AdukaTaruna |
- Stadium : Dari 3 port, ke 1 port. Kerja polis makin mudah.
- Mari ke stadium dengan cara ke jalan raya.
- (2) BERSIH dan Stadium : Pendapat AdukaTaruna.
- Hjosama sebahagian dari buku teks sejarah Malaysia Baru.
- BERSIH dan Agong : Pendapat AdukaTaruna.
Stadium : Dari 3 port, ke 1 port. Kerja polis makin mudah. Posted: 05 Jul 2011 10:05 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Apakah ada jaminan polis tidak menghalang rakyat dari berhimpun di stadium? Tiada, bukan? Jadi, anda bayangkan betapa mudahnya polis mengecilkan hadirin BERSIH apabila 3 port mengecil menjadi 1 port. Di satu stadium khusus. Sebelum ini, polis terpaksa membuat sekatan seluruh Malaysia. Dan semakin mengepung sempadan KL. Apabila BERSIH mengumumkan stadium A, maka, anda bayangkan betapa mudahnya mereka mengecilkan hadirin. Seluruh kekuatan hanya di kerah untuk 1 port. Gua syorkan cadangan dari rakan pembaca. Yakni, berkumpul di 3 port yang sudah diumumkan. Adakan program lulit di situ (pendaftaran / tandatangan / taklimat / etc). Dan bergerak ke stadium dengan kenderaan masing. Last sekali. Klik link ini dan baca : Stadium untuk monyet2. |
Mari ke stadium dengan cara ke jalan raya. Posted: 05 Jul 2011 04:01 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Gua bukan tahap creator. Gua tahap pendesak. Ikut level susah ke senang, berat ke ringan, boleh gua takrifkan begini : Creator -> Pendesak -> Penumpang. Creator tahap super berat. BERSIH dah create sejauh ini. Jika kita tidak setuju hala tuju akhir creator, dan kita create apa yang kita mahu, memang kita tak mampu. Jika level pendesak pun tidak mampu, apatah lagi level penumpang. Jadi, gua dengan ingin mengumumkan dan menyeru kepada rakan2 semua, supaya menerima kebetulan yang kita ada seadanya. Buat masa ini. Semoga Allah wujudkan lagi peluang2 lain di masa hadapan. Biasalah... pembangkang Malaysia kan lembik. Ke stadium dengan teknik ke jalan raya. Gua mengingatkan kepada semua sahabat supaya jangan tertipu dengan munafik. Walaupun stadium dibenarkan, tetapi kehadiran anda akan tetap disekat seperti biasa. Mereka cuba menggagalkan kehadiran sebanyak yang mungkin. Jangan kita pakai baju BERSIH dalam perjalanan ke stadium. Jangan kita beranggapan kerajaan sudah 'menghalalkan' BERSIH. Munafik tidak boleh dipercayai. Jangan batalkan keputusan lu orang masuk KL (daerah himpunan) lebih awal. Stadium Bukit Jalil. Kalau ditanya gua, gua pilih Stadium Bukit Jalil. Dan berarak ke Istana Negara. Itu kalau gua. Apa pun, masa suntuk. Pengisian himpunan perlu dirangka. Elakkan kejadian memalukan seperti Himpunan Protes Harga Petrol di stadium dulu. Jika setuju, pentas ucapan berada di luar. Bukan di dalam stadium. Jangan isi himpunan dengan hiburan nyanyian. 50% semangat pendemo lama sudah tawar. Pendemo baru gua tak tahu. Jangan tawarkan lagi dengan pengisian nyanyian. Sebab mental mereka sudah di set kepada perkara lain. Last gua tekankan, walau dalam stadium, pengisian yang tepat dengan mind set adalah pengisian perarakan. Harap BERSIH boleh fikirkan program berarak. 5 km termasuk keluar dan masuk semula stadium pun jadilah. Kalau tu pun takut dituduh derhaka pun gua tak tahu la. Maybe hati gua berbeza sebab gua ada kes dengan Sultan2 nih. Kata Tukar Tiub, kalau pilihanraya itu boleh mengubah sesuatu, sudah lama dia diharamkan. Kata regim2 zalim, himpunan jalanraya boleh mengubah sesuatu, maka ianya diharamkan. Kata gua, himpunan di stadium tidak boleh mengubah sesuatu, maka ianya digalakkan. Wallahualam. |
(2) BERSIH dan Stadium : Pendapat AdukaTaruna. Posted: 04 Jul 2011 11:58 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Daripada pendapat gua mengenai BERSIH dan Agong, maka terbitlah perbahasan sama ada stadium atau mengekalkan teknik asal di jalan raya yang paling menarik perhatian masyarakat. Sebelum itu, perbincangan ini adalah soal stadium atau jalanraya. Bukan soal tuduhan media tradisional bahawa BERSIH menderhaka. Tanpa titah puluh ahli PSM sudah dituduh bukan setakat menderhaka. Tapi memerangi Agong! BERSIH dan anak muda tidak boleh tunduk kepada tuduhan media tradisional BN. Media yang tuduh. Bukan Agong sendiri yang tuduh. Buat sahaja soal selidik sama ada pengundi internet percaya BERSIH menderhaka kepada Agong atau tidak jika tetap memilih jalan raya berdasarkan titah tersebut itu. [1] Objektif BERSIH ialah tuntutan 8 perkara. Dari berunding bertahun2, berdialog bertahun2, akhirnya BERSIH mengikut kaedah Nabi Muhammad. Yakni, menggunakan jalan yang mampu menarik perhatian orang ramai, bagi tujuan tekanan terhadap sasaran. "Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi s.a.w: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". Maka mereka berkata: "Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih). Dan anda boleh melihat bagaimana kesannya setakat ini. Pihak pesalah panik. Hutan paling ulu pun mengetahui kewujudan BERSIH ini walau tidak tahu motifnya. Dan terbaru, BERSIH berjaya mendapat perkenan Agong untuk bertemu dan menyuarakan perkara sebenarnya. Klik sini : BERSIH 2.0 di istana mengadap Seri Paduka. [2] Seterusnya kita pergi apakah SPR (BN) sanggup menunaikan 8 tuntutan BERSIH? Apakah SPR (BN) sanggup bermain di padang rata? Tidak perlu lihat kesemua tuntutan. Tanya diri sendiri, apakah BN sanggup memberikan TV, akhbar harian, radio kepada pembangkang? Jika di jalanan pun sudah pasti BN tidak sanggup apatah lagi di stadium? Berkecai tulang dengan nyawa Najib mohon Putrajaya dipertahankan. So, kita masuk kepada perbahasan seterusnya. [3] Sunnah alam, negara jakun (negara ke 3), tidak pernah berubah secara pusat, melalui pilihanraya. Indon, Thai, Asia tengah, semuanya melalui jalan raya. Gua belum pernah lihat sejarah negara jakun kepada negara maju melalui stadium. Tak pernah! Jadi, jika tuntutan 8 perkara berkecai tulang dengan nyawa pun SPR (BN) pasti tidak akan penuhi, apakah tujuan gua berpendapat mesti ke jalan raya? Gua berpendapat, turunlah 9 Julai ini bukan atas akidah BERSIH. Tapi atas akidah mahu mencilok menegakkan sistem Islam melalui demokrasi BERSIH. BERSIH ada atau tidak, hanya kebutulan. PAS ada atau tidak memang kebetulan. UMNO, PKR atau Melayu hanyalah kebetulan. Dengan jalan raya pada 9 hb, anak2 muda mendapat latihan di jalan raya. Bagaimana mengawal emosi, bagaimana membentul solidariti, bagaimana berhadapan provokasi, bagaimana membuat keputusan, etc. Anak2 muda tidak memerlukan latihan di stadium. Tidak perlu. Tapi anak2 muda memerlukan pengalaman, memerlukan latihan, menuntut satu2 tuntutan dengan membentuk satu tekanan tertentu. [4] Ini lebih atas, tinggi dan mulia dari objektif BERSIH sendiri. Jika BERSIH berpatah ke stadium, maka, hilanglah hujah2, untuk ke jalan raya selama2nya. Hilanglah kaedah yang dianjurkan Nabi dan sunah2 yang berlaku dalam perubahan sesebuah negara peringkat pusat itu selama2nya. Jika BERSIH belum ke jalan raya sudah dianggap HARAM, bayangkan BERSIH ke jalan raya selepas berpatah tunduk menggunakan stadium akan datang. Ianya akan jatuh hukum HARAM TAHAP NERAKA. PERKASA, etc akan claim mereka berjaya. Mari kita gunakan ayat lain. Menggunakan jalan raya bagi tuntutan SPR. 1. Berkecai tulang dan nyawa, SPR (BN) tetap enggan. 2. Tapi anak muda mendapat pengalaman menggerakkan massa di jalan raya untuk sebarang tuntutan lain di masa hadapan. 3. BERSIH 3.0, 4.0 juga akan berlaku menggunakan kaedah jalan raya. U turn menggunakan stadium bagi tuntutan SPR. 1. UMNO / PERKASA dan Najib claim idea mereka akhirnya diterima BERSIH. Me'liberal'kan kuasa jalanan. Seperti Zionis yang meliberalkan word jihad. Jihad tak semestinya senjata. Ada jihad pertanian, ada jihad ekonomi, etc. 2. Jika jalan raya pun SPR (BN) enggan, apatah lagi stadium. 3. Anak muda (ratusan ribu pendemo baru), tiada pengalaman. Tiada peluang belajar. 4. BERSIH 3.0, 4.0 HARAM MUTLAK TAHAP GABAN u turn ke jalan raya kembali. |
Hjosama sebahagian dari buku teks sejarah Malaysia Baru. Posted: 04 Jul 2011 11:16 PM PDT Peniaga dituduh pakai, miliki baju pertubuhan haram. 05/07/2011 1:50pm Bernama KOTA BHARU 5 Julai - Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh memakai dan memiliki baju-T bertulis perkataan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram. Mohd. Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah. Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Amizul Fazly didakwa mempamerkan pakaian yang tertera tulisan 'BERSIH 2.0' di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Piah, Bachok, pada pukul 2.40 petang, dua hari yang lalu, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki enam helai baju-T yang tertera perkataan 'BERSIH 2.0'. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram. Azrul kemudiannya menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Bachok dan mengenakan jaminan RM4,000 kepada Mohd. Amizul Fazly bagi kedua-dua pertuduhan itu. Mohd. Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd. Yusuf, Ahmad Najib Deris dan Abdul Rashid Yah manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Hussin. - Bernama |
BERSIH dan Agong : Pendapat AdukaTaruna. Posted: 04 Jul 2011 09:25 PM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] 2-3 hari gua bz tak bleh menaip. Masalah baju BERSIH la apa lagi. Baju saiz S - L pada gua habes. Tapi stok pada rakan gua di Shah Alam ada. Baju yang di pos rakan gua dari Shah Alam, guna khidmat Pos Malaysia, gua syaki disabotaj. Niamakahai. Tak sampai2. Dah seminggu. Gua ambil keputusan, kalau tak sampai juga petang ni, gua akan pulangkan duit. [2] Ramai yang minta gua berikan pendapat dalam isu terbaru. Tak minta pun memang gua nak tulis. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setuju lah. Sebelum kita mencari keputusan, kita perlu kembali kepada basic. Punca simpul dan punca tali. Seperti yang kita sedia maklumi, UMNO memiliki penasihat genius dari bangsa Israel. Maka, sudah pasti pelbagai cara sudah disenaraikan bagi menghalang dan menyusahkan perhimpunan BERSIH ini. Termasuk menggunakan pihak istana. Teori gua. Tetapi, walau tak banyak, sedikit kelebihan yang Allah takdirkan, istana kali ini adalah istana Terengganu. Yang terbukti berani menentang UMNO (Idris Jusoh) ketika UMNO lemah (menang sikit PRU12). Dan BERSIH akan melemahkan UMNO. Dan istana Terengganu gua dakwa akan berani. Oleh sebab itu, di awal BERSIH, walau gua juga dapat ramal UMNO pasti cuba menyusup menggunakan istana sebagai benteng terakhir, gua tak tulis di blog. Kalau gua tulis di blog, maka akan menjadi perbincangan. Di copy paste dan sebagainya. Dan memang gua tak tulis di blog. Hanya sms dengan rakan2. Tetapi, MSO tulis. Maka berlakulah perbincangan mengenai kemungkinan itu di pihak anti-BN. Merebak. Apabila berlaku begitu, dari satu jalan yang berstatus kemungkinan yang perlu dilakukan UMNO, sudah bertukar kepada wajib dilakukan UMNO. Usaha UMNO-APCO ke arah itu akan bertukar kepada berlipat ganda bersungguh2nya. Sebab itu, ada ketikanya, kita tidak boleh mempamerkan gerakan yang kita khuatir, berbincang mengenainya di depan lawan. Macam kerja bodoh. Itu antara konsep asas teknik berlawan. [3] Apa yang dikhuatiri sudah pun berlaku. Ketika tubik sahaja titah Agong, gua sms rakan blogger dan fb yang gua kenal, untuk highlightkan tiada ayat mutlak pun Agong meminta himpunan BERSIH dibatalkan. Gua memilih teknik menghighlightkan titah dan perintah Agong kepada BN yang memerintah supaya adil. Kerana jika tidak adil, jika demokrasi disempitkan, maka, bahaya kekacauanlah jawapannya. Saluran yang penting itu disumbatkan. Adalah bahaya jika rakyat Malaysia lari dari fahaman demokrasi dan memilih fahaman lain. Ini satu dosa dari BN. So, bagaimana mahu mencari kaedah terbaik dalam memaksa tuntutan terhadap SPR? Bagaimana mahu meneruskan perjuangan menegakkan demokrasi BERSIH sebelum rakyat memilih fahaman lain? Dalam keadaan Agong bertitah sedemikian? Untuk ini, kita senaraikan apakah yang SEBENARNYA kita khuatiri apabila meneruskan BERSIH selepas titah Agong. [4] 1. Dituduh menderhaka / menentang / menggulingkan Agong. 2. Takut provokasi PERKASA - SB. 3. Takut darurat diisytiharkan. 1. Dituduh menderhaka / menentang / menggulingkan Agong. Kita bermula dengan siapakah yang menjatuhkan hukuman tuduhan tersebut? Jika mahkamah, maka, ada peluang pembelaan. Jika hanya media BN-APCO, apa beza dengan pelbagai tuduhan2 lain sebelum ini? Komunis, sabotaj imej negara, sabotaj ekonomi negara, anasir asing. Apa bezanya dengan tuduhan menderhaka kepada Agong? Tiada beza. Kesemua tuduhan HANYA DILAKUKAN OLEH MEDIA BN-APCO. Dan apakah penerimaan masyarakat? Masyarakat hutan status quo. Pengundi2 emas tidak akan berubah bodohnya. malah akan berkurangan secara mati. Tetapi, terdapat 10.1 juta pengguna FB di Malaysia, di mana FB Malaysia dikuasai persepsinya oleh pro Pakatan Rakyat. Ranking blog yang dikuasai BN-APCO adalah kerana mendapat link dari website akhbar rasmi mereka. Cuba kalau Mkini turut menyediakan link serupa kepada blog Pakatan Rakyat. Jika BERSIH takut dituduh menentang Agong oleh media tradisional BN-APCO, apakah wajar BERSIH dibatalkan, atau ditukar ke stadium hanya kerana itu? Yang tuduh hanya media. BUkan Agong yang tuduh pun. Ratusan ditangkap, puluhan difitnah memerangi Agong, sejumlah perbelanjaan dikeluarkan rakyat untuk perjuangan BERSIH, akhirnya BERSIH takut dituduh media BN-APCO secara peralihan pertuduhan. What the fuck is that? 2. Takut provokasi PERKASA - SB. Pertama, jika PAS berjaya mengerahkan 300 000 ahli bertarbiyah, sudah cukup meneutralkan kumpulan provokasi PERKASA - SB yang gua jangkakan hanya sekitar 1000. Buatlah teknik provokasi apa pun, bukan sekali dua ahli PAS menyertai demontrasi gergasi. Belum dicampur 50 000 PKR dan 30 000 DAP. Tindakan2 Ibrahim Ali sebenarnya membantu PR mendapat sokongan solid bukan Melayu dan Melayu Baru. Tu pasal TGNA-PAS Kelantan 'setuju' dengan Ibrahim Ali. Keduanya, marilah kita bersama-sama meminta bantuan cuaca dari Allah. Hujan yang lebat yang berpanjangan. Jika kita mohon beramai-ramai, Allah juga mempunyai sifat malu untuk tidak memberi. 1 roadblock paling tinggi 10 angota polis. 10 anggota polis, berapa lama dia mampu bertahan menahan / memeriksa setiap kenderaan dalam hujan lebat? Walau secara bergilir2? Ibrahim Ali jantung 'bateri'. Berapa lama dia tahan duduk dalam hujan lebat memimpin provokasi? 1000 ribu PERKASA yang hadir adalah jenis yang fanatik perkauman. Yang fanatik perkauman adalah terdiri dari berkepentingan seperti kontraktor2. Berapa lama golongan yang berdiri dalam hujan lebat kerana kuasa duit boleh bertahan? Berbanding golongan yang berdiri, berjalan, bersuara kerana perjuangan? Katakan Allah tidak memperkenankan permohonan kita secara beramai2. Dan ada 5 ribu ahli silat Melayu yang memiliki kemampuan tempur tangan kosong (jarak 1 meter lebih kurang. Bergantung kepada panjang kaki dan tangan). Cuba mahu mencederakan satu kumpulan yang bergerak dalam angka 100 000 setiap port. Ianya adalah perkara mustahil. Perkara yang hanya akan berlaku hanyalah ejek-mengejek seperti penyokong BN-PR yang dipisahkan sebatang jalan setiap kali penamaan calon. Paling bahaya pun baling2 botol mineral. Apatah lagi port antara keduanya lebih jauh dari jarak sebatang jalan. BERSIH sudah menjadi trend dan fenomena anak muda. 10 kali lebih trend dari Perlawanan akhir Red Warrior. Bayangkan damage yang dilakukan BERSIH jika trend ini dibatalkan hanya kerana sebab yang tidak logik. Sudah pasti tuntutan BERSIH akan datang agak sukar mencapai tahap trend seperti sekarang ini. 3. Takut darurat diisytiharkan. Untuk menghurai tajuk 3 ini, maka, gua terpaksa melanggar konsep tajuk [2] di atas. Dengan harapan, point2 ini tidaklah dibahaskan secara terbuka sehingga menjadikan wajib pada APCO untuk menghalangnya nanti. Pertamanya, gua berpendapat, Allah memberikan kemudahan kepada kita apabila BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 dilakukan bagi menyerahkan pengaduan kepada Agong yang sama. Agong yang sama mengalami peristiwa BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 membuatkan Baginda lebih faham. Agong sendiri mengatakan tujuan demontrasi adalah baik. BERSIH 1.0 menyebabkan Agong boleh bertindak menyingkirkan Idris. Ianya turut memberikan inspirasi kepada Sultan Perlis. Keduanya, BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 berlaku ketika Agong adalah Terengganu. Yang terbukti berani. Selepas Agong Terengganu, dijadualkan pula Agong Kedah. Selepas Agong Kedah, dijadualkan pula Agong Kelantan. Kesemua mereka berada dalam level sedikit tersendiri dan bukan tipikal. Hanya Agong yang mempunyai kuasa mengisytihar darurat. Jadi, selepas BERSIH 2.0 yang dikhuatiri darurat, Agong yang dijadualkan adalah Agong Kedah. Dan menuju zaman dan keadaan Agong Kelantan pula. See... bagaimana gua berpendapat takdir Allah itu memihak kepada kita. [5] Gua mengucapkan syabas kepada pihak BERSIH yang memohon berjumpa Agong. Dan gua juga memberikan pandangan supaya jangan sesekali ada yang bodoh bertanyakan soalan sama ada demo BERSIH perlu diteruskan atau tidak kepada Agong. Just kemukakan sebab2 tuntutan. Kemukakan rakyat Malaysia mahu mengadu kepada Agong. Sultan Mizan adalah Sultan ketika BERSIH 1.0. Juga Sultan yang melawan kehendak UMNO yang mahukan Idris. Juga Sultan ketika BERSIH 2.0. Selepas Sultan Mizan, Sultan Kedah yang menuju zaman Sultan Kelantan. Satu keadaan yang begitu bagus. Harap BERSIH tidak dipindahkan ke stadium. Harap BERSIH tidak dibatalkan. Harap BERSIH tidak tunduk kepada tuduhan media tradisional BN-APCO secara peralihan pertuduhan. AdukaTaruna |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan