shalehudin |
- Nik Aziz selamanya cool
- Ambiga mesti gelak gulin gulin nih... haha...
- Iklan filem transformers... kahkahkah...
- Mufti pun depa buat pekak, inikan pulak bekas mufti... hihi...
- Alaahai mambang, kau main tingkap pulak mambang... haha...
- Mai tengok Islam kata apa...
- Tiga "T", Teori... teori... teori... kahkahkah...
- Sapa kata dia nak lari nii...
- Tak ketegaq mana pun pompuan nih... haha...
- Aku pun sokong Hadi yang pi ke depan...
- Busuknya mulut... kahkahkah...
Posted: 05 Jul 2011 07:36 AM PDT Walaupun di stadium Bersih 2.0 akan dapat sokongan, kata Nik Aziz Oleh Syed Mu'az Syed Putra Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini akan tetap mendapat sokongan rakyat walaupun terpaksa diadakan di stadium. Menteri Besar Kelantan (gambar) berkata Himpunan Bersih 2.0 akan menjadi manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang menentang segala penyelewengan dan permainan "politik jahat" Umno-Barisan Nasional (BN). "Walau di mana pun Himpunan Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai ini, saya penuh yakin bahawa ia tetap merupakan manifestasi kebangkitan rakyat yang menentang segala tipu daya dan permainan politik jahat Umno-BN. |
Ambiga mesti gelak gulin gulin nih... haha... Posted: 05 Jul 2011 07:11 AM PDT Ambiga Menewas Ibrahim dan Khairy Oleh Mohd Sayuti Omar MALAYSIA negara ajaib, sesuatu boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Perubahan lebih cepat dari anak ayam hendak keluar dari telornya. Anak ayam mengambil masa 21 hari untuk keluar dari cengkeran telor. Tetapi di Malaysia sekelip mata sahaja keptusan boleh berubah. Inilah standard negaraku Malaysia. Tidak sampai seminggu Menteri Dalam Negeri (KDN) mengisytharkan Bersih sebagai pertubuhan haram. Polis pun macam tak sempat pakai kain terus ambil gari pergi gari sekalian orang yang menggerak Bersih sampai ustaz kampung sangkut baju warna kuning di sasak kedai kopi pun ditangkap dan diheret ke mahkamah. Kenapa, sebab Bersih pertubuhan haram. MALAYSIA negara ajaib, sesuatu boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Perubahan lebih cepat dari anak ayam hendak keluar dari telornya. Anak ayam mengambil masa 21 hari untuk keluar dari cengkeran telor. Tetapi di Malaysia sekelip mata sahaja keptusan boleh berubah. Inilah standard negaraku Malaysia. Tidak sampai seminggu Menteri Dalam Negeri (KDN) mengisytharkan Bersih sebagai pertubuhan haram. Polis pun macam tak sempat pakai kain terus ambil gari pergi gari sekalian orang yang menggerak Bersih sampai ustaz kampung sangkut baju warna kuning di sasak kedai kopi pun ditangkap dan diheret ke mahkamah. Kenapa, sebab Bersih pertubuhan haram. Haram tak haram Bersih hampir diletakkan sama dengan komunis? Semua orang yang sihat akal akan jadi hendak ketawa. Hj Lu V juga akan ketawa, terkeh keh... Tiba-tiba sahaja Bersih yang haram dan hitam legam itu sudah menjadi putih kembali. Hari ini perdana menteri yang sebelum ini menerima pengsiytharan haram juga bersedia untuk berjumpa Bersih. Tidakkah ini dikatakan pelik, bin ganjil anak lelaki menghariankan? Kalau Bersih haram kenapa Perdana Menteri sedia untuk menemuinya? Itulah saya katakan keadaan di Malaysia ini boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Apabila Najib sedia jumpa bermakna Bersih sebuah pertubuhan yang ada kelas, yang tidak boleh ditolak begitu saja. Bersih jauh lebih bersih dari Perkasa(m) atau Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada jawatan kerajaan. Bagaimana pun polis nampaknya masih lagi menerima dan berpegang kepada pengistyharan haram itu. Kerana... kalau mereka juga sudah membatalkan pengharaman itu mereka akan melepas semua tahanan yang diremen dan menghentikan operasi menangkap baju kuning, kerja yang tidak sedikit pun patriotik. Nasib baik saya tidak jadi timbalan ketua polis negara. Kalau saya jadi timbalan ketua polis negara saya sudah lepaskan jawatan hari ini juga. Malu saya kalau nasihat dan tunjuk ajar kita tiba-tiba dibatalkan dalam sekelip mata sahaja. Barangkali sebab itulah saya tidak menjadi timbalan ketua polis dan hanya jadi penulis biasa. Jadi sekarang pertubuhan atau kumpulan mana yang haram. Pada saya yang haram kini ialah Perkasa(m) dan Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada batu pelir. Kalau mereka tidak haram tentu mereka yang dipanggil menghadap atau meminta menghadap Agong supaya hapuskan Bersih. Tetapi kerana mereka haram maka mereka kini diam seribut bahasa. Kalau berani pergilah menghadap Agong dan minta Bersih terus dibersihkan. Ternyata jelas antara Ambiga dengan Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menantu Abdullah Badawi, jauh lebih baik dan intelegen Ambiga. Perjuangan menggunakan akal berlandaskan ruang perlembagaan dan undang-undang lebih tulen dari perjuangan yang menganggakan mulut atau melilit kain mereka di kepala. http://msomelayu.blogspot.com/ |
Iklan filem transformers... kahkahkah... Posted: 05 Jul 2011 06:30 AM PDT |
Mufti pun depa buat pekak, inikan pulak bekas mufti... hihi... Posted: 05 Jul 2011 06:00 AM PDT Hek ellehh... apa kelas la bekas mufti Perlis nih, cadangan kau untuk 'minggu kuning' tu pakai keraih setakat cadangan ja laa... haha... Mufti negeri yang depa lantik pun depa buat derrkkk ja, inikan pulak BEKAS mufti yang bagi cadangan... buang masa ja la Prof... haha... Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) melancarkan Minggu BERSIH dengan meminta rakyat memakai petanda kuning. Katanya, petanda kuning itu tidak semestinya ditulis dengan perkataan BERSIH. Gabungan 60 NGO itu juga dicadangkan mengibarkan bendera Malaysia pada minggu tersebut. Pada dasarnya aku bersetuju sangat ngan Dr. Asri nih, terutama sekali bila katanya rakyat yang anti pembaziran dan kenaikan harga barang pun boleh sertai sama. Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah. Tapi puak puak langau dalam Umno tu reti ka dengan kempen camni? Kahkahkah.... |
Alaahai mambang, kau main tingkap pulak mambang... haha... Posted: 05 Jul 2011 05:24 AM PDT |
Posted: 05 Jul 2011 02:00 AM PDT Demonstrasi menurut Islam Oleh PENULIS KHAS RAKYAT Malaysia sekali lagi akan berhimpun dalam satu perhimpunan yang dikenali sebagai Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, ia bertujuan untuk menuntut sistem pilihan raya bersih yang selama ini didalangi pihak tertentu hingga ia berlangsung dalam keadaan tidak adil, malah menguntungkan satu pihak untuk terus berkuasa. Justeru, persepsi dan sikap seorang Muslim dalam apa jua bidang dan isu yang dihadapi perlu menurut haluan dan tunjuk ajar ayat al-Quran dan hadis. Pendiriannya perlu diselaraskan dengan ajaran asas dan 'trend' pemikiran umat Islam, yang terdiri daripada para alim ulama yang faqih, ikhlas, berani dan mempunyai integriti. Sebab itu perlu merujuk tulisan dan huraian mereka tentang hukum Islam tentang demontrasi secara aman dan tunjuk perasaan pada umumnya; justeru mereka sebagai ilmuan syar'i berfikir mengikut urutan keutamaan atau susunan hujah yang teratur dan berurutan daripada yang maha penting kepada yang penting, kurang penting dan seterusnya Apabila hukum sesuatu isu itu jelas berdasarkan dalil al-Quran dan hadis dalam susunan yang betul maka setiap dalil yang lebih rendah martabatnya daripada al Quran dan hadis ia menjadi tidak 'valid' atau tidak berupaya menolak dalil yang lebih tinggi martabatnya dalam susunan logika agama. Lebih-lebih lagi jika alasan yang dianggap sebagai hujah tersebut boleh ditolak dan ditangkis dengan logika kontra. Dasar politik dan syura dalam Islam – umpamanya – menegaskan tentang wajibnya pelaksanaan hukum syari'at, wajibnya menobatkan keadilan, membanteras kejahatan, kezaliman, rasuah, penipuan, kemurtadan, penjajahan. Oleh itu setiap Muslim mesti menyalaraskan diri dengan tuntutan utama tersebut. Amar makruf dan nahi munkar adalah suatu kewajipan agama. Pelaksanaannya dalam konteks kehidupan hari ini mestilah berdasarkan kefahaman tentang tuntutan agama yang menyeluruh dan lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan pemerintahan Islam yang sebenarnya. Apa kepincangan, kebobrokan kezaliman, rasuah, penipuan yang sedang berlaku hari ini. Apakah bentuk-bentuk perjuangan yang terbuka dan tindakan yang boleh digarap. Apa urutan keutamaan dan yang lebih penting dan mendesak untuk ditangani dan sebagainya. Dalam urutan berfikir seperti yang tertera dalam persoalan di atas terdapat kesalahan yang jelas dan sifat berfikir secara rancu atau semberono. Hujah pertama adalah hujah akal dengan menyamakan orang yang demontrasi secara aman sebagai Bughah atau pemberontak yang sempat membunuh Khalifah ketiga Islam iaitu Sayidina Othman Affan pada suatu masa dahulu. Mendahulukan hujah ini membayangkan kesilapan qias atau tasybih. Pertama orang yang berdemo secara aman untuk menuntut keadilan dan kebersihan pilihan raya tidak keluar untuk membunuh mana-mana menteri atau malah polis. Hujah kedua mengandungi kekaburan persepsi tentang pemerintahan Islam dan penyamaan orang yang berdemontrasi secara aman dengan pemberontakan kaum khawarij yang keluar dengan pedang dan senjata untuk menggulingkan Sayidina Othman 14 kurun yang silam. Pemerintahan Islam mempunyai ciri asas yang terpeinci seperti yang telah dihuraikan oleh para alim ulama. Sudah pasti sebuah pemerintahan Islam yang sebenar tidak akan merangkum atau membenarkan berbagai-bagai jenis kezaliman, salah urus, penderhakaan terhadap syariat, penipuan dan rasuah yang buruk seperti sekarang. Hujah ketiga seolah-olah mahu mendangkalkan kefahaman orang ramai tentang keta'atan kepada pemerintah. Dalam ajaran Islam terdapat prinsip ketaaatan kepada Ulil Amri atau pemerintah Islam dengan ciri-ciri yang telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam kitab-kitab khusus yang membicarakan tentang pemerintahan Islam yang sebenar. Dalam Islam juga terdapat konsep : "Tiada ketaatan kepada mahkluk dalam perkara yang bercanggah dengan arahan Khaliq (Allah)" . Dalam konteks demontrasi para pemimpin Bersih berhujah dan bersandarkan kepada asas dalil dan persepsi yang betul tentang syariat justeru yang ikut bersetuju dan menyertai demontrasi itu adalah tokoh-tokoh ulama, cendekiawan Islam, kaum bijak pandai dan berbagai lapisan kepimpinan NGO ternama yang muslim dan bukan muslim. Ayat 59 Surah an Nisa' yang diselitkan dalam hujah ketiga diletakkan kepada posisi berhujah yang mahu memperkukuh persepsi akal dalam premis yang pertama dan kedua. Kesimpulan 'aqli melulu mahu ditopang dengan ayat al-Quran. Padahal ayatlah yang perlu diutamakan dalam berhujjah. Ayat yang seharusnya diutamakan ialah ayat dan hadis yang berkaitan dengan amar makruf dan nahi 'anil munkar. Ayat al-Quran mesti didahulukan dalam membentuk tasauwur kulli dan asas dalam menanggapi sesuatu isu. Hujah keempat ialah suatu kesimpulan akli yang berkaitan dengan urutan keutamaan yang dianggap lebih betul oleh orang berkenaan. Hujjah ini sudah ditangkis oleh tokoh-tokoh yang berdemontrasi bahawa mereka sudah banyak kali menyuarakan tuntutan supaya kerajaan mereformasikan sistem pilihan raya yang 'undemocratic' tersebut, membersihkan daftar pengundi, menghapuskan undi pos kecuali dalam kadar yang sangat mendesak dan berbagai-bagai lagi ketidak adilan yang sudah dilakukan namun hingga kini tiada sahutan yang sebenarnya daripada pihak yang bertanggongjawab. Respons yang dijanjikan hanyalah sekadar penggunaan peti undi yang lutsinar dan penggunaan dakwat hitam sebagai penanda. Sebenarnya melindungi kemerdekaan rakyat, kebebasan dan kedaulatan umat untuk menentukan corak dan bentuk kepimpinan negara adalah suatu kewajiban asas rakyat dan umat Islam khasnya. Perkara ini kini boleh direalisasi pada peringkat utamanya dengan mengadakan demontrasi besar-besaran; mendesak kerajaan agar mematuhi tuntutan rakyat tersebut. Hujah kelima adalah alasan sampingan yang bertaraf tambahan. Hujah ini tidak menyatakan hukum mengadakan berbagai jenis pesta maksiat, pesta sukan dan hiburan yang dianjurkan oleh kerajaan yang mengandungi percampur-bauran remaja lelaki dan perempuan, adegan maksiat dan sebagainya. Kalaupun mahu diraikan hujah ini namun ia boleh dijawab dengan alasan bahawa yang hadir demontrasi pada asasnya bukanlah golongan remaja walaupun mereka juga hadir bersama, yang ramai hadir adalah golongan dewasa yang sudah berumur, beranak dan bercucu yang datang bukan untuk mencari hiburan tetapi memperjuangkan hak rakyat, kebebasan dan demokrasi yang sebenar . Mereka adalah golongan yang celik agama, celik ilmu dan celik politik. Mereka tahu batasan halal haram. Oleh itu percampuran yang dilingkari dengan kesedaran mengenai tanggungjawab dengan menghadapi risiko yang tinggi dari segi keselamatan; iaitu risiko dianiaya oleh pasukan keselamatan adalah dimaafkan demi melaksanakan kewajiban yang lebih utama dan 'vible'. Tidakkah tawaf, wukuf di Arafah dan malah solat juga mengandungi unsur percampuran lelaki dan perempuan namun ia dibenarkan justeru dilingkari dengan tatacara khusus dan ditopang oleh konsep 'Umum al Balwa" disamping semangat kesedaran agama yang tinggi. Hujah keenam berdemo menjejaskan peniaga dan mengganggu perjalanan orang ramai. Hujah akal ini boleh dijawab dengan hujah akal kontra. Pertama tidak terbukti bahawa kalangan orang berdemontrasi pergi menggarung, merompak dan merampas barang jualan peniaga. Malah merekalah yang memakmurkan warung, dan membeli-belah barangan yang dijual oleh penjaja dan kedai-kedai yang ada di lokasi laluan orang yang berdemontrasi tersebut. Unit amal yang ikut bersama mengatur perjalanan demontrasi telah memastikan keselamatan, kebersihan dan ketertiban peserta demonstrasi tersebut. Mereka tidak menutupi seluruh laluan, tetapi mengambil sebahagiannya untuk memberi laluan kepada kenderaan. Kecuali di persekitaran istana di mana jalan rayanya yang terpaksa ditutup kerana bilangan orang ramai yang berjumlah ribuan. Itupun dalam masa satu atau dua jam sahaja. Yang mengadakan sekatan jalanraya, menyempitkan lebuh raya yang lapang dari tiga laluan menjadi satu sejak pagi hingga petang dan di seluruh persimpangan penting dengan menimbulkan kesesakan yang tidak perlu dan membazirkan minyak petrol kereta orang ramai kerana ketakutan yang dibuat-buat, menyembur asid dan menembak gas pemedih mata kepada orang ramai yang ingin keluar daripada Masjid Jamek Kuala Lumpur selepas solat Zuhur pada perhimpunan Bersih pertama 2007 bukan tindakan orang yang berdemonstrasi tetapi ialah oleh pihak keselamatan yang terlalu mengikut arahan bermuslihat pasti BN atau Umno. Sudah sampai masanya agar dibuat ketentuan berkanun bahawa sekatan jalan raya hanya boleh diadakan atas alasan keselamatan negara yang mendesak dan munasabah. Sekatan jalan raya tidak boleh diadakan secara sebarangan dan sewenang-wenang; khasnya bila terdapat ceramah atau perhimpunan golongan parti pembangkang. Parti pembangkang dan penyokong mereka adalah rakyat Malaysia yang sah dan mempunyai hak yang sama dengan para pengikut parti yang memerintah. Gerakan politik demokrasi mereka bukan suatu ancaman kepada negara untuk diadakan sekatan yang menyusahkan orang ramai. Rakyat mesti menuntut sikap berkecuali, sifat integriti dan adil daripada pihak kesalamatan atau pihak polis. Mereka atau pihak polis pula wajib memberikan permit untuk berdemontrasi secara aman kepada semua parti yang sah sebagai bukti wujudnya amalan demokrasi yang sihat di negara ini dan tidak hanya memberikan permit dan perlindungan kepada demontrasi anjuran pemuda umno atau BN sahaja di Dataran Merdeka dan lain-lain. Kemerdekaan dan Dataran Merdeka adalah milik semua rakyat yang merdeka. Hujah ketujuh menekankan tentang kemusnahan harta awam dan negara menjadi huru-hara dengan demontrasi aman. Ini pun alasan yang salah justeru demontrasi aman yang telah menjadi pendekatan kumpulan Bersih yang dianggotai oleh berpuluh NGO masyarakat madani adalah perhimpunan yang berjalan secara aman dan bersih. Malah tidak bercadang pun untuk menimbulkan kaadaan huru-hara dalam negara. Apa yang akan menjadi sebab huru-hara ialah ketidakadilan, kezaliman, kekerasan terhadap rakyat, penipuan dan rasuah yang dibiarkan membiak secara berleluasa; hal mana akan berakhir dengan kehilangan dan kemusnahan harta, keamanan dan keselamatan negara umumnya. Hujah kelapan bahawa niat untuk berdemo pun salah kerana menentang pemerintah Islam. Hujah ini meleset kerana yang ditentang bukan pemerintah Islam tetapi adalah kezaliman, korupsi, ketidakadilan, kemungkaran dan amalan salahguna kuasa yang wajib ditentang menurut ajaran Islam. Hujah yang bertolak dari pemikiran serkap jarang dan rambang tidak boleh berdiri dan tegak dari sudut pemikiran akal waras dan syara'. Apakah nas dan hadis yang mengharamkan penentangan terhadap perkara mungkar tersebut untuk dibuat kesimpulan bahawa demontrasi aman - yang menjadi salah satu cara menyatakan perasaan dan sikap tidak setuju rakyat kepada semua kejahatan tersebut - sebagai haram; meskipun sekadar niat untuk berdemonstrasi? Hujah kesembilan tentang demonstrasi bukan cara berhikmah untuk berdakwah dan berpolitik. Ini hujah akal yang juga tidak kukuh. Oleh kerana segala pengaduan dan memorandum yang mendedahkan bukti kejahatan berkenaan telah diajukan oleh berbagai pihak tapi malangnya tidak mendapat respon yang sewajarnya daripada pihak pemerintah maka sudah tentulah demontrasi aman dengan penampilan aduan serta memorandum khusus kepada Yang di-Pertuan Agong suatu yang amat berkesan dan berhikmah; sebagai suatu cara dari berbagai cara bertindak dalam masyarakat yang mengamalkan demokrasi. Majlis Raja-Raja berhak dan berkuasa untuk memastikan pilihan raya dan proses demokrasi di negara ini berjalan menurut lunas keadilan dan demokrasi yang murni dan sehat. Sementelahan pula hak untuk berhimpun secara aman untuk menyatakan hasrat dan sikap adalah suatu hak yang diperakukan oleh perlembagaan. Oleh itu demonstrasi aman adalah salah satu cara bertindak yang bijak dari sudut dakwah dan politik. Sikap berat sebelah pihak polis dan ganas yang ditunjukkan oleh pemimpin politik yang memperalat dan menghakis integriti polis dapat didedahkan kepada umum. Dengan demikian rakyat akan tahu dan melihat betapa tidak adil dan zalimnya pemerintah yang mereka agungkan selama ini. Ini menolong mereka sedar dan mengubah pendirian serta mendorong mereka memulihkan semula kemerdekaan umat dan kedaulatan negara http://warta-utara.blogspot.com/ |
Tiga "T", Teori... teori... teori... kahkahkah... Posted: 04 Jul 2011 09:00 PM PDT Beberapa teori berhubung video lucah Dato' T Oleh RUHI HAYATI THANI TIADA siapa yang tahu bagaimanakah video seks Ariel dan Luna (artis Indonesia) boleh disebar secara menyeluruh ke internet. Mengikut laporan, hanya mereka berdua sahaja yang melakonkan aksi panas itu. Tiada orang ketiga yang merakam gelagat aksi panas mereka. Pada mulanya mereka pun tidak mengaku. Bagaimanapun, aksi senggama Ariel dan Luna tidaklah sama dengan kes Eskay Shazryl daripada trio Dato' T merakam aksi senggama di Thailand hingga membabitkan jam Omega itu. Kini, riwayat dan hikayat jam Omega pun sudah hilang entah ke mana? Eskay mengaku dialah yang berada dalam video seks itu ketika penggambaran itu dilakukan. Tidak diketahui apa motif penggambaran itu dibuat? Mustahil ketua pembangkang merelakan dirinya dirakam dalam keadaan sebegitu rupa? Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka telah dihukum dengan hukuman yang tentu sahaja menyebabkan mereka akan tersenyum; denda RM3,000 ke bawah atau tiga bulan penjara dan tidak lebih daripada itu. Ia sebuah 'hukuman' berbaloi bagi Dato' T kerana denda itu bukan suatu angka yang besar sangat bagi mereka. Terbaru, dua pakar dari Dartmouth College, Amerika Syarikat, Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani mengesahkan bahawa rakaman video yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara Mac lalu adalah tulen. Kenyataan dua pakar luar negara ini timbul setelah polis menyatakan bahawa pihak mereka mengenal siapakah pelaku seks itu, tapi menolak untuk dedahkan siapakah lelaki yang berada dalam itu. Oleh kerana enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut, maka polis mencetak kenyataan lain pula, iaitu video seks itu adalah tulen. Bagi mengesahkan kenyataan itu, maka pakar-pakar daripada luar negara pun dipanggil bagi mengesahkan kenyataan kerana butiran percakapan polis tidak dipercayai rakyat. Najib Razak dan polis sangat sedar hakikat ini. Pengajaran daripada kes Teoh Beng Hock itu mereka ambil, iaitu betapa pentingnya 'orang luar' dijemput untuk mengeluarkan kenyataan bertujuan menyokong pendirian mereka itu. Bagaimanapun, mahkamah tetap sahaja tidak memutuskan siapakah lelaki dalam video itu. Cuma Eskay dan gandingan Dato' T saja yang masih setia dan bersedia berdepan dengan tohmahan bahawa kononnya ketua pembangkang adalah lelaki dalam video tersebut. Serentak dengan itu, Eskay, Shuib Lazim dan Abdul Rahim Tamby Chik (Trio Dato' T) menjadi wira yang sedia dikorbankan dengan denda hanya RM3,000 yang paling tinggi. Semua itu dilakukan atas nama 'jihad' memerangi Pakatan Rakyat di negara ini. Yang diserang kelihatan cuma Anwar tetapi sejurus selepas serangan itu, media terus melaksanakan tugas 'jihad' mereka melalui kenyataan-kenyataan berikut. Pertama, seruan Umno adalah betapa perlunya PAS menilai semula hubungannya dengan KeADILan kerana tokoh pemimpin itu sudah terjebak dengan perilaku seks. Ini bermaksud, serangan peribadi terhadap Anwar melalui video seks itu disusuli dengan idea terselit dalam fikiran mereka bahawa ikatan PAS, KeADILan dan DAP itu perlu dileraikan. Kedua, dengan menjejaskan nama baik Anwar sebagai Ketua Pembangkang itu (termasuklah sikap Utusan mencemar nama baik pemimpin Islam melalui lakaran kartun baru-baru ini), maka turut dikecam perhimpunan Bersih juga. Kononnya, Anwar dan Pakatan Rakyat sedang menjadikan isu Bersih sebagai usaha melenyapkan perbahasan mengenai video seks tersebut. Dan banyak lagi tohmahan yang tercipta dengan sebab video Dato' T itu. Dan, bukannya tiada jalan untuk menafikan kedudukan ketua pembangkang itu. Setidak-tidaknya, ada dua teori yang boleh dibangkitkan guna menafikan penglibatan ketua pembangkang itu. Pertama, teori Nabi Isa. Iaitu, si pengkhianat Judas Escariot (asalnya pengikut Nabi Isa a.s; Al-Hawariyyun) yang memberitahu Roman berhubung hal keberadaan Nabi Isa a.s di sebuah tempat, telah diubah wajahnya oleh Tuhan lalu dimiripkan dengan wajah Nabi Isa a.s. Dalam hal ini, Eskay itu dikatakan mulanya rapat dengaan Anwar, tetapi mengkhianati beliau. Bezanya di sini, Eskay tidak diubahkan wajahnya tapi ada orang yang punya sosok wajah, perawakan dan ketinggian seiras Anwar telah diupah berlakon dalam video seks itu. Kedua, teori pengubahan wajah. Ini bermaksud, ada seseorang yang memiliki ketinggian dan perawakan yang sama dengan Anwar, lalu wajahnya diubah untuk menjadikannya seiras Anwar. Hal ini boleh fahami jika kita menonton filem Face-Off lakonan John Travolta dan Nicholas Cage. Rupa polis ditukar menjadi rupa penjahat dan rupa penjahat ditukar menjadi rupa polis melalui suatu pembedahan. Lakonan yang termuat dalam video seks itu dibuat di Thailand. Jadi, bukanlah sesuatu yang mustahil jika pembedahan wajah dilakukan di sana supaya si lelaki tadi diubah sehingga wajahnya mirip Anwar. Ketiga, teori Mission Impossible. Iaitu, sebagai mana watak penyamar di dalam drama bersiri Mission Impossible, kita dapat melihat bagaimana sejenis acuan getah yang digunakan untuk dilekapkan ke wajah penyamar tadi. Mungkinkah Eskay yang dikatakan rapat dengan Anwar itu sudah mengambil gambar Anwar lalu diletakkan getah itu ke wajah sesiapa sahaja agar wajah orang itu mirip Anwar? Apakah Apcopcopco Israel juga terlibat secara halus dalam usaha menjebak Anwar yang kini dilihat sebagai seteru Yahudi antarabangsa? Saf pimpinan turut dikaitkan dengan isu seks. Mungkin Najib yang mengupah Apcopcopco Israel ini ada jawapannya? |
Posted: 04 Jul 2011 08:00 PM PDT |
Tak ketegaq mana pun pompuan nih... haha... Posted: 04 Jul 2011 07:00 PM PDT Aku rasa elok jugak si Ambiga dan BERSIH 2.0 memohon untuk mengadap Agong. Agong setakat ini berjaya menjadi pengadil yang adil yang dilihat rakyat sebagai boleh dibuat kira bicara. Apa salahnya, dan peluang bertemu muka dengan YDP Agong membuka peluang luas bagi BERSIH untuk: Berbincang lebih lanjut tentang tujuan asal penubuhan dan kempen yang BERSIH sedang jalankan. Kot kot la boleh pulak ditubuhkan sebuah suruhanjya siasatan terhadap SPR dan JPN... haha... pecah peluh la pulak depa depa tuh... Buktikan kepada YDP Agong bahawa SPR memang selama ini menjadi kuda tunggangan pemerintah dan menyalahgunakan kuasa mereka sewenang wenangnya. Buktikan sekali kepada YDP Agong, SPR itu selama ini menjadi tongkat Umno dan ambik perhataian lebih terhadap SPR supaya memikul amanah rakyat dan memecat ketua ketua SPR sekiranya perlu. Kira kiranya, si Ambiga ni tak la ketegaq sangat sampai dilabel dah macam lanun dan penjahat antarabangsa. Ikut kata si Ambiga ni lagi, perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini, bergantung kepada keputusan pertemuan pemimpin gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong. Ha, tengok... ketegaq tang mana? Saja ja BN dan Umno khususnya melalui Pemuda dan Perkasa mereka telah memanipulasi media dan gambarkan BERSIH 2.0 dan pengerusinya si Ambiga sebagai pengganas. Buat masa ni la, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan memutuskan ia "mematuhi" titah Seri Paduka yang dikeluarkan malam tadi. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran keputusan jawatankuasa tersebut, sehinggalah mereka mengadap Yang di-Pertuan Agong. Baguih la lagu tu, aku pun tak syok jugak nak tengok kita semua bertelagah tentang tahap keadilan yang sepatutnya dimainkan oleh SPR kita.... Biaq la Agong menjadi orang tengah dan kata pemutus.... Bab Perkasa ngan Pemuda Umno tu lantak pi kat depa laa... http://shalehudin.blogspot.com/ |
Aku pun sokong Hadi yang pi ke depan... Posted: 04 Jul 2011 06:00 PM PDT Apakah Bersih Sudah Bersin? Oleh Mohd Sayuti Omar Titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya semua berpihak berfikir mengenai himpunan Bersih yang dirancang diadakan 9 Julai ini sedikit sebanyak memberi kesan. Selepas titah di raja itu nampaknya semua pihak termenung dan membuat koreksi terhadap nasihat dan pandangan Yang di-Pertuan Agong itu. Baik di sebelah sini maupun di sebelah sana menerima dengan baik nasihat itu. Masing-masing menganggap titah itu sebagai satu panduan untuk semua demi kebaikan bersama. Perkasa(m) yang sudah mengendur sejak ketuanya di panggil polis bagaikan orang mengantuk disorong bantal dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong itu. Ketuanya tentu gembira sakan kerana kemaluannya terlindung kini. Ada tanda-tanda masing-masing sudah mula mengendur. Mereka yang baru berhajat untuk mendapatkan baju berwarna kuning hari ini sudah membatalkan niat. Manakala yang sudah memakainya masih terus pakai sebelum kata putus mengenai itu dibuat. Momentum untuk berhimpun sedikit terganggu dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong itu. Demikian juga dengan Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada kuasa, titah itu telah menyelamatkan air muka dan maruahnya. Sebab itulah sebelum kering dakwat dikri itu cepat-cepat mereka membuat kenyataan yang Patriot tidak akan meneruskan himpunan. Tinggal lagi kini di sebelah sini. Mesyuarat membincangkan titah di raja itu diteruskan. Saya yakin malam ini perkara itu akan terus didebatkan. Pro kontra akan berlaku dalam jemaah Bersih. Perkiraan sebaik mungkin kena dibuat agar enjin yang dihudupkan sejak sebulan lalu tidak akan mati. Kalau engin sudah mati susah untuk dihidupkan semula. Di sini saya ada pandangan tersendiri dalam hal ini. Ada eloknya juga kalau Bersih memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan permasalahan mereka. Setidak-tidaknya Yang di-Pertuan Agong dapat mendengar sendiri apa yang terjadi. Cuma kalau menghadap itu janganlah setakat menghadap pintu pagar istana - menyerahkan memorandum kepada pengawal istana sahaja. Tetapi biarlah dapat bercakap dan beramah mesra dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin sendiri. Yang di-Pertuan Agong pula kalau boleh sudilah mendengar bicara rakyat secara langsung. Khabarnya Pas akan menghantar wakil bersama rombongan Bersih untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Di sini saya merasa musykil sedikit, kenapa Pas tidak menghantar Presidenya sendiri untuk menghadap Agong. Bukankah Abdul Hadi Awang mempunyai hubungan baik dengan Tuanku Mizan? Bukankah sebelum ini Abud Hadi pernah menghadap Tuanku Mizan bersama Najib dan Nik Aziz. Sebagai bekas MB Terengganu di mana ketika itu Tuanku Mizan Sultan Terengganu, Abdul Hadi boleh menggunakan hubungan baik itu. Kenapa Pas harus menyerahkan kepada pemimpin bawahan? Apabila Pas hanya menghantar pemimpin lain, ia tidak menunjukkan Pas serius di dalam soal ini. Nampak sangatlah Pas hanya menumpang Bersih sahaja untuk menuntut agar pilihan raya bersih dan adil diadakan. Sebagai parti politik Pas seharusnya berada di depan bukan bertengek di bahu Bersih macam anak kera duku. Saya dapat nampak sewaktu mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung isu Bersih Mohamad Sabu yang baca. Ke mana Abdul Hadi? Dalam hal ini Pas atau Pakatan Rakyat tidak boleh harapkan kepada Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang. Walaupun mereka juga rakyat Tuanku, tetapi perjumpaan lebih lunak kalau Hadi sendiri yang duduk bersila di depan persemayaman raja. Hadi orang Melayu, ustaz dan ulama lagi...yang tahu baca kitab dan hafal hadith tentu kedudukan itu lebih sesuai dan lunak. Kredibiliti Pas pun bertambah. Iya kalau ada peluang menghadap Abdul Hadi hendaklah pergi sendiri. Dengan cara itu ia menunjukkan keseriusan dan komitmen Pas. Lagipun tidak muansabah kalau Pas mengirimkan pemimpin lain sedangkan presidenya masih boleh berjalan - sihat hanya memerhati dari jauh. Kalau takdir berlaku pertemuan Bersih dengan Yang di-Pertuan Agong saya sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku kepada himpunan Bersih yang dirancang pada 9 Julai ini. Sama ada pertemuan dan penghadapan itu dapat menyelesaikan tuntutan atau tidak, himpunan 9 Julai ini tentu akan dibatalkan sekiranya Bersih sudah berjumpa Agong. Bersih tidak akan meneruskan sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong. Kecualilah Bersih nekad mengambil keputusan tidak mahu menghadap Yang di-Pertua Agong atau Agong sendiri tidak sudi menerima permohonan menghadap. Tetapi dalam keadaan kini sukar untuk Tuanku Mizan berdalih untuk tidak mahu berjumpa kerana baginda sudah membuat pandangan sedemikian. Baginda tidak akan bertitah kalau tidak melihat isu Bersih ini sesuatu yang bersungguh. Adalah tidak kena kalau Tuanku Mizan menolak permintaan Bersih. Kita harap tidak ada pihak yang menasihati Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan itu. Apa yang paling baik kalau Tuanku Mizan berhajat untuk berjumpa, panggil semua pihak yang terlibat. Panggil Umno, panggil Pas, panggil PKR, panggil DAP, panggil Bersih, panggil juga SPR ... baru selesai atau jadi. Perkasa(m) dan Pemuda Umno tidak panggil pun tidak mengapa kerana NGO itu hanya burung serindik yang berkokok ketika bunga semarak api sedang berkembang saja. NGO itu tidak ada apa-apa peranan dan kesan pun. Mereka hanya tukang sibuk saja setelah gulai di kawah bergelegak. Kalau berlaku pertemuan dengan semua pihak itu isu Bersih akan selesai. Kalau tidak selesai secara menyeluruh tetapi, setidak-tidaknya himpunan pada 9 Julai ini akan ditangguhkan. Saya tetap yakin dan percaya selagi tuntutan lapan perkara itu dinafikan oleh SPR maka dilain kali himpunan Bersih akan bergema semula. Kali ini kalau penganjurnya menetapkan hari dan tarikh, usah dihalang lagi mereka akan terus berarak menempuh ombak dan badai dan mereka sudah sanggup baju dan seluar mereka kebasahan. Uniform kuning yang sudah siap kini mereka akan simpan untuk disaut kembali. Kali ini kalau mereka saut ianya tidak akan dibuang lagi sehinggalah yang robek ditarik FRU. Itulah yang kini bermain dalam kepada saya mengenai nasib Bersih pada 9 Julai ini. http://msomelayu.blogspot.com/ |
Busuknya mulut... kahkahkah... Posted: 04 Jul 2011 04:00 PM PDT Nafas Berbau Oleh: kopi_o Nafas berbau adalah masalah yang memalukan dan tidak menyenangkan. Ia juga lebih biasa berlaku berbanding apa yang anda fikirkan dengan anggaran 90 juta orang mengalaminya diseluruh dunia. Walaupun terdapat banyak sebab tersembunyi untuk nafas berbau termasuk pilihan makanan, keadaan kesihatan dan tabiat gaya hidup. Dengan mengamalkan langkah-langkah mudah berikut, Insyaallah kesihatan mulut anda akan terjaga dan dapat membantu mencegah nafas berbau.Tip2 yang ZackJ nak sarankan adalah seperti berikut : 1. Minum banyak air. Minum air menjadikan mulut kita kekal lembab yang kemudianya mengekalkan bakteria dalam mulut kita pada paras minimum. Pilihlah air kosong, bukanya kopi, milo air tabur, teh tarik, sirap bandung, minuman ringan dan yang palin jahat adalah minuman alkohol. Ingat, miniman ini hanya akan lebih mengeringkan mulut anda. 2. Menguyah gula-gula getah Kita juga boleh mencuba menguyah gula-gula getah untuk merangsang penghasilan lebih banyak air liur. Lebih banyak air liur dalam mulut kita. lebih kurang bakteria yang ada didalamnya. Pastikan jika tak mahu kena potong kaki disebabkan kencing manis, pilihlah gula-gula getah tanpa gula kerana makan terlalu banyak gula tidak bagus untuk kesihatan kita. 3. Berus gigi selepas makan. Jadikan memberus gigi kita sekurang-kurangnya dua kali sehari satu tabiat. Lebih baik lagi, berus selepas makan. Untuk itu simpan satu berus gigi di tempat kerja dan gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida, kerana ia membantu menyegarkan nafas. Jika tak ada masalah, simpan di poket belakang menggantikan sikat pun boleh juga. (ZackJ tak buat cam ni, sikat tetap maintain kat poket belakang). Tapi jangan gigi aje, berus dengan lembut lidah anda juga kerana sesetengah bau datang dari lidah. Untuk membersihkan lidah dengan berkesan, belilah pembersih lidah yang banyak dipasaran sekarang ni. 4. Gunakan flos Ya, ia bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi menggunakan flos memang berbaloi. Dengan menggunakan flos selepas memberus, gigi kita akan lebih bersih kerana ia menanggalkan sisa partikel makanan dan plak. Selepas itu sudahi dengan berkumur menggunakan pembersih mulut. Ia bukan sahaja mencegah pembentukan plak, rasa pudinanya akan menjadikan kita terasa lebih segar. 5. Pemeriksaan gigi secara tetap. Mungkin ia kurang menyenagkan, tetapi pemeriksaan gigi secara tetap adalah perlu. melakukan pemeriksaan gigi atau gigi palsu serta mencucinya sekurang-kurangnya dua kali setahun memberikan perbezaan yang ketara terhadap kebersihan gigi dan kesihatan mulut secara keseluruhan. Pemeriksaan tetap juga memudahkan doktor gigi anda mengesan sebarang masalah tersembunyi yang mungkin mengakibatkan nafas berbau. Jadi, jangan berlengah lagi demi menjaga kesihatan dan kerbersihan mulut kita. Selamat mencuba.... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan