shalehudin |
- Perasuah memang benci pilihanraya yang adil
- Jangan takut lakar sejarah...
- EEEEE... depa memang lagu ni... hihi....
- Dia menang bukan pasai LUCK tapi SPR Thai yang BERSIH...
- Kain kapan dah siap ka... haha...
- Amacam, Agong dah suruh berunding dah tuu...
- Sokong tetap sokong... haha...
- Dia menang bukan pasai nasib tapi SPR Thai yang adil...
- Ada hati ka Muhyiddin ganti Najib... haha...
- Perangai EEEEE memang lagu nii... hihi...
- Pak Samad kenen sapa nih... haha...
- Jaga pergaulan...
Perasuah memang benci pilihanraya yang adil Posted: 04 Jul 2011 09:21 AM PDT ALI RUSTAM - Cukuplah LEMBU Menjadi LEMBU Oleh: wfauzdin_ns ALI Rustam, KM Melaka semua kita tahu salah seorang pemimpin Umno yang rasuah untuk menjadi pemimpin di dalam Umno. Bukan Pembangkang yang tuduh, malah Umno sendiri istiharkan beliau seorang perasuah yang seangkatan dengan Isa Samad, Adun Bagan Pinang dan Pengerusi Felda serta KJ, Ketua Pemuda Umno sekarang. Kesemua mereka yang pernah melakukan rasuah ini dilantik memegang jawatan di dalam Umno. Hari ini, Ali Rustam menunjukkan sifat baculnya bercampur dengan kebodohan beliau apabila mahu kerakyatan Datuk S. Ambiga, Pengerusi BERSIH dilucutkan. Tidak mampu menjawab secara berhujah dengan fakta, pemimpin rasuah ini mahu kerajaan gunakan kuasa dan tindakan zalim ke atas orang yang tidak pernah dibuktikan bersalah. Datuk S. Ambiga tidak pernah lakukan rasuah, beliau tidak makan wang rakyat, tidak lesapkan saham Bumiputera, tidak mempunyai satu pun saham judi di Genting atau sebarang penyelewengan, berbeza dengan beberapa pimpinan di dalam Umno yang melakukan berbagai bentuk kemungkaran dan menjadi pengkhianat kepada orang-orang Melayu bahkan Islam itu sendiri. Kita menyokong Datuk S. Ambiga hanya atas satu isu iaitu beliau mahu membersihkan SPR dari sistem yang kuno, kotor dan jijik. Ada yang berpendapat Datuk S. Ambiga pernah menimbulkan isu sensitif berkaitan isu murtad. Kita memang menentang sebarang tindakan atau undang-undang yang memberi keringanan atau kebebasan untuk sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang murtad. Namun, haruskah kita menyalahkan Datuk S.Ambiga sedangkan kita tahu segala perundangan Syariah atau Perlembagaan Negara ini siapa yang tentukan. Adakah Datuk S.Ambiga? Siapa yang tidak sensitif dengan hukum-hakam Islam? Kita mahu Non Muslim sensitif dengan Islam atau kita yang mengaku Islam ini perlu sensitif? Justeru itu, apa yang baik yang mahu diusahakan oleh BERSIH wajib kita sokong. Pelik apanya Ali Rustam seorang perasuah ini benci kepada pilihanraya yang adil. Adakah Ali Rustam tidak takut jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini nanti beliau akan diseret ke mahkamah? Jika Melaka dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat, mustahilkah Ali Rustam akan menerima nasib seperti Khir Toyo, bekas MB Selangor itu? Peduli apa Ali Rustam mahu hasut pesilat-pesilat di bawah naungannya. Kenyataannya di petik berkata, "Biar hilang seorang, jangan hilang semua... Kenapa nak jatuhkan kerajaan sekarang," katanya. "Dia boleh masuk pilihan raya, tubuh parti, kenapa nak berdemonstrasi. Kalau nak jadi seperti negara luar, biar (dia) jadi rakyat negara luar," katanya dalam satu sidang media (Malaysiakini). Inilah rupanya pemimpin yang bangsat takut kepada kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit hanya untuk menyuarakan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan. BERSIH hanya menuntut 8 perkara, tetapi yang diwar-warkan oleh media celaka adalah BERSIH ada kaitan dengan ejen asing, masalah Anwar, dana dari Pertubuhan Kristian, perusuh dan akhir sekali Komunis. Mana satu yang mereka mahu labelkan kepada BERSIH? Di pihak mereka, tercetusnya isu sensitiviti keagamaan kununnya Kristian akan menjadi ugama rasmi negara ini dibawa oleh Blogger pro Umno dan disiarkan oleh akhbar celaka milik mereka, namun siapa yang ditahan dan didakwa? Ibrahim Ali cuba untuk menjadi `hero katak' dengan berucap menimbulkan provokasi perkauman iaitu meminta kaum Cina menyimpan stok makanan di rumah. Sebelum ini, MP Pasir Mas yang `menumpang makan' dari PAS ini pernah bercita-cita untuk `Syahid' di dalam `Perang Salib'. Hanya orang Kristian sahaja yang menyebut istilah `Perang Salib', orang Islam hanya menyebut `Perang Sabil'. Tidak pasti saya ugama apakah beliau. Wujud pula `Patriot' kununnya untuk menyaingi BERSIH nanti. Kumpulan ini seperti `Serigala malam' datang berduyun di tengah malam berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR, Tropicana tatkala tiada orang di situ. Mereka `menyalak' bersahut-sahutan disaksikan oleh tembok bangunan. Apakah tindakan pihak berkuasa waktu itu? Tidak cukup dengan itu, seorang Guru Silat OKU tampil untuk menunjukkan kehebatannya. Sanggup berdepan dengan kumpulan BERSIH nanti, katanya. Masalahnya, siapa yang mahu berdepan dengan kumpulan silat ini? Bukankah lebih baik tawarkan diri untuk menunjukkan silat mereka di Palestine, atau sekurang-kurangnya bersilat di hadapan Pengantin, dapat juga bunga telor. Kesemua yang mereka lakukan di atas cukup merbahaya kepada perpaduan rakyat di negara ini. Namun demikian, berapa banyak yang mereka lakukan tetapi yang jelas hampir setiap hari yang ditahan dan diberi amaran adalah dari kumpulan BERSIH. Memakai pakaian BERSIH menjadi satu kesalahan yang lebih besar dari menayang atau mengedar video seks. Sehinggakan baju tanpa tulisan BERSIH, asalkan berwarna KUNING sahaja sudah cukup untuk menyusahkan anda jika anda memakainya. Itulah negara ku. Hanya orang yang tidak berakal dan yang telah menjadi `lembu' sahaja yang bersetuju dengan kezaliman ini. `Cukuplah lembu menjadi lembu, jangan kita pula menjadi lembu". /wfauzdin.blogspot.com" |
Posted: 04 Jul 2011 08:31 AM PDT |
EEEEE... depa memang lagu ni... hihi.... Posted: 04 Jul 2011 06:11 AM PDT Aku sokong!!! Elok sangat la bila Guan Eng berselingsing lengan mencabar Pemuda Umno Pulau Pinang dan NGO lain yang bersekongkol dengan 'demo jalanan' di hadapan Komtar semalam supaya tunjukkan dimana kezaliman kerajaan negeri Pulau Pinang. Buktikan dulu tang mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan daripada BN pada tahun 2008, jangan dok cakap pandai tunjuk samseng saja. Tuduhan Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam sangat berat. Kalau depa semua dapat buktikan tuduhan tersebut, aku pun tak kelapaq nak sokong kerjaaan PR Penang nih. Tapi depa kena la buktikan.... bukan lempaq batu sembunyi tangan... haha... Tapi hangpa pakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah" pun terkalih, aurat pun terlupa nak tutup, sapa yang sebenaqnya menghina Islam nih... Aku tak kisah walaupun mukanya cam mak Indon, tapi biaq la senonoh sikit bila pakai lilit kepala berkalimah tuu... .kahkahkah... Umno Penang dah tak senonoh, tak heran la aku kalau kelaku depa makin hodoh... sebab, EEEEE dah terlampau ramai dalam Umno... tingkah laku EEEEE ni lah yang banyak menguasai Umno Penang dewasa ini.... hihi... EEEEE.... gerun laaa... |
Dia menang bukan pasai LUCK tapi SPR Thai yang BERSIH... Posted: 04 Jul 2011 05:34 AM PDT Adik Thaksin menang pilihan raya. Pemimpin parti Puea Thai, Yingluck Shinawatra (memegang bunga) disambut penyokongnya di Bangkok, semalam. Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengaku kalah dalam pilihan raya umum semalam selepas parti pimpinan adik perempuan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra itu memenangi majoriti daripada 500 kerusi parlimen dipertandingkan. - Foto Reuters |
Kain kapan dah siap ka... haha... Posted: 04 Jul 2011 04:34 AM PDT Setiap tangkapan satu paku untuk keranda BN Aziz Muda KUALA LUMPUR, 3 Julai: Setiap tangkapan polis terhadap aktivis Bersih menambahkan kebencian rakyat dan tangkapan itu adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan dikuburkan bersama. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata demikian sebagai mengulas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liew, telah ditahan polis malam semalam selepas satu majlis penerangan kerajaan negeri di Hulu Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau diberitahu oleh seorang lagi rakan Exconya, Teresa Kok, Ronnie ditahan kerana mengajak orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dalam ceramah itu. "Tangkapan-tangkapan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 seperti ini semakin bertambah. "Dari Exco kepada peniaga kecil yang menjual baju kuning. Dari ahli Parlimen kepada mereka yang datang untuk mendengar ceramah dengan berbaju kuning. Semuanya telah menjadi mangsa," kata Iskandar dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Menurut beliau, ada rakan-rakan yang marah kepada pihak polis, tetapi pada beliau, tidak perlu marah kepada pihak polis kerana mereka hanya menurut perintah pemimpin-pemimpin BN sahaja. "Ada pula yang marah kepada BN dan mahu tangkapan-tangkapan ini diberhentikan. Namun pada saya pula, pihak berkuasa elok meneruskan tangkapan. "Tangkaplah lebih ramai. Tangkaplah sesiapa sahaja yang memakai baju kuning, seluar kuning, topi kuning, jubah kuning malah apa-apa yang kuning. "Tangkapan-tangkapan ini tidak akan sama sekali menjejaskan Bersih 2.0. Tetapi mendedahkan sikap sebenar BN. Setiap tangkapan menambah kebencian rakyat. Setiap tangkapan adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan kita kuburkan bersama," katanya. Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, tangkapan-tangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat tetapi menambah maki hamun rakyat dan sumpah seranah rakyat terhadap BN. "Bukan sahaja ahli-ahli parti sahaja yang sedemikian tetapi orang awam, orang tidak berparti dan orang atas pagar telah mengakui bahawa BN sudah hilang akal di saat-saat kematiannya," katanya. |
Amacam, Agong dah suruh berunding dah tuu... Posted: 04 Jul 2011 02:00 AM PDT Apa Yang Tak Kena Dengan Tuntutan BERSIH 2.0?? Oleh: keraskekong Saban hari kita sebagai rakyat 1 Malaysia diperbodohkan oleh pemimpin yang memerintah samada menerusi media elektronik mau pun media cetak. Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada penganjur BERSIH 2.0 sehingga suasana menjadi haru-biru seolah-olah Walk for Democracy yang dianjurkan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 ni akan membawa negara kepada porak-peranda seperti apa yang terjadi di Timur Tengah. Jenuh presiden dan semua AJK BERSIH 2.0 menerangkan bahawa apa yang dirancang sama sekali tidak seperti apa yang dimomokkan oleh pemimpin yang sebenarnya gundah-gulana kerana takut rakyat menjadi cerdik dan tau hak mereka hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan yang menjamin seperti dibawah:- * Perkara 10 " Perlembagaan Persekutuan Negara " Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata. * Perkara 20 " Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 " dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berkepesatuan. * Perkara 21 - Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966 Rakyat dipaksa ikut undang-undang dan perlembagaan manakala polis? Ditakuti suatu hari nanti apabila rakyat hilang kesabaran kerana asyik diasak sebegitu rupa akan juga melanggar undang-undang sebagaimana yang dilakukan oleh polis. Sekiranya apa yang temaktub dalam perlembagaan negara yang mengamalkan sistem demokrasi tidak dipatuhi oleh penguasa buat apa meng war-war kan bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi? Lucutkan saja domokrasi tu. Sesiapa yang nak ambil alih pemerintahan biar bergerak secara 'under ground' tak payah nak habiskan duit rakyat dengan mencetak kertas undi dan menguruskannnya. Siapa kuat dia berkuasa. Balik kepada zaman dulu sebelum merdeka. Sebenarnya apa yang tak kena dengan tuntutan bERSIH 2.0 ni? Aku nak semua pencacai umporno baca dan bagitau apa yang 'sumbang' atau tak kena sehingga haru-biru semua fikiran rakyat yang tak berapa faham. Itu sebab dinamakan BERSIH 2.0 kerana tujuan sebenarnya hendak 'membersihkan' atau membetulkan apa yang tak betul atau tak adil. BERSIH 2.0 ni bukan anjuran PR atau mana-mana pertubuhan politik kepartian. Datuk Ambiga bukan orang pollitik tetapi dia merasa terpanggil kerana sebagai seorang peguam dan juga sebagai mantan presiden majlis peguam yang memperjuangkan keadilan maupun dimahkamah ataupun diluar mahkamah untuk memperbetulkan keadaan yang dia rasa atau rakyat (yang cerdik aje) rasa bahawa apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dibawah ni adalah 8 tuntutan yang dibuat. Bagitau mana yang tak kena supaya biar kita sama-sama termasuk pencacai umporno perbetulkan:- Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 1. Bersihkan senarai undi • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal. • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 2. Mereformasikan undi pos • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi. • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi. • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 3. Gunakan dakwat kekal • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 4. Masa kempen minima 21 hari • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja. • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 5. Akses media yang bebas dan adil • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding. • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan. • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka. 6. Kukuhkan institusi awam Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. 7. Hentikan rasuah Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 8. Hentikan politik kotor BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor. |
Sokong tetap sokong... haha... Posted: 03 Jul 2011 11:00 PM PDT |
Dia menang bukan pasai nasib tapi SPR Thai yang adil... Posted: 03 Jul 2011 09:00 PM PDT Adik Thaksin bakal muncul PM wanita pertama Thai BANGKOK, 3 Julai — Pembangkang Thailand berada dalam kedudukan selesa untuk memenangi pilihan raya umum diadakan hari ini, dengan parti diwakili adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra bakal mengetuai kerajaan baru negara itu. Pungutan suara di kalangan mereka yang mengundi menunjukkan parti Puea Thai pimpinan Yingluck Shinawatra akan memperoleh 313 daripada 500 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan itu, yang datang selepas enam tahun Thaksin digulingkan, membuka laluan kepada Yingluck, 44, seorang eksekutif perniagaan untuk menjadi perdana menteri wanita yang pertama. "Encik Thaksin ada menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah dan memberikan saya semangat," kata Yingluck. Thaksin membuat panggilan dari Dubai. Pungutan kendalian Universiti Suan Dusit dari Bangkok menunjukkan Puea Thai akan memperoleh 313 kerusi dengan parti pimpinan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, parti Democrat hanya akan memperoleh 152 kerusi, lebih buruk berbanding prestasi pada 2007. Satu lagi pungutan suara kendalian Assumption University meletakkan Puea Thai memperoleh 299 kerusi. — Reuters |
Ada hati ka Muhyiddin ganti Najib... haha... Posted: 03 Jul 2011 08:00 PM PDT Peluang cerah Muhyiddin ganti Najib M Faqih PASIR MAS, 3 Julai: Hanya 26 bulan berada di kedudukan nombor satu, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan masalah dalaman Umno yang dikatakan semakin kronik. Dua tahun pertama kepemimpinannya sudah menjelaskan watak sebenar. Maka tidak hairanlah ramai melihat kegagalannya itu memberi nafas baru buat Tan Sri Muhyiddin Yassin mengintai kedudukan lebih selesa. Muhyiddin dikatakan memerhati kegawatan politik yang berlaku sekarang. Peluangnya mendaki satu lagi tangga semakin cerah. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa pemimpin yang paling gembira sekarang ialah Muhyiddin kerana Najib sedang berdepan dengan suasana kritikal. Katanya, kemunculan begitu banyak badan bukan kerajaan bagi membela Umno berkaitan isu 9 Julai sebenarnya lebih banyak mencalar nama Perdana Menteri. "NGO-NGO terbabit sudah merosakkan nama Najib. Mereka secara terbuka menyatakan mahu mewujudkan suasana tegang sehingga Perdana Menteri tidak mampu lagi mengawalnya. "NGO tersebut berada di hadapan Muhyiddin bagi mencalar imej Perdana Menteri. Muhyiddin perlu merebut peluang sekarang kerana tidak ada masa lagi. Beliau lebih berumur berbanding Najib. "Sekarang hanya kelihatan Datuk Seri Hishamuddin Hussin sahaja yang beriya-iya mempertahankan Najib," katanya pada ceramah pemimpin bersama rakyat di sini malam tadi. Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Perhubungan PAS, Zulkeli Mamat. Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim, Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad dan wakil-wakil rakyat. Orang ramai tetap memenuhi ruang padang mini stadium biar pun hujan agak lebat. Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena mendakwa Muhyiddin membiarkan Najib keseorangan menyelesaikan isu yang dianggap boleh mencetus ketegangan sekarang. Katanya juga ketika Bersih 2007 diadakan tiada ketegangan berlaku kerana pada masa itu masalah dalaman Umno tidak ketara seperti sekarang. Mohamad pula berkata, empat tuntutan Bersih 2007 belum lagi ditunai kerajaan sehingga sekarang. Tuntutan tersebut iaitu menggunakan dakwat kekal, daftar pengundi secara automatik, menghapus undi pos dan peranan media harian lebih seimbang. "Sudah lima tahun tuntutan itu dibuat namun sehingga sekarang Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan gagal menunainya sehingga menyebabkan muncul Bersih 2.0," katanya. Menurutnya juga kemaraan Pakatan Rakyat untuk melangkah ke Putrajaya begitu dibimbangi Perdana Menteri sehingga beliau mengajak anak muda mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan itu. Beliau juga meluah rasa bimbang rampasan baju T, Bersih 2.0 yang dibuat polis sekarang kemungkinan disalah guna pihak lain bagi menimbulkan ketegangan 9 Julai ini. Husam berkata, dua tahun lalu pemimpin Umno begitu takut dengan baju hitam dan sebelum itu bimbang dengan warna merah. Namun sekarang pemimpin Umno benar-benar rimas dengan warna kuning. Beliau juga menjangka 9 Julai ini menjadi detik penting yang mampu menarik perhatian dunia terhadap apa akan berlaku di Malaysia. |
Perangai EEEEE memang lagu nii... hihi... Posted: 03 Jul 2011 07:00 PM PDT Aku sokong!!! Elok sangat la bila Guan Eng berselingsing lengan mencabar Pemuda Umno Pulau Pinang dan NGO lain yang bersekongkol dengan 'demo jalanan' di hadapan Komtar semalam supaya tunjukkan dimana kezaliman kerajaan negeri Pulau Pinang. Buktikan dulu tang mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan daripada BN pada tahun 2008, jangan dok cakap pandai tunjuk samseng saja. Tuduhan Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam sangat berat. Kalau depa semua dapat buktikan tuduhan tersebut, aku pun tak kelapaq nak sokong kerjaaan PR Penang nih. Tapi depa kena la buktikan.... bukan lempaq batu sembunyi tangan... haha... Tapi hangpa pakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah" pun terkalih, aurat pun terlupa nak tutup, sapa yang sebenaqnya menghina Islam nih... Aku tak kisah walaupun mukanya cam mak Indon, tapi biaq la senonoh sikit bila pakai lilit kepala berkalimah tuu... .kahkahkah... Umno Penang dah tak senonoh, tak heran la aku kalau kelaku depa makin hodoh... sebab, EEEEE dah terlampau ramai dalam Umno... tingkah laku EEEEE ni lah yang banyak menguasai Umno Penang dewasa ini.... hihi... EEEEE.... gerun laaa... |
Pak Samad kenen sapa nih... haha... Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT Kekejaman mempunyai tarikh lupusnya! Oleh Lim Hong Siang Perkembangaan senario politik terkini sesungguhnya sesuatu yang agak merunsingkan buat seniman dan karyawan, namun sasterawan negara A Samad Said tetap tidak berganjak langkah dari pendiriannya ketika berdepan dengan kuasa pemerintah. Sambil bersikap sinis terhadap kerajaan yang "takut dengan warna", A Samad Said menyuntik semangat dengan peringatan bahawa "kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!" A Samad Said dipanggil polis untuk disoal-siasat pada 27 Jun, lantaran kehadiran beliau dalam majlis pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011. Beliau kembali ke bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam, untuk menghadiri majlis perlancaran buku kartun Zunar, "EVEN MY PEN HAS A STAND". Sekurang-kurang dua kali A Samad Said berjenaka bahawa Zunar dan dirinya mungkin ditangkap selepas majlis tersebut, namun disusuli dengan kenyataan bahawa dirinya sudah "bersedia". Beliau mengulas perkembangan yang terbaru ketika berucap dalam majlis pelancaran buku Zunar, mengambil pendirian untuk mempertahankan Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan, di samping membidas penahanan menggunakan Ordinan Darurat sebagai satu kekejaman. Kelompok "Carma" A Samad Said menyifatkan sesetengah kelompok seniman dan karyawan yang "selalu bersedia untuk tidak bersikap" sebagai "carma", iaitu cari makan. Dan sikap sedemikian menurutnya, memberi laluan kepada segala kemungkaran yang sedang berlaku dengan dahsyatnya pada hari ini. Beliau mengisahkan bahawa dirinya langsung tidak membaca media arus perdana sepertiUtusan Melayu, Berita Harian, New Straits Times dan The Star sebelum ini, "oleh kerana dengan tak membacanya pun, saya tahu". Namun, perkembangan terbaru mendorong dirinya untuk membeli dan membaca akhbar-akhbar tersebut, pada dua tiga hari kebelakangan. "Daripada medium mainstream, bersih tu kotor. Saya sekarang pun hairan juga mengapa orang akhbar yang begitu berpengalaman, mendapat anugerah itu dan ini boleh mengotorkan bersih? Saya tidak faham, tapi saya tahulah di sana ada kelompok-kelompok semata-mata carma, cari makan." A Samad Said turut menyanggah tuduhan "sasterawan negara baru" terhadap dirinya, bahawa A Samad menggunakan anugerahnya untuk memecah-belahkan bangsa. A Samad Said membela dirinya bahawa sepanjang usianya, beliau hanya "menyatukan bukan mengecaikan". Ambiga tidak bersalah! Satu hal lain yang merunsingkan A Samad Said adalah, munculnya satu kelompok yang mendakwa dirinya wira khusus untuk bangsa Melayu, ingin menyaingi BERSIH 2.0, setelah BERSIH 2.0 mengumumkan hasrat untuk mengadakan demonstrasi murninya. "Dan saya kira, kalaulah terjadi pertelagahan, saya lebih menyalahkan polis. Sebab polis lebih awal tahu bahawasanya beberapa bulan yang lalu kelompok BERSIH ini sudah pun meminta ruang dan hari untuk membolehkannya berdemonstrasi jujur. " Beliau memuji niat BERSIH yang bagus, namun apa yang berlaku adalah polis dengan sengaja, atau disuruh tidak membenarkannya. "Dan saya tidak hairan kalau Puan Ambiga, kerana tidak dibenarkan, dia teruskan. Bukan salahnya! Dia minta, tapi tidak dibenarkan. Jadi, apakah BERSIH yang salah, ataupun yang tak bersih tu yang salah?" persoal beliau. Malah, beliau berkata niat polis adalah jelas, iaitu untuk menakutkan rakyat - ketika mengulas kejadian di mana 70 anggota polis mengelilingi tujuh orang yang ingin ditangkap. "Sebab mustahil ada, tiba-tiba ada 70 orang polis," katanya, sambil meneruskan "Niatnya ialah untuk menakutkan. Jadi sekarang ini zaman menakutkan, supaya rakyat berhati-hati..." Timbulkan soal komunis A Samad Said tidak lupa untuk membidas, bahawa iklim siasah kita sudah mula beralih menjadi "amat kasar", apabila soal komunis ditimbulkan. Beliau berkata isu ini seolah-olah sengaja ditimbulkan untuk mempermudahkan penangkapan dengan undang-undang yang lama. Beliau sempat menyindir "pengkhayalan" mereka yang berkuasa, "Dan saya fikir pengkhayalan itu hanya dua orang, tak payah saya sebut namalah...", sambil menambah "Kadang-kala khayalan polis juga luar biasa". Enam orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula dengan Ordinan Darurat pada 2 Julai, yang membenarkan tempoh penahanan 60 hari tanpa perbicaraan. Mereka sebelum ini dituduh cuba menghidupkan semula komunisme, dan berniat memerangi Yang Di-Pertuan Agong. A Samad Said berterus-terang, "Saya kira ini adalah satu kekejaman." Beliau mempersoalkan, "Sebab kita juga hidup dalam satu dunia demokrasi, di mana suara harus didengar, harus dipertimbang. Mengapa tiba-tiba kita harus berada dalam satu situasi yang tidak boleh bercakap pun, malah warna pun tidak boleh hidup?" Beliau kemudian membidas bahawa warna kuning sebagai warna yang murni, warna simbolis sampai ke puncaknya, warna yang dihormati - kini cuba dikuburkan, selepas beliau menyindir, "Dengan warna pun dia takut?" "Dengan kesombongan kuasa yang ada, yang mengatakan tak mahu berunding lagi, itu sudah tidak demokrasi." A Samad Said berkata, "Tidak mahu berunding lagi, maksudnya, permulaan zaman menangkap!" Dengan kain kuning yang dililitkan oleh Zunar pada lengannya, A Samad berkata, "Kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!" Beliau terus meluahkan keresahannya, "Saya khuatir kalau ini dibiarkan, ada tanda-tanda yang kemungkinan yang sangat besar negara kita akan menjadi negara polis. Ada tanda-tanda itu." Sebelum mengakhiri ucapannya, A Samad Said sekali lagi melontarkan jenaka, "Saya nampak banyak gambar rambut", dalam buku Zunar. Pembaca yang masak dengan kartun Zunar menyedari bahawa kartun tersebut membawa sindiran tersirat terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. A Samad mengakhiri ucapannya, "Saya takut dengan rambut!" |
Posted: 03 Jul 2011 04:00 PM PDT Batasan pergaulan lelaki, wanita bukan mahram Oleh Mohd Zawawi Yusof ALAM remajaa adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina. Maksud hadis: "Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, 'sesungguhnya aku takut kepada Allah.'" Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan 'jangan kamu hampiri zina.' Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah. Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu: 1) Pandangan 2) Pertemuan 3) Percakapan 4) Berjabat tangan 5) Bersentuhan badan Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan. Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: "Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka..." Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 "Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka..." dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja. Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat. Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi. Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah 'khalwat' mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan." (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain) Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai. Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka. Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja. Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan. Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya. Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: "...demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai'ah mereka dengan percakapan." (Riwayat Imam Ahmad) Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya." Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan