Isnin, 25 Julai 2011

Addin

Addin


Kanak-Kanak Di Culik, Kemudian Di Kisar Sebelum Di Buang Ke Sungai

Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun diculik kemudian tubuhnya dicincang oleh penculiknya menggunakan mesin pengisar daging lalu membuangnya ke sungai. Demikian dilansir IANS, Isnin (25/7/2011). Kini tiga tersangka menghadapi tuduhan penculikan dan pembunuhan. Kanak-kanak bernama Zhang Shihao bertemu lelaki bernama Liu Zhiwei pada 2 November 2010 di Zhengzhou, Provinsi Henan, China. Liu meminta Zhang membantunya mengambil yoyo untuk anak perempuannya dan kemudian membawanya lari.


Liu kemudian meminta wang tebusan kepada keluarga Zang sebesar 100 ribu yuan. Orangtua Zhang kemudian memberitahu polis dan kemudian ke bank untuk membayar si penculik.

Dua hari kemudian, Liu kembali meminta wang sebesar 100 ribu yuan dan memperingatkan agar orangtua Zhang tak melapor ke polis. Tak berapa lama kemudian polis meminta orangtua Zhang agar tak mengirimkan wang tebusan. 
Hasil penyelidikan menyebutkan jika Liu dan dua kaki tangannya bertanggung jawab atas pembunuhan yang dilakukan terhadap Zhang./tribunnews

Selepas Berkawan Dengan Pope, Kini UMNO Hina Arab Saudi?

Posted: 25 Jul 2011 08:58 AM PDT

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama. "Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu. Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN – majlis bawah Jabatan Perdana Menteri – di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil. 


Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain. 

 "Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber. Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber. 

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu. Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti "terorisme agama" dalam taklimat antikeganasan anjuran pihak polis.

Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno – antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan – juga boleh disenaraikan.

"Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini. 'Tolak juga fahaman tak demokratik'

Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris? "Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu – merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama – hendaklah ditolak seluruh umat Islam.

"Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat. "Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu./mk

Laluan Sukar Menanti UMNO BN Pada PRU 13

Posted: 25 Jul 2011 08:06 AM PDT

Peningkatan kos hidup dilihat akan menyulitkan Barisan Nasional (BN) dalam menarik sokongan pada pilihan raya umum ke-13 khususnya di kalangan pengundi kawasan bandar yang berhadapan dengan kesan pendapatan kekal tidak berubah sedangkan paras inflasi pula mengalami kenaikan.Pungutan suara di kalangan 100 warga kota oleh The Malaysian Insider baru-baru ini menunjukkan 44 peratus menuding jari ke arah kerajaan berhubung kenaikan kos berbanding 41 peratus mengaitkan dengan faktor global dan hanya lima peratus mempersalahkan golongan peniaga. Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan bahawa kadar inflasi Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 3.5 peratus pada Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 


Kadar inflasi pada Mei 2011 adalah 3.3 peratus, masih rendah daripada paras lima peratus yang boleh diterima oleh kerajaan. Pentadbiran Najib tidak mengatakan bila akan memanggil pilihan raya umum tergempar, tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam memberitahu ahli-ahli Umno agar bersedia memandangkan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa.

Daripada 86 orang, yang merupakan pengundi berdaftar, seramai 40 responden berkata kos sara hidup kemungkinan akan memberi kesan ke atas pendirian sokongan mereka dalam pilihan raya umum manakala 31 yang lain mengatakan tidak mungkin ada kesan ke atas mereka. Seramai 15 pemilih berkata kos sara hidup akan memainkan peranan berkecuali dalam menentukan siapa yang mereka akan mengundi kelak.

Seorang pesara Rohani Saad, 57, memberitahu The Malaysian Insider, dia percaya undi ketika pilihan raya umum merupakan satu-satunya cara boleh melahirkan rasa tidak puas hati mengenai kenaikan kos sara hidup.
"Jika kerajaan mengatakan harga tak naik, harga tentu naik," kata Rohani yang kini bergantung pada simpanannya.

Meskipun Rohani berjimat cermat, membelanjakan sekitar RM100 seminggu untuk barang-barang runcit bagi suami dan dirinya, dia merasakan kedudukan kewangan semakin buruk tahun ini. Malah mereka yang agak berada pun merasakan mereka "miskin" sekarang ekoran peningkatan inflasi.

Seorang pengurus pejabat yang hanya mahu dikenali sebagai Anne berkata, kerajaan seharusnya memantau harga barang khususnya harga barang-barang keperluan seharian seperti makanan bagi membolehkan kos sara hidup dapat dikawal.

Meskipun pendapatan Anne dan suaminya mencecah RM10,000 sebulan tetapi dia terpaksa memotong bajet membeli ikan sebab ia terlalu mahal sekarang. "Kami suka makan ikan, tetapi kami juga rasa perit (kenaikan harga)," katanya lagi.

Meskipun pentadbiran Najib menggerakkan program-program transformasi ekonomi tetapi kesannya belum dirasai rakyat memandangkan mereka juga berhadapan dengan kenaikan harga barangan khususnya di kawasan-kawasan bandar berbanding kadar pendapatan. Perkara ini juga dikesan menerusi pungutan suara yang diadakan.

Kira-kira 34 peratus responden berkata mereka merasakan kedudukan kewangan mereka lebih buruk berbanding setahun lalu manakala 43 peratus merasakan tiada sebarang perubahan dan 23 peratus mengatakan keadaan mereka lebih baik. "Kehidupan di sini semakin buruk sekarang," kata Choong, 40, seorang pemilik restoran di Subang Jaya.

Ibu kepada empat orang anak ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki barangan keperluan berbanding negara-negara lain seperti England. Selain perbelanjaan isu rumah yang semakin meningkat, katanya, bisnes restorannya merasai kesan memandangkan ramai pelanggan sudah kurang makan di luar ekoran kenaikan kos.

Bagaimanapun beberapa orang yang ditemui tidak bersetuju dengan Choong dengan mengatakan bahawa rakyat Malaysia lebih baik berbanding mereka yang tinggal di luar negara.

"Rakyat Malaysia yang tidak pernah tinggal di luar negara tidak tahu yang mereka sebenarnya bernasib baik kerana semuanya ada di sini," kata Muhammad Zafran Kadir, seorang pengurus komunikasi dari Subang Jaya. "Berbanding kepercayaan popular, Malaysia merupakan salah satu bandar raya paling rendah kos hidup. Ketika saya berada di Australia, saya mengeluarkan A$400 (RM1,280) seminggu untuk sewa. Jika bukan kerana pinjaman kerajaan, saya tidak boleh hidup," katanya lagi.

Pun begitu, penganalisis memberi amaran bahawa kos sara hidup dan keadaan ekonomi negara akan menjadi isu utama pilihan raya. "Kos hidup sentiasa menjadi isu serius bagi kerajaan apabila berhadapan dengan pilihan raya," kata James Chin, penganalisis politik dari Monash Univeristy kampus Malaysia.

"Ketika keadaan ekonomi tidak baik, kerajaan berhadapan dengan kesukaran," katanya. Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs, Wan Saiful Wan Jan berkata kos sara hidup merupakan isu paling ketara di kalangan orang ramai. "Sejauh mana baiknya keadaan ekonomi, ia memainkan peranan signifikan dalam arah aliran pengundian," katanya.

Sehubungan itu, Wan Saiful juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berhadapan dengan pilihan sukar memandangkan beliau terperangkap dalam dilema sama ada wajar memotong subsidi, sebagai sebahagian daripada pembaharuan fiskal bagi mengimbangkan bajet kerajaan, tetapi pada masa yang sama berhadapan dengan situasi tekanan kenaikan harga barang.

Menurutnya, pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh Tun Abdul Razak pada 1970 telah membawa kepada pergantungan ke atas campur tangan kerajaan dan subsidi, sekali gus mewujudkan budaya subsidi yang sukar bagi Najib untuk keluar.

"Bagaimana Najib boleh memberitahu publik bahawa subsidi tidak boleh berkekalan?" kata Wan Saiful. "Beliau tidak boleh kata bapanya salah apabila melaksanakan DEB," katanya lagi sambil menambah, "sesuatu yang malang bagi kerajaan buat masa sekarang."

Wan Saiful berkata, Pakatan Rakyat memperoleh kelebihan politik daripada tindakan Putrajaya memotong subsidi dan impaknya ke atas kos sara hidup tetapi menurutnya, ia pendekatan popular dan tidak bertanggungjawab.

Malah kata beliau, sebagaimana kerajaan semasa, Pakatan Rakyat tidak dapat mengekalkan subsidi untuk jangka masa yang panjang. Kata Wan Saiful, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya lebih mengetahui perkara ini berbanding menentang pelarasan subsidi.

Sementara parti-parti politik berusaha memikat undi, pengundi sendiri kelihatan sinis dengan mendakwa bahawa sokongan mereka hanya dikira ketika pilihan raya tetapi bukan dalam persekitaran realiti.

Seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, meskipun dia sudah banyak kali mengundi tetapi tidak merasakan undinya ada membawa sebarang perubahan. Lee yang berusia 70 tahun berkata, dia kecewa kerana harapannya agar kehidupan akan bertambah baik tidak mendapat perhatian ahli-ahli politik.

Katanya, bilangan mereka yang mengunjungi gerainya semakin menurun memandangkan ramai mahu makan di rumah. "Saya tidak tahu ke mana pergi mereka semua," katanya dengan nada kesal.


Addin :

Kalau dah gaji RM10,000 pun dah kena budget.. ini kan pulak gaji macam aku ni...BN memang Barang Naik sebab Bini Najib..


Najib.. Perdana Menteri Paling Teruk Sepanjang Zaman

Posted: 25 Jul 2011 04:26 AM PDT

Bukan saja pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tidak mempercayai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah bekas pimpinan Barisan Nasional (BN) sendiri telah menunjukkan sikap tersebut terhadap kepimpinan beliau. Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata demikian, ketika berucap dalam majlis penerangan anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Permatang Buloh, malam tadi. Menurut beliau lagi, tindakan bekas pimpinan BN menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dengan jelas membuktikan pimpinan Najib bukan saja tidak diyakini dikalangan pimpinan Umno dan BN, tetapi juga penyokong parti tersebut sebelum ini.


"Jika bekas menteri seperti Ong Tee Keat, Tengku Razaleigh dan beberapa pimpinan lain berani bersama organisasi seperti Amanah untuk menzahirkan pandangan mereka secara positif mengenai tindakan menyimpang kerajaan, maka adalah tidak salah bagi rakyat juga untuk menyatakan ketidak puasan mereka. 

"Amanah juga menjadi satu lagi tamparan kepada kepimpinan Najib, apabila beliau sering mendabik dada menyatakan sokongan yang diterimanya adalah padu baik dari kalangan pimpinan BN kini, dulu dan selamanya," ujarnya lagi. 

Malah katanya begitu banyak kelemahan dalam pentabdiran Najib menyebabkan rakyat sudah hilang keyakinan di atas reputasi beliau sebagai Perdana Menteri. "Air Asia juga telah dipindahkan ibu pejabatnya dari Kuala Lumpur ke Jakarta. Bukankah ini juga suatu lagi krisis keyakinan yang menimbulkan persepsi yang pelbagai rakyat terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri. 

"Penangkapan peguam Perancis, William Bourdon pada 22 Julai baru-baru ini, juga sesuatu yang memalukan negara. Apa yang hendak ditakutkan oleh kerajaan sekiranya tiada apa yang hendak disembunyikan. "Bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah, sehingga menyebabkan tindakan mencemarkan nama negara itu terpaksa diambil oleh kerajaan pimpinan Umno dan BN," tegasnya lagi. 

Beliau juga berkata, Najib sepatutnya jangan begitu takut kepada bayang-bayang beliau sendiri diatas segala kesalahan dan kemungkaran yang dilakukan selama memerintah negara. Hadir bersama ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin./hrkh

Addin :

Dalam ertikata yang paling mudah..Najib adalah PM yang paling teruk sepanjang zaman.


Suruhanjaya Diraja Beng Hock Jelas Pincang!!

Posted: 25 Jul 2011 12:30 AM PDT

DAP hari ini mendakwa tiada keterangan saksi yang dicatat dalam laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bersabit jangkamasa kematian mendiang Teoh Beng Hock antara jam 7.15 hingga 11.15 pagi. Malah, parti itu turut mempertikaikan percanggahan antara keterangan saksi IO Ahmad Shafik Abdul Rahman dengan laporan tersebut yang dipercayai tidak berdasarkan fakta dan bukti. Bercakap pada sidang media, Exco Selangor Ean Yong Hian Wah menyifatkan keterangan yang diberikannya ketika pendengaran RCI menjelaskan tiada sebarang bayaran pendahuluan dibuat oleh Dap Serdang Aman untuk membiayai projek kecil di kawasan beliau.



Katanya, DAP Serdang Aman hanya bertindak sebagai pembantu pengurusan pada ketika itu. Namun katanya, RCI tidak mengambilkira maklumat tersebut justeru mengeluarkan kenyataan berlainan dalam laporan tersebut. "Kalau kita lihat testimoni bertulis oleh IO Shafiq ketika pendengaran RCI adalah senario yang bertentangan. IO Syafik memberitahu RCI bahawa siasatan menunjukkan resit adalah sama dan projek tersebut dijalankan.

"Laporan RCI sepatutnya mencari punca kematian namun ianya menimbulkan lebih banyak persoalan tentang kematiann" Justeru, Ean Yong menyifatkan usaha RCI untuk memutarbelitkan kejadian bunuh diri akan menambahkan keyakinan rakyat Malaysia bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) tidak berminat untuk membuktikan keadilan sebaliknya melindungi kebenaran.

Suruhanjaya Diraja sebelum ini memutuskan Beng Hock membunuh diri kerana menghadapi sesi soal siasat agresif dan berlarutan oleh pegawai SPRM pada Julai 2009. Walaupun beliau hanya saksi dalam sebuah kes membabitkan cuma RM2,400, pegawai SPRM cuba mendapatkan pengakuan daripada beliau sepanjang malam dengan membuat pelbagai ugutan dan memberikannya maklumat palsu. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendapat, tindakan tegas harus dikenakan ke atas pegawai yang terlibat sehingga menyebabkan kematian kepada seseorang apatah lagi kerana tidak memberikan fakta sebenar sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pihaknya tidak akan membentuk suruhanjaya baru atau badan lain bersabit kes Beng Hock. Menurut beliau, pendedahan laporan Suruhanjaya Diraja itu kepada umum sudah memadai dan menutup kes kematian Beng Hock. Kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Majlis Peguam mempertikaikan keputusan siasatan diraja yang disifatkan ada elemen campurtangan kerajaan Umno-BN.

Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi. Beng Hock, 30, pembantu politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. Beliau merupakan saksi tunggal yang dipanggil memberi keterangan pada hari tersebut/tvsnews


Wartawan Utusan Akui Tulis Berita Tanpa Semak

Posted: 24 Jul 2011 08:00 PM PDT

Seorang wartawan Utusan Malaysia mengakui tidak menemui plaintif sebelum menyiarkan berita disifatkan berunsur fitnah terhadap pemimpin PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki. Yuspisman Asli, 39 kini Ketua Biro Utusan Cawangan Kelantan mengakui perkara itu ketika ditanya peguam plaintif, Mohamad Hanipa Maidin pada perbicaraan kes saman Misbahul terhadap Datuk Khalid Mohd dan Utusan Melayu Bhd di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini. Hanipa sebelum itu mahu kepastian sama ada wartawan berkenaan menghubungi Misbahul atau menemui sekretariat muktamar atau pengerusi tetap bagi mendapat kesahihan sebelum berita itu ditulis.


Mingguan Malaysia pada 3 Jun 2007 dalam laporan di muka hadapan menggunakan tajuk "Dewan Ulama PAS ibarat tin kosong – Perwakilan". Berita mengenai muktamar terbabit disiarkan dengan dakwaan wakil Perak, Misbahul Munir berkata, Dewan Ulama hanya hidup dalam kepompong mereka sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutamanya ketika berdepan dengan pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam.

"Kepimpinan ulama yang dicanang oleh parti PAS tidak harus hanya menjadikan tin kosong melalui kewujudan Dewan Ulama, apabila aktiviti mereka lebih tertumpu di surau dan markas," katanya dalam laporan berita tersebut.

Dalam writ samannya plaintif menyebut berita disiarkan di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia itu dibuat dengan niat jahat dan bertujuan mensensasikan berita fitnah. Perbicaraan kes itu diadakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Khalid dan Utusan diwakili peguam Azhar Arman Ali.

Sebelum kes itu difailkan di mahkamah peguam plaintif telah menghantar notis supaya Utusan meminta maaf bercara bertulis dalam tempoh tujuh hari. Defendan juga dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dalam masa tujuh hari sebagai ganti rugi, namun pihak defendan gagal berbuat demikian.

Oleh itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan perintah menarik balik tuduhan fitnah dan ucapan minta maaf daripada kedua-dua defendan. Ketika prosiding pada 5 Julai lalu Misbahul memberi keterangan di mahkamah terhadap tuntutan saman tersebut.

Dalam keterangannya Misbahul memberitahu beliau tidak berucap langsung atau menjadi pembahas pada muktamar kali ke-53 yang diadakan di Putik, Pengkalan Chepa. Penerbitan berita fitnah tersebut menyebabkan maruahnya tercemar sehingga meletak dirinya di kancah kebencian dan kehinaan pada pandangan masyarakat.

Hanipa berkata, biar pun Yulpisman menganggap berita itu sebagai kritikan membina dalam keterangan hari ini, namun dalam berita yang disiarkan tidak menggambarkan situasi tersebut. Menurutnya berita berkenaan tambah hangat apabila diulas pula Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehari selepas itu, yang digambarkan Utusan terus mempertahankan berita tidak betul.

"Dalam kes ini plaintif telah dilihat memburukkan PAS apabila berkata, Dewan Ulama PAS ibarat ting kosong. "Berita itu kemudian disebarkan melalui Utusan dengan edaran sehingga 400,000 naskah bertujuan bagi menarik perhatian ramai," katanya.

Prosiding kes tersebut masing-masing menampil seorang saksi iaitu Misbahul bagi pihak plaintif dan Yuspisman (defendan). Penghujahan kes berkenaan akan disambung pada 26 September hadapan.

Addin :

Memang kerja Utusan menfitnah.. sebab itu sekarang rakyat dah mula sedar.. Utusan candu kepada pemikiran masyarakat..


Tiada ulasan: