Anak Sungai Derhaka |
- Satu Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib
- Bapa saya tak tangkap orang kerana Baju - Marina
- Bukti Najib kena Tipu di Kelantan..
- Promosi Ideologi Komunis tak apa.. Promosi BERSIH tak boleh?
- Kenyataan Media Presiden PAS Berhubung Titah Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
- Provokasi buat Perserta BERSIH dari Lokman Noor Adam.
- Polis mula sekatan jalan halang Bersih
- Najib perlu temui segera penganjur Bersih jika taat titah Agung
- Titah Agong berunding bukan makna Bersih sudah tewas
- BERSIH 2.0 : Titah khas Yang di-Pertuan Agong
Satu Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib Posted: 04 Jul 2011 08:21 AM PDT Ditulis oleh Wira Arjuna Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai Bersih 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama. Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan- kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong Bersih 2.0. Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan Bersih 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik. Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab. Titah baginda: "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun. "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik" Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur Perhimpunan Bersih, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda. Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas : biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini. Sayugia diingati Bersih telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini. Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan Bersih. Justeru, masalah seperti puluhan pengundi berlainan kaum berdaftar menggunakan alamat sama, pengundi biasa ditukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka hanya secebis daripada kepincangan yang dikesan dalam daftar SPR. Apabila rundingan antara SPR dan Bersih gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh Bersih. Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy. Perkasa dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan Bersih hanya untuk mencetuskan ketegangan. Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca Khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur Bersih sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan. Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta Bersih 2.0. Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap Bersih 2.0. Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo Bersih. Lebih 200 orang ditahan dan Pejabat seketariat Bersih di serbu dan ratusan baju T dirampas. Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan Bersih disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr D.Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan. Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi Bersih. Siapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini? Apakah yang dilakukan oleh Bersih sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu? Adakah Bersih melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa. Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh Bersih, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong Bersih 2,0. Fitnah disebarkan menerusi Khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan "patriot-patriot" lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain. Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur Bersih 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid. Jika beliau begitu bingkas berdialog dengan pemimpin-pemimpin Kristian tidak lama dahulu untuk meredakan kemarahan penganut agama berkenaan bersabit fitnah penubuhan negara Kristian, kenapa pula Perdana Menteri menjauhkan diri daripada penganjur Bersih 2.0? Harus diingati, Bersih 2.0 bukan merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan sembarangan. Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan. Selain daripada bekas Presiden Majlis Peguam S. Ambiga, nama-nama seperti Marina Chin Abdullah, Marina Mahathirdan Zaid Kamaruddin harus meyakinkan kita akan keikhlasan gabungan ini mahukan sebuah pilihanraya bebas dan adil demi manfaat rakyat. Nama-nama ini juga tentunya memberi keyakinan bahawa mereka bukan golongan yang sanggup bergerak di bawah telunjuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang. Sayang, Najib kehilangan peluang keemasan untuk memperlihatkan kepemimpinan pada saat yang amat diperlukan. Beliau berpeluang untuk meredakan keadaan, dan mengajak Bersih 2.0 untuk berdialog secara ikhlas dengannya. Namun beliau memilih jalan mudah untuk "melepaskan" segala aparatus kerajaan bagi menanam hasad dengki rakyat terhadap Bersih 2.0 dan menzalimi penyokong tertentu gabungan itu. Rakyat hanya menarik nafas lega apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tampil untuk mengemudi jalan keluar daripada sebuah keadaan yang semakin gawat dengan pancaroba dan bahaya. "Berdialog secara ikhlas dan elakkan tindakan yang boleh merugikan negara," itu antara teras titah Tuanku Mizan. Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu : "Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah" Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan hari ini adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur Bersih 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Tun Razak. |
Bapa saya tak tangkap orang kerana Baju - Marina Posted: 04 Jul 2011 05:39 AM PDT PETALING JAYA 4 JULAI : Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membidas penangkapan hampir 200 penyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan pihak yang takut tanpa bersebab. "Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T," beliau memberitahu sidang akhir bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih. Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T dengan logo Bersih atas alas an ia memudaratkan keselamatan negara. Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang. Enam daripada mereka termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan. Marina, anak sulung mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan polis melancarkan penangkapan beramai-ramai itu. "Saya ingin bertanya kepada orang ramai, jika terserempak dengan sesiapa memakai kemeja -T yang tertera dengan perkataan Bersih, adakah mereka akan terdorong untuk keluar dan menimbulkan kacau bilau," kata Marina. "Kita pernah melihat perkataan yang jauh lebih teruk dicetak pada baju-baju di seluruh negara tetapi ia tidak pula mempengaruhi kita untuk menghisap ganja," tambah beliau. Marina ditanya mengenai rekod Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap puluhan orang dalam Operasi Lalang tahun 80an. Marina mengaku ayahnya menggunakan ISA tetapi menegaskan Mahathir tidak menggunakan undang-undang zalim itu untuk menangkap orang semata-mata kerana memakai baju tertentu. - TVS News Dr M's daughter slams crackdown PETALING JAYA: Marina Mahathir, the daughter of former premier Dr Mahathir Mohamad – who had little tolerance for dissenting voices – criticised the clampdown on Bersih 2.0 supporters. Speaking on behalf of Sisters In Islam, one of the 62 NGOs that form the Bersih coalition, she said the action taken by the authorities was similar to that used by third-world dictators. "Only those in fear would resort to such things… we are behaving like a third world country or less," she told a packed press conference here, flanked by several representatives from Bersih. More than 150 people were detained, mostly for wearing yellow T- shirts with the word "Bersih" in connection with the polls watchdog's planned rally on July 9. Opposition leaders, some of whom had been hauled up for questioning for backing Bersih's call for a rally to demand electoral reforms, said the mass arrests was one of the harshest crackdowns in the country's political history. Marina said the government's crackdown was not reflective of Prime Minister Najib Tun Razak's efforts to transform Malaysia into a developed country. "We are a developing country, we should behave like one and rise above (all this) and have some faith in our people," she said. Marina also condemned the personal attacks on Bersih chairperson S Ambiga, whom she praised for having an excellent track record in fighting for human rights. "The personal attacks are unwarranted. They should use better arguments to resolve the issue and not resort to personal attacks," she said. Najib had called Ambiga, the former Bar Council president, a stooge of Pakatan Rakyat. Marina's stand on this issue ran contrary to her father's position. The latter had echoed Najib's accusation that the planned rally was not to demand electoral reforms but to create another "political tsunami" to wrest power. At the press conference today, Bersih representatives denied that the rally had any hidden political agendas and reiterated that it would be peaceful. They also called on the authorities to find an amicable solution without calling off the rally. - Free Malaysia Today |
Bukti Najib kena Tipu di Kelantan.. Posted: 04 Jul 2011 03:32 AM PDT Pada 2 Julai lalu Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan kerjanya selama satu ke Kelantan telah berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta. Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh. Bagaimanapun kenyataan Najib yang itu didakwa tidak berasas Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa "Saya yakin, jika perdana menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 julai ini. Tambah Husam, beliau merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga Najib menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapannya.- sepenuhnya sila baca di (SINI) Akupun malu juga bila Perdana Menteri Malaysia dengan begitu mudah boleh diperbodohkan oleh segelintir Pemimpin UMNO/BN Kelantan yang hanya mahu memburukkan pentadbiran Kerajaan Negeri PAS Kelantan.. Berikut adalah bukti jelas yang menyangkal dakwaan Najib itu dan sekaligus membuktikan bahawa Najib seorang Perdana Menteri yang mudah untuk diperbodohkan.. err.. atau dia sememangnya Bodoh? Nak lebih jelas sila lihat di (SINI) Lihat di (SINI) kalau nak tahu siapa yang menipu Najib.. |
Promosi Ideologi Komunis tak apa.. Promosi BERSIH tak boleh? Posted: 04 Jul 2011 01:52 AM PDT Menteri Dalam Negeri berkata buku-buku dan terbitan lain yang mempromosikan "ideologi subversif" akan diberi pertimbangan sewajarnya jika tidak menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0. Mana yang lebih bahaya ni?? Perhimpunan BERSIH 2.0 atau penerapan Ideologi Komunis? Berita dibawah ini tentang penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jeyakumar Devaraj dan lima lagi pemimpin Parti Sosialis Malaysia yang direman kerana dipercayai cuba menyebarkan fahaman komunis pada 25 Jun lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 ini membuktikan betapa seriusnya pihak Polis dalam membenteras penerapan semula ideologi Komunis itu.. Ahli Parlimen Sungai Siput ditahan ikut Ordinan Darurat 1969 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jeyakumar Devaraj dan lima lagi pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang direman kerana dipercayai cuba menyebarkan fahaman komunis pada 25 Jun lalu, semalam ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969. Suspek boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Dr Jeyakumar ditahan selepas polis menemui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dalam bas dinaiki bersama 29 lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang 25 Jun lalu. Dr Jeyakumar yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PSM serta pembantunya, Choo Chon Kai merangkap Pengerusi PSM Bayan Baru; Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy; Ketua Pemuda PSM, R Sarabathu; Pengerusi PSM Sungai Siput, M Sukumaran dan Setiausaha PSM Sungai Siput, A P Letchumanan ditahan pada jam 1.20 petang sejurus mereka dibebaskan selepas tempoh reman mereka tamat, semalam. Difahamkan tempoh tahanan reman 24 lagi ahli PSM yang berakhir semalam disambung bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata enam individu terbabit ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam yang menjurus kepada cubaan untuk mewujudkan keadaan huru hara atau jenayah kekerasan. sepenuhnya sila baca di SINI Tapi setelah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jeyakumar Devaraj dan lima lagi pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan mengikut Ordinan Darurat.. Hishamuddin berkata.. Bahan komunis OK jika tiada kaitan dengan Bersih. KAJANG, 4 Julai — Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesemua bahan berkaitan komunisme dan bekas pemimpin komunis akan melalui proses pemeriksaan biasa selagi ia tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0. Menteri Dalam Negeri berkata buku-buku dan terbitan lain yang mempromosikan "ideologi subversif" akan diberi pertimbangan sewajarnya jika tidak menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0. "Kandungan berbaur hasutan yang boleh menyebabkan kemarahan dan membangkitkan emosi menjelang 9 Julai, yang menjadi fokus polis," kata Hishammuddin kepada pemberita di sini hari ini. "Ada elemen pihak ketiga, beberapa ideologi, yang mahu menghasut orang ramai dan menggalakkan orang ramai berhimpun. Ini yang menyebabkan kami melihat pada aspek ini... dengan cepat," katanya. - The Malaysian Insider Lingkup Negara kalau semua Menteri tak ada pendirian macam Hishamuddin ni.. |
Kenyataan Media Presiden PAS Berhubung Titah Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Posted: 04 Jul 2011 01:01 AM PDT Menjunjung Kasih Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Parti Islam SeMalaysia (PAS) menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keperihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini. Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini. Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan parti politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa. PAS percaya bahawa asas penyebab bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan. Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) 4 Julai 2011 / 2 Syaaban 1432 H |
Provokasi buat Perserta BERSIH dari Lokman Noor Adam. Posted: 03 Jul 2011 10:21 PM PDT "Kata nak hantar memorandum kepada Istana Negara.. mengapa nak adakan perhimpunan... kami akan menanti kehadiran mereka, kalau berlaku pertempuran, (Pengerusi Bersih Datuk) Ambiga dan Anwar harus bertanggungjawab. Kita akan mempertahankan kedaulatan negara," kata Lokman. Lokman juga berkata "Apa pilihan yang kami ada? Kami tiada pilihan kecuali menghentikan demonstrasi macam ini," kata beliau dalam satu pertemuan di sini kelmarin. Apa pilihan yang kami ada?.. Satu soalan bodoh!! PDRM dan Tentera yang ada tu untuk apa? lagipn apa hak Pemuda UMNO untuk menghalanr Peserta BERSIH 2.0 dari menemui Yang di-Pertuan Agong? Pemuda Umno: 'Kami tiada pilihan, Patriot menanti Bersih 2.0 datang' KUALA LUMPUR, 4 Julai — Pemuda Umno akan "menanti" kedatangan Bersih 2.0 di depan Istana Negara atau mana-mana lokasi di ibu Negara jika gabungan itu meneruskan rancangan mahu mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini, kata penyelaras Himpunan Patriot anjuran pergerakan itu. Lokman Noor Adam, yang juga ahli jawatankuasa Pemuda Umno menegaskan, pihaknya tiada jalan lain melainkan menghentikan perhimpunan-perhimpunan seperti itu mulai sekarang. "Apa pilihan yang kami ada? Kami tiada pilihan kecuali menghentikan demonstrasi macam ini," kata beliau dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini kelmarin. "Kita tidak mahu buat benda ini... sesuka hati (macam mereka), kita mahu akal menguasai emosi kita dengan baik... sungguhpun ramai yang beranggapan ini bukan cara terbaik untuk berhadapan dengan Bersih, tetapi sikap kepala batu dan degil Bersih, kita tiada pilihan kecuali hadapi mereka secara fizikal dan sampai bila rakyat mahu biarkan benda demonstrasi ini," kata Lokman sambil menambah sanggup mengorbankan nyawanya untuk berhadapan dengan Himpunan Bersih 2.0. Katanya, walaupun tindakan mereka mengadakan perhimpunan balas tidak sah, pihaknya "sanggup melawan." "Saya tahu (cara) tindakan Anwar, sebab saya bekas jeneral dia," katanya merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR. Beberapa jam selepas pertemuan itu yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram. Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan. Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat. "Kata nak hantar memorandum kepada Istana Negara... mengapa nak adakan perhimpunan... kami akan menanti kejadiran mereka, kalau berlaku pertempuran, (Pengerusi Bersih Datuk) Ambiga dan Anwar harus bertanggungjawab. Kita akan mempertahankan kedaulatan negara," kata Lokman. Pertengahan bulan lalu, Pergerakan Pemuda memutuskan untuk mengadakan perhimpunan balas membantah Bersih 2.0 dengan menghantar memorandum kepada Istana Negara mempertahankan sistem pilihan raya semasa. The Malaysian Insider difahamkan Pemuda Umno kemungkinan akan menghantar pada hari lain, bukannya pada Sabtu ini sebagaimana diumumkan sebelum ini. Lokman berkata pihaknya ingin menyampaikan mesej "majoriti yang diam" bahawa mereka tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh Bersih 2.0 dan "sekarang mahu menyuarakan" pendirian" mereka. "Kita hendak menanti mereka... di mana-mana lokasi, kita nak memberitahu mereka, kita juga boleh menghantar (memorandum)... kami hendak menanti kehadiran mereka," kata beliau sambil menambah, tujuan Himpunan Bersih 2.0 bukan untuk menghantar memorandum tetapi mahu menggulingkan kerajaan. "Himpunan Bersih berbeza daripada Patriot, berbeza kerana kami rakyat yang mencintai, Patriot mencintai keamanan dan akan membantah sebarang usaha untuk menggulingkan, sebarang usaha mengadakan demonstrasi," kata beliau. "Partriot mahu menghentikan mereka, ya, kami mahu menghentikan mereka," kata Lokman,merupakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum menyertai kembali Umno. Justeru kata beliau, sesiapa sahaja yang membantah Himpunan Bersih 2.0 digalakkan "memakai baju merah." "Kami menawarkan kepada rakyat," kata beliau sambil menambah, kemeja-T sebagai simbol semua rakyat mencinta keamanan dan "hanya Patriot yang mempertahankan negara." Meskipun Umno sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), tetapi keputusan mengadakan perhimpunan balas ini hanya diputuskan oleh Pergerakan Pemuda dan tidak melibatkan sayap muda perikatan itu. "Ya, ini keputusan Pergerakan Pemuda, kami memutuskan untuk mengambil langkah ini," kata Lokman. Baru-baru ini beberapa komponen kecuali MCA menyatakan sokongan kepada pendekatan Pemuda Umno. Justeru kata Lokman, mereka tidak kecewa dengan pendirian MCA itu. "Tidak, kami tidak kecewa," katanya sambil menambah, masing-masing ada cara untuk melahirkan pendirian tidak puas hati dengan Himpunan Bersih 2.0. "Kami mahu melahirkan pendirian untuk mengatakan bagaimana majoriti fikir mengenai perhimpunan haram ini," katanya lagi. "Kami hendak memberitahu bahawa bagi Bersih 2.0 untuk membuat sesuka hati sudah tamat, kami tidak akan duduk diam dan lihat lagi," kata beliau merujuk kepada siri demonstrasi diadakan pihak pembangkang. Lokman yakin Himpunan Bersih 2.0 tiada kekuatan sebagaimana didakwa oleh penganjurnya boleh mengumpulkan lebih 100,000 orang, dua kali ganda berbanding Himpunan Bersih 2007. Sambil berkata pihaknya tidak perlu menggerakkan ahli-ahli dan penyokongnya dari seluruh negara, kata Lokman, berdasarkan maklumat yang diterima, penganjur hanya mengambil sekitar 15,000 daripada 50,000 kemeja-T yang telah ditempah. "Saya tahu kekuatan mereka (Himpunan Bersih). Cukup bagi kami menghumpulkan ahli kami dari Lembah Klang sahaja," katanya. The Malaysian Insider |
Polis mula sekatan jalan halang Bersih Posted: 03 Jul 2011 09:08 PM PDT PETALING JAYA 3 Julai - Polis telah mula mengadakan sekatan-sekatan di beberapa jalan utama di ibu negara sebagai pencegahan awal dan strategi bagi menghalang perhimpunan haram Bersih, Sabtu ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu, semua warga kota dan penduduk berhampiran diminta bersabar kerana tindakan itu sudah pasti menyusahkan mereka. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut strategi polis itu termasuk lokasi-lokasi sekatan diadakan. "Kita terpaksa adakan sekatan dan pelbagai lagi cara yang pastinya akan menyusahkan pelbagai pihak pada hari berkenaan," katanya pada sidang akhbar pada Program Keselamatan Kanak-kanak dilancarkan Kumpulan Perbankan RHB di Pusat Beli-belah Sunway Piramid, di sini hari ini. Khalid seterusnya menasihatkan orang ramai tidak berada di lokasi tumpuan perhimpunan haram Bersih bagi mengelakkan mereka turut sama ditahan. Katanya, sebaliknya golongan itu diminta agar ke tempat yang lebih selamat seperti pusat-pusat beli-belah di luar ibu negara. "Kami tidak mahu salah tangkap mereka yang tidak berkenaan, hanya kerana mereka berada di situ. Oleh itu saya menasihati supaya mereka tidak ke sana kerana itu adalah perhimpunan haram. "Lebih baik anda bersama keluarga atau bersantai di pusat beli-belah pada hari itu," katanya lagi. Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan tindakan tegas akan turut dikenakan kepada semua ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta UMNO yang dijangka mengadakan perhimpunan pada tarikh sama. "Kita akan mengambil tindakan meskipun kepada mereka yang berada di pihak kerajaan. Ini kerana polis telah memanggil mereka untuk diberi nasihat agar tidak mengadakan perhimpunan itu," katanya. Lidah Rasmi UMNO |
Najib perlu temui segera penganjur Bersih jika taat titah Agung Posted: 03 Jul 2011 08:31 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Julai: DAP menyambut baik keperihatinan Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin tentang perhimpunan Bersih dan meminta Perdana Menteri agar bertemu segera dengan penganjur Bersih 2.0. Pertemuan ini perlu untuk menguruskan segera keprihatinan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil menjelang pilihan raya umum ke 13. Langkah seterusnya adalah dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein menarik balik pengharaman Bersih dan membebaskan semua tahanan yang berkaitan dengannya termasuk anggota Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jayakumar. Demikian kata ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika mengulas titah Yang Dipertuan Agung berkaitan Bersih 2.0 hari ini. Kenyataan ini adalah yang pertama dari pemimpin kanan parti politik Pakatan Rakyat ekoran titah Yang Dipertuan Agung yang dikeluarkan lewat petang semalam itu. Dalam titah itu, Yang Dipertuan Agung menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan. Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu. Polis pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini. Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. "Keperhatinan Yang Dipertuan Agung tentang 'kegilaan' yang memuncak ekoran cadangan perhimpunan aman untuk pilihan raya yang bersih dan adil anjuran Bersih 2.0 9 Julai sangat tepat dan dialu-alukan," kata Lim Kit Siang dalam kenyataan itu. "Jangan ragukan sikap petriotik dan taat setia rakyat Malaysia yang mahu melihat pilihan raya umum yang bebas dan adil iaitu bentuk tertinggi kecintaan, ketaatan dan petriotik kepada Malaysia," katanya. Sebagai langkah positif yang pertama terhadap titah Yang Dipertuan Agung itu, Perdana Menteri perlu menemui pimpinan Bersih 2.0 segera, tegas beliau. |
Titah Agong berunding bukan makna Bersih sudah tewas Posted: 03 Jul 2011 07:47 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Julai — Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar Bersih 2.0 menyelesaikan isu mereka secara perundingan tidak seharusnya dianggap sebagai satu kekalahan kepada gabungan itu yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya adil dan bersih, kata penganalisis politik Prof A. Aziz Bari. "Berunding tak semestinya kekalahan pada Bersih," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Menurut Aziz, ini kerana Seri Paduka Baginda (gambar) bertitah berunding dan ini boleh memberi makna laksanakan tuntutan supaya pilihan raya yang adil dan bebas diadakan. "Ringkasnya kedua-dua pihak perlu bersedia berunding dan rujukannya perlu Perlembagaan Persekutuan," kata pakar perlembagaan ini. Aziz juga berkata dari segi Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda ada hak dan kuasa untuk bercampur tangan. "Campur tangan Yang di-Pertuan Agong adalah kemenangan bagi menjamin satu pilihan raya yang adil dan besih, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan," katanya lagi. Semalam, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan. Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat. Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan hujung minggu ini. Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. "Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda. "Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda. Sehubungan itu Aziz juga berkata, Istana Negara juga perlu memantau agar Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dalam proses rundingan jika diadakan membabitkan pentadbiran Najib dan Bersih 2.0. Malah kata Aziz, sekiranya Bersih bersetuju berunding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan tuntutan, yang kesemuanya adalah selaras dengan kehendak Perlembagaan, badan pelaksana pilihan raya itu akan dipersalahkan dan Umno-BN akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 kerana dianggap menggunakan istana. Kata beliau, SPR perlu mempunyai keyakinan kesemua parti yang menyertai proses pilihan raya dan "dalam terma yang mudah, Perlembagaan yang perlu kekal sebagai teragung di sini dan bukan demi kepentingan mana-mana parti." "Buat masa ini kedua-dua Umno-BN dan SPR sudah dianggap bersekongkol untuk menipu dalam pilihan raya," katanya sambil menambah, semua tahanan mesti dibebaskan serta-merta kerana ia juga melanggar Perlembagaan Persekutuan. "Begitu juga dengan rampasan yang dilakukan oleh polis," kata beliau lagi. Menurut laporan media semalan polsi telah menahan lebih 150 orang, kebanyakannya pemimpin Pakatan dan aktivis pro-Bersih 2.0 sejak seminggu lalu. The Malaysian Insider |
BERSIH 2.0 : Titah khas Yang di-Pertuan Agong Posted: 03 Jul 2011 07:34 PM PDT Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini. Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut: Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan