shalehudin |
- Kita cabar Polis dakwa Mat Sabu, aku pun tak mau pemimpin penipu...
- Teoh Beng Hock bunuh diri
- Kes cari pasai ja nih... haha...
- Polis... BERSIH... haha...
- Bangang melantun lantun tu bangsa Umno jaa...
- Dah betoi betoi PUAKA kot... kahkahkah...
- Ku Li nak kena maki ngan Rosmah dah ni... hihi...
- Macam tak percaya pulak berita nih...
- Tak tau malu tak leh baca berita ni... kahkahkah...
- Raja Petra cari pasai pulak dah...
- FRU ni sahih orang Umno, bangang tak reti baca...
- Berat dakwaan nih...
- Apa sangkut KJ ngan Rosmah pulak nih...
- Retak sebelah pipi, nak bunuh orang ka ni...
- Pak Samad Said ikon rakyat...
Kita cabar Polis dakwa Mat Sabu, aku pun tak mau pemimpin penipu... Posted: 21 Jul 2011 08:56 AM PDT Polis: Mat Sabu akan didakwa buat tuduhan palsu Hafiz Yatim Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu. "Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan," katanya. Video berkenaan menunjuk sebuah Land Rover mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan. "Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya," katanya. Mat Sabu semalam menafikan beliau berlakon dan berkata skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan. |
Posted: 21 Jul 2011 08:05 AM PDT S'jaya diraja: Teoh Beng Hock bunuh diri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri. Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini. Laporan suruhanjaya itu menyebut bahawa tindakan yang dilakukan ketiga-tiga pegawai berkenaan iaitu Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkemungkinan besar berbentuk soal siasat secara intensif sekali lagi ke atas Teoh untuk memaksanya membuat pernyataan bahawa Yong yang mengarahkannya untuk melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang dalam mengendalikan peruntukan tersebut. SEDUTAN LAPORAN Laporan itu menyebut sesi itu pastinya membebankan Teoh dari segi fizikal dan mental memandangkan dia telah dinafikan tidur sepanjang malam dan pagi dan perlu menanggung soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar. Suruhanjaya itu dalam laporannya berpendapat soal siasat keempat telah menjadi faktor pencetus yang membawa kepada kejadian berkenaan. Pegawai SPRM telah memberitahu inkues dan siasatan suruhanjaya diraja bahawa soal siasat terhadap Teoh tamat pada jam 3.30 pagi dan setiausaha politik DAP itu dibebaskan. Bagaimanapun, mereka mendakwa Teoh tidak pulang tetapi sebaliknya memutuskan untuk tidur di atas sofa di pejabat SPRM. Tetapi laporan RCI menyatakan Teoh tidak dibebaskan selepas sesi soal siasat SPRM. Bagaimanapun, Nazri berkata, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh."SPRM memulakan siasatan berikutan terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa ADUN Selangor dan Pakatan Rakyat terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka dan bukan bagi faedah orang ramai. "Teoh sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang ahli exco kerajaan Selangor dari DAP. "Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada Teoh untuk membuat pengakuan sebagai bukti," katanya. Bagaimanapun, tambah Nazri, suruhanjaya diraja mendapati pegawai-pegawai SPRM tiada niat dan tiada sebab untuk membunuh Teoh. Menurut Nazri, hasil siasatan suruhanjaya itu mendapati Teoh bukan dibunuh tetapi dia merasa terbeban dan tertekan dengan sesi soalsiasat yang agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakannya yang lemah, telah menyebabkan dia membunuh diri. Bagaimanapun, katanya, kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil ke atas para pegawai yang terbabit yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada. Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong. Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan. Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu. Laporan hasil siasatan suruhanjaya itu telahpun diserah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan lepas. Berikut adalah kenyataan penuh Nazri Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock (TBH) diumumkan kepada orang ramai pada 21 Julai 2011 (Khamis). Laporan itu boleh diperolehi daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan harga RM45 senashkah bermula jam 10.00 pagi 22 Julai 2011 (Jumaat). Saya mewakili Kerajaan Malaysia ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Suruhanjaya Diraja yang dipengerusikan oleh YA Tan Sri Datuk Seri James Fong Cheng Yuen yang telah dapat menjalankan siasatan secara telus, adil dan teliti. Suruhanjaya Diraja ini telah ditauliahkan pelantikannya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 Januari 2011 dan telah mempersembahkan Laporan Suruhanjaya kepada baginda pada 22 Jun 2011. Siasatan dan penyediaan Laporan Siasatan ini telah berjalan selama hampir lima bulan. Dalam mempastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan adil, Suruhanjaya telah memanggil seramai 70 orang saksi yang antaranya terdiri daripada para pegawai Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pakar-pakar forensik dari dalam dan luar negara, ahli keluarga, majikan serta rakan-rakan mendiang TBH. Suruhanjaya Diraja telah diamanahkan menjalankan siasatan ke atas dua terma rujukan. Terma rujukan yang pertama ialah untuk menyiasat sama ada berlakunya apa-apa perbualan yang tidak wajar semasa pemeriksaan dijalankan ke atas TBH dan membuat syor-syor apa-apa tinadkan sewajarnya di mana perlu. Hasil siasatan Suruhanjaya mendapati bahawasanya tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar ke atas TBH yang didapati melanggar prosedur sedia ada (para 197 laporan). Suruhanjaya Diraja juga telah mengusulkan supaya SPRM meneliti dan mengambil tindakan penambahbaikan dalam aspek-aspek berikut: i. kelayakan masuk ke perkhidmatan dan latihan pegawai. ii. infrastruktur dan kemudahan asas pejabat; dan iii. mengkaji semula prosedur-prosedur sedia ada supaya ianya lebih mantap dan berkesan. Terma rujukan yang kedua ialah untuk menyiasat kematian TBH dan hal keadaan yang menyelubungi dan menyumbang kepada kematiannya. Hasil siasatan Suruhanjaya mendapati bahawa TBH BUKAN DIBUNUH tetapi beliau yang merasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakan beliau yang lemah telah menyebabkan beliau membunuh diri. SPRM memulakan siasatan berikutan terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa ADUN Selangor ari Pakatan rakyat terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka dan bukan bagi faedah orang ramai. TBH sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dari parti DAP. Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada TBH untuk membuat pengakuan sebagai bukti. Suruhanjaya Diraja mendapati bahawa pegawai-pegawai SPRM tiada niat dan tiada sebab untuk membunuh TBH, sebaliknya bertujuan agar mendiang membuat pengakuan sebagai bukti agar beliau boleh menjadi saksi bagi kes penyelewengan penggunaan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor tersebut. Fakta mengenai bunuh diri ini telah disokong oleh testimoni pakar psikitri forensik, Profesor Paul Edward Mullen yang telah diambil khidmat oleh Majlis Peguam Malaysia. Prof Mullen mengatakan TBH benar-benar membunuh diri berdasarkan perwatakan yang telah bertukar dari kumpulan berisiko ternedah bagi pembunuhan diri kepada kumpulan berisiko tinggi setelah melalui sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan. Oleh itu, TBH BUKAN DIBUNUH oleh orang lain. KESIMPULAN SPRM akan meneliti dan mengambil tindakan penambahbaikan sebagaimana disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja. Saya ingin meminta semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu ini dan memutarbelitkan fakta yang dilaporkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja dan seterusnya meminta semua pihak menghormati dan menerima hasil Laporan Suruhanjaya Diraja demi menghormati keluarga TBH. Bagi pihak Kerajaan, saya ingin melahirkan rasa yang amat kesal kepada keluarga mendiang TBH di atas kematian mendiang. Kerajaan turut bersedih dengan kejadian tersebut dan kehilangan beliau. Dengan selesainya siasatan oleh Suruhanjaya ini, saya amat berharap semua pihak, termasuk keluarga TBH dapat membawa episod ini kepada penutup dengan laporan ini. Kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil ke atas para pegawai yang terbabit yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada. Suka saya memaklumkan bahawa keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja adalah dicapai secara sebulat suara (unanimous). Dalam laporannya, Suruhanjaya Diraja mengiktiraf kepentingan SPRM sebagai agensi yang berwibawa dalam menangani rasuah serta salah guna kuasa dan mempunyai keyakinan bahawa SPRM akan menjadi sebuah agensi penguatkuasaan yang disegani dan diteladani oleh pihak lain. Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan akan terus memastikan keutuhan perundangan negara terus dipelihara, usaha membanteras dan memerangi rasuah di semua peringkat dilaksanakan secara tegas dan telus, dan Kerajaan penuh yakin dan percaya dengan kewibawaan dan integriti SPRM dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini. |
Kes cari pasai ja nih... haha... Posted: 21 Jul 2011 06:53 AM PDT Arrest warrants for July 9 VIPs FMT Staff A Berita Harian report claims that the police have applied for 13 arrest warrants, but a PKR leader says there is no basis for this and demands an apology. KUALA LUMPUR: The police have applied for arrest warrants to haul in 13 individuals, including Opposition Leader Anwar Ibrahim and national laureate A Samad Said (photo), in connection with the Bersih 2.0 rally on July 9. Berita Harian reported that among the luminaries on the list were Anwar's daughter, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar, PAS vice-president Husam Musa, PKR MP R Sivarasa, PAS MP Hatta Ramli, Bersih 2.0 steering committee members Haris Ibrahim and Wong Chin Huat, PKR leaders Latheefa Koya and Badrul Hisham Shaharin as well as former Perak Speaker V Sivakumar. The list also contained the name of PAS Titiwangsa MP Dr Lo' Lo' Ghazali but she had passed away on Sunday. Umno Youth exco member Reezal Merican Naina Merican was also on the list for failing to turn up at the Dang Wangi police headquarters to assist investigation. Berita Harian reported that the Kuala Lumpur police had submitted their findings to Bukit Aman, which stated that the 13 failed to assist in investigations and that applications were submitted for arrest warrants. Previously, the police recorded statements from Bersih 2.0 chairperson S Ambiga, PAS president Abdul Hadi Awang, his deputy Mohamad Sabu, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, Putera 1Malaysia Club chairperson Abdul Azeez Abdul Rahim and Anwar's youngest daughter, Nurul Iman. 'IGP, newspaper must apologise' Meanwhile, PKR vice-president and lawyer N Surendran said there was no basis to seek the arrest warrants. He also dismissed the claim that Anwar, Samad, Husam, Sivarasa, Nurul, Hatta and Latheefa had been called for questioning but failed to turn up on July 11. "We are surprised by this threat of issuance of warrants of arrest. We confirm that none of the persons mentioned above received any notification from the police to attend questioning. Based on this, we also believe none of the other persons mentioned had received notification," he said. Furthermore, Surendran said, when called for questioning by the police prior to the rally, all the individuals mentioned extended their fullest cooperation and attended questioning at Dang Wangi. "This cooperation to the police has always been given by opposition leaders despite the fact that police investigations into peaceful assemblies by the opposition have been consistently biased, unfair and in breach of Article 10 of the Federal Constitution. "We regard the report in Berita Harian as uncalled for, mischievous and intended to put the opposition in a bad light. "We view this matter seriously and call for an immediate explanation/apology by the Inspector-General of Police Ismail Omar and the newspaper concerned," he added. |
Posted: 21 Jul 2011 06:37 AM PDT Bersih 2.0: Polis nafi semua tohmahan kecuali kes Hospital Tung Shin Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 21 Julai — Polis menolak semua dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu yang mendakwa pasukan keselamatan itu melakukan kekerasan semasa menghuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, 9 Julai lalu kecuali melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin. Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid, siasatan berhubung tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin masih berjalan. Pada sidang media yang diadakan di Bukit Aman di sini petang ini, beliau juga menegaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air itu hanya dilepaskan di kawasan berhampiran dan bukan dalam premis Hospital Tung Shin. "(Memang) meriam air ada buat semburan di kawasan laluan masuk ke Hospital Tung Shin tetapi gas pemedih mata berlaku di kawasan berhampiran (laluan sebelah Hospital Tung Shin). "Kejadian di Hospital Tung Shin kata polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata memang tidak boleh dinafikan sebenarnya, mungkin angin yang tiup masuk," katanya. Bagaimanapun tegas Salleh, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan dan jika didapati ada anggota melepaskan tembakan gas pemedih mata ke kawasan Hospital Tung Shin tindakan akan diambil. "Apa sahaja tindakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sekiranya berlaku pelanggaran kita akan ambil tindakan," katanya. Salleh turut menayangkan rakaman video yang diperoleh daripada polis dan orang persendirian berhubung insiden-insiden yang berlaku. Ia termasuk kes kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, kes "pelanggaran" Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan kekerasan polis. "Polis menggunakan SOP yang telah ditetapkan dan kita tidak bertindak secara keras (terhadap peserta), kita bermula dengan meriam air dan sebelum kita tembak kita akan beri amaran dulu, kita tidak gunakan kekerasan. "Selain itu kita tidak melakukan kekerasan terhadap mereka yang ditahan, kita tangkap mereka secara berhemah dan mereka yang ditahan dibawa dengan van (untuk ke Pulapol) dan bukan black maria, di sana (Pulapol) kita sediakan tempat solat, kita beri makan macam makan kenduri, kita sediakan perkhidmatan dan mereka yang ditahan kita hantar ke tempat untuk mereka mudah dapatkan pengangkutan awam," kata Salleh. Jelas beliau, pendedahan itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada enam jawatankuasa khas menyiasat enam dakwaan kezaliman pihak berkuasa itu ketika bertugas pada 9 Julai lalu. Selain itu tegas Salleh, sepanjang bertugas pada Himpunan Bersih 2.0 semua polis bertindak secara berhemah dan tidak pernah menggunakan sebarang kekerasan seperti mana yang didakwa. Bagaimanapun jelas beliau, peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bertindak di luar batasan dengan melakukan banyak provokasi termasuk cuba merempuh polis. "Insiden di KL Sentral mengenai gas pemedih mata, ketika itu ada kumpulan seramai 400 orang di KL Sentral... tembakan (gas pemedih mata) dilepaskan di luar kawasan (KL Sentral) dan bukan di dalam (terowong), kita buang (tembak) di luar bukan di dalam. "Malah di sana Tian Chua (Naib Presiden PKR) cuba merempuh ke arah polis, namun selepas tembakan (gas pemedih mata) dilepaskan, dia lari masuk ke dalam," katanya sambil menambah, anggota polis yang berada di kawasan itu diletakkan kira-kira 30 meter di luar KL Sentral. "Kenapa 30 meter? Itu sebab... ia adalah SOP jika mahu lepaskan gas pemedih mata," tambah Salleh. Justeru jelas beliau, sepanjang mengawal keselamatan dan menghuraikan Himpunan Bersih 2.0, polis telah bertindak secara profesional. "Langkah yang telah kita buat telah berjaya mengekang 300,000 orang datang dengan hanya tidak sampai 10,000 orang, perhimpunan itu mengambil masa tiga jam bermula dari pukul 2 petang hingga 5 petang. "Pendekatan tegas, adil dan berhemah ini berjaya menghalang daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini, tiada kerosakan yang berlaku," katanya. Bersih 2.0 mendakwa kira-kira 50,000 orang muncul pada perhimpunan Sabtu lalu manakala pihak polis mendakwa hanya 6,000 orang muncul di ibu negara. Perhimpunan itu yang diadakan tanpa permit polis telah menyebabkan hampir 1,700 orang ditahan termasuk beberapa ahli politik. Seorang peserta, yang merupakan ahli PAS, didakwa meninggal dunia terkenan gas pemedih mata. Polis berkata Baharuddin Ahmad meninggal dunia kerana komplikasi jantung. |
Bangang melantun lantun tu bangsa Umno jaa... Posted: 21 Jul 2011 04:30 AM PDT Rakyat ada jawapan insiden 9 Julai untuk hukum BN! Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Bukan mudah untuk kerajaan Umno-BN menghalang mana-mana pihak untuk melaporkan apa sahaja yang berlaku pada himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu.Rakyat yang telah disuburkan dengan pengetahuan ICT sejak ianya diperkenalkan dizaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad telah mula celik dengan perkembangan melalui internet. Jika dahulu, ramai yang beranggapan kononnya isu-isu di kota raya Kuala Lumpur tidak akan sampai ke kampung-kampung mahupun di corok rantau. Kini semuanya boleh sampai, malah melalui penggunaan Laptop 1 Malaysia yang diagihkan kerajaan kepada warga kampung dan pelajar boleh dimanfaatkan untuk tujuan mengetahui perkembangan. Justeru insiden 'tindakan kasar' polis pada 9 Julai lalu seperti yang didakwa penganjur Bersih 2.0 bukan sahaja menjadi bahan dakwaan, malah ianya dibuktikan melalui tayangan klip video yang disebar melalui Youtube dan laman sesawang tertentu. Malaysiakini, Harakahdaily dan banyak lagi portal turut menjadi nadi menyebarkan kisah-kisah 'unreported' yang tidak tersiar dimana-mana akhbar arus perdana. Walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan anggotanya bertindak ganas, namun kepala ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad yang berdarah, lutut Timbalan Presiden PAS, Mohammd Sabu yang cedera dilanggar kenderaan polis dan beberapa peserta himpunan yang cedera, malah ada yang meninggal dunia (Allahyarham Baharuddin Ahmad) tidak boleh dipesongkan faktanya. Gambar dan video klip membabitkan beberapa tingkah 'kurang sopan' anggota pihak berkuasa kini mula dikumpulkan oleh pihak-pihak yang terbabit dengan Bersih 2.0. Jawatankuasa Bersih 2.0 sendiri telah membuat pengaduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), dan Pesuruhjaya Suhakam, Sha'ani Abdullah dalam kenyataannya sebelum ini mengecam tindakan ganas polis meleraikan himpunan. Semuanya perlu dijawab cermat oleh polis dan kerajaan Umno-BN, kerana rakyat hari ini, walau berada di kampung atau di corok rantau tidak boleh lagi ditipu dengan hanya laporan media arus perdana. Rakyat kini sedar, perlunya maklumat kedua bagi menerangkan sesuatu isu, kerana mereka sebenarnya telah merasai bertapa 50 tahun di bawah Umno-BN tidakpun membawa perubahan kepada mereka. Petani masih lagi meneruskan kegiatan mereka bertani dengan bantuan yang semakin sukar diperolehi, nelayan terpaksa mengharung ombak besar menangkap ikan walaupun harga diesel semakin naik, malah peniaga terpaksa meniaga tanpa bantuan kerajaan walaupun harga barangan semakin menyesakkan poket mereka. Darihal ini menyaksikan, rakyat mula bangkit untuk mencari apakah jalan terbaik mengajar kerajaan yang menggunakan polis sebagai senjata terakhir bagi mempertahankan kekuasaan. Rakyat juga mulai tertanya akan apakah sebabnya kerajaan begitu bersungguh-sungguh mahu menghalang Bersih 2.0 dan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah badan 'maksum' yang tidak boleh dicadangkan penambahbaikan perjalanan pilihan raya yang menjadi keutamaan badan itu. Perlu diingat, rakyat kini mulai mendapat 'ilham' kepada jawapan itu kerana mereka telah menyaksikan bukti-bukti insiden hitam 9 Julai melalui maklumat kedua. Kerajaan yang masih dalam sindrom penafian perlu ingat, gelombang ketiga sedang dicipta rakyat untuk menghukum kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13. |
Dah betoi betoi PUAKA kot... kahkahkah... Posted: 21 Jul 2011 02:00 AM PDT 'Bini puaka': Pendakwa tarik balik rayuan Abdul Rahim Sabri Pendakwaraya kes 'bini puaka' memutuskan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang membebaskan semua tertuduh pada September lalu. Sehubungan itu, kelima-lima bekas mahasiswa Universiti Malaya (UM) itu kekal bebas daripada tuduhan cuba melakukan khianat dengan api dan melakukan pencerobohan jenayah dua tahun lalu. Lima mahasiswa Keputusan itu dimaklumkan kepada seorang peguam mahasiswa berkenaan Zulhazmi Shariff yang hadir dalam pengurusan kes di pejabat timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Perkara tersebut disahkan oleh seorang lagi peguam mereka Mohd Razlan Jalaluddin ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. "Pendakwaraya tidak berminat untuk meneruskan rayuan ini. Jadi tiada lanjutan (rayuan). Mahasiswa itu kini 100 peratus bebas, bersih dan suci," katanya. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 September lalu memutuskan tiada prima facie dalam kes itu. Tertuduh - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - dituduh melakukan jenayah bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan. Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan Akademi pengajian Pengajian Islam UM pada 24 Jun 2009 kira-kira jam 4 pagi. Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima bekas mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama. Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama. Kesemua mereka kini sudah menamatkan pelajaran masing-masing di universiti berkenaan. |
Ku Li nak kena maki ngan Rosmah dah ni... hihi... Posted: 21 Jul 2011 01:00 AM PDT Ku Li : Kerajaan Wajar Timbang Tuntutan Bersih 2.0 SHAH ALAM 20 JULAI : Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi "melawan arus" pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus. Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan demokrasi. "Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih)," kata Tengku Razaleigh kepada pemberita. Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti. Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno mengisyhtiarkan Bersih sebuah pertubuhan haram. Lebih 1,600 orang yang menyertai perhimpunan aman itu pada 9 Julai lalu ditangkap manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia. Ku Li berkata lapan tuntutan Bersih yang termasuk kempen minima pilihanraya selama 21 hari bukanlah keterlaluan. "Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu," kata beliau. "Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini…ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen. "Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat," tambah beliau yang juga bekas naib presiden Umno. "Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?," ujar beliau. Ku Li berkata pemerintah harus mengakui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh parti pembangkang ketika pilihanraya. "Mereka (pembangkang) tidak berhak bercakap menerusi TV, radio. Sebab itu mereka buat juga tuntutan semua pihak dibenar masa yang sama untuk menyampai pandangan dan pendapatan mereka mengenai sesuatu hal kepada rakyat menerusi TV, media masa yang dikawal oleh kerajaan," jelas beliau. "Dulu zaman Tengku dulu, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, jadi kita diberi masa untuk bercakap," tambahnya. . Ku Li berkata peredaran masa dan perubahan teknoloji memerlukan Umno-Barisan Nasional lebih peka kepada realiti politik semasa. Beliau berkata tindakan menafikan parti pembangkang ruang di media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah. "Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap," di dalam media, kata beliau. "Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam," kata Ku Li. "Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya," tegas beliau. |
Macam tak percaya pulak berita nih... Posted: 21 Jul 2011 12:00 AM PDT Ishhh.... macam tak percaya pulak bila terbaca berita nih... haha... Betoi ka si peguam dari Perancis yang nak mai Malaysia pada hari ni 21 Julai hingga 23 Julai dan dijangka akan dedah kes pembunuhan Altantuya Sharibu? Kahkahkah... Kalau betoi la, tentu ada orang yang nak buat kenduri pisang emas hari Jumaat kat mesjid mesjid... kahkahkah.... Kalau betoi la, tentu ada orang yang la ni dah mula tidoq tak lena... kahkahkah... Peguam Perancis, Wiliam Bourdon dijangka bukan sahaja akan membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpene, tetapi juga misteri pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. Dia nak mai ke Pulau Pinang bagi memberi ucap utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang turut diadakan di Petaling Jaya dan Ipoh pada hari berikutnya. Bourdon, antara sekumpulan peguam yang dilantik Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene akan menceritakan perkembangan terkini kes itu yang kini dalam peringkat perbicaraan di mahkamah Perancis. Sumber Suaram memberitahu kes itu dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya Ogos. Pembelian kapal selam berkenaan yang dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana melibatkan penggunaan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion. Pada Disember 2009, Suaram telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan mengenai skandal berhubung komisyen pembelian kapal berkenaan, yang menyalahi undang-undang negara itu. Pada April tahun lalu, mahkamah Perancis menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah pembayaran komisyen berjumlah Euro 114 juta atau hampir RM500 juta dari pembina kapal berkenaan, DCNS kepada Perimekar Sdn Bhd. Perundingan bagi pembelian itu dijalankan menerusi Perimekar untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris iaitu anak syarikat DCNS. Perimekar dimiliki Ombak Laut, milik penuh Abdul Razak Baginda manakala Isteri Razak tersenarai antara pengarah Perimekar dengan saham terbesar dalam syarikat itu. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 yang merupakan perantara bagi pembelian kapal selam berkenaan. Mayat Altantuya dijumpai diletupkan dengan bahan peledak C4 dari kementerian pertahanan di Puncak Alam pada Oktober 2006. Bagaimanapun dua lagi tertuduh iaitu pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhi hukuman mati. Pada 2009, seorang bekas anggota cawangan khas, P Balasubramaniam yang juga pernah bertugas untuk Abdul Razak mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak dalam akuan bersumpahnya. Sebelum ini Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Macau- bagi urusan pembelian kapal selam berkenan- yang turut dikaitkan dengan seorang lagi individu ketiga. |
Tak tau malu tak leh baca berita ni... kahkahkah... Posted: 20 Jul 2011 11:00 PM PDT Ibrahim sendiri cadang Anugerah Ibrahim Ali Harakahdaily KUALA LUMPUR, 20 Julai: Selepas ditertawakan pelbagai lapisan rakyat, Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar hari ini memperjelaskan status kedudukan Anugerah Ibrahim Ali yang tertera di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM semalam. Menurut beliau, anugerah tersebut dicadangkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi menegaskan bahawa sebelum anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga Pengarah UiTM untuk kelulusan. "UiTM tidak pilih nama atau buat sebarang cadangan anugerah tersebut. Cadangkan itu datang dari Datuk Ibrahim Ali sendiri. Saya hanya minta dibawa ke Senat untuk keputusan. Kalau setuju, baru bawa untuk endorsement lembaga. "Proses bukan muda dan mengambil masa di senate - ada 60 org professor ,dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobby. Satu badan yang kuat dan independent di UiTM," terang beliau di laman Facebook beliau. Semalam, IMPAK menyiarkan info mengenai bahawa pecalonan untuk Anugerah Ibrahim Ali, yang menawarkan RM5,000 sebagai ganjaran yang ditaja Ibrahim sendiri telah dibuka kepada pelajar UiTM. Anugerah Ibrahim Ali dikatakan untuk dianugerahkan kepada mereka yang menunjukkan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu. Berita yang awal diledakkan di laman web Malaysiakini telah menerima pelbagai reaksi yang berbentuk sindiran dan kritikan kepada anugerah tersebut. Antara yang memberikan pandangan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga bekas pensyarah di UiTM, yang memberikan prediksi bahawa anugerah berkenaan akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat. "Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali! "Penerima anugerah mesti berbangga dengan anugerah mereka. Jika sesuatu anugerah itu hanya mendatangkan cemuhan dan menjadi stigma kepada penerimanya, saya pasti anugerah itu akan gagal," katanya. Namun begitu, dalam penjelasan Sahol hari ini, beliau seolah-olah mempersalahkan IMPAK yang terlebih dahulu mengumumkan perkara ini, walaupun ia masih di peringkat cadangan. "Namun, terlepas pandang kerana ada jabatan yang buat hebahan web. UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah. "Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi," katanya. Semakan Harakahdaily sebentar tadi turut mendapat laman web IMPAK telah mengeluarkan butiran mengenai Anugerah Ibrahim Ali. |
Raja Petra cari pasai pulak dah... Posted: 20 Jul 2011 09:00 PM PDT Raja Petra ni cari pasai pulak dahhh... hadoiihhh.... Tak dak kerja pi cari kerja, dah ada kerja kang... ternganga nganga... kahkahkah... Peguam keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed kata depa nak buat laporan polis pulak dah dalam masa terdekat ekoran pendedahan baru dibuat editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu 6 April lalu. Awtar Singh kata, pendedahan yang dibuat RPK tu mungkin ada asasnya pasai mustahil untuk Sarbaini (gambar) membunuh diri seperti yang depa dakwa. Inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, dia nak mintak mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian di kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini. Hari tu Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani dah pun melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu. Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela bagi menukar pengakuannya. Dia berpelajaran, bukan ulaq ayaq... beragama. Kahkahkah... ada gak la yang berpeluh dahi ngan kelaku RPK nih... kahkahkah... Raja Petra dalam entri terbaru dalam blognya kata Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM itu. Kat sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri). "Mohd Fauzi juga mengatakan 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain', terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi. "Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia," dakwa beliau. |
FRU ni sahih orang Umno, bangang tak reti baca... Posted: 20 Jul 2011 08:00 PM PDT FRU, Sila Baca Apa Kata Pemedih Mata ISRAEL Ini Tulis Gas Pemedih Mata buatan Federal Laboratories, pembekal utama kepada tentera Israel ini telah digunakan terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu. Pemedih mata yang turut digunakan oleh tentera Israel ini mempunyai panduan arahan "do not fire directly" (jangan tembak secara terus). |
Posted: 20 Jul 2011 07:00 PM PDT Bersih: PKR dakwa polis cuba bunuh Anwar Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 20 Julai – PKR menuduh polis cuba membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu. Pemimpin parti itu berkata anggota pasukan keselamatan telah melepaskan gas pemedih mata ke arah sebuah terowong di mana ketua pembangkang dan peserta Himpunan Bersih 2.0 berkumpul. Mereka mendakwa polis telah menyasarkan tembakan gas pemedih mata untuk membunuh Anwar yang mana beliau dilindungi pegawai peribadinya sehingga mengalami kecederaan teruk di muka dan menghancurkan tulang pipi. "Mereka (polis) menyasarkan tembakan itu ke arah kepala dan ia jika terkena boleh terbunuh. Kami mahu perkara ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh," kata naib presiden N. Surendran yang menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balas Polis Dang Wangi di sini. Selain Surendran, turut menemani Fayyadh ialah Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan beberapa peguam PKR selepas dibenarkan keluar daripada hospital. Beliau berkata lima plat besi dimasukkan di tulang pipi selepas kejadian itu di mana hampir 12 kanister gas pemedih mata dilepaskan di dalam terowong dan tiga terkena di mukanya dan Ahli Parlimen Shah Alam yang cedera di kepala. "Dengan jumlah gas pemedih mata yang dilepaskan ia boleh menyebabkan mereka yang berada dalam terowong itu tidak boleh bernafas dan boleh membawa maut jika tidak mampu melarikan diri," tambah Surendran. Pemimpin Pakatan Rakyat juga mendakwa polis telah "bertindak ganas" ke atas peserta perhimpunan aman menuntut pilihan raya bersih dan adil, kata laporan Majlis Peguam yang mendakwa polis telah bertindak secara "rambang, sembarangan dan melampau" dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta. Bagaimanapun semalam polis mengatakan pihaknya hampir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan mengenai pendekatan keras pihaknya ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0 dan penemuan akan diumumkan kepada orang ramai. Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diteruskan walaupun tidak mendapat kebenaran daripada polis dan ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan itu yang menyaksikan lebih 1,600 ditahan, malah ramai yang cedera dan berlaku satu kematian. Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini setuju dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar ia diadakan di stadium tetapi permohonan itu ditolak selepas meminta Stadium Merdeka. |
Apa sangkut KJ ngan Rosmah pulak nih... Posted: 20 Jul 2011 06:00 PM PDT Imelda Rosmah Masih Berdiam Oleh: edyesdotcom Sudah hampir dua minggu pendedahan mengenai wujud satu kemasukan belian bernilai RM24.45 j terkait nama Imelda Rosmah. Sejak itu dia diam dan membisu cuma 'pengampu-pengampu' dia yang sibuk bertungkus lumus menjawab. Mulanya pengampu Imelda mengatakan bukti tersebut palsu dan kini sudah tidak boleh menyangkal setelah SPRM mengesahkan dokumen tersebut maka muncul pula borang kastam kedua kononya belian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu. Kononya belian itu untuk satu pameran belian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya. Klik bahan - bahan di bawah untuk membaca mengenainya. Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu Tidak kuarng juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama tem,an-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html Ketika membuat carian mengenai barang-barang kemas Imelda Rosmah terjumpa pula gambar Rosmah Mansor yang sedang menggayakan gelang tangan yang sememangnya dari Jacob & co yang merupakan syarikat pengeluar belian RM24.45j tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-memang-penggemar-jacob-co.html ini menguatkan hujah bahawa Imelda Rosmah memang peminat barangan Jacob & co. Pengampu makin hilang punca dan menyerang yang kononya tidak masuk akal belian bernilai RM24.45 j wujud. Posting ini hanya untuk buktikan bahawa belian lebih mahal juga wujud dalam dunia yang mana manusia rakus mengejar kemewahan ini. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/masuk-akal-atau-tidak-cincin-bernilai.html SPRm tidak boleh berdolak dalih perlu tampil untuk nyatakan pendirian mengenai kewujudan belian ini. Klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html posting ini membuktikan bahawa sememangnya beberapa hari sebelum belian ini masuk ke Malaysia, Rosmah dan suaminya Najib baru sahaja pulang dari New York untuk lawatan ke sana. Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanya gelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html Persoalanya mula - mula tuduh pendedahan palsu, kemudian tuduh pula untuk pameran... tetapi Imelda Rosmah tetap diam. Rosmah yang samalah yang selama ini membazir bukan sedikit wang rakyat. http://chegubard.blogspot.com/2011/06/ketika-rakyat-susah-jom-tengok-beg.html http://chegubard.blogspot.com/2011/01/najib-terus-dipersenda-kerana-rosmah.html Ada pula geng pengampu Imelda yang tuduh kononya komplot serangan ini ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin jawapanya ialah ia tidak ada kena mengena. Kalau mereka ada masalah antara mereka pun che'GuBard tak minat campur. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/04/khairy-mengelabah-konon-orang-nak.html" |
Retak sebelah pipi, nak bunuh orang ka ni... Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT Peguam, N Surendran menunjukkan imbasan kecederaan yang dialami pada tulang pipi Fayyadh akibat serangan kanister gas 9 Julai lalu Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Al Bakqry membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini, berhubung serangan pasukan polis terhadapnya pada 9 Julai lalu. Beliau ditemani peguam dari Lawyers For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri dan N Surendran, Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. Menurut Surendran, pihaknya akan menunggu siasatan polis selesai dan jika tidak berpuas hati, mereka akan meneruskan tindakan saman sivil kepada pihak berkuasa itu. Fayyadh sebelum ini mengalami kecederaan teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya nya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan polis tepat ke arahnya. Tembakan gas itu dilepaskan Sentral Kuala Lumpur, ketika berlangsung himpunan aman anjuran Bersih 2.0. Fayyadh juga mendakwa pembedil gas pemedih mata dilepaskan menghala ke arah Anwar dalam jarak beberapa puluh meter daripada tempat mereka berdiri. Sementara itu, Fayyadh dalam laporan polisnya menuntut siasatan segera, adil dan bebas mengenai serangan terhadapnya, Anwar dan kumpulan Bersih yang 'diserang' dalam insiden di Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. "Saya percaya tindakan polis menembak secara sejajar ke dalam terowong adalah salah dan amat membahayakan saya dan semua yang berada di situ. "Saya meminta tindakan pendakwaan dilakukan ke atas semua anggota polis yang didapati bertanggung jawab. "Selepas insiden itu saya mendapat tahu pegawai yang memberi arahan menembak adalah Wan Bari," laporan polisnya dipetik.- KD |
Posted: 20 Jul 2011 04:00 PM PDT 9 Julai dan pemikiran baru: satu renungan Oleh Dinsman Tengahari 9 Julai yang dinanti-nantikan dengan penuh resah dan debar itu telahpun berlalu. Saya pun sempat mencatatkan resah dan debar pemikiran sendiri melalui Wacana Budaya (WB) 10 Julai, bahawa: "Pemikiran dan suasana selepas 9 Julai tentunya sangat berbeza. Apa yang sebenarnya berlaku pada 9 Julai tentunya sangat mempengaruhi pemikiran dan suasana selepasnya." Seterusnya wacana itu mencatatkan: "Apa pun yang berlaku, dan bagaimanapun yang berlaku; suasana politik kita tak akan sama lagi. 9 Julai menjadi garis pemisahnya. Nama Ambiga Sreenevasan dan Samad Said melonjak paling tinggi dan telah terpahat dalam sejarah Malaysia baru. Tak siapa pun terduga hal ini sebulan yang lalu." Maka hari ini 11 Julai, saya duduk merenung semula catatan WB itu – apakah telah benar-benar wujud apa yang saya maksudkan sebagai "pemikiran baru selepas 9 Julai" itu? Apakah Himpunan Bersih 2.0 pada hari itu benar-benar telah terjadi seperti yang dijangkakan, atau seperti yang diharap-harapkan? Apakah benar ia "sangat mempengaruhi pemikiran dan suasana selepasnya"? Malam 10 Julai sengaja saya hadir ceramah 'Meraikan Kemenangan' anjuran PAS Kawasan Batu, di Taman Melewar, untuk meninjau pandangan tokoh-tokoh yang bercera-mah – Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar, Siti Zailah, Lee Boon Chye, Charles Santiago dan A Samad Said – apakah ada atau telah muncul 'pemikiran baru' yang saya maksudkan itu? Nampaknya seperti tidak ada. Masih seperti pemikiran sebelum 9 Julai juga. Hanya dakwaan-dakwaan mengatakan "Kita telah berjaya", "Bersih 2.0 mencapai kejayaan", "Rakyat telah menang", "Walaupun polis menutup semua jalan ke Kuala Lumpur, 50 ribu rakyat tetap berjaya berhimpun" dan sebagainya. Satu perkara yang nampaknya diperkatakan di mana-mana ialah kekasaran dan kebiadapan pihak polis. "Polis lebih kasar kali ini." Itulah kesan dan impak yang menjadi topik perbualan. Tapi itu bukannya perkara baru. Sama sekali itu bukan pemikiran baru. Apakah perhimpunan yang terjadi di persimpangan Hentian Pudu dan Menara Maybank, di KL Sentral, KLCC dan di depan jalan ke Stadium Merdeka itu mempunyai kesannya terhadap senario politik Malaysia? Barangkali masih terlalu awal untuk kita membuat penilaian dan apalagi rumusan. Tetapi walau apa pun, saya percaya demo Bersih 9 Julai itu akan memberikan kesan yang agak besar kepada politik Malaysia. Ada beberapa insiden penting telah berlaku di dalamnya, yang mungkin belum lagi menonjolkan kepentingannya sekarang, tetapi akan menonjol sedikit hari lagi. Misalnya saya menyaksikan sambutan orang ramai terhadap kehadiran Sasterawan Negara A Samad Said di hadapan halangan kawat berduri dan barisan polis di jalan masuk ke Stadium Merdeka tengahari itu, sungguh luar biasa. Kebetulan memang tidak ada pemimpin yang dikenali ramai di situ, kecuali Cikgu Azmi (Teras). (Kebanyakan pemimpin sudah ditangkap di KL Sentral). Mereka melaung-laungkan nama Pak Samad. Dan saya lihat wajah-wajah di situ ramai yang bukan Melayu. Ternyata Samad Said sudah diterima sebagai 'ikon' di kalangan rakyat Malaysia hari ini, tanpa mengira kaum. Begitulah juga Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah. Mereka sudah lahir sebagai tokoh-tokoh baru, atau tenaga-tenaga baru dalam politik Malaysia, sedangkan mereka bukan orang politik. Tetapi mereka sedang memberi cabaran yang besar terhadap kepimpinan Najib Tun Razak. Memang ini satu perkara yang sudah agak lama saya ulang-ulangi dalam tulisan – tentang betapa perlunya orang bukan politik turut memainkan peranan dalam menentukan corak dan arah kehidupan masyarakat; tentang betapa perlunya kita mengurangkan keadaan yang seolah-olah semuanya hendak 'dipolitikkan' di negara ini. Bahawa politik bukanlah penyele-saian kepada segala masalah. Bahkan kadang-kadang politiklah yang menyebabkan masalah. Tidak pasti apakah tokoh-tokoh pendokong Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ini akan mampu meneruskan gelombang yang telah mereka wujudkan ini atau tidak? Perhimpunan 9 Julai itu hanya sekadar permulaannya sahaja. Ia mesti diteruskan. Berbeza dengan Bersih pertama (2007) dulu yang digerakkan oleh orang-orang politik, Bersih 2.0 ini walaupun didokong oleh orang-orang politik juga, tetapi penggeraknya dan yang menentukan perjalanan atau organisasinya adalah bukan orang-orang politik. v Saya sendiri tidak tahu bagaimanakah prosesnya Datuk Ambiga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bersih 2.0, dan bagaimanakah mereka membentuk jawatankuasa tersebut. Memang tidak penting pun untuk tahu perkara itu. Yang pentingnya ialah kita hendak melihat Bersih 2.0 ini meneruskan perjuangannya, hingga tercapai apa yang dituntut dan diperjuangkan, iaitu mewakili tuntutan dan perjuangan rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya bersih dan adil. Perhimpunan Bersih juga dilaporkan diadakan serentak di beberapa bandaraya penting di seluruh dunia. Ertinya dunia memerhati dan menyokong apa yang dilakukan oleh Bersih. Media-media pro-Umno/BN hanya boleh menipu orang-orang mereka sendirilah sahaja. Mereka – media mereka, polis mereka, hakim mereka, menteri mereka – sedang berjalan di atas jalan yang menuju ke jalan mati. Kita hanya perlu menguruskan gelombang Bersih ini agar ia tidak dicemari atau diselewengkan di tengah perjalanannya. Itu saja. Seniman-sasterawan sudahpun bangun mengambil tanggungjawab mereka. Para peguam pun semakin ramai yang tampil menghulurkan khidmat mereka kepada perjuangan ini. Hanya kita menunggu golongan cendekiawan dan ulamak pula! Bilakah lagi? Bilakah akan tampil ulamak dan cendekiawan yang berani dan nekad seperti ditunjukkan oleh Samad Said ketika dia berjalan bersama kira-kira 30 orang lain melalui Jalan Kampung Atap menuju ke arah Istana Negara, dan berdialog dengan pegawai polis yang menyekat perjalanan sambil menunjukkan wajah bengis dan biadap mereka menghalang misi untuk menyampai-kan memorandum kepada yang Dipertuan Agong, pada petang Sabtu itu? Saya dan kawan-kawan turut berbangga sempat bersama dengannya dan menjadi saksi kepada aksi beraninya itu. Dan apabila pulang, terfikir satu perkara lalu saya sms kepada kawan-kawan, begini: "Pejuang yang bergerak di saf paling depan memerangi kezaliman penguasa jahat itu ialah sasterawan yang dikatakan novelnya tidak Islamik kerana membela pelacur. Tapi di manakah tokoh sastera yang mengkritik Samad itu, dan sasterawan Islamik serta para agamawan kita yang moralis, ketika Samad sedang bergelut dengan pelbagai risiko bahaya kerana mewakili rakyat mengatakan yang hak kepada penguasa yang zalim agar stop zalim dan berbuatlah yang adil." (Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 019-9592408) |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan