otaiblues |
Jom beramai ramai ke stadium...perhimpunan sah Posted: 05 Jul 2011 02:05 AM PDT [MK] Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium. Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah. Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi. Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya". Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan. Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi. Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara. Nota kaki : Habis la penjilat penjilat nak tunjuk kesungguhan menyokong kerajaan..Patriot , perkasa penjilat negara boleh minta kat stadium yang sama..atau pergi la ke stadium yang sama... |
Ape kata mereka.....patriot perkasa penjilat negara Posted: 05 Jul 2011 01:57 AM PDT Patriot....gabungan pemuda umno dan kelab putra malaysia. ketua pengarahnya datuk abdul azeeez berkata...pihaknya tidak akan meneruskan perangcangan mengadakan perhimpunan pada 9 julai ini..kerana menghormati titah YDPA.. katanya mereka akur dalam menyuburkan demokrasi dan mengelak kemusnahan negara,,, Merka tidak teragak agak akan menerus kan juga perhimpunan jika bersih tetap mengadakan perhimpunan tersebut..kerana kononnya bersih tidak menghormati intitusi raja,, Kononnya mereka akanmempertahankan rakyat dari di khianati.. Najib pulak kata...perhimpunan tersebut adalah bermotifkan politik dan berniat merampas kuasa dengan cara tidak demokratik... Zahid hamidi pulak kata..pihak yang menganjur kan perhimpunan bersih itu lebih gemar mengadakan perarakan kerana seronok mahu bertembung dengan polis..Ini di dedahkannya konon nya selepas menemui berberapa pemimpin pembangkang yang beria ria untuk menyertai perhimpunan tersebut,,, Perkasa atau pertubuhan pribumi pulak denga presiden nya ibrahim ali berkata,,,mereka akan tetap meneruskan hasrat berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan dan membantu pihak keselamatan mengawai perhimpunan tersebut... Nota kaki : Mereka sengaja tidak cuba untuk mengulas apekah niat dan tuntutan sebenar perhimpunan bersih itu di adakan,,,ape kah perkara perkara yang tertulis di dalam memorandum yang akan di serahkan kepada DYMM itu.. Merka juga tidak mengulas akn titah baginda tentang di mana kesilapan pemerintah sehingga ada setengah pihak mempertikai kan tentang perjalanan pilihanraya juga demokrasi di malaysia. T iada satu pihak pun yang berani berkata atau cuba untuk menrima cadangan membersihkan dakwaan yang SPR berlaku tidak adil dan berat sebelah didalam menjalankan pilihanraya.. Mengapa SPR sendiri menutup pintu rundingan bersama gabungan tersebut..? Kalaulah mereka bersetuju atas cadangan tersebut,,,tidak akan ada orang yang akan membuat perhimpunan pun.. Kononya perhimpunan nak merampas kuasa... tuhan beri akal...adake yang berhimpun lelaki dan perempuan juga bersama anak anak...tampa ada senjata ape2 akan menjadi satu perhimpunan merampas kuasa? .. Ynag jelas,,,kerajaan takut membenarkan perhimpunan ini kerana tidak mehu rakyat mempertikaikan perjalanan pilihanraya yang di seliakan oleh SPR... kerana terbukti ianya ternyata banyak penipuan juga penyelewengan kuasa hanya kerana kemenangan di pihak kerajaan.. |
You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan