A Mum Of Three Mohd |
- Lagak TPM 1Malaysia
- Thank you Your Highness
- Al-Fatihah...
- Di sana subur... Di sini gersang
- AKU adalah KAU
- Suara dari istana
Posted: 04 Jul 2011 09:00 AM PDT |
Posted: 04 Jul 2011 08:00 AM PDT |
Posted: 04 Jul 2011 06:26 AM PDT Al-Fatihah... Takziah daripada M3M sekeluarga. Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang soleh. KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS mengucapkan takziah kepada bekas Ketua Muslimatnya, Ustazah Nuridah Salleh di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam. Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas kira-kira sebulan menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya. Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani ibu dan bapanya, Haji Azmi. Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai. Namun begitu, Nuridah yang kini dalam misi dakwah ke Australia masih berada di sana dan dijangka akan tiba lebih lewat dari jenazah anaknya sendiri. Nuridah kini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas gagal mempertahankan kerusi ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar lepas. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Nuridah, kata Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff , Setiausaha DPPWP dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. "Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Abdul (gambar) di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam. Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas kira-kira sebulan menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya. Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani ibu dan bapanya, Haji Azmi. Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai. Namun begitu, Nuridah yang kini dalam misi dakwah ke Australia masih berada di sana dan dijangka akan tiba lebih lewat dari jenazah anaknya sendiri. Nuridah kini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas gagal mempertahankan kerusi ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar lepas. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Nuridah, kata Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff , Setiausaha DPPWP dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. "Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Abdul Aziz ditempatkan dikalangan hambaNYA yang soleh," kata kenyataan itu.- harakahdaily |
Di sana subur... Di sini gersang Posted: 03 Jul 2011 08:00 PM PDT Demokrasi subur di Thailand... BANGKOK, 3 Julai — Pembangkang Thailand berada dalam kedudukan selesa untuk memenangi pilihan raya umum diadakan hari ini, dengan parti diwakili adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra bakal mengetuai kerajaan baru negara itu. Pungutan suara di kalangan mereka yang mengundi menunjukkan parti Puea Thai pimpinan Yingluck Shinawatra akan memperoleh 313 daripada 500 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan itu, yang datang selepas enam tahun Thaksin digulingkan, membuka laluan kepada Yingluck, 44, seorang eksekutif perniagaan untuk menjadi perdana menteri wanita yang pertama. "Encik Thaksin ada menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah dan memberikan saya semangat," kata Yingluck. Thaksin membuat panggilan dari Dubai. Pungutan kendalian Universiti Suan Dusit dari Bangkok menunjukkan Puea Thai akan memperoleh 313 kerusi dengan parti pimpinan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, parti Democrat hanya akan memperoleh 152 kerusi, lebih buruk berbanding prestasi pada 2007. Satu lagi pungutan suara kendalian Assumption University meletakkan Puea Thai memperoleh 299 kerusi. — Reuters Untungnya rakyat di Thailand kerana dapat menikmati demokrasi yang segar dalam pilihan raya. Kerajaan boleh silih berganti ikut selera rakyatnya. Tapi kita... 'menu' pilihan raya ditentukan mengikut 'selera' BIG BOSS' si 'chef'. Tak malu betoi... Yang bayar untuk 'menu' tersebut serta gaji mereka ialah rakyat, tapi.... demer pulak yang berlagak macam raja. Malah demer lebih raja daripada raja. Raja pun satu... ikut jer lara demer. Lantaran itu, demer jer ler yang kenyang. Rakyat... samada ternganga atau gigit jari. Ater, mana tidaknya, nak mintak 'menu' yang berpatutan serta adil pun, rakyat kena tekan dan diancam serta diugut dengan pelbagai ugutan giler babi. Treat rakyat macam penjenayah!! Kalau boleh, BIG BOSS nak kita makan jer ler apa yang 'chef' hidangkan supaya demer terus kenyang.. Haissyy.... where got road. Demer kenyang kita terlopong. Tak boleh jadi. Oleh itu, dah tiba masanya tuntutan rakyat untuk mendapatkan 'menu' yang lebih baik dalam pilihan raya di beri pertimbangan. Menu yang disajikan selama ini... memual dan tak sihat untuk 'kesihatan' rakyat di sebuah negara demokrasi. Rakyat hanya mahukan 'menu' yang lebih adil dan seimbang. Tak salah... kan?? Tak salah tapi.... TAKUT. Takut tak dapat jadi BIG BOSS lagi!! [Baca juga di sini dan sini] |
Posted: 03 Jul 2011 06:12 PM PDT Satu strategi licik dan jelek Rampas... Pakai.... Buat Kacau Ha ha ha ha... AKU adalah KAU 9 Julai 2011: AKU adalah KAU Bikin provokasi... Bikin kacau But... BERSIH2.0 punca huru-hara. Kah kah kah kah Dah tau dah. [ceritanya di sini] |
Posted: 03 Jul 2011 05:14 PM PDT Agong dah bukak mulut dah.... Teliti titahnya dibawah ini. Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.- Bernama Suara Agong telah menimbul persepsi yang berbeza-beza. Ada pihak beranggapan Agong menyebelahi UMporNO, manakala di satu pihak pulak beranggapan Agong bersama rakyat. Malah, ada juga kata Agong bersikap neutral. Whatever ler.... Namun demikian, tak der pulak kata-kata yang secara direct yang menyuruh rakyat agar tidak meneruskan himpunan Bersih pada 9 Julai ini. Kalau kita teliti dan amati betoi-betoi... aku rasa Agong suruh kita ambil jalan tengah yang boleh mendatangkan win-win situation kepada rakyat dan juga kerajaan 1Malaysia. So... apa kata kita pendekkan citer. Kalau betoiler himpunan Bersih tu akan menimbulkan huru-hara.... why not SPR dan Bersih teliti tuntutan-tuntutan yang rakyat minta. Ada masa lagi untuk berunding dan buat keputusan yang muktamat. SPR mesti buat keputusan tanpa dipengaruhi oleh kerajaan. Tunjukkkan yang anda professional dan ada kredibilti serta berintegriti. Rakyat berhak mendapatkan keadilan dalam pilihan raya. Itu hak demokrasi mereka. Hormati dan jangan khianati hak demokrasi rakyat itu. Kalau kedua-dua pihak setuju.... then mungkin Bersih akan akur untuk membatalkan himpunan yang telah dijadualkan. Jika tidak... kerajaan perlu beri ruang untuk rakyat melahirkan keprihatinan mereka kepada Yang diPertuan Agong. Berhimpun dan berarak secara aman juga adalah hak demokrasi rakyat. Lantas... pihak polis kena main peranan mereka dengan menjaga dan memantau agar himpunan tidak diganggu gugat oleh pelbagai unsur provokasi. Be profesional dan jangan bertindak sebagai musuh rakyat. Di pihak Bersih pula, mereka telah beri jaminan yang mereka akan berhimpun dan berarak ke Istana Negara secara aman. Matlamat mereka bukan mahu bikin huru-hara tetapi menghantar memo kepada Agong tentang tuntutan mereka mahukan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya di Malaysia. Itu saja... Tapi, kalau SPR terus berdegil dan pihak polis terus tunduk dan mengikut telunjuk kerajaan, maka bolehkan Bersih dipersalahkan, jika mereka mahu meneruskan himpunan rakyat ini?? |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan