AdukaTaruna |
Catitan gua di suatu hari nanti. Posted: 21 Jul 2011 01:09 AM PDT Oleh : AdukaTaruna "Ini tintanya, dan ini kertasnya." Hulur seorang awek nala punya lawa. Tak berkelip mata gua. Sekali kelip rugi. "Dah tu, macamana orang sana nak tahu catitan gua?" Soal gua. "Nanti mereka akan masukkan dalam mimpi orang2 yang terpilih." "Kalau gua tak nak catit?" "Awak akan tergantung di sini." Ujarnya sambil kenyit mata. Sial.. cair gua.. [1] Masih ingat gua ketika hari itu. Gua sedar, tapi tak boleh menggerakkan apa2. Sanak saudara, kaum keluarga silih berganti menjengok muka gua. Hati gua memberontak gila babi. Nak gua tampar jer sekor2. "Weih.. weihh. Gua sedar ni sial. Gua boleh melihat. Cuma tak boleh gerak apa2. Pliz bagitau doktor. Weih! Weih! Dengar tak? Arghhhhh!!!!" Sepupu gua bercermin mata menjengok gua. Mencium gua. Gua boleh nampak kelopak mata gua tertutup. Tapi gua boleh melihat! Arghh... gila! Gila! Tarikh nafas... tenang... ah.. tarikh nafas yang tiada deria rasa. Dada gua tak gerak, jantung gua tidak lagi respon terhadap emosi gua. Adakah ini kematian? Adakah ini kematian? Adakah ini namanya kematian!!!! Pergh.. lepas ni gua kena tanam la nih? Uih... Gua dengar suara anak2 gua, isteri dan keluarga yang menangis. Tapi gua tak sedih. Atau masih belum sedih? Shit! Otak gua berpusing ligat memikirkan situasi gua yang terbaru. Gua sedar. Boleh berfikir. Boleh menjerit. Tetapi tiada respon fizikal. Adakah ini beza roh dan jasad? Saat ini satu sahaja gua terlintas. Untuk memberitahu yang hidup. Tapi bagaimana? [2] "Angkat! Angkat. Pelan2... Kita mandikan di sana." Sial.. Ah.. Ya Allah... ni saat paling sakit sepanjang hidup gua. Jikalah gua boleh catit, gua akan catitkan bahawa kesakitan akibat mati tidak boleh dipadamkan dengan seluruh kesedihan yang wujud di muka bumi ini. Sakit.... "Aduss Ya Allah.. takda bisu ke ni?" Ungkapan gua yang terbit di otak, namun terlalu sakit untuk dilafazkan walau hanya di dalam hati. Gua memandang satu persatu anak2 lelaki gua yang memandikan. Tenang walau mata bengkak berkaca. Jirus air pelan2 bai.. Sakit tau tak. Lepas ni kompom naik van. Ke kubur. Van Alphard ke, C20 ke, pergi mampos. Caner la gua dalam kubur nanti. Mak uih yaii... Sedih mula menusuk dan menyerang hati. Pilu sangat2... [3] Gua dikafankan. Direnjis haruman yang tak harum langsung pada gua. Silih berganti yang menciumi gua. Pilunya tak tergambar di hati. Apakah dia rasa pilu yang sangat menyakitkan? Pilu, sedih yang sangat menyakitkan ialah menangis tanpa air mata. Menangis tanpa respon fizikal. Tiada sedu-sedan, tiada sesak nafas. Kosong sekosong2nya. Ah... benarlah menangis dunia dengan respon fizikal boleh membantu kita berasa lega. Tetapi menangis mati tanpa respon fizikal tidak melegakan. Tetapi ianya satu perkara yang semakin sakit. Semaiin derita. "Angah, kalau Angah jumpa Abah nanti, sampaikan salam kami." Adik gua berkata dalam sebak sambil mencium gua. Bersambung.... |
Konvoi mahasiswa jumpa Azizan. Gua maybe akan join. Posted: 21 Jul 2011 12:25 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Sumber : Malaysia Kini Pasang niat awal jer nih. Sebab gua tak macam aktivis lain yang berkemampuan untuk bergerak menjayakan program. Ada banyak tajuk gua kena settlekan. Apa pun, macam tajuk N3 lah. Gua berharap Allah berikan keizinan untuk memberikan sokongan kepada adik2 mahasiswa dalam perjuangan mereka. pada gua, dalam perjuangan seluruh rakyat Malaysia menukar BN, perlu wujud satu perjuangan memastikan penganti BN itu sekurang2nya tidak sama banyak buruknya. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan