Senyum Tangis Sendu |
- Anak Mahathir Bidas Tangkapan BERSIH
- UMNO Jangan Cuba Cabar Agong
- Ambulan Kemalangan, Bayi Dalam Kandugan Maut
- Jangan Ingat Semua Polis Tahu Undang-undang
Anak Mahathir Bidas Tangkapan BERSIH Posted: 04 Jul 2011 04:43 AM PDT PETALING JAYA 4 JULAI : Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membidas penangkapan hampir 200 penyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan pihak yang takut tanpa bersebab. "Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T," beliau memberitahu sidang akhir bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih. Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T dengan logo Bersih atas alas an ia memudaratkan keselamatan negara. Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang. Enam daripada mereka termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan. Marina, anak sulung mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan polis melancarkan penangkapan beramai-ramai itu. "Saya ingin bertanya kepada orang ramai, jika terserempak dengan sesiapa memakai kemeja -T yang tertera dengan perkataan Bersih, adakah mereka akan terdorong untuk keluar dan menimbulkan kacau bilau," kata Marina. "Kita pernah melihat perkataan yang jauh lebih teruk dicetak pada baju-baju di seluruh negara tetapi ia tidak pula mempengaruhi kita untuk menghisap ganja," tambah beliau. Marina ditanya mengenai rekod Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap puluhan orang dalam Operasi Lalang tahun 80an. Marina mengaku ayahnya menggunakan ISA tetapi menegaskan Mahathir tidak menggunakan undang-undang zalim itu untuk menangkap orang semata-mata kerana memakai baju tertentu. |
Posted: 03 Jul 2011 09:20 PM PDT Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah khas Tuanku Mizan Zainal Abidin, berhubung perhimpunan aman Bersih, malam tadi. "Kerajaan tidak boleh gunakan titah ini untuk kepentingan mereka. Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau mereka gagal lakukan apa yang dikehendaki perlembagaan, mereka boleh dituduh menentang Agong," Ujar Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu. Menurut Aziz, Titah baginda yang menyeru kedua pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian perlu difahami dalam konteks yang terkandung dalam perlembagaan. "Agong tidak menggelar himpunan Bersih haram, baginda cuma titah demo tidak semestinya cara terbaik. "Dan saya fikir baginda juga mengingatkan kerajaan," Ujarnya. Menurutnya, rakyat perlu akur bahawa baginda bertitah sebagai ketua negara dan dalam peranan itu, baginda tidak boleh menunjukkan sikap emosional. "Mungkin ada bahagian titah itu yang kita tidak selesa tetapi kita harus letakkan diri kita di tempat baginda supaya faham kedudukan dan sensitiviti yang baginda perlu ambilkira. "Perlu disedari apa yang dituntut bukan kepentingan Bersih tetapi kehendak dan semangat perlembagaan," ujarnya lagi. Ketika ditanya kemungkinan berlakunya darurat, ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan hal itu kepada polis minggu lalu, Aziz yakin perkara itu tidak akan berlaku. "Darurat diisytihar oleh Agong selalunya atas nasihat kerajaan tetapi dalam senario sekarang, saya tak fikir kerajaan berani menasihatkan Agong isytihar darurat. "Saya fikir ini peluang untuk Bersih mendesak tahanan dibebaskan serta merta. Begitu juga rampasan yang dibuat. Jika polis enggan mereka bukan sahaja melanggar perlembagaan malah engkar titah Agong," kata merujuk enam individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini. Kata Aziz, tindakan polis yang sewenangnya menangkap mereka, tidak selaras dengan kehendak perlembagaan. "Alasan yang mereka berikan tidak masuk akal. Mereka kata mereka ikut undang-undang. Soalnya apakah semangat dan tujuan asal undang-undang itu mereka pertimbangkan? "Ramai yang terpinga-pinga dengan penggunaan ordinan darurat, tuduhan komunis dan lain lain. "Apalagi tahun lalu Hishamuddin sendiri mengatakan yang Malaysia tidak lagi berada dalam keadaan darurat. "Pendeknya menteri dan polis tidak konsisten dalam hujah dan tindakan mereka," katanya. |
Ambulan Kemalangan, Bayi Dalam Kandugan Maut Posted: 03 Jul 2011 05:59 PM PDT KUCHING: Seorang ibu yang mengandung anak kembar terbunuh selepas ambulans yang membawanya untuk melahirkan anak di hospital terbabas dan merempuh pokok di Batu 9, Jalan Penrissen, di sini, awal pagi semalam. Sebelum kejadian pada jam 1 pagi, ambulans dipandu Sapuan Ain, 37, dikatakan dalam perjalanan kira-kira lima jam membawa mangsa, Mura Rungor, 33, yang sarat mengandung 40 minggu dari Hospital Sri Aman ke Hospital Umum Sarawak (HUS) Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, ambulans dipandu Sapuan yang turut dinaiki jururawat Sunny Ngadei, 40, dan pembantu perubatan hilang kawalan ketika mengelak seekor anjing melintas jalan. Kenderaan itu kemudian terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan menyebabkan ia remuk di bahagian depan. Kemalangan itu menyebabkan Mura dan kandungannya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan, manakala Sapuan patah tulang rusuk kiri. Sunny yang mengiringi mangsa ke HUS turut parah di beberapa bahagian badan termasuk patah kaki kanan dan pembantu perubatan lingkungan 40-an bernasib baik kerana hanya cedera ringan. Kemalangan itu menyebabkan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan. Ambulans membawa Mura dikatakan bertolak pada jam 9 malam, kelmarin dari Hospital Sri Aman untuk menghantar mangsa dari Kemantin, Sri Aman ke HUS sebelum tiba di bandar raya ini, lima jam kemudian. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.54 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian. "Kami mengambil masa enam minit untuk mengeluarkan mangsa termasuk pemandu dan jururawat yang menaiki ambulans itu sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya. Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, keluarga mangsa sudah dihubungi untuk memaklumkan kejadian itu dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian. |
Jangan Ingat Semua Polis Tahu Undang-undang Posted: 03 Jul 2011 10:03 AM PDT RED BOOK (BAHASA MALAYSIA) 1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS 1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda." 1.2 Kad Kuasa Polis Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ. Lain-lain Warna: • Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas. • Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor. • Putih: Polis Simpanan Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya. 1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya. 1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan. 2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2.1 Pengenalan Diri Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda. 2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?" 2.3 Bilakah anda ditahan Anda ditahan apabila anggota polis itu: • menjawab "ya"; • tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau • menggari anda. Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta. 2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi). 3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN 3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112). 3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama. 3.3 Membuat Pernyataan 112 Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. • Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi). • Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan. • Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan. • Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda. • Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda. • Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan. 3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan. • Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda. • Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani. • Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda. 4. POLIS MENANGKAP ANDA 4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan. 4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan. 4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya. 4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada: 1. Keluarga atau rakan; dan/atau 2. Seorang peguam. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC). Maklumkan kepada mereka: • yang anda telah ditangkap; • masa, tempat dan alasan ditangkap; • Balai Polis di mana anda dibawa. 4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap Anda boleh ditahan sehingga 24 jam: • Di Balai Polis, atau • Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis. 5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN 5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain. 5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap. 5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan. 5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan. 5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman). 6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam. 6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda. 6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis. Majistret berkenaan mempunyai budi bicara: • untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau • membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. 6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman Maklumkan kepada Majistret: • anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda; • jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul; • jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan; • jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan; • sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; • sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan. 6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll). 7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN 7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas. 7.2 Apa yang perlu dilakukan • Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda. • Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll. • Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda. 7.3 Hak-hak anda • Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan. • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. • Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: 1. Bantah; 2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan 3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut. 8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU 8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian • Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki. • Anda ditangkap. • Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup. 8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:- 1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran. 2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas. 3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas. 4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan. 8.3 Hak anda • Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan. • Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan. • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. 9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP 9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda. 9.2 Hak anda untuk berdiam diri Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri." 9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda. 9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan. PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC) • Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072 • Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428 • Negeri Sembilan : 06-6013 844 • Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514 • Johor : 07-2235 698 • Perak : 05-2550 523 • Kedah & Perlis : 04-7333 467 • Kelantan : 04-7448 660 • Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410 • Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0 |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan