa maksud Nazri Aziz nih... naik risau SPRM... haha...
- Najib tiru Ben Ali atau Ben Ali yang suruh... kahkahkah...
- Drama kejar mengejar aku, Mat Sabu, polis
- Tapak perlanggaran
- Jangan sesapa gatai dok kaitkan Islam plak...
- Bible kecoh kiblat...
Lantang sikit ja pengganas, lawan sikit ja Wahabi... Posted: 25 Jul 2011 08:05 AM PDT Putrajaya bincang isu Wahabi, kaitan dengan terorisme Oleh G Manimaran dan Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 25 Julai — Isu berkaitan fahaman Wahabi muncul semula hari ini dengan Putrajaya mengadakan mesyuarat khas meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut. Difahamkan mesyuarat pagi ini merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan terorisme. "Mesyuarat hari ini hanya memfokus pada isu amalan fahaman Wahabi dan kaitan dengan terorisme... di mana akhirnya mesyuarat memutuskan mereka yang ada kaitan dengan fahaman ini boleh menjurus kepada terorisme," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Mesyuarat hari ini adalah susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan a,alan Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi. "Berdasarkan maklumat diterima, kesemua mufti negeri diminta memantau perkembangan amalan Wahabi di negeri masing-masing dan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu," kata sumber itu lagi. Beberapa mufti yang dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas lanjut melainkan mengakui ada mesyuarat itu. "Lebih baik tanya kepada Majlis Keselamatan Negara," kata sumber itu lagi. The Malaysian Insider juga difahamkan mesyuarat hari ini ada menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu. Antara nama itu ialah bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), yang pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Asri ketika dihubungi berkata beliau terkejut dengan kemunculan semula isu amalan Wahabi sedangkan menurut beliau ia sepatutnya sudah "reda." Bagaimanapun beliau tidak menolak ia kemungkinan ada kaitan dengan perkembangan politik negara dan usaha mengalih pandangan selepas perhimpunan aman 9 Julai. "Saya ada menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, tetapi beliau tiada maklumat tetapi memberitahu akan meneliti," katanya Asri memberi pandangan progresif mengenai perkembangan politik semasa. Sementara itu ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata, beliau tidak mahu memberi sebarang komen berhubung perkembangan terbaru ini. Beliau sebaliknya menegaskan agar pihaknya diberi peluang untuk membuat penjelasan dengan MKN. "Saya tidak mahu cakap apa-apa mengenai perkara ini, saya difahamkan ia masih dalam proses perbincangan lagi. "Jadi lebih baik keadaan reda dulu dan kita harap dapat membuat penjelasan dengan MKN, perkara ini terjadi sebab kita tidak mendapat peluang untuk buat penjelasan," katanya. Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu. Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya juga muncul. Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu. The Malaysian Insider difahamkan nama Hadi dan Shahidan tidak muncul kali ini. Isu itu sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan." Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar "Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah" bertemakan "Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai." "Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. "Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima," kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu. |
Hishamuddin si perawi sahih... Posted: 25 Jul 2011 07:00 AM PDT Bersih & Nakba orang Melayu Hishamuddin Rais Maka pada pagi yang mulia ini hamba pun pergilah mengambil bulu ayam dan dakwat untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu-cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya; agar cucu-cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di kurun masehi ke-21 ini. Biarlah hamba menjadi tok perawi yang sahih, membawa kisah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu-cicit kita yang akan datang. Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kisahkanlah hendaknya. Amin. Wahai anak cucu-cicit sekalian, kisahnya bermula dari sini: Di negeri Arab Palestin berlaku Nakba pada 15 Mei 1948 apabila kaum Zionis dari Eropah datang dan menghalau Arab Palestin dari tanah air mereka. Meleleh air mata orang Palestin melihat tanah-tanah mereka dirampas dan diduduki oleh kaum Zionis. Kesedihan orang Palestin itu kita rasakan sama kerana kita pula di Tanah Melayu ini telah juga mendapat Nakba atau malapetaka pada 31 Ogos 1957 apabila penjajah British meninggalkan tanah air kita ini kepada gerombolan United Malays National Organisation dan suku-sakatnya. Inilah malapetaka kita. Inilah Nakba orang Melayu. Inilah malapetaka dan Nakba yang telah menimpa anak semua bangsa di Malaysia ini. Semenjak malapetaka ini sampai, hampir setengah kurun yang lampau, orang Melayu telah dibodoh-bodohkan. Orang Melayu telah digula-gulakan. Orang Melayu telah ditakut-takutkan. Ya ampun, inilah malapetaka. Inilah Nakba. Adalah hendak dijadikan cerita, hamba hanyalah tok perawi yang membawa kisah dari mulut tuan yang empunya ceritera. Dapatlah hamba diberitahu bahawa telah ramailah rakyat seluruh negeri ingin berhimpun kepalang peri. Telah terdengar kisah yang amat ngeri tentang orang ditipu ketika mengundi. Diketahui umum seluruh negeri duit dipakai untuk membeli undi. Maka marahlah rakyat seluruh negeri kerana selama ini mereka ditipu dalam pilihan raya setiap kali. Maka nujum dan pawang pun dipanggil datang untuk menetapkan tarikh dan ketika. Memilih saat memilih masa ketika bulan tidak mengambang. Ketika matahari condong ke batang. Ketika panas mula menghilang. Hari-hari terus dihitung dan dibilang. Hari yang baik dan bulan yang baik diikat dengan saat dan ketika. Saat itulah saat gembira. Saat yang hendaknya rakyat seluruh negara akan turun beramai-ramai ke jalan raya agar kita semua dapat bercempera. Hari yang bersih disalut oleh hati yang bersih. Bila berita pecah terbuka. Maka menyingalah Najib mukanya marah mukanya berpuaka. Najib pun lantanglah menjerit bersuara. Ke hulu ke hilir membawa berita. Najib mengarahkan adinda sepupu agar tangkas bersiap sedia kerana rakyat telah berani bangun bergegak gempita. Maka dirancangkah satu rancangan. Maka disusunlah satu susunan. Maka dikumpulkanlah soldadu upahan. Lalu dipanggil para pemikir. Maka gerombolan pun bekerja dan berpakat seperti biasalah. Menggunakan cara lama yang telah biasa. Pemikir dan soldadu mendapat upah, mendapat imbuhan. Sepakatlah mereka bersatu pendapat. Rakyat yang telah mula berani bangun wajib ditakut-takutkan. Rakyat yang mula sedar ini perlu dibodoh-bodohkan. Mengikut orang dalam yang empunya berita semua saluran media telah diberitahu tentang akan munculnya satu berita yang paling baru. Mengikut tuan yang empunya ceritera dikatakan pada suatu malam yang gelap gelita ada seorang mamat masuk ke pusat kota. Datang membawa bom dan segala bentuk senjata. Adalah mengikut surah ini si mamat ini bangang lagilah bodoh bukan kepalang. Datang membawa senjata memakai topeng, mukanya pula disapu arang. Memakai baju dan seluar yang compang lagi camping hinggakan nampak perut terbarai dan buntut tersadai. Si mamat ini disurahkan hendak menyimpan semua senjata ini ditempat yang sulit. Bukan di celah kangkang atau di dalam parit tetapi ditepi busut, di sebalah kedai Kentucky tak jauh dari tempat mat pet berjual beli. Seantero negara seluruh negeri diberitahu bahaya datang kepalang peri. Senjata menunggu masa dan ketika untuk meletup sendiri. Parang dan bom ini menunggu isyarat untuk terbang melayang-layang memenggal leher ibu dan abang. Tidak cukup dengan kisah bom dan parang di tepi Sogo, datang pula kesah seorang mamat sudah tertangkap. Bukan di rumah dan bukan di kebun. Bukan di Kerinchi, bukan di Pandan tetapi di Keramat yang jauh tidak jauh dari jalan. Tempat terletak di sebelah kuil Cina. Mengikut kisahnya, si mamat ini sedang berusaha menanam parang, bom dan senjata. Wahai adik abang dan kakak, biar hamba kisahkan lagi. Inilah cara, inilah gaya, inilah teknik, inilah strategi untuk menakut-nakutkan rakyat seluruh negeri agar jangan berani turun ke jalan raya. Adalah bom, adalah parang dipasang sendiri oleh soldadu upahan. Adalah jelas adalah nyata tidak ada sesiapa turun ke jalan raya bersih membawa senjata. Inilah tipu, inilah helah. Inilah rupa kerja manusia yang di waktu siangnya dia menipu, di waktu malamnya dia menjarah. Biarlah di sini hamba memanjangkan surah. Wahai abang- abang dan kakak-kakak, sila lihat, sila perhatikan gambar parang dan gambar molotov. Aduhai bodohlah SB yang makan upah. Aduhai SB yang membeli parang. Ushalah sikit. Jangan beli parang dari kedai yang sama. Nampak sangat malas bekerja. Serumpun macam baru dibeli borong dari Kedai Aked Mara di Kuala Kangsar. Tidak cukup dengan ini, tipu helah gerombolan terbongkarlah sudah. Hendak menipu pun kita wajib pandai di sekolah. Tanyalah lebai Google dari rumah orang sebelah. Nak tahu tentang molotov cocktail, carilah surah. Bangang terserlah mengarahkan SB membuat molotov memakai botol plastik yang salah. Kenapalah bangang wahai menteri Hishamudin. Molotov cocktail perlu botol kaca. Botol plastik tempat menyimpan kencing sehingga haring. Aduhai segala hamba Allah, berita yang dirancang oleh gerombolan semua menjadi berita salah. Kenapalah tidak difikir dan tidak ikut usrah. Kenapa penutup botol plastik semuanya warna merah jambu macam kain tudung sang puteri. Apakah otak, apakah yang salah. Adalah SB bangang atau tak cukup kena tarbiah. Hamba yang menjadi tok perawi kini jadi serba salah. Nak menangis pun ada, nak tersenyum pun salah. Tidak cukup dengan ini, seantero negeri pun mula diberitahu tentang Jepun akan datang menyerang. Macam Belanda sampai di Melaka. Kereta perisai dibawa keluar. Helikopter berlegar liar. Jalan di kawal siang dan malam. Bas di tahan kereta diperiksa. Kad pengenalan wajib ada. Beg di buka kereta digeledah macam anjing mencari dadah. Inilah sahaja satu kaedah untuk menakut-nakut rakyat yang sudah bijak bermadah. Maka akan tercatitlah dalam sejarah tentang tentera yang akan dibawa keluar. Telah didengar khabar berita bagaimana ada jeneral, ada yang mula berkata, tugas tentera bukan untuk gerombolan. Bukan untuk membunuh rakyat, orang kampung, sanak saudara, sahabat dan taulan. Mengikut tuan yang empunya ceritera, apabila Najib diberitahu duduk perkara. Dia pun gelabah tak tentu hala. Kejap nak jumpa Bersih, kejap berjanji memberi Stadium Negara. Najib berdolak. Najib berdalik. Perangai tak ubah semacam kera yang tercabut ekor di Tasek Bera. Hambo sebagai tok perawi tidak mahu berlagak sombong. Hamba hanya berniat nak menyambung cerita. Ibu bapa, adik dan kakak jangan senyum, tapi ketawalah terbahak-bahak. Hamba nak royak kisah kumpulan Perkasa yang bukan main ribut melahak-lahak. Bingar bising macam halilintar membelah busut. Beribu anggota akan dijemput. Untuk membuat onar dan bikin kelam kabut. Rakyat terdengar rakyat lalu rakyat pun menyahut. Semua mula berkata: "Kami tak takut." Auta Perkasa sudah terserlah. Maka geng silat pula masuk mencelah. Ini lagi lawak hinggakan kita ketawa mata terbeliak. Jangan menuduh hamba ini tok perawai yang berat sebelah. Tapi inilah hakikat cerita yang telah menjadi sejarah kita. Perkasa lesap hilang entah ke mana muntah kedarah. Geng silat ramai yang datang tetapi sudah tersalah. Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tetapi geng silat semua berkumpul di Kuala Pilah. Mereka berzikir, berkelintau memukau, akhirnya ghaib hilang ke negeri entah berentah. Maka tinggal Pemuda Patriot Berbaju Merah. Hamba diberitahu mereka semua datang kerana makan upah. Apabila tak ramai yang datang berkumpul maka menantu ayah menjadi gelabah. Lalu Mat Bangladesh diberi upah pakai baju merah. Tak cukup dengan Mat Bangladesh, si Patriot menghina diri lagi. Demonstrasi belum lagi selesai, mereka semua sudah masuk ke dalam kedai Kentuki. Kepada cucu-cicit yang akan datang zaman berzaman, marilah kita belajar dari alkisah ini. Hendaknya kisah ini akan turun temurunlah. Hendaknya disurahkanlah dari mulut ke mulut, dari laman ke laman, dari blog ke blog, dari Twitter ke Twitter. Di akhirnya, ini hamba sebagai tok pewaris ingin mengundur diri. Hamba di sini merakam sejarah untuk anak segala bangsa. Nakba dan malapetka tidak akan kita tangisi. Rakyat sudah berani bangun untuk melawan. Dengarlah wahai yang zalim dan wahai yang jahat; kita saentero negara tidak akan lagi takut. Datanglah taufan, datanglah Perkasa, datanglah silat, datanglah Patriot. Semua ini hanya kentut-kentut hangat. Setelah malapetaka busuk ini, pergi Bersih akan menyusun lagi. Kalau lapan tuntutan tidak apa-apa, Bersih akan turun ke jalan sekali lagi. |
Kisah Teoh Beng Hock lagi nih... Posted: 25 Jul 2011 02:00 AM PDT SPRM: Siasatan atau penderaan? Oleh Adil Mat Selamat Laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teo Beng Hock amat mengejutkan. Ia memperlihatkan bagaimana proses soal-siasat mampu merosakkan minda seseorang hingga membuatkan mangsa hilang pertimbangan dan membunuh diri. Jika kita menilai kaedah siasatan itu, mungkin kita boleh membandingkan kaedah soal siasat yang dilakukan oleh rejim ganas seperti tentera dan polis Zionis Israel. Antara kaedah dalam setiap siasatan, pasti akan ada 'penderaan'. Penderaan ini boleh berlaku secara mental (tanpa sentuhan) dan fizikal (sentuhan). Kesannya tetap sama walau pun tiada 'body contact' anggota penyiasat. Di Israel, walau pun kaedah ini tidak berperikemanusiaan, pihak Zionis berani menyiarkan secara terperinci kaedah atau sistem soal siasat itu kepada rakyat Israel. Sekurang-kurangnya, warga masyarakat tahu tentang kaedah ini, dan boleh menuntut supaya ia dibatalkan atau diteruskan. Pihak berkuasa siksa orang? Bagaimana dengan SPRM dan polis di Malaysia? Adakah kita rakyat diberi maklumat dan pengetahuan tentang kaedah yang telah dan sedang digunakan oleh mereka? Bukankah mereka ini penjawat awam dalam perkhidmatan awam. Ini bermaksud, tanggungjawab mereka adalah kepada rakyat, iaitu kita. Maka kita berhak untuk tahu dan menilai bagaimana dan apakah kaedah siasatan yang digunakan. Jika ia bersesuaian, maka laksanakanlah, jika tidak mereka perlu akur dengan keputusan rakyat. Jika SPRM atau polis ini syarikat sendirian berhad, maka terpulanglah kepada syarikat itu. Mereka boleh buat sesuka hati mereka. Tiada siapa ambil peduli tentang kaedah atau hasilnya. Jika rakyat tidak suka, kita boikot mereka. Tetapi ia tidak begitu apabila melibatkan hak asasi manusia, dan membabitkan pula perkhidmatan awam. Rakyat perlu menuntut pihak berkuasa, khususnya dalam kes Teo Beng Hock, supaya SPRM mendedahkan secara visual, bertulis dan rakaman audio bagaimana kaedah siasatan yang dikatakan melampau ini dilakukan kepada khalayak. Dengan itu, rakyat boleh menilai sendiri, sama ada prosedur mereka benar-benar zalim atau tidak, dan siapakah yang harus dipertanggungjawabkan. Jangan lari dari tanggungjawab Pihak SPRM tidak boleh lari dari tanggungjawab dengan mengatakan ia rahsia, sulit atau terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi atau ia membabitkan isu keselamatan negara. Rakyat berhak untuk tahu sama ada wang cukai mereka serta wang hasil sumber negara digunakan untuk menyiksa rakyat sendiri atau pun tidak. Alasan untuk lari dari tanggungjawab tidak boleh diterima kerana kes ini sudah menmgakibatkan kematian, dan mangsanya adalah rakyat Malaysia, dan beliau bukan orang kena tuduh, hanya seorang saksi dalam satu kes yang dikatakan pula tidak kukuh. Jangan beri alasan kononnya SPRM tiada rakaman video, sama ada visual atau audio semasa sesi soal siasat itu. Jika benar tiada rakaman semasa siasatan, maka jelas kaedah siasatan itu tidak profesional dan tidak mengikut piawaian antarabangsa. Ini tidak boleh diterima sama sekali. Atau, jika SPRM masih gagal mengemukakan bukti itu, maka kita sarankan kepada SPRM untuk melakonkan semula adegan itu. Bukankah kerajaan memang suka membuat lakonan semula? Lakukanlah, agar semua rakyat dapat lihat di mana kesilapannya dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Ketua SPRM serta Menteri Dalam Negeri sepatutnya meletak jawatan kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, sebaliknya membiarkan kelemahan sistem sehingga menyebabkan kematian seorang insan yang tidak bersalah. Contohnya, sebuah kapal terbang tidak akan jatuh menjunam hanya kerana satu skru tercabut, sebaliknya kapal terbang itu hanya akan terhempas apabila wujud pelbagai kelemahan dari banyak aspek, sama ada sistem teknikal, kesilapan manusia dan cuaca. Gabungan inilah yang akan mencetus malapetaka. Ini dinamakan rantaian bencana. Maka dalam kes Teo Beng Hock, rantaian bencananya adalah sistem dan kaedah yang digunakan. Sistem ini bukan ditentukan oleh satu pihak, sebaliknya banyak pihak termasuk institusi dan individu yang bertanggungjawab. Dengan itu, pendedahan Suruhanjaya Diraja ini jelas membuktikan bahawa wujud kecacatan, kelemahan dan kesalahan penting dalam sistem yang sedang digunakan oleh institusi 'penting' seperti SPRM dan polis. – Roketkini.com |
Sebut betoi betoi, transformasi... bukan transformers... kahkahkah... Posted: 25 Jul 2011 12:30 AM PDT Ini Rupanya Transformasi Oleh Ahmad Zawawi Dewasa ini Parti (BN) yang memerintah bersungguh-sungguh benar mahu melakukan Transformasi didalam pentadbirannya. Orang biasa macam saya merasa kecut perut setiap kali perkataan itu disebut pimpinan negara. Saya percaya ini merupakan satu perkara besar jika tidak masakan ianya disebut oleh orang-orang besar. Tanpa berlengah saya mencapai Kamus Dwibahasa lalu terjumpalah perkataan keramat " Transformation " sebelum ia dialih bahasa sebagai transformasi. Maklumat mengenainya didalam Internet adalah seperti berikut: "Defination of transformation: a. The act or instance of transforming b. The state of being transformed " Agak lama juga saya berfikir apakah dia sebenarnya transformasi ini. Didalam Rancangan-rancangan bualbicara diAstro AWANI seperti Sudut Pandang, Agenda Awani, Meja Bulat dan sebagainya kerap juga perkataan Transformasi terpacul daripada mulut ahli-ahli panel yang menjadi tetamu rancangan tersebut. Ahli-ahli panel terdiri daripada orang-orang hebat dan termasuk para cendekiawan yang terkenal. Malang sekali makin banyak saya menonton rancangan-rancangan tersebut makin susah saya hendak faham apakah bendanya transformasi itu. Semalam (19.07.2011) saya berubah angin lalu meninjau ke TV1 dan tv 2. Kedua-dua channel tersebut menyiarkan rancangan secara "live" . TV1 disiar secara langsung musabakah (penghayatan surah-surah al-Qur`an) peringkat Antarabangsa iaitu acara tahunan yang telah ujud sejak zaman Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama lagi manakala di TV2 disiar secara langsung juga satu Rancangan Hiburan Bakat TV berkonsep transformasi. Saya tidak mempertikai hak pihak berkuasa diRTM dalam menerbitkan rancangan hiburan seperti itu. Yang saya kesalkan mengapa ianya dibuat serentak dengan masa para qari dan qariah mengalunkan ayat-ayat suci dari al-Quran. Apakah yang membuatkan mereka begitu terdesak sehingga rancangan hiburan sebegini tidak boleh ditangguhkan. Apa salahnya Malam Kemuncak Bakat TV itu diadakan setelah kita selesai mengerjakan Ibadat Puasa dibulan Ramadan? Kita semua maklum orang-orang kita terlalu dahagakan hiburan, maka berduyun-duyunlah mereka berubah keTV2. DiTV1 jika ianya disiarkan juga "live" kenegara-negara peserta antarabangsa saya pasti ramai jugalah orang-orang Islam menontonnya. Para peminat hiburan juga teruja untuk menonton Bakat TV itu kerana Pak Menteri ada hadir sebagai tetamu kehurmat. Pak Menteri ataupun pegawai-pegawainya diRTM tidak perlu menjawab teguran ini. Saya percaya rakyat gelata yang sudah semakin cerdik akan lebih berminat untuk menukar pemerintah (Reformasi) daripada dikecewakan oleh usaha-usaha seperti yang disebut diatas. http://ahmadzawawi.wordpress.com |
Tabik SPR, sampai EU pun nak mai belajaq kat depa... haha... Posted: 24 Jul 2011 11:00 PM PDT Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa Oleh Jahabar Sadiq KUALA LUMPUR — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa. Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan. "Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider. Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir. Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan. Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008. "(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990. Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu. Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR. Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka. "Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu. Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir. |
Apa maksud Nazri Aziz nih... naik risau SPRM... haha... Posted: 24 Jul 2011 09:00 PM PDT Nazri: 'Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard' KUALA LUMPUR, 24 Julai — Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidakmati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian. Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada. Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada. Dalam satu temu bual hari ini, tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan. "Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena teima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan," kata Nazri sambil menambah, "saya ingin mencadangkan supaya SPRM yang bekerja rapat dengan badan pencegahan rasuah di Hong Kong supaya mengikut cara mereka bekerja." "Dulu mereka belajar daripada kita, sekarang mereka berada di kedudukan nombor satu," katanya lagi. Nazri menambah, prosedur operasi standard (SOP) di Hong Kong mempunyai piawaian yang sangat tinggi dan SPRM seharusnya berunding dengan badan pencegahan rasuah berkenaan. "Ikut dan contohilah mereka," kata beliau lagi dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia edisi hari ini. "Di Hong Kong tuntutan kepada demokrasi sangat kuat, mereka tidak akan bertolak ansur dengan badan pencegahan rasuah di sana kalau SOP yang diamalkan adalah tidak baik," kata menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal perundangan dan Parlimen ini. Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa. "Jangan nafi. Saya bukan tidak hendak mempertahankan pegawai-pegawai ini tetapi saya percaya dan tahu ada perkara yang berlaku. "Berdasarkan laporan yang kita baca jelas menunjukkan bagaimana siasatan dijalankan secara berterusan," katanya yang turut mahu SPRM membetulkan diri. "Dunia dahulu mungkin berbeza, orang tak banyak buat aduan, aliran maklumat juga sangat perjalan, tetapi sekarang apa saja berlaku sekelip mata, semua orang tahu. Mereka mesti berubah," katanya lagi. Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi. Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. Bagaimanapun menurut Nazri, beliau tidak melihat imej SPRM terjejas dengan penemuan siasatan diraja atas alasan dalam mana-mana organisasi ada segelintir kakitangan yang membuat sesuatu tidak mengikut peraturan. "Namun pada saya ia tidak menjejaskan kerja baik yang selama ini dilakukan SPRM untuk membendung rasuah," katanya. |
Najib tiru Ben Ali atau Ben Ali yang suruh... kahkahkah... Posted: 24 Jul 2011 08:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghalau peguam, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis, 'melayakkan' Perdana Menteri itu sebaris dengan diktator lain di dunia. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengingatkan semua pihak bertapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini. "Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua. "Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene," katanya yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini. Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam. Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang. Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo. Zine El Abidien Ben Ali Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam. Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang popular sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara. Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri. "Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon," kata Ketua Cabang Rembau itu. |
Drama kejar mengejar aku, Mat Sabu, polis Posted: 24 Jul 2011 07:00 PM PDT Bersih 2.0 :Drama kejar mengejar aku, Mat Sabu, polis Oleh Mohamed Hanipa Maidin Kali ini aku ingin berkongsi cerita pra, semasa dan pasca himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Kita mulakan dengan fasa pra perhimpunan. Aku dan Mat Sabu berada di luar negara kerana bererehat sebentar dek terlalu banyak kes Mahkamah yang melibatkanku (peguam) dan Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu (anakguam) yang juga Timbalan Presiden PAS. Di luar negara kami berbincang adakah Mat Sabu perlu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 8 Julai iaitu sehari sebelum Himpunan Bersih. Mat Sabu agak risau dicekup pada 8 Julai di Pulau Pinang maka terlepas untuk menyertai himpunan Bersih. Aku katakan pada Mat Sabu bahawa kami perlu hadir pada 8 Julai di mahkamah. Maka pada hari tersebut, kami berdua berlepas ke Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Subang pada jam 6.55 pagi. Di Pulau Pinang aku dan Mat Sabu hadir di Mahkamah Tinggi bagi rayuan kes oleh Pendakwaraya ke atas keputusan Mahkamah Majistret di Jawi yang membebaskan Mat Sabu dan sembilan yang lain. Tapi jahatnya pihak pendakwaraya, mereka hanya merayu kes Mat Sabu sahaja. Alhamdulillah di Pulau Pinang Mat Sabu tidak ditangkap. Ramai yang menyapa Mat Sabu tanpa mengira bangsa di Pulau Pinang dan semua bersemangat bercerita tentang Bersih dan tindakan polis yang mereka kata agak kururang siuman. Jam 6.30 petang, kami sampai di Subang. Kenderaan dan petugas keselamatan PAS menanti kami. Di Lapangan Terbang Bayan Lepas, kami membeli baju warna kuning yang bakal dipakai di perhimpunan Bersih 2.0 keesokan harinya. Pemandu yang membawa kami beritahu banyak sekatan jalan polis dan jika naik kereta tidak selamat. Dua buah motosikal disediakan untuk kami. Sampai di sebuah stesen minyak, Mat Sabu membonceng motosikal untuk dibawa ke sebuah hotel di ibu kota dan aku pula dibawa ke rumah. Kami berjanji akan jumpa malam itu di hotel. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku membersihkan diri dan jam 12 malam berjumpa Mat Sabu di sebuah hotel di ibu kota. Pagi 9 Julai, aku tinggalkan Mat Sabu di bilik hotel dan turun minum. Aku hanya berseluar jeans hitam dan berbaju T merah (tapi bukan Patriot). Aku minum di gerai mamak tidak jauh dari hotel. Ramai ahli PAS turut minum dan menyapaku. Kepala aku hanya memikir satu perkara; bagaimana nak melepasi banyak sekatan jalan polis? Aku dan Mat Sabu saling berhubungan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas). Tiba-tiba aku terima SMS dari sahabat PAS Johor yang secara kebetulan dapat maklumat daripada seorang kawan lain yang berada di hotel penginapan Mat Sabu. SMS itu berbunyi; "Beritahu akhie Hanipa jangan balik ke hotel kerana polis sedang cari dia." Aku forwardkan SMS itu kepada Mat Sabu. Aku minta kawan yang minum bersama aku untuk lihat keadaan di hotel. Kawan aku pergi ke hotel dan beritahu ramai polis berkeliaran. Aku menelefon Dr Mohd Hatta Ramli dan beliau minta aku dan Mat Sabu ke Masjid Negara jika boleh lepas dari kepungan polis. Aku beritahu Mat Sabu apa yang Dr Hatta beritahu. Mat Sabu kata kita ke sana untuk solat Zohor. Maka petugas keselamatan menyediakan dua motor dengan dua penunggang. Aku naik satu motor dan Mat Sabu naik satu motor yang lain. Sebaik sahaja Mat Sabu berjaya turun ke bawah (polis tidak menyedari Mat Sabu sudah terlepas), kedua-dua motor memecut deras membawa kami. Aku amat gayat membonceng motor yang dipandu laju. Tiba-tiba motor yang membawa Mat Sabu berhenti kerana dalam jarak 100 meter ada sekatan jalan polis. Kami cuba masuk ke kawasan perumahan dan tidak semena-mena kenderaan pacuan empat roda polis dan dua kereta peronda meluru laju dan membrek di hadapan motor kami. Kami cuba berpatah balik tetapi dikepung dan pacuan empat roda polis dengan sengaja melanggar motosikal yang dinaiki Mat Sabu. Aku nampak bahagian depan jip Pajero itu melanggar kaki Mat Sabu. Kedua-dua motosikal yang kami naiki jatuh dan beberapa anggota polis bertindak ala gangster menerpa kami sambil berteriak. Aku dijatuhkan dan muka aku ditekan oleh polis sehingga terkena roda motosikal. Aku lihat Mat Sabu dalam kesakitan dan memberitahu polis bahawa dia tidak boleh berjalan. Tanganku digari ke belakang dan dimasukkan ke dalam kereta peronda. Aku protes tangkapan tersebut dan memberitahu polis yang aku seorang peguam. Namaku juga tiada dalam perintah mahkamah. ACP Fairuz (yang juga aku kenal kerana akulah peguam yang menyoal balas beliau dalam kes himpunan Protes) hanya mengatakan beliau "ikut arahan". Jawapan standard polis. Kami berempat dibawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana Mat Sabu kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Di Jinjang aku dikenali oleh beberapa anggota polis yang bekerja di mahkamah dan mereka agak terkejut kerana aku ditangkap. Apabila merereka kata pada aku "maaf tuan' polis yang lain pula terkejut. Aku bersyarah panjang pada polis tentang hak orang yang ditangkap dan sedikit sebanyak mereka akur. Aku dimasukkan ke dalam sel bersama-sama dua pemandu motosikal yang membawa kami. Di dalam sel, rupanya sudah ada merereka yang ditangkap kerana perhimpunan Bersih. Apabila aku ingin bersolat Zohor, polis arahkan aku berpindah sel. Aku dibawa ke sel baru dan di situ aku terserempak dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam sel seorang diri. Aku juga melihat seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar juga dalam sel seorang diri. Aku diletakkan dalam sel bersebelahan Mahfuz. Kami bertiga dikurung di sel berasingan seorang diri (solitary confinement). Tidak lama kemudian Tian Chua pula dimasukkan ke dalam sel di sebelah aku. Selepas itu Mat Sabu pula dimasukkan ke dalam sel di depan sel kami. Beliau hanya berkain pelekat dan kaki berbalut. Mat Sabu berjalan terdencot-dencot. Tidak lama lepas itu Sivarasa Rasiah pula dimasukkan dalam sel di sebelah sel Mat Sabu. Maka kami berbual (sahut-menyahut) dengan nada ria antara satu sama lain. Nampaknya, polis boleh menahan kami tetapi tidak boleh mencabut kegembiraan kami menentang kezaliman polis dan BN. |
Posted: 24 Jul 2011 06:00 PM PDT |
Jangan sesapa gatai dok kaitkan Islam plak... Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT Suspek serangan Norway bertindak sendirian: Polis OSLO: Polis Norway hari ini menyatakan suspek serangan berkembar yang membunuh sekurang-kurangnya 92 orang bertindak sendirian selepas beberapa saksi memberitahu seorang lagi lelaki bersenjata mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai itu. Namun polis masih cuba mengenal pasti sama ada terdapat "seorang atau lebih" penembak dalam serangan kelmarin terhadap perjumpaan remaja Parti Buruh di Pulau Utoeya. "Semasa sosal siasat, suspek berkata beliau bertindak sendirian. Kami akan cuba memastikan perkara ini menerusi siasatan kami," kata Pesuruhjaya Polis, Sveinung Sponheim. - AFP |
Posted: 24 Jul 2011 04:00 PM PDT Peristiwa Pertukaran Kiblat Di Dalam Bible Oleh: zharifjenn Pasti ramai daripada anda tahu yang satu masa dahulu kiblat umat Islam ialah Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis Jerusalem seperti artikel yang telah saya siarkan sebelum ini. (klik sini untuk baca) Saya ingin berkongsi dengan anda satu bukti bahawa kiblat Allah akan bertukar dari Jerusalem ke tempat lain. Buktinya terdapat di dalam Bible sendiri. Bahkan Jesus sendiri yang menyebutnya (di dalam Bible). Bible New Testament John 4:20-24 New International Version (NIV) 20 Our ancestors worshiped on this mountain, but you Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem." 21 "Woman," Jesus replied, "believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem. 22 You Samaritans worship what you do not know; we worship what we do know, for salvation is from the Jews. 23 Yet a time is coming and has now come when the true worshipers will worship the Father in the Spirit and in truth, for they are the kind of worshipers the Father seeks. 24 God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth." Cuba lihat dan fahami maksud ayat di atas. Ayat yang perlu ditekankan (yang telah digariskan): 1) Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem 2) Believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem Terjemahan untuk kita lebih faham (diambil dari Alkitab Indonesia); (20) Nenek moyang kami menyembah di atas gunung ini, tetapi kamu katakan, bahwa Jerusalemlah tempat orang menyembah. (21) Kata Yesus kepadanya: "Percayalah kepada-Ku, hai perempuan, saatnya akan tiba, bahwa kamu akan menyembah Bapa bukan di gunung ini dan bukan juga di Jerusalem. Persoalannya, di mana kiblat yang baru itu? Bagi Islam, Kaabah merupakah kiblat yang dimaksudkan di dalam Bible. Mungkin penganut Kristian masih mencari-cari lagi kiblat tersebut ataupun tidak mempedulikan ayat tersebut. Kiblat Umat Islam Peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah ada diceritakan di dalam Bible. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW. Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah. Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. (al-Baqarah: 144) |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan