Khamis, 21 Julai 2011

PERAKITE

PERAKITE


98 peratus rakyat Malaysia akan beralih ke media alternatif seperti Facebook

Posted: 21 Jul 2011 06:51 AM PDT

Kira-kira 98 peratus daripada 26 juta penduduk negara ini akan beralih kepada sumber media baru dan laman sosial seperti blog, Facebook serta Twitter sebelum November tahun ini.
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jumlah itu tidak mustahil dicapai kerana saluran media baru merupakan landasan paling berpengaruh yang berupaya melakukan perubahan sosial di negara ini.
"Perkara itu bukan mitos tetapi realiti. Saluran media baru berjaya mencetuskan revolusi sosial di Mesir, Tunisia, Amenia dan Ukraine.
"Kini media mempunyai kuasa sepenuhnya malah ia begitu kompleks dan boleh menyebarkan maklumat kepada sesiapa saja setiap saat. Perkara itu turut diakui kebanyakan ahli falsafah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Nations On Fire: ThePower Of New Media di sini, Khamis.
Menurut beliau, peralihan tersebut turut didorong oleh beberapa faktor seperti rakyat mahukan ruang untuk berkongsi pendapat dan terlibat dalam sesuatu perkara kerana dunia sekarang bersifat terbuka.
Sehubungan itu, Abu Hassan menggesa media konvensional supaya berubah daripada bersifat primitif dalam menyampaikan maklumat kepada lebih interaktif, terbuka dan menekankan kepelbagaian.
"Kita perlu menerima perubahan ini. Kita sudah memasuki era perundingan... media moden mesti mengamalkan kepelbagaian.
"Stesen radio sudah melalui proses perubahan ini. Pelbagai topik turut dibincangkan oleh penyampai radio. Mereka akan berinteraksi secara interaktif bersama pendengar menerusi telefon," jelasnya.
Katanya, jika kita tidak melakukan perubahan dari segi politik, ekonomi dan tingkah laku sosial, saluran media baru akan digunakan untuk merencanakan perubahan.
"Oleh itu, kita perlu menerima Internet sebagai peradaban manusia yang positif. Kita perlu berkongsi emosi, karakter, teknologi sains dan menerima kehadiran media baru," ujarnya.
Berdasarkan penelitiannya, beliau percaya kira-kira 92 peratus wartawan di negara ini berkhidmat bersama media konvensional berbanding saluran media baru.
"Kita mempunyai sebilangan besar para wartawan dari media konvensional. Saya yakin anda merujuk kepada Internet kerana ia dapat menjimatkan masa, ruang dan kos.
"Orang pertama yang menyebarkan maklumat akan dapat menguasai dunia. Saya pasti media konvensional tidak dapat mengatasinya kerana perlu melalui proses cetakan dan edaran," katanya.
Sementara itu, beliau mencadangkan supaya media konvensional bekerjasama dengan media baru dalam menyediakan lebih banyak ruanguntuk bersuara dan tidak membataskan hubungan dengan sesiapa saja.
"Media konvensional tidak seharusnya menjadi alat propaganda kepada sesiapa saja. Jika ingin bersaing dengan media baru, media konvensional perlu bersikap lebih terbuka dalam penyampaian berita,"ujarnya.

Mat Sabu akan saman kerana dakwa beliau berlakon dirempuh

Posted: 21 Jul 2011 06:10 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat pengakuan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada Himpunan BERSIH 9 Julai lalu.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".

NONEPolis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya 

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan," katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu.

Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan.

Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya.

Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya. 

Tiada ulasan: